Header Ads

Kontroversi: Kenapa Perang Dunia ke-III Kini Tidak Boleh Dielakkan


Andainya Terjadi Perang Dunia ke-III Apakah Kita Bersedia?

Apa perang dunia ke-III?  Gila ke penulis ni?  Mungkin itulah yang terpacul dari kotak fikiran anda bila terlihat tajuk artikel ini.  Atau anda keras perut ketawa kerananya.  Mungkin juga ada yang berkata, Tak payah cakaplah.  Orang lain mungkin ada yang takut, kalau betul bawak mari lah itu perang dunia – aku sikit pun tak takut.

Apa pun reaksi anda bila melihat tajuk ini, ianya adalah sesuatu yang perlu kita ambil tahu dengan keadaan dunia sekarang.  Pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Palestin sekarang, tragedi MH-370 & MH-17, tuduhan Isreal terhadap Malaysia melatih pejuang Hamas, dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Iraq oleh ISIS (Islamic State of Iraq and al-Sham) berkemungkinan memalitkan Malaysia dalam kancah konflik yang dikepalai oleh Amerika dan diarahkan oleh sekutu utamanya Israel.
Artikel ini sedikit sebanyak memberi peringatan kepada kita apa yang sedang berlaku di Palestin dan Iraq tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia apabila konflik antara Amerika dan Russia / China terjadi.  Ketegangan antara kaum di Malaysia semakin hari semakin terserlah kebelakangan ini sehingga kerajaan terfikir untuk menutup media social Facebook. 






Kemelut politik di Selangor menyaksikan umat Islam di negara ini terbahagi kepada tiga atau empat kumpulan utama, iaitu umat Islam dalam parti PAS, Keadilan, Umno, dan yang tidak ambil kisah tentang politik. 

Kita sering melihat negara-negara Arab bercakaran sesama sendiri, dan inilah yang sangat dimahukan oleh Isreal dan bonekanya Amerika.  Negara Arab dengan mudah dipermain-mainkan oleh Zionis yang menggunakan kuasa ekonomi mengawal pergerakan dan tindakan Washington.  Apa bezanya umat Arab dengan kita umat Islam di Malaysia – ekonomi kita dicaturkan oleh siapa?  Sehingga bila kita terus mahu bertelagah sesama sendiri dan terus diketawakan oleh orang lain?

Sekiranya Amerika sanggup mengorbankan lebih dari 3,000 rakyatnya dalam peristiwa 9/11 dan ribuan lagi yang terkorban semasa Amerika memerangi Iraq, apalah sangat pada mereka dengan MH-370 dan MH-17?  Zionis dan Amerika akan melakukan apa sahaja untuk mencapai agenda hegemoni mereka dan dengan menguasai media-massa mereka mampu mewajarkan tindakan mereka dengan pembohongan yang sangat licik dan rapi.
Pada ketika arikel ini ditulis, tentera Russia sedang mara ke Ukraine yang disokong kuat oleh Amerika.  Russia dan China bersepakat menentang Amerika dari sudut ekonomi (antaranya tidak akan menggunakan mata wang dollar) malah ketenteraan jika terdesak.  Kedua-duanya mempunyai senjata nuclear.

Apakah kita mempunyai persediaan – iman, mental, keberanian, kekuatan jati diri & fisikal, ketabahan, ekonomi, kemahiran, kepakaran, dan semangat seperti rakyat Palestin dan ketenteraan seperti Briged al-Qassam?  Melihat gambar-gambar di bawah, anda sendiri tahu akan jawapannya.  Apakah tindakan anda seterusnya – memperlekehkan artikel ini, atau memikirkan apa tindakan yang perlu anda ambil?





Hari Peringatan di Amerika – Helah Suci Untuk Terus Berperang

Hari peringatan ialah hari dimana rakyat Amerika menghormati mereka yang telah pergi kerana tewas dimedan perang.  Seperti hari kemerdekaan Amerika pada 4hb. Julai, hari peringatan kini bertukar menjadi hari memperbesar-besarkan perang.

Pada yang kehilangan ahli keluarga dan sahabat kerana peperangan mereka tidak mahu yang pergi itu dalam kesiksaan kerana tewas tanpa sebab yang membanggakan.  Hasilnya, perang menjadi sesuatu amalan agung yang dilakukan oleh tentera yang mulia berjuang untuk sesuatu kebenaran, keadilan, dan cara Amerika.  Ceramah-ceramah patriotik memberitahu betapa rakyat Amerika terhutang budi pada mereka yang mengorbankan diri demi kebebasan di Amerika.

Niat ceramah-ceramah ini sangat baik, namun ianya menjelmakan hakikat palsu yang memanggil rakyatnya terus menyokong peperangan baru.  Tiada satupun perang yang disertai Amerika sebenarnya untuk kebebasan Amerika.  Sebaliknya, peperangan telah menghanyutkan kemerdekaan mereka dan membuatkan Amerika bertambah tidak bebas.
President Lincoln dizamannya telah mengeluarkan arahan untuk menangkap dan memenjarakan pemberita dan penyunting akhbar dari bahagian utara Amerika.  Dia kemudian menutup 300 syarikat akhbar dan memenjarakan 14,000 tawanan politik.  Lincoln juga menangkap pengkritik perang iaitu Representative Clement Vallandigham dari Ohio dan membuangnya dari persekutuan Amerika. 

President Woodrow Wilson menggunakan perang dunia pertama (WW1) untuk menyekat kebebasan bersuara dan President Franklin D. Roosevelt menggunakan perang dunia kedua (WWII) untuk melatih 120,000 rakyat Amerika yang berasal dari Jepun bahawa keturunan membuatkan mereka sebagai alasan untuk disyaki. 

Professor Samuel Walker membuat kesimpulan bahawa Presiden George W. Bush menggunakan perang terhadap keganasan sebagai alasan untuk menghancurkan kebebasan awam, menjadikan rejim Bush tersangat berbahaya terhadap kebebasan Amerika.

Lincoln telah membinasakan hak negeri-negeri Amerika, namun penangguhan habeas corpus (arahan untuk membawa seseorang ke mahkamah) dan kebebasan bersuara yang bergerak selari dengan tiga peperangan terbesar Amerika dimansuhkan setelah berakhirnya peperangan. 

Seterusnya, pemansuhan perlembagaan oleh Presiden Bush telah diperluaskan oleh Presiden Obama yang disusun atur oleh Kongres dan arahan eksekutif menjadikan ianya sebagai undang-undang. 

Selain tidak mempertahankan kebebasan rakyat Amerika, askar Amerika yang terbunuh dalam peperangan yang dikatakan menentang pengganas, kematian mereka memberikan laluan mudah (alasan) bagi presiden menahan warga USA (dan juga warga negara lain) tanpa had dan tanpa perlu melalui proses undang-undang.  Amerika juga membunuh warga negaranya hanya dengan alasan disyaki (sebagai atau penyokong pengganas) tanpa perlu dipertanggungjawabkan menurut perundangan atau perlembagaan.

Penjara Guantanamo Bay

Penjara Guantanamo Bay bukanlah sesuatu yang asing bagi ramai orang yang tahu tentang kegasanan Amerika.  Di sinilah tempatnya ramai pejuang Islam dipenjarakan tanpa ada hak untuk membela diri malah sering didera dengan tiada peri kemanusiaan.  Contoh yang jelas ialah Dr. Aafia Siddiqui dari Pakistan – lihat gambar.

Dr. Aafia Siddiqui menerima 144 ijazah dan sijil kehormat dalam bidang Neurology dari beberapa Institut dari seluruh pelusuk dunia.  Beliau merupakan satu-satunya ahli Neurology di dunia yang menerima Ijazah Doktor Kehormat dari University Harvard.
Dr. Aafia yang menghafal Al-Quran, tiada seorang pun rakyat Amerika yang setara dengan kelayakan beliau.  Beliau dicolek di Karachi oleh pihak FBI bersama-sama dengan 3 orang anaknya.  Kini beliau berada di penjara Guantanamo Bay dengan pengenalan nombor No. 650.  Setelah mengalami kesiksaan dari sudut pisikal, pisikologi, dan sex beliau kini telah kehilangan ingatan.

Pembohongan Amerika Tentang Peristiwa 9/11

Pembohongan terancang ini ialah untuk menjadikan ianya sebagai alasan mantap untuk mendapatkan sokongan rakyat Amerika bagi memerangi Saddam Hussein yang kononnya Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran – Weapons of Mass Destruction – dan kekejaman Saddam ke atas rakyatnya.

Kini setelah lebih 10 tahun, serangan ke atas World Trade Tower adalah satu penipuan besar yang dirancang dengan sangat rapi.  Bangunan itu diletupkan oleh pakar dari Amerika sendiri dan Al-Qaeda dipersalahkan.  Lihat video dibawah (kelik pada gambar) bagaimana pembohongan ini telah dibuat.  

Malangnya majoriti rakyat Amerika mempercayai pembohongan ini dan perang dengan Iraq pun berlaku.  Tujuan pembohongan ini ialah supaya Amerika dapat menguasai minyak dan projek-projek besar di Iraq selepas peperangan.  Saddam mengetahui helah Amerika ini dan mengugut untuk membakar telaga minyak – dan itulah yang telah dilakukannya.

Berbalik kepada peristiwa 9/11, gambar di bawah menunjukkan pada salah satu bangunan WTC, kelihatan muncung pesawat terkeluar dari bangunan.  Kononnya disebabkan terlalu laju, pesawat tersebut mampu menembusi bangunan yang besar dan kukuh itu – memotong besi tiang, dinding dan lantai konkrit tanpa halangan sehingga terkeluar dari bangunan.

Peranan media Amerika dan Barat melakukan propaganda dengan bersungguh-sungguh berjaya membuatkan bukan sahaja majoriti rakyat Amerika malah seluruh dunia menerima pembohongan video ini tanpa soal tentang kesahihannya pada ketika itu. 

Peristiwa 9/11 World Trade Center – Logiknya di Mana

Selain video di atas yang mendedahkan bahawa serangan pesawat terhadap WTC adalah video yang dibuat – bukan penggambaran sebenar sewaktu kejadian –  gambar di sebelah mempersoalkan logik dari segi kejuteraan bagaimana sebuah kapal terbang boleh  menembusi sebuah bangunan yang besar dengan kepala pesawat masih dalam keadaan utuh.  Ia memberikan gambaran seolah-olahnya tiada rintangan dari struktur bangunan yang sangat kukuh.  Video ini tidak ubah seperti seperti video cerita kartun yang tidak lucu.

Untuk terkeluar dari bangunan, pesawat itu perlu memotong berlapis-lapis alang, rasuk, tiang dan lantai bangunan yang sangat kukuh.  Apakah itu boleh berlaku?  Pesawat bukanlah besi padat tetapi seperti belon yang diperbuat dari aluminium. 
Gambar di atas juga menunjukkan bagaimana sebuah pesawat yang berlanggar dengan burung.  Bahagian hadapannya akan melengkuk ke dalam.  Jadi adalah mustahil kepala pesawat masih dalam keadaan utuh selepas ianya melanggar satu struktur bangunan yang sangat besar, kuat dan kukuh.  Keruntuhan bangunan WTC tidak lain dan tidak bukan adalah perbuatan meruntuh (demolition) secara sistematik. 

