Gambar dan Gambaran – Mana Yang Lebih Jelas? - CrazyDuck -->

Header Ads

Gambar dan Gambaran – Mana Yang Lebih Jelas?

Leonardo Da Vinci dan Pablo Picasso

Leonardo Da Vinci dan Pablo Picasso adalah nama besar dalam seni lukisan. Anda boleh saja membuat carian dengan memasukkan nama ini ke dalam Yahoo atau Google maka ratusan kalau tidak ribuan gambar dan artikel yang akan keluar tentang mereka.

Jika berminat dan mahu lebih lagi, mudah... anda tekan saja pautan ini:- Leonardo Da Vinci dan Pablo Picasso.
.
Gambar Mona Lisa, The Last Supper & The Virgin and Child











Jika kita melihat dengan mata kasar, apalah sangat lukisan yang dihasilkan oleh mereka berdua ini, kan?

Pada saya yang buta seni saya tidak nampak apa-apa keistimewaan. Tetapi jangan anda terkejut pula, lukisan asal ini yang disimpan di muzium bernilai jutaan ringgit.

Bukan niat saya untuk mengajak atau mengajar anda supaya berminat dengan seni lukisan atau gambar dari dua legenda seni ini.

Tetapi lebih kepada menguji pemikiran anda pada gambar-gambar yang diletakkan dalam penulisