Header Ads

Burung Tempua Bersarang Rendah

Eh, bang… tengok tu… sarang burung tu, cantiknya. You tau sarang burung apa tu?”Tanya saya. Isteri saya menjeling… Ye lah… kita ni kan jakun sikit… Ha itu lah sarang burung tempua. Ingat pantun… burung tempua bersarang rendah? Wajah isteri saya muncung bila diusik begitu. Tahu... kisah jiwang-jiwang masa I tak layan you dulu tu... kan? Isteri saya bagi checkmate.


Sembang Suami-Isteri

Selepas beberapa hari sejak pulang dari Arau, kami suami-isteri mempunyai masa untuk berbual panjang ketika satu cuti umum.   Biasalah, tiap-tiap hari minggu atau cuti umum kami akan berjam-jam bersembang sambil sarapan, kalau tak di rumah di restoren kegemaran isteri saya.  Kali ini dia mengajak saya ke restoren.  Tanpa banyak soal saya bersetuju dan kami pun ke sana.

Sambil menikmati juadah dan berbual tentang hal ehwal semasa kami, isteri saya tiba-tiba mengubah tajuk. 

Eh, bang ingat tak lagi kita makan tengahari kat rumah kawan abang tu Kamsul kan nama dia?, tanya isteri saya.
Ya betul, tapi kenapa?, tanya saya ringkas.

Ingat lagi kari daging yang abang kata sedap tu?

Ingat awak pun selalu juga buat kari macam tu, cuma kadang-kadang terbasi bila lupa dipanaskan.  Yang kat rumah Kamsul tu memang ada sikit lebih sedapnya.

Nak tau apa rahsianya?  Mata isteri saya bercahaya sambil tersenyum.

Sebab tak basi, kan?  Jawab saya dengan nada bergurau.   Dalam hati saya, bukan sahaja kari yang basi, lauk lain dan nasi lebihan pun sering basi apabila terlupa untuk dipanaskan atau dimasukkan ke dalam peti ais. 

Eh, ke situ pulak abang ni.  Jawab isteri saya dan kemudian diam seolah-olah sedang menyusun ayat selanjutnya. 

Saya pula sememangnya gemar masakan kari daging yang sudah lebih dari satu hari kerana rasanya bertukar menjadi lebih enak berbanding dengan yang baru dimasak.  Bukan semua, tetapi untuk daging dan ikan-ikan tertentu.  Kalau kari ayam, yang baru dimasak dan masih panas lebih enaknya dari yang sudah terperam.

 Ait, tadi semangat nak bercerita, tau-tau senyap, terpacul soalan saya selepas melihat dia terdiam.




Macam ni …”

Masa kat rumah Kamsul tu, wife dia bagi tau yang kari tu dah lebih dari sehari.  So, I komenlah kat dia tahan lama no, tak basi ka?

Wife dia kata dulu memang basi kalau terlupa nak perangat atau bila balik lambat.  Tapi lepaih pakai penapih ayaq hat kat luaq tu, lauk-lauk dan nasi sejuk hat tak abih jarang sangat jadi basi.

Jawab isteri saya dalam loghat Kedah tiruan.
Amboi, baru sari-dua hang pi sana dah nak cakap stail sana no …”, balas saya juga dalam loghat kedah tiruan. 

Kami tersenyum dan ketawa kecil teringatkan Kamsul dan keluarganya yang bercakap dalam bahasa Kedah pekat.  Perkara-perkara kecil begini membuatkan kami saling mesra.


Ya tak ya juga, Kamsul ada tunjuk tong biru kat luar rumah dia.  Waktu balik jogging kat tepi sawah semalam abang pergi tengok penapis tu.  Kamsul bagi tau yang kesihatan dia bertambah baik sejak guna air yang ditapis., sambung saya.

Kat dalam rumah memang dia orang ada penapis macam kita punya jugak, tapi wife dia bagi tau, tak cukup kalau guna untuk masakan dan basuh lauk pauk untuk dimasak bila ramai orang.  Sekadar untuk minuman OK lah.  Sering tersumbat pulak tu.  Selalu kena buat stok air.

Lepas dia orang pasang yang kat luar punya tu, yang dalam rumah sudah jarang sumbat.

Dalam hati saya, isteri saya ni mesti nak suruh saya beli penapis macam yang di rumah Kamsul tu.  Saya sendiri sudah pun terfikir akan hal ini juga apabila melihat keadaan kesihatan Kamsul yang sangat baik bebanding waktu berjumpa 5 bulan lepas.

OK lah nanti abang contact Kamsul, dia beli benda tu kat mana dan berapa harga dia.

Isteri saya tersenyum meleret, barangkali puas hatinya bila saya bersetuju untuk membeli penapis air luar rumah.