Peristiwa 9/11 – Pendedahan Oleh Ahli Kongres Amerika

Video dibawah yang di paparkan di Youtube pada 11 hb. Julai, 2014 menunjukkan Ahli Kongress Thomas Massie menceritakan tentang hasil penyiasatan mengenai peristiwa 9/11. Secara kesimpulannya, semua pengerusi yang terlibat dalam penyiasatan ini mengatakan tidak mungkin perampas-perampas pesawat melakukan tindakan mereka sendirian tanpa bantuan dari kerajaan Amerika.  Dalam kes ini, mereka juga memalitkan kerajaan Arab Saudi sebagai penyumbang kepada peristiwa 9/11.
Senator Bob Graham, ahli Demokrat dari Florida dan bekas pengerusi Senate Intelligence Committee, telah menuduh pada hari Selasa 8 hb. Julai, 2014 bahawa White House menutupi bukti-bukti.  Tuduhan ini berpunca daripada keengganan FBI untuk memberi laluan kepada penyiasat dari badan pemeriksaan Kongres dan Suruhanjaya Bebas 9/11 untuk menyoal siasat pemberi maklumat bernama Abdussattar Shaikh, iaitu pemilik rumah sewa di San Diego yang menyewakan rumahnya kepada dua orang perompak pesawat.

Senator Bob Graham berkata, Saya fikir terdapat bukti yang kukuh bahawa beberapa penjenayah mendapat bantuan bukan sahaja dari sudut kewangan – walaupun itu adalah sebahagiannya – dari sesebuah negara luar dan kita telah lalai dalam tugas kita untuk menjejaki mereka, membuat kes seterusnya, atau pun mendapatkan bukti yang mengatakan ianya tidak betul yang membolehkan kita mencari sebab lain kenapa penjenayah dapat berfungsi dengan sungguh berkesan di Amerika.  Untuk bacaan lanjut, sila lihat di sini.

Isteri Mangsa 9/11 Terbunuh atau Dibunuh?

Berverly Eckert adalah isteri kepada Sean Rooney yang mati dalam peristiwa WTC 9/11.  Dia dalam penerbangan untuk menziarahi keluarga bagi menyambut ulang tahun suaminya yang ke-58 apabila pesawat yang dinaikinya terhempas.




Sewaktu Bush menjadi Presiden, Mrs Eckert adalah ahli utama dalam kumpulan keluarga mangsa 9/11 yang melobi Presiden Bush supaya melindungi rakyat Amerika dengan lebih berkesan dari menjadi mangsa keganasan.  Hasil kerja kumpulan ini berjaya memaksa peneraju polisi Amerika untuk merombak perkhidmatan penyiasatan Amerika.

Mereka berjumpa dengan Presiden Obama seminggu sebelum pesawatnya terhempas bagi membincangkan bagaimana Obama boleh mengambil tindakan terhadap seseorang yang dianggap sebagai penjenayah.

Pesawat yang dinaiki oleh Mrs Eckert dikatakan diselaputi ais tebal, membuatkannya mustahil untuk diterbangkan.  Penyiasat dari Agensi Keselamatan Pengangkutan, Steve Cheanlander mengesahkan pilot memaklumkan hal ini.  Ianya berkemungkinan dari sistem pencairan ais yang tidak berfungsi walaupun ianya berada pada kedudukan “ON.”

Persoalannya ialah, adakah Mrs Eckert terbunuh atau terpaksa dibunuh?  Kelantangan beliau dipercayai sebagai punca beliau perlu dihapuskan kerana semakin banyak bukti dikeluarkan yang menjurus kepada pendedahan apa yang sebenarnya berlaku dengan peristiwa 9/11.

Rakyat Amerika telah didedahkan dengan konsep 9/11 jauh lebih lama sebelum ianya berlaku – melalui filem dan media cetak.  Apabila terdapat pendapat mahu pun pembuktian yang mengatakan peristiwa 9/11 sebagai satu sandiwara, ianya amat payah untuk diterima disebabkan perkata ini telah sedia tersemat dalam kotak pemikiran mereka.

Kebanyakan rakyat Amerika menerima bulat-bulat dan mempercayai apa sahaja yang dipaparkan pada televisyen.  Pengolahan video 9/11 menjadi propaganda paling berjaya bagi Washington dan Zionis mencapai misi mereka walaupun kini video tersebut telah dibuktikan sebagai palsu.  Klik di sini untuk melihat video dibawah yang membuktikan kepalsuan 9/11. 

Keuntungan Dari Peristiwa 9/11

Demi menguasai minyak Iraq dan menguntungkan Zionis yang memberi dana kepada Washington, Amerika bersedia untuk mengorbankan rakyatnya dan tenteranya dalam peperangan yang bermula dengan propaganda.  Lebih 3,000 orang rakyatnya terkorban dalam peristiwa 9/11 tetapi berbaloi kerana rakyat Amerika mempercayai propaganda ini dan menyokong Amerika menyerang Iraq.

Disamping propaganda untuk menyerang Iraq, perisiwa 9/11 membuka peluang kepada seorang Zionis bernama Larry Silverstein membuat keuntungan besar-besaran.  Gambar di bawah membuat kesimpulan yang si Zionist ini mendapat pampasan insuran sebanyak 4.5 billion US dollar.  Cerita lanjut boleh didapati di sini.

Perang – Hanya Kerana Kuasa dan Keuntungan

Kesimpulannya ialah perang oleh Amerika tidak melindungi kebebasan rakyatnya tetapi memusnahkannya.  Alexander Solzhenitsyn pernah berkata, Suasana perang hanyalah alasan untuk kezaliman dalaman bagi sesebuah negara.

Gerakan pemisahan wilayah selatan Amerika telah mengancam empayar Washington, tetapi tidak kepada rakyat Amerika.  Jerman pada WW1 atau Jerman dan Jepun pada era WWII tidak mengancam Amerika.  Para ahli sejarah dengan jelasnya menerangkan, Jerman tidak memulakan WW1 dan tidak menyertai peperangan untuk meluaskan tanah jajahannya. 

Cita-cita Jepun ialah di Asia.  Hitler tidak mahu berperang dengan England dan Perancis.  Penguasaan wilayah yang Hitler mahukan ialah mengembalikan wilayah yang dilucutkan dari Jerman sebagai wilayah rampasan WW1 kerana pencabulan jaminan dari Presiden Wilson.  Selain itu cita-cita Jerman hanya pada bahagian timurnya.  Kedua-dua negara (Jerman dan Jepun) tidak mempunyai perancangan untuk menguasai Amerika.  Jepun menyerang armada Amerika di Pearl Harbor bertujuan untuk mengelak sekatan terhadap aktivitinya di Asia, bukan sebagai langkah untuk menyerang Amerika.

Negara-negara yang dibinasakan oleh Bush dan Obama pada kurun ke 21 – Iraq, Afghanistan, Libya, Somalia, Syria, Pakistan dan Yaman langsung tidak membahayakan Amerika dari segi ketenteraan.   Jelas, peperangan terhadap negara-negara ini digunakan oleh cabang kekejaman Amerika bagi pengukuhan asas kepada “Stasi State” yang ujud sekarang di negara itu.

Kebenaran itu sangat berat untuk ditanggung, namun kenyataannya sangat jelas.  Perang oleh Amerika ialah untuk mengukuhkan kuasa Washington, keuntungan perbankannya, industri peralatan perang, dan kekayaan syarikat-syarikat Amerika. 

Jeneral tentera laut Smedley Butler menyebut, “Saya berkhidmat dalam setiap jawatan dari Leftenan kedua sehinggalah ke Major Jeneral.  Pada waktu itu, saya menghabiskan masa sebagai kaki pukul kelas atasan untuk syarikat-syarikat besar, untuk Wall Street, dan untuk pegawai-pegawai bank.  Ringkasnya, saya seorang pemeras ugut untuk kapitalisme.”

Washington Berjaya Dengan Pembohongan Mereka

Adalah agak mustahil untuk memperingati mangsa perang (tentera) tanpa memuliakan mereka, dan adalah mustahil untuk memuliakan mereka tanpa memuliakan peperangan mereka.

Untuk keseluruhan kurun ke-21 Amerika sentiasa berperang, bukan terhadap angkatan tentera yang menceroboh atau ancaman terhadap kebebasan negara Amerika, tetapi perang terhadap orang awam, wanita, kanak-kanak, dan warga kampung yang sudah berumur serta perang terhadap kebebasan rakyatnya sendiri.  Golongan atasan Amerika yang mempunyai agenda tersendiri dan beruntung dengan peperangan menyuruh rakyat Amerika menyokong peperangan ini untuk jangka masa 20-30 tahun lagi sebelum dapat menewaskan “ancaman pengganas.”

Semua ini hanyalah pembohongan.  Tidak ada ancaman keganasan sehinggalah Washington memulakan serangan ketenteraan, diperkukuhkan dengan tipu daya media terhadap negara dan penganut beragama Islam.

Washington sangat berjaya dalam pembohongannya tentang keperluan berperang sehingga kegalakkan dan kesombongannya mengatasi keadilan penghukumannya.

Amerika, Ukraine dan Russia

Dengan menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik di Ukraine, Washington telah membawa Amerika kedalam kancah konfrontasi dengan Russia.  Dan konfrontasi ini berkemungkinan berakhir secara buruk, barangkali dengan Washington dan juga berkebarangkalian dengan seluruh dunia.
Apabila Ghaddafi dan Assad tidak tunduk dengan Washington, kenapa agaknya Washington terfikir yang Russia akan?  Russia bukanlah seperti Libya atau Syria.  Washington sebagai pembuli yang sering mengetuk kanak-kanak tadika kini berfikir untuk membuli barisan pertahanan pasukan ragbi universiti.

Kedua-dua rejim Bush dan Obama telah menghancurkan reputasi Amerika dengan pembohongan mereka yang berterusan dan sikap kejam terhadap orang lain.  Kini Washington dilihat sebagai dalang utama pengancam dunia.

 Amerika dan Israel

Pendapat umum seluruh dunia secara berterusan menunjukkan Amerika dan Israel sebagai dua negara utama yang menggugat keamanan…
Negara yang dilabel sebagai penyangak dan paksi kejahatan seperti Iran dan Korea Utara sangat jauh terkebelakang apabila pendapat umum dunia dirujuk.  Terlalu jelas bahawa seluruh dunia tidak mempercayai apa saja propaganda Washington.  Dunia melihat Amerika dan Isreal sebagai negara penyangak.

Amerika dan Israel adalah dua negara di dunia yang dicengkam oleh ideologi.  Di Amerika, negara itu dicengkam oleh ideologi kekolotan (neoconservative) yang mengishtiharkan Amerika sebagai negara “luar biasa, yang sangat diperlukan” dipilih oleh sejarah untuk melaksanakan hegemoni keatas semua negara lain.  Ideologi ini bertunjangkan ajaran Brzezinski and Wolfowitz dan menjadi asas kepada polisi luar Negara Amerika.

Kerajaan Israel pula berada dalam cengkaman ideology Zionist yang mengistiharkan “greater Isreal” dari sungai Nil sehingga Efrat (Euphrates) – lihat peta di bawah.  Ramai orang Yahudi sendiri tidak menerima pakai ideologi ini, namun ianya adalah ideologi pendatang di mana mereka inilah yang menguasai kerajaan Isreal.

