Kasut Koyak Tak Apa Jangan Hati Yang Koyak - JoF | Journeys of Freedom

Header Ads

Kasut Koyak Tak Apa Jangan Hati Yang Koyak

Kemiskinan bukan pilihan. Tidak ada yang datang bergolek atau melayang. Merancang dan mengambil tindakan. Usaha dan tawakkal. Tiada yang mustahil bila ambil pelajaran dari pengalaman. Nasib memihak kepada yang bekerja keras.

Dari Kasut Koyak Kini Seorang Jutawan Muda




Sambil menghirup teh ais menunggu pesanan makanan tiba, jutawan muda ini sempat menyorot kembali kisah suka duka selama lebih enam tahun membina perniagaan penapis airnya.

Kedatangannya ke resort pantai peranginan ini bersama isteri dan anak-anaknya adalah bertujuan untuk bercuti.

Dan mengasingkan diri dari segala hiruk pikuk tendang terajang dunia perniagaan yang kejam.

Dia mahu menenangkan fikiran, mencari idea baru dan mengumpul kekuatan untuk perjalanan seterusnya.

Tangisan Seorang Usahawan

"Eh… abang nangis ya?”  Tiba-tiba Sarah isterinya menegur.

“Oh, mama … budak-budak kat mana?”

“Dia orang kat bilik, temankan si Acu dan nonton movie kegemaran dia orang."

"Acu tak nak keluar, badannya panas, demam agaknya.  Tadi tengahari terlampau aktif dengan laut."

"On the way ke meja ni, saya dah pesan beberapa bungkus makanan untuk dia orang”,  jelas Sarah.

“Tapi kenapa pipi abang basah, apa yang disedihkan?”  Sarah masih belum berpuas hati kerana tidak mendapat jawapan dari tegurannya tadi.

“Mama masih ingat lagi tak… abang pernah tak balik rumah selama lebih dari 3 bulan?"

"Waktu tu abang memang pokai habis, hutang keliling pinggang.  Makan nasi berlauk garam. Paling mewah pun kalau dapat mee segera."

"Sekarang tengok Mee Sedap langsung mual… sikit pun tak teringin… dah tak ada lagi sedapnya.”


“Nak beli susu anak pun tak berduit waktu tu. Bisnes jatuh teruk, langsung tak jalan.  Ayah siap cakap… inilah menantu paling tak berguna.”

“Ye lah… tapi itukan sejarah silam yang sudah berlalu. Kan kita dah senang lenang sekarang?."

"Abang pulak sudah jadi menantu yang paling disanjung dan disayangi – dijadikan role model lagi”, balas Sarah tetapi masih belum mengerti.

“Selepas ayah cakap abang ni menantu paling tak guna… abang tekad tak akan balik selagi abang belum punya duit yang cukup untuk kita hidup sendiri berdikari.”

“Mama ingat lagi tak… betapa hinanya kita bila hidup miskin."

"Bukan sekadar kawan yang menjauhkan diri… boleh dikatakan seluruh keluarga abang buang abang.”

“Abang dihina, dicaci dan entah apa lagi yang mereka katakan."

"Nampak saja nombor telefon abang, terus jawab… takdak-takdak-takdak dan terus letak."

"Bukan kita nak minta tolong tapi nak bagi tau yang hutang mereka sudah sikit-sikit dimasukkan dalam akaun."

"Belang harimau nampak nyata, belang manusia… tunggu bila kita susah.”

Doa Ibu Dimakbulkan


“Hanya mak seorang yang yakin bahawa abang Insyaa-Allah dapat bangun semula."  

"Pernah sewaktu mak bersembang dengan abang di dapur, mak menceritakan sewaktu mak mengandungkan abang, dia suka makan ulam."

"Tetapi jenis ulam yang disukainya ialah dari pucuk pepohon yang tinggi atau tegak berdiri, bukan dari yang menjalar di tanah." 

"Nampaknya keyakinan mak dan doa-doanya telahpun dimakbulkan.”

“Mama tahu tak… sewaktu abang mencari pelanggan dari rumah ke rumah… kasut yang abang pakai waktu tu tapaknya sudah haus dan berlubang."

"Tapak kaki sudah jadi tapak kasut walaupun nampak macam berkasut.”

Pelanggan Yang Angkuh dan Sombong

“Kadang-kadang terjumpa dengan pelanggan yang angkuh dan sombong… tahu segalanya dan merasa kebal dari segala macam penyakit. Waktu sihat memang semua orang pun rasa macam tu."

video-on-water-filter-removing-dirty-sediment
KLIK Gambar lihat video
"Walaupun dia tahu produk yang abang jual ini baik untuk kesihatan dia, tetapi kerana keangkuhannya berbagai kata kesat dikeluarkan."

"Akhirnya tahun lepas dia beli juga sebab dah kena penyakit… tapi abang agak dah terlewat.”

“Penyakit buah pinggang hanya menjelma setelah sekian lama puncanya tidak dielakkan."

"Selepas banyak duit dia habis membeli ubat dan ke hospital, baru dia beli penapis kita ni.  Kalau dia beli dari dulu, abang agak penyakit tu tak hinggap.”

“Tapi tak apalah… duit dia kesihatan dia, suka hati dialah dia nak buat macamana pun."

"Abang tak akan terkejut kalau nanti dapat berita dia ada sakit jantung, kencing manis, atau darah tinggi pulak.  Doa abang mudah-mudahan dijauhkan.”

Sarah terus dengan tekun mendengar luahan rasa hati suaminya Adam tentang selok-belok kehidupan yang ditempuhi sebelum perniagaan penapis air berjaya sehingga ke hari ini.  

Jarang mereka dapat bersama bersendirian seperti ini kerana masing-masing sibuk. 

Merancang Untuk Bergerak Lebih Jauh



Sarah sibuk menguruskan anak-anak manakala Adam sering keluar rumah dan balik malam. Waktu mereka bersama sangat terhad.  Tetapi keadaan sudah nampak mula berubah kepada yang lebih baik.

Kebelakangan ini Adam sudah mula dapat meluangkan masa untuk keluarga kerana perniagaannya sudah banyak diserahkan kepada tim pengurusan disertai oleh SOP (Standard Operating Procedure) yang sudah teruji.  

Dia mahu mengembangkan perniagaan dengan modal yang sudah terkumpul serta tapak kilang yang sudah dibeli. Pelanggan juga sudah sedia ada.

Tapak kilang itu adalah untuk produk keduanya – sabun untuk 30 jenis kegunaan.  Dari pencuci lantai, baju, kereta, tandas sehinggalah pelembut pakaian.

Inilah kali pertama Adam meluahkan segala isi hatinya kepada Sarah.

“Mama tau tak macamana kita dapat keluar dari belengu kemiskinan dulu tu?”

“Yang Mama tau… abang sentiasa sibuk, kerja kuat tak pernah tau rasa penat.”

Tak Mahu Jadi Hamba -- Penat



“Betul, ada orang kata ‘There is no substitute for hardwork’.  Tapi, kalau kita tak work smart, kita end-up jadi hamba – hamba orang, hamba duit, hamba bisnes kita.”

“Segala macam cara abang dah cuba nak dapatkan pelanggan."

"Edarkan flyers kat depan bank, dalam peti surat, join expo, masuk pasar malam, jalan dari rumah ke rumah… oooo… work hard… sangat penat."

"Hasilnya?   Ya … macam tu lah… kais pagi makan pagi.  Adakalanya tak ada benda pun nak dikais.”

“Work hard itu penting, tapi kalau tak kena gaya dan cara… susah nak meningkat.  Namun, ianya banyak memberi pengajaran… dan pengalaman itu jugalah yang mencetuskan kejayaan yang kita nikmati sekarang ini.”

Formula kejayaan ini abang nak teruskan, tetapi kali ini kita bergerak dengan cara yang berlainan.  Dulu sehingga sekarang abang sendirian dengan “pekerja”.  Kehadapan kita bergerak dengan rakan-rakan kongsi.”

“Kalau sendirian pun abang boleh buat sale juta-juta setahun, dengan rakan kongsi akan lebih mudah untuk melonjak.  Yang penting formula dan cara yang betul.”

Sarah diam saja mendengar luahan rasa Adam.  Tiba-tiba muncul pelayan tetamu membawa makanan yang dipesan termasuk beberapa bungkus yang telah dipesan oleh Sarah.

“Saya hantar makanan ini ke bilik… abang makan lah dulu”, pinta Sarah.

“Ye lah…”, ringkas sahaja Adam membalas.

Peristiwa Lalu Sebagai Pengajaran

welding-machine-for-stainless-steel-Tig-and-iron-bars-and-plate
Sambil menikmati hidangan bersendirian, Adam terkenang kembali kisah work hardnya. 

Dia pernah kerja kontrak membuat bangunan, buat longkang, pasang grill, membuat dan memasang pintu pagar, berniaga di pasar malam, dan yang terakhirnya menjual penapis air ini.

Formula pemasarannya yang tersendiri untuk mendapatkan pelanggan membolehkan dia menjual lebih dari 8,000 unit.  

Ya… 8,000 unit penapis air luar rumah bermula dengan berjalan kaki sehingga kasut Fung Keongnya tiada lagi tapak.  

Pada harga RM 1,580.00, jumlah jualan ialah melebihi RM 12 juta. Satu kejayaan yang mustahil jika kenang semula – meskipun mengambil masa enam tahun.

Sambil menguis-nguis udang dan togeh pada pinggannya… tiba-tiba dia teringatkan alat memeteri (welding).  Bentuk togeh itu sangat hampir dengan bentuk welding rod yang pernah digunanya.

"Ya… aku dapat  dah…”



“Dapat apa bang?”.  Tegur Sarah yang baru sampai sambil menepuk bahu Adam.

“Oh… ini togeh ni… mengingatkan abang tentang welding set sewaktu buat kerja wrought iron pintu pagar dulu.”

“Habis tu apa yang abang dapat?”

“Setiap welding set dilengkapi dengan alat pengawal tahap tenaga yang sampaikan pada welding rod."

"Jenis untuk kepingan besi nipis guna rod yang kecil, kekuatan apinya perlu ditahap rendah. Untuk peteri besi tebal perlu guna rod yang besar dan tenaga apinya kuat.  Untuk stainless steel setting api dan rod yang digunakan tak sama dengan besi.”

“Hmm… Sarah tak faham lah apa yang abang cakap ni… hal welding tu Sarah tahu… yang dapat tu… dapat apa bendanya?”

“Gini… kepingan atau batang besi dan stainless steel ini ibarat macam manusia juga."

"Ada gred-gred tertentu.  Ada yang dari jenis over sensitive, pandai segala, keras kepala, banyak alasan, kuat kerja dan mahu maju, menurut saja, kaki bantah, kaki bodek… pak alim, dan berbagai ragam lagi.”

“Ibarat setting pada mesin welding tu dan jenis rod yang patut kita guna untuk dapatkan kualiti pateri… manusia ni pun sama juga.  Kita tak boleh pukul rata… nak dapatkan hasil dari mereka kita kena penuhi cita rasa dan perangai-ragam mereka.”

“OK… habis tu apa abang nak buat?”

“Gini… untuk tahun ni dan seterusnya… kita akan cari, didik dan bangunkan staff-partners. Bukan staff-workers.  Untuk yang mahu menjadi usahawan.  Yang mahu terus makan gaji dan takut untuk jadi usahawan, kita akan ikut cara mereka tetapi dengan SOP yang telah disediakan.”

“Staff partners ni, kita kongsikan keuntungan – lebih kepada rakan kongsi.  Mereka ini merupakan usahawan – orang yang mahu kerja kuat."

"Staff workers, kita hanya bayar gaji."

"Banyak perbezaan antara dua jenis staff ni – terutamanya dari segi cara mereka berfikir, bekerja dan keberhasilan.”

“Kita boleh bangunkan rangkaian jualan melalui konsep staff-partners ini.  Hasil pendapatan mereka bergantung kepada hasil jualan.  Mereka tidak bergerak bersendirian, tetapi dengan sokongan jemaah.”

“Ingat lagi tak berapa besar pasaran yang dikuasai oleh Kumpulan Al-Arqam satu ketika dulu?"