Kerjanya akan jadi mudah, tidak terkial-kial mengganti katrij penapis dalam rumah yang agak kerap tersumbat.  Tersilap pengendalian katrij ceramic yang rapuh itu boleh patah – pernah dua kali berlaku. Selalu saya yang menggantikannya, tapi ada waktunya bila saya tak ada dirumah, dia buat sendiri bila aliran air terlalu kecil.

Disebelah petangnya, kami sekeluarga pergi ke kawasan air terjun.  Saya memang sering mengunjungi kawasan air terjun seperti di Lata Iskandar, Serendah, Gunung Jerai dan beberapa tempat lain.

Saya suka mengambil peluang di kawasan berbukit memasuki kawasan hutan.  Ia mendekatkan saya dengan alam semula jadi dan menghargai kebesaran penciptaanNya.

Selesai mandi dan sambil menunggu anak-anak, saya menelefon Kamsul.  Dia memberikan nama dan nombor telefon syarikat penjual penapis yang dibelinya.

"Baguih lah kalau hang nak beli penapis ni, dan aku rekomen hang beli kat kompani ni lah.  Banyak pilihan kalau hang cari dalam pasaran.  Murah ada mahai pun ada.

Saya menelefon syarikat tersebut dan pihak syarikat menyatakan syarikat mereka hanya bergerak aktif di kawasan utara dari Perlis hingga ke utara Perak dengan pejabat jualan di Alor Setar dan satu cawangan di Perak.  Saya tergamam dan mengucapkan terima kasih.  

Tanpa membuat apa-apa keputusan saya pulang ke rumah dan mula mencari maklumat penapis air jenis ini di internet.  Tidak ada apa-apa perbualan tentang penapis dengan isteri saya sewaktu dalam perjalanan pulang, hanya melayan kerenah anak-anak.

Macamana?, tanya isteri saya sewaktu saya menghadap laptop melayari internet.

Walaupun soalannya sangat ringkas, saya boleh meneka apa yang bermain difikirannya.

Syarikat tu hanya ada di sebelah utara, tak ada dikawasan KL ni.  Tapi dalam internet ni banyak syarikat yang jual penapis jenis ni kat area KL. Jawab saya. 

Ye lah abang tengoklah dulu macamana, sambung isteri saya.  Dia tahu saya akan membuat sedikit penyelidikan tentang apa-apa yang mahu dibeli, terutamanya sesuatu barang untuk kegunaan jangka panjang.

Senarai Penjual Penapis Air Luar Rumah
Setelah berjam saya terperuk di depan computer, saya mendapati terdapat lebih kurang 20 syarikat yang menjualnya.  

Gambar penapis dan syarikat penjual saya senaraikan dibawah.

No.
Laman Web Syarikat / Produk
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

Nota: 
Harga yang disenaraikan dalam web link ini mungkin sudah tidak 
sah lagi kerana sebahagiannya memberikan harga promosi yang terdedah 
kepada tarikh luput.





Banyak maklumat yang saya perlu hadamkan untuk membuat keputusan. Pembacaan membuatkan saya lebih faham tentang spesifikasi dan bermacam hal teknikal tentang penapis ini.  Harganya pula berbeza-beza, ada yang mahal dan ada yang sangat murah. Servis pun berbagai.

Pening saya dibuatnya.  Kekeliruan dari maklumat yang banyak membuatkan saya tidak tahu apa tindakan yang perlu saya lakukan.  Apa jua tindakan akan disusuli dengan risiko tertipu dan kos yang perlu dibayar atau kepuasan hati.  Saya terus diam …

Pertemuan Dengan Pembekal

Keesokan harinya, saya menelefon pembekal dan persetujuan dibuat untuk saya melihat demo produk.  Saya maklumkan pada Kamsul dan dia bersetuju untuk bertemu sekali lagi, kali ini di tempat demo dan agak jauh dari rumahnya.  

Selepas subuh kami bergerak dari Kuala Lumpur kerana kami perlu sampai ke destinasi sebelum tengahari.  Dalam perjalanan saya sempat mengambil gambar matahari sedang naik, sungguh indah pemandangan.

Setelah lebih kurang 4 jam perjalanan, kami bertemu dengan Kamsul dan pembekal penapis di tempat yang dijanjikan.

Selesai makan tengahari di satu warung, kami kemudiannya dibawa masuk ke kawasan perkampungan sawah padi.  Saujana mata memandang keluasan sawah yang dalam proses penanaman semula. 

Wakil pembekal yang bernama Yusri memaklumkan ada dua tempat lawatan – pertamanya ditempat di mana demo akan dilakukan dan kedua di rumah seorang bakal pembeli.

Selepas beberapa minit sampai di rumah yang dilawati dan setelah memperkenalkan kami kepada tuan rumah yang di panggilPak Aji, kami semua terus ke tempat tujuan.

Tujuan demo ini adalah untuk melihat prestasi penapis yang dipasang lebih kurang 10 hari lalu.

Proses demo mengambil masa lebih kurang 5 minit dan menghasilkan air yang kelihatan sangat kotor, dikeluarkan melalui paip backwash. Melihat pada air yang berwarna coklat, Pak Aji tersenyum lebar, puas hatinya.

Sama macam ayaq kat rumah saya lah ni, tiba-tiba Kamsul bersuara.

Tu lah Mak Aji hang dok kata, baju sekolah cucu dia dah putih bersih balik dah sejak pasang benda ni.  Hari tu ni ka jenuh bubuh nila nak bagi nampak putih.  Tak boh nila dia jadi kunin-kunin, sambung Pak Aji mengiyakan kata-kata Kamsul. 

Saya perasan Yusri mengerling kearah saya sambil berlapang dada – dua pelanggannya menjadi juru jual.  Dia tahu itu lebih berkesan dari si penjual mahu barangnya laku.  Kerana yakin dengan produknya dia berani membawa saya berjumpa dengan Pak Aji.

Selesai demo, Pak Aji menjemput kami masuk ke rumah. 

Laa awat yang dok kat bucu sana tu, mai la masuk dalam sikit.  Ni Tok ada buat sikit cucork ni ha,  Mak Aji menegur dan mengajak isteri saya yang kelihatan segan-segan supaya masuk berdekatan dengan meja makan.

Ni ramai-ramai mai ni semua nak tengok benda tu ka?, soal Mak Aji.

Ya lah Tok oi, kena tengok juga lah barang yang kita nak beli. Jawab isteri saya.

Tak payah tengok-tengok dah aih, barang elok.  Aku cukup puaih hati cucu aku tu tak hingaq dah pasai gatai-gatai badan.  Baju sekolah depa pun putih melepak la ni, Mak Aji memuji dengan penuh excited.

Yusri semakin lega sudah ada orang ketiga jadi promoter” sukarela.




Pak Aji kelihatan memberi isyarat dengan mengangkat kening kepada Mak Aji.   Memahami maksudnya, Mak Aji masuk ke bilik dan keluar dengan wang berkepuk di tangan, dan meyerahkannya kapada Pak Aji.

Alhamdulillah terima kasihlah mai hari ni.  Ni ha, cuba hang kira tengok, cukup tak duit tu.  Saya bayaq perabih lah.  Pak Aji menyerahkan wang kepada Yusri yang sedang mengeluarkan resit.

Cukup, terima kasih Pak Aji ni resit pembayaranYusri menyerahkan resit sambil bersalaman dengan Pak Aji dan melakukan akad jual beli.

Dalam hatinya mungkin dia berkata, Senang sikit tak payah mai kutip hutang dah.

Tadi Mak AJi kata ada cucu, berapa orang?Tiba-tiba Yusri bersuara lagi.

Dua orang, sorang darjah 1, sorang lagi darjah 5.

Ni, saya nak sedekah sikit kat depa.Sambung Yusri lagi sambil menghulurkan beberapa keping wang kertas berwarna merah kepada Pak Aji.

Oh terima kasihlah ni yang suka berurusan dengan orang macam hangpa ni,  jawab Pak Aji sambil membetulkan kopiahnya yang tidak pun senget.

Cucur cempedak yang dihidangkan habis dijamah, keringat sudah kering, dahaga sudah lega masa untuk bergerak ke misi seterusnya sudah sampai.  Kami semua menyarungkan kasut, naik kereta, dan

Sarang-burungtempua
Photo: The Rainforest Site
"Eh, bang tengok tu sarang burung tu, cantiknya."

You tau sarang burung apa tu?Tanya saya.

 Isteri saya menjeling …”Ye lah kita ni kan jakun sikit …”

Ha itu lah sarang burung tempua.  Ingat pantun burung tempua bersarang rendah?

Wajah isteri saya muncung bila diusik begitu. "Tahu ... kisah jiwang-jiwang masa I tak layan you dulu tu ..., kan?"  Isteri saya bagi checkmate.

Saya senyum dan ketawa kecil melihat wajahnya tersenyum puas bila berjaya dapat mengenakan saya.  Kami meneruskan perjalanan kisah ini bersambung lagi.

****************************************

Kesimpulan:


Mesrakan hubungan suami-isteri dengan meluangkan masa untuk berdua-duan dan sembang sambil gurau senda.

Fahami bahasa badan dan bahasa kiasan pasangan anda.  Kemahiran ini penting dalam perniagaan sewaktu rundingan projek atau harga.

Sekali sekala pergilah bercuti ke kawasan yang boleh mendekatkan diri dengan alam semula jadi.  Lapangkan fikiran dekatkan hati dengan Pencipta.




Mudahkan penjualan anda dengan menjadikan pelanggan anda sebagai promoter sukarela.  Syaratnya barang mau baik servis mau bagus.

Kalau boleh setiap pembelian janganlah berhutang.

Sedekah jangan diabaikan bila ada kesempatan.

Lagi Artikel Menarik