Ideologi adalah penting untuk menyebabkan perang.  Sama seperti ideology Hitler tentang  keunggulan Jerman yang dicerminkan dalam “neoconservative” tentang keunggulan Amerika, ideologi Komunis memberi keutamaan kepada golongan pekerja berbanding golongan pemodal (kapitalis) yang membawa erti sama bahawa orang Israel itu lebih unggul dari orang Palestin.  Zionist tidak pernah mendengar hak setinggan dan mendakwa bahawa pendatang Yahudi ke negara Palestin (sebagai setinggan dan perampas) mempunyai hak kepada tanah yang didiami oleh orang lain semenjak ribuan tahun.
Ajaran (doctrine) Washington dan Israel tentang keunggulan mengatasi orang lain sangat tidak disenangi oleh “orang lain.”  Apabila Obama mengistiharkan dalam ucapannya bahawa rakyat Amerika adalah orang istimewa, Presiden Putin membalas, “Tuhan mencipta kita semuanya sama.”
Kerajaan Israel terlalu banyak mencipta musuh (gambar di bawah) yang membawa kepada mudharatan rakyatnya.  Israel memisahkan dirinya dari seluruh dunia.  Keujudan negara itu tersangat bergantung kepada kesediaan dan kemampuan Washington untuk mempertahankan Israel.  Ini bermakna keupayaan Isreal ialah kesinambungan dari kekuasaan Washington.

Amerika Mahukan Hegemoni di Seluruh Dunia

Kekuasaan Washington pula adalah satu cerita yang berbeza.  Sebagai kuasa ekonomi tunggal selepas WWII, mata wang dollar menjadi mata wang dunia.  Peranan dollar memberi Washington hegemoni kewangan diseluruh pelusuk dunia, sumber utama kekuasaan Washington.  Apabila negara lain membangun hegemoni Washington akan terancam.

Sebagai menghalang negara lain dari membangun, Washington mengamalkan ajaran Brzezinski dan Wolfowitz.  Secara ringkasnya, ajaran Brzezinski mengatakan demi untuk bertahan sebagai satu-satunya kuasa besar dunia, Washington perlu mengongkong benua Eurasian (Eropah dan Russia).  Untuk mencapai matlamat ini secara aman, Brzezinski merasuah kerajaan Russia untuk membantu empayar Washington.  “Persekutuan Russia yang longgar … Russia yang dibahagikan kepada daerah-daerah autonomi akan kurang keghairahan kepada kerahan pusat empayar (Moscow).”  Dalam kata lain, pecahkan Russia kepada negara autonomi kecil dimana ahli politiknya mudah untuk dirasuahkan wang dari Washington.

Brzezinski mengemukakan “geo-strategi untuk Eurasia.”  Dalam strateginya, China dan kesatuan Russia adalah sebahagian dari kerangka keselamatan antara benua dibawah pengurusan Washington bagi mengekalkan peranan Amerika sebagai satu-satunya pemegang kuasa mutlak dunia.

Brzezinski pernah ditanya – sekiranya semua negara lain bersekongkol dengan kita, siapakah sebenarnya yang kita akan musuhi?  Soalan ini memeranjatka beliau kerana dia sentiasa tercakup dengan strategi perang dingin walau pun Soviet Union sudah tiada.  Dalam konteks pemikiran perang dingin, sangat penting untuk menang sekiranya tidak mahu tersingkir dari permainan.  Keperluan pada terus menang sangat menjerihkan tetapi diteruskan walaupun Soviet sudah runtuh.  Melebihi dari orang lain adalah polisi luar negara dan hanya itu yang diketahui dan dimahukan oleh Washington.

Sikap dan pemikiran yang Amerika mesti terus berada di atas dan melebihi semua negara lain adalah perkara asas bagi pelaku-pelaku “neoconservative” dan peperangan pada kurun ke-21.  Seterusnya, apabila Washington menggulingkan kerajaan Ukraine yang dipilih secara demokrasi ianya secara terus mengakibatkan Washington berkrisis dengan Russia. 

Paul Craig Roberts mengenali institusi-intitusi yang berkhidmat untuk Washington.  Dia pernah berkhidmat selama 12 tahun di Pusat Strategi Ekonomi Politik sebagai pengerusi William E. Simon.  Konsepnya ialah Washington mesti berada pada tahap yang lebih tinggi dan berkuasa dari Russia berkaitan dengan Ukraine sekiranya Washington mahu mempertahankan martabatnya sebagai kuasa terunggul dunia – SUPER POWER.

Yang jelas ialah kekuasaan sering mengarah kepada peperangan apabila seseorang yang berkuasa terfikir kekuasaan dan kekuatan kini sudah dimiliki.

Perjalanan kearah peperangan diperkuatkan oleh ajaran Wolfowitz.  Paul Wolfowitz, seorang cendikiawan neoconservative yang merangka polisi ketenteraan dan polisi luar negara Amerika menulis, antaranya:
 “Tujuan utama kami ialah menghalang kemunculan pesaing baru, samada dari bekas jajahan Soviet atau di mana saja (China), yang mempunyai ancaman setara dengan ancaman bekas Soviet Union.  Ini adalah keperluan tentang pengaruh kekuasaan yang menjadi dasar strategi pertahanan dan memerlukan usaha keras bagi menghalang kuasa musuh dari mendominasi sesebuah kawasan yang mempunyai sumber, sekiranya digabungkan mampu menjana kuasa dunia.”

Dalam konteks ajaran Wolfowitz, mana-mana negara yang kuat boleh didefinasikan sebagai ancaman dan sebagai musuh kepada Amerika tanpa mengira tentang kesediaan negara itu untuk bekerjasama dengan Amerika bagi faedah bersama.

Perbezaan antara Brzezinski dan Neoconservatives ialah Brzezinski mahu memujuk (merasuah) Russia dan China dengan memasukkan dua negara ini didalam empayar sebagai tunjang dimana suara mereka didengari atas alasan diplomatik, manakala Neoconservatives bersedia untuk menggunakan kekuatan ketenteraan yang digabungkan dengan pembelot dalaman yang diokestrakan oleh NGO atau kumpulan-kumpulan pengganas yang dibiayai oleh Amerika.

Amerika, Israel dan Palestin

Amerika dan Israel tidak punya rasa malu dengan seluruh dunia atas reputasi mereka sebagai dua negara yang paling mengancam keselamatan dunia.  Malah mereka sangat berbangga dengan status ini.  Polisi luar negara mereka tidak mempunyai asas diplomasi.  Polisi luar negara mereka hanya berpaksikan kepada kekerasan.  Washington memberitahu negara-negara lain untuk mengikut telunjuk mereka atau “negara itu dibom menjadi padang jarak padang tekukur.” 

Israel tanpa segan silu atau teragak-agak mengisytihatkan semua rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak sebagai pengganas dan boleh menembak mereka walaupun mereka berada dijalanan atas alasan Israel hanyalah mempertahankan diri dari pengganas. 

Ahli Parlimen Israel Ayelet Shaked membuat kenyataan menggesa kerajaannya melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan memberi alasan bahawa semua rakyat Palestin adalah musuh negara itu.  Serangan itu perlu dilakukan terutama kepada semua golongan ibu di negara itu bagi mencegah sebarang tindakan pengganas.
"Semua ibu rakyat Palestin yang melahirkan 'ular kecil' perlu disembelih. Mereka perlu mati dan rumah mereka perlu dirobohkan supaya mereka tidak boleh melakukan sebarang tindakan pengganas.  Mereka adalah musuh kita dan darah mereka mesti berada dalam tangan kita. Ini juga termasuk ibu-ibu bagi pengganas yang mati," kata Shaked.

Dalam status Facebooknya Shaked menulis:
“Dibelakang setiap pengganas (pejuang Palestin) terdapat berdozen lelaki dan wanita, tanpa mereka ini pejuang Palestin tidak akan dapat bergerak dan bertindak.  Mereka semua adalah musuh kita dan darah mereka sepatutnya berada dikepala mereka.  Ini juga termasuk ibu kepada yang syahid yang menghantar anak mereka ke neraka diiringi oleh bunga dan ciuman.  Mereka patut mengikut anak lelaki mereka, hanya itu yang sebaiknya.  Mereka semua kena pergi, sama seperti rumah mereka di mana mereka membela ular.  Sekiranya tidak lebih banyak ular-ular kecil akan dibela di sana.”  
Ini adalah kenyataan yang sangat terang dan jelas supaya Israel melakukan pembunuhan beramai ramai kepada seluruh rakyat Palestin.  Lihat sahaja gambar-gambar sebagai pembuktian yang mereka benar-benar melaksanakan apa yang disarankan oleh Ayelet Shaked tentang pembunuhan rakyat Palestin.
Satu gambar yang sungguh mengerikan dan tragis tetapi itulah kebenarannya.  Tentera Israel sengaja menyasarkan wanita hamil dan membunuh mereka.  Perut ibu ini ditembak mengenai kepala bayi dan serta merta membunuh kedua-dua ibu dan anak.


 


Israel – Setinggan Yang Lupa Asal-usul
Israel tidak mengiktiraf keujudan Palestin sebagai sebuah negara walaupun sebenarya mereka adalah pendatang yang dibawa masuk oleh British ke Palestin. 

Israel telah menyatakan bahawa semua penduduk Palestin, sekalipun mereka wanita dan kanak-kanak, mereka semua adalah “pengganas”, dan tembak sahaja di mana mereka ditemui, dengan alasan Israel hanya mempertahankan diri dari pengganas.  Israel, yang tidak mengiktiraf keujudan Palestine sebagai sebuah negara, menutup jenayah mereka dengan alasan bahawa rakyat Palestin tidak menerima keujudan Israel.

Palestine telah ujud sebelum adanya negara yang dinamakan Israel – lihat gambar-gambar di bawah.


Kuasa dan Kesombongan Amerika
“Kami tidak memerlukan diplomasi.  Kami berkuasa penuh.”  Video dibawah dengan angkuhnya menyebut “kami akan menakluk sesiapa sahaja yang kami mahu.”


Inilah sikap yang membawa kepada peperangan, dan itulah arahnya yang dibawa oleh Amerika.  Perdana Menteri Britain, Chencellor Jerman, dan Presiden Perancis adalah penyokong kuat Washington.  Mereka membantu mengabui tindakan jahat Washington.  Disebalik penjenayah perang, Washington mempunyai “gabungan yang bersedia” untuk menyerang dengan alasan kononnya mempertahankan “hak demokrasi dan hak wanita” kepada negara-negara yang engkar.

China menerima layanan yang serupa.  Negara yang mempunyai empat kali jumlah penduduk namun dengan jumlah tahanan penjara yang sedikit, China sering dikritik oleh Washington sebagai “negara kuku besi.”  China dituduh mencabuli hak asasi manusia sementara polis Amerika terus menganiaya penduduknya.

Permasalahan utama bagi Washington ialah Russia dan China – negara ini mempunyai senjata nuclear yang strategik, tidak seperti Libya dan Iraq.  Keluasan tanah mereka lebih luas dari Amerika.  Amerika yang gagal menguasai Baghdad atau Afghanistan, tidak berpeluang untuk mengatasi Russia atau China dari sudut peperangan konvensional.  Washington akan menekan butang nuklearnya sebagai pilihan.  Apa lagi yang kita harapkan dari kerajaan yang tidak mempunyai moral?

Vladimir Putin – Eropah Sebagai Budak Suruhan Washington

Dunia tidak pernah mempunyai negara yang seganas Amerika dan Israel. Kedua-duanya bersedia untuk membunuh sesiapa sahaja.  Lihat saja krisis yang ditimbulkan di Ukraine dan bahaya dari angkara itu. 

Pada 23 hb. Mei 2014, Presiden Russia bercakap di Forum Ekonomi Antarabangsa di St. Petersburg, pertemuan selama tiga hari ini dihadiri oleh perwakilan dari 62 buah negara yang diwakili oleh CEO dari 146 badan perniagaan terbesar Barat.

Putin tidak bercakap mengenai permeteraian perjanjian perniagaan berjumlah berbilion dollar yang dipersetujui.  Sebaliknya Putin bercakap tentang krisis yang dibawakan oleh Washington kepada Russia, dan dia mengecam Eropah kerana dijadikan budak suruhan yang menyokong propaganda menentang Russia dan campur tangan Washington dalam urusan yang Russia mempunyai kepentingan.

Walaupun dalam nada yang berdiplomatik, pesanan oleh Putin kepada gergasi ekonomi Amerika dan Eropah ialah kekacauan boleh berlaku sekiranya Washington dan kerajaan Eropah terus tidak memperdulikan Russia dan terus menganggap mereka boleh mengganggu kepentingan Russia dan seolah-olah Russia tidak ujud.

Ketua-ketua perbadanan perniagaan ini akan membawa pulang pesanan ini kepada Washington dan ketua-ketua negara Eropah.  Putin menjelaskan ketiadaan dialog dengan Russia boleh menyebabkan pihak Barat melakukan kesilapan dengan memasukkan Ukraine ke dalam NATO dan menempatkan pengkalan peluru berpandu di sempadan Russia dengan Ukraine.  Putin yakin bahawa dia tidak boleh mengharap akan kebaikan Barat, dan Putin memberitahu, walaupun tidak mengugut – bahawa pengkalan tentera negara Barat di Ukraine tidak boleh diterima.

Washington akan terus meminggirkan Russia.  Namun, negara Eropah perlu membuat keputusan samada Washington mendorong mereka kepada konflik dengan Russia yang mana ianya bertentangan dengan kepentingan mereka.  Putin sebenarnya menguji ahli politik Eropah untuk mengetahui kiranya ada kecendikiaan dan kebebasan di Eropah untuk beliau membuat pendekatan.

Hubungan Russia dan China Diperkukuhkan – Persediaan Untuk Peperangan?

Sekiranya sikap angkuh dan sombong Washington sangat keterlaluan ianya akan memaksa Putin untuk mengabaikan Barat.  Penggabungan strategik Russia / China yang sedang dibentuk untuk mengimbangi polisi permusuhan dengan Washington. Washington meletakkan pengkalan ketenteraan disekeliling kedua buah negara ini dan ini akan mencetuskan suasana persediaan bagi peperangan yang mungkin tidak boleh dielakkan.

Pada yang terselamat dari peperangan ini, sekiranya ada, boleh berterima kasih kepada kumpulan Neoconservatives, ajaran dari Wolfowitz dan strategi Brzezinski keatas kerosakan di muka bumi ini.


Gambar menunjukkan Putin bersama dengan Presiden 
China, Xi Jin Ping di Shanghai pada bulan Mei, 2014 dan 
mencapai kata sepakat untuk bekerjasama menentang sekatan kepada 
kedua-dua Negara oleh pihak Amerika dan Barat serta campur 
tangan Amerika membiayai Ukraine.
Kejahilan Rakyat Amerika Tentang Dunia Luar
Majoriti penduduk Amerika terdiri dari mereka yang tidak peka dan keliru dengan perkembangan dunia luar dan merasakan mereka tahu segalanya.  Mereka ini diprogram oleh propaganda Amerika dan Israel yang menyamakan Islam dengan ideologi politik.  Mereka mempercayai bahawa Islam, bukanlah satu agama tetapi satu ajaran ketenteraan yang mengajak kepada kemusnahan tamadun Barat dan segala yang bersangkutan dengan ketamadunan Barat.

Ramai yang mempercayai propaganda ini walaupun didedahkan dengan bukti bahawa golongan Sunnah dan Syiah membenci satu sama lain melebihi kebencian mereka terhadap penindas dan penjajah Barat.  Amerika telah keluar dari Iraq, tetapi pembunuhan beramai-ramai yang berlaku hari ini sama atau melebihi jumlah yang berlaku semasa serangan dan pendudukan Amerika.  Jumlah kematian dari pertempuran antara golongan Sunnah dan Syiah sangat luar biasa.  Agama yang berpecah-belah seperti ini tidak mendatangkan ancaman kepada sesiapa kecuali kepada penganutnya sahaja. 

Amerika dengan jayanya menggunakan keporak-perandaan umat Islam untuk menggulingkan Gaddafi, Mosri di Mesir, dan kini menggunakan perpecahan umat Islam bagi menggulingkan kerajaan Syria.  Umat Islam tidak mampu untuk bersatu mempertahankan diri dari penyerangan atau pencerobohan Barat.  Jadi, bagaimana mungkin mereka dapat bersatu untuk menggulingkan Barat?

Andainya Islam mampu berbuat demikian, untuk apa menggulingkan Barat?  Barat sudahpun meranapkan dirinya sendiri.  Di Amerika, perlembagaannya dimusnahkan oleh rejim Bush dan Obama.  Tiada apa yang tinggal.  Hanya tindakan Washington dijadikan sebagai perlembagaan – bukan lagi perlembagaan yang pernah diikuti oleh Amerika, kini Kesatuan Amerika Syarikat sudah tidak ujud.  Satu kesatuan baru telah mengambil alih peranan yang dimainkan oleh Kesatuan Amerika Syarikat dahulu.

Kebebasan negara individu di Eropah musnah dengan keujudan Kesatuan Eropah, dengan menamatkan kedaulatan negara ahli-ahlinya.   Pegawai-pegawai birokrat yang tidak bertanggung jawab di Brussels menjadi sangat berkuasa ke atas penduduk Perancis, Jerman, British, Itali, Belanda, Sepanyol, Greek, dan Portugis.

Ketamadunan Barat hanya tinggal kerangka – masih berdiri walaupun sangat daif – kosong tiada roh di dalamnya.  Semangat juang penduduknya sudah tiada lagi.  Apabila penduduk Barat melihat kerajaan mereka, mereka hanya nampak permusuhan.

Perangi Penjenayah – Taktik Halus Amerika Untuk Menindas

Kenapalah agaknya Washington melengkapkan polis dengan kelengkapan tentera, seolah-olahnya mereka ini sebagai askar yang mahu merampas kuasa?  Juga, kenapa pihak Jabatan Keselamatan Awam, Jabatan Pertanian, Pejabat Post dan Jabatan Pentadbiran Kemasyarakatannya memesan berbillion butir peluru senapang, malah senapang otomatik dengan banyak sekali?  Apakah gunanya perbelanjaan ketenteraan yang dibayar oleh cukai rakyat sekiranya bukan untuk menindas rakyat Amerika?

Gerald Celente – seorang peramal arah haluan menyebut di dalam majalah Trend Journal keluaran terkini, “pemberontakan meliputi empat penjuru dunia.”  Diseluruh Eropah penduduk yang marah, putus asa, dan sakit hati berdemontrasi membantah polisi kewangan EU yang memaksa rakyatnya untuk tunduk mengikut telunjuk. 

Apa jua usaha Washington untuk tidak menstabilkan Russia dan China melalui sebuah NGO bernama “fifth columns” yang dibiayai sepenuhnya oleh Washington, kerajaan Russia dan China tetap mendapat sokongan rakyatnya berbanding Amerika dan Eropah.
Pada abad dua puluhan ini, Russia dan China mengerti maksud penindasan dan mereka telah menolaknya.

Di Amerika penganiayaan diserapkan melalui penyamaran “war on terror – perangi jenayah”, satu pembohongan untuk menakutkan rakyatnya supaya mengabaikan hak kebebasan mereka, seterusnya melepaskan Washington dari bertanggung jawab dan membolehkan Washington untuk membangunkan negara yang dikuasai oleh polis tentera. 

Selepas WWII Washington telah menggunakan kuasa wangnya untuk menjajah dan juga menggunakan “ancaman Soviet – sekarang ini ancaman Russia” untuk menerapkan Eropah dibawah empayar Washington.

Putin berharap tumpuan terhadap kepentingan negara Eropah akan berjaya mengatasi kepatuhan mereka kepada Washington.  Inilah yang sedang dipertaruhkan oleh Putin.  Ini jugalah sebabnya Putin terus tenang walaupun diprovokasi oleh Washington dengan keadaan di Ukraine.

Sekiranya Eropah menggagalkan Russia, Putin dan China akan bersedia dengan peperangan yang tidak dapat dielakkan oleh kerana kerakusan Washington untuk mendapatkan hegemoni.

MH-370 dan MH-17 Apakah ianya Berkaitan Dengan Russia dan China?

Tragedi MH-370 yang membawa penumpang kebanyakannya rakyat China – Malaysia menjadi mangsa konflik antara Amerika dan China.  Manakala MH-17 yang mempunyai warna seakan-akan pesawat yang dinaiki oleh Putin – Malaysia sebagai mangsa konflik antara Amerika dengan Russia. 

Setelah pesawat MH-17 ditembak jatuh di timur Ukraine, Amerika dengan pantas menuduh Russia sebagai pelakunya.
Gambar di sebelah jelas menunjukkan MH-17 ditembak oleh jet pejuang dikawasan berdekatan dengan pihak pemisah pro-Russia yang menentang Ukraine.  Ini memudahkan propaganda untuk menuduh penglibatan Russia dengan mengatakan pesawat itu ditembak menggunakan peluru berpandu milik atau dibekalkan oleh Russia.  Kerajaan Ukraine dengan bantuan CIA kini hampir dibuktikan sebagai pelaku sebenar manakala kerajaan Amerika dan British tanpa henti membuat propaganda untuk menutupnya.
Selain Russia dan China yang membabitkan Malaysia, seperkara lagi ialah mengenai tuduhan Israel dimana pejuang Hamas dilatih di Malaysia.  Adakah ini sebagai tanda-tanda bahawa Malaysia akan dilibatkan dalam kancah peperangan yang akan dipelopori Amerika dengan arahan sekutu rapatnya Israel?  Juga, kita perlu ingat bahawa di selatan Malaysia terdapat sebuah negara yang menjadi sekutu kuat Israel.  Tragedi MH-370 telah membuka rahsia tentang kekuatan dan kemampuan ketenteraan Malaysia.  Mudahlah mereka mengerjakan Malaysia mengikut sesuka hati mereka nanti.
Senator John McCain bertemu dengan kumpulan ISIS di Syria.
Seperkara lagi ialah tentang ISIS yang dicipta dan dibiayai oleh Amerika melalui CIA - lihat gambar di bawah.   ISIS dilabelkan sebagai pejuang militan Islam di Iraq dan Syria.  Mereka terlibat dengan banyak pembunuhan tanpa peri kemanusiaan.  Pengaruh ini akan menjadikan umat Islam di Malaysia terkait sama dengan label penjenayah.  Rakyat Malaysia yang bukan Islam turut terpengaruh dan turut membenci umat Islam.  Ini memudahkan Zionis dan sekutunya di rantau ini membaham umat Islam seperti yang berlaku di Palestine sekarang ini. 

Sekiranya Perang Tercetus – Apakah Umat Islam Malaysia Bersedia?
Palestin telah bersedia dengan Briged Al-Qassamnya yang sangat ditakuti oleh Israel, tetapi Briged apakah yang umat Islam di Malaysia ada?  

Maka tidak hairanlah kerajaan bercadang untuk menutup Facebook untuk mengekang ketegangan antara kaum, terutamanya antara masyarakat Cina dengan umat Islam.  Umat Islam di Malaysia jelas tidak mempunyai briged yang dihormati apatah lagi digeruni.  Anda mungkin bertanya, bagaimana pula dengan Angkatan Tentera Malaysia?  Untuk jawapan, soalan ini perlu ditanya kepada menteri yang bertanggung jawab.

Rujukan:
Artikel asal sebelum diedit: oleh Paul Craig Roberts
Rujukan gambar: sila klik pada gambar

No comments


Lagi Artikel Menarik