"Dengan mengaplikasikan formula pemasaran yang sudah terbukti menjayakan bisnes penapis air ini dan digabungkan dengan konsep jemaah “usahawan”, Insya-Allah kita akan dapat pergi lebih jauh dari sekarang."

"Macam Al-Arqam tu.”  Adam menghabiskan hujahnya setelah membuat pembayaran kepada waiter.

Bagi Adam, produk keduanya iaitu sabun dan produk berasakan herba untuk lebih 60 jenis kegunaan merupakan kesinambungan produk penapis airnya.   

Buat ketika ini walaupun masih dalam fasa percubaan untuk mengoptimumkan kualiti dan kos, semua hasil percubaan berjaya dijual. 

Banyak tempahan terpaksa ditolak kerana kapasiti pengeluaran yang masih kecil – masih dalam R&D.

Dari ribuan pembeli penapisnya yang berpuas hati, Adam membayangkan mereka ini bakal menjadi pelanggan tetap sabunnya (bagi fasa pertama) jika sistem pemasaran dan pengedarannya diolah dengan cara yang betul.

Sabun Dan Produk Kesihatan & Kecantikan Dari Herba

KLIK pada gambar untuk membaca KISAH dan TAULADAN serta apa kah faedah dan manfaat benda warna warni ini. KLIK sini untuk melihat senarai produk.

Atlas Ice Cube dan Roti Gardenia

Adam melihat Atlas Ice Cube dan Roti Gardenia sebagai contoh terbaik bagaimana penguasaan pasaran boleh dilakukan.  Mereka ada dimana-mana.  Pelanggan mereka akan merasa lumpuh andainya mereka berhenti untuk membekalkan produk.

Begitulah kisah Adam mengharungi perjalanan hidup dan perjalanan perniagaannya. Tidak pernah ada dihatinya perasaan atau terfikir dikepalanya perkataan GIBAB.

Biarpun tidak berkelulusan tinggi, hanya sekadar SPM... rata-rata pelanggan dan pesaingnya melihat dia sebagai seorang yang bijak, cerdik dan celik pasaran.

Beliau pernah pergi ke beberapa seminar usahawan anjuran kerajaan.  

Kebanyakan yang bercakap di atas pentas sangat petah dengan ayat power mereka. Tetapi berapa orang sangat yang mempunyai pengalaman dan betul-betul berkecimpung dalam perniagaan?  

Mereka yang bercakap di atas pentas itu dibayar malah bergaji tetap... hanya perlu membaca dan mengolah ayat untuk presentation.  

Usahawan jalanan seperti Adam lebih menekankan hasil keuntungan bukan berapa orang bertepuk tangan selepas habis bercakap.


Young entrepreneurs need mentors. Tepukan sebagai perangsang



Pernah Adam cuba mengajukan soalan dan memberi pendapat... ternyata pemidato ini lebih berminat untuk menang bercakap dan dilihat sebagai "PANDAI."  

Mereka sendiri takut untuk turun padang bermandi peluh dan kekurangan masa tidur membina rangkaian perniagaan secara fizikal.  

Orang pandai sebegini bijak memberi pendapat tetapi bila gilirannya diajak untuk menceburi sesuatu venture terlalu banyak "kalau dan bagaimana" yang ditanyakan, konon untuk risk mitigation.  

Akhirnya mereka hanya bercakap dari pentas ke pentas -- jual air liur kerana ianya tiada risiko.  

OK la juga tu... kan?  
Bukan semua orang mahu berdiri di atas pentas.  

Kalau semua turun padang tak ada pula yang bagi seminar, yer dak?  Susah penganjur dibuatnya.

Namun tidak dinafikan terdapat sebilangan usahawan yang berjaya sering juga berkongsi perit jerih mereka membina perniagaan melalui pentas media atau seminar.
Inilah yang sangat diperlukan generasi muda sebagai mentor atau role model mereka.  

Bukan sekadar pemidato yang mengambil isi dari bahan bacaan, mahu kelihatan pandai tetapi kering dari segi pengalaman bergelut di dunia nyata.

Artikel berkaitan: