Menarik Rezeki dan Wang Dengan Cara Mistik Atau Cara Yang Bersyariat? - JoF | Journeys of Freedom

Header Ads

Menarik Rezeki dan Wang Dengan Cara Mistik Atau Cara Yang Bersyariat?

Menarik Rezeki Melalui Keberkatan. Rezeki kita bergantung kepada pekerjaan yang kita lakukan dan usahakan. Tanpa keberkatan rezeki kita menjadi sempit walaupun banyak yang kita terima. Wang yang diterima habis entah ke mana, ada sahaja penyebab yang kita perlu mengeluarkan wang. Keberkatan menutup lubang kebocoran ini.


Menarik Rezeki dan Wang Melalui Keberkatan

Rezeki-Berkat


Masyarakat Nusantara sangat tidak asing dengan perkara mistik dan sihir. Walaupun bangsa lain mempunyai kepercayaan kepada alam ghaib untuk membantu mereka dalam usaha mencari wang dan mengumpul harta mereka lebih tumpukan kepada kerja fizikal.

Perniagaan menjadi tunjang kepada kekayaan mereka. Sikap suka tolong menolong sesama mereka juga sangat tinggi. Namun mereka juga sangat tidak asing dalam melakukan perkara terlarang seperti memberi rasuah, kegiatan perjudian, pelacuran dan sebagainya demi mencapai nafsu keinginan untuk hidup senang, mewah dan terjamin.

Islam secara terang menetapkan bahawa untuk mendapat kejayaan dan kekayaan usaha perlu dilakukan mengikut syariat yang betul. Ilmu, kepakaran dan tulang 8 kerat menjadi asas utama dalam usaha kita menjana rezeki.

Setelah itu perlu disusuli dengan doa dan berserah kepada Allah untuk keberkatan usaha yang dijalankan. Usaha yang berkat menghasilkan pulangan yang tinggi tanpa terlalu kepenatan. Kategori rezeki yang halal dan haram juga diberi garis panduan yang jelas oleh Islam.

Menarik Duit Secara Mistik

Cara-cara penarikan wang dari alam ghaib ditunjukan dalam video ini, sila klik pada gambar untuk melihat. Bahan yang biasa dugunakan untuk proses ini termasuklah besi kursani atau besi kuning, keris berdiri, keris terbang, geliga lipan, dan batu dari buah delima. Mereka yang mampu menarik duit mempunyai ilmu khusus tentang perkara ghaib. Itulah anugerah Allah kepada mereka.

Video-Tarik-Rezeki-dan-Duit



Menarik Rezeki Melalui Keberkatan

Bagi kita yang tidak mempunyai ilmu khusus menarik duit tetapi rezeki kita bergantung kepada pekerjaan yang kita lakukan, keberkatan terhadap apa yang kita lakukan sangat penting. Tanpa keberkatan rezeki kita menjadi sempit. Wang yang diterima habis entah ke mana, ada sahaja penyebab yang kita perlu mengeluarkan wang.

Amalan zikir yang membersih dan menenangkan hati adalah antara perkara yang membolehkan rezeki datang dengan melimpah ruah dengan mudah. Maksud mudah ialah kita didatangkan dengan ilham tentang sesuatu perkara yang mendatangkan rezeki. Adakalanya juga kita tidak menyangka rezeki itu datang dengan mudah.

Sebuah buku bertajuk 70 Formula Rezeki Melimpah Ruah menggariskan teknik dan cara bagaimana kita boleh menarik rezeki dengan cara kita sendiri tanpa pergi meminta bantuan dari bomoh atau guru-guru untuk menjelmakan kepada kita wang dari alam ghaib seperti yang dipertontonkan didalam video tadi.

Rezeki-Tanpa-Berkat


Konsep utama yang ditekankan oleh buku ini ialah tentang hati kita sendiri. Hati yang positif itulah yang menarik rezeki, dizahirkan melalui hasil dari kerja harian kita. Usaha sedikit tetapi hasilnya berlipat ganda.

Disamping itu, rezeki yang kita terima tidak bocor, walau pun sedikit sentiasa mencukupi. Wang tidak kehabisan oleh perkara yang tidak tentu pasal. Tanpa keberkatan, sebanyak mana yang kita terima sentiasa tidak mencukupi dan mungkin melibatkan kita dengan hutang.

Mudah-mudahan pembaca sekalian dilindungi Allah dan sentiasa mendapat rezeki yang diberkati... Aameeen !!!. Insya-Allah.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.