Ajaibnya Penciptaan Manusia - CrazyDuck -->

Header Ads

Ajaibnya Penciptaan Manusia

Manusia Adalah Suatu Penciptaan Teragung


Penciptaan manusia yang melingkupi sudut kejuruteraan, seni bina, seni halus dan kecantikan, biochemistry, neuroscience dan segala macam adalah penciptaan yang sangat agung.
.
Bayi-Dalam-Kandungan-Baby-in-the-womb
Gambar: PregnancyChat.com
Manusia juga dilengkapi dengan sifat kebathinan iaitu roh, iman, dan kepercayaan.

Didatangkan dengan nafsu, emosi, semangat, sifat marah, berani, takut dan risau, perasaan cinta dan kasih sayang, tunduk dan patuh, serta pemikiran yang boleh mengolah sesuatu berasaskan ilmu dan pengalaman.

Lengkapnya perkara ini membuatkan manusia suatu penciptaan yang lebih tinggi dari malaikat, syaitan, binatang, dan tumbuhan.

Manusia Juga Boleh Mencipta

Manusia juga boleh mencipta, namun ciptaan manusia lebih menjurus kepada membantu manusia dalam kehidupan harian mereka.  

Mesin, peralatan, dan computer sebagai contoh.

Seberapa baik penciptaan manusia, sehingga kini tiada ciptaan yang mempunyai ciri-ciri kehidupan seperti perasaan, pemikiran, roh, dan kebahagiaan atau penderitaan. 

Sungguhpun komputer dan microchip boleh menyimpan data yang begitu banyak dan melakukan pengiraan dan penganalisaan dengan amat pantas, penciptaan ini tidak hidup.
.
Ia terdedah kepada tarikh luput (obsolete) dan boleh diganti. Sentiasa ada teknologi baru yang muncul.

Sungguhpun robot yang berbentuk dan boleh bergerak seperti manusia telah dicipta, ianya hanya sekadar robot.

Dia ia tidak boleh mengganti manusia dalam erti kata manusia yang sebenar. Ianya tetap juga robot.

Penjelasan Al-Quran Tentang Kejadian Manusia

.
Sistem-Wiring-Tubuh-Manusia-yang-kompleks
Gambar: Ruzlan Bin Ab Rahman FB post
Kejadian manusia telah diperjelaskan di dalam Al-Quran, mulai dari fasa air mani sehinggalah kepada kematian.

Penjelasan ini disusuli pula dengan kebangkitan ketika kiamat dan pengumpulan manusia dipadang masyar serta hidup sesudah mati. 

Terlalu besar topik ini untuk diperhalusi dalam artikel ini, malah sudah terlalu banyak ditulis tentang perkara ini.

Dalam Surah Al-Mu’minun ayat 12-15 Allah berfiman:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.

Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging.

Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati. (Al-Mu'minuun Ayat: 12 - 15).

Ayat-ayat lain yang menyebut tentang kejadian dan penciptaan manusia adalah seperti berikut:
1. Surah Ali-Imran, ayat 6.
2. Surah Yaasin, ayat 77
3. Surah As-Sajdah ayat 7-9
4. Suraj Al-Hajj ayat 5
5.  Surah Al-Mursalat ayat 20-23

Video Tentang Kehamilan dan Bayi Dalam Kandungan


Lisa-Surihani-and-Yusri-KRU-are-they-in-love-Oh Sure.




Gambar: www.ohbulan.com KLIK Gambar atau sini untuk lihat video.
Video ini mengandungi paparan kisah percintaan Yusri KRU dan Lisa Surihani yang membawa mereka ke jinjang perkahwinan.

Baru-baru ini (ketika artikel ini ditulis - Ogos 2015) mereka mengadakan upacara baby shower sebagai persediaan menyambut kelahiran bayi pertama mereka.

Video ini juga memaparkan proses kejadian manusia yang bermula dari air mani sehinggalah ke proses kelahiran.

Proses kejadian manusia yang dipaparkan adalah selari dengan apa yang diterangkan di dalam Al-Quran. 

Ahli sains hanya menemui secara detail perihal kejadian ini sejak lebih kurang 30 tahun yang lalu, tetapi telah diterangkan di dalam Al-Quran sejak 1,400 tahun yang lalu. 

Gambar-gambar berkaitan dipaparkan dipenghujung penulisan artikel ini.

Pendidikan Anak Bermula Dari Dalam Kandungan



pregnant-Lisa-Surihani-and-a-baby-playing-in-the-womb
Gambar: www.ohbulan.com & Miracle of Life
Anak-anak yang menurut kata adalah satu anugerah kepada ibu-bapa. 

Menurut pesanan orang-orang tua, jika mahu anak itu cantik (moral, rupa wajah, peribadi) sering-seringlah membaca Surah Yusoff kepada si anak yang masih dalam kandungan.

Anak yang mendoakan kesejahteraan ibu-bapa adalah satu dari tiga peninggalan apabila seseorang itu telah mati. 

Dua yang lain ialah harta yang diinfaqkan dan ilmu yang memberi manfaat.

Sekiraya masih belum menonton video, tontoni sekarang dengan mengklik pautan ini: Video Lisa Surihani dan Perkembangan Bayi Dalam Kandungan.

Ada ke yang mengandung baca artikel ni? Tahniah!!!. Meh tekan butang LOVE ni. 



No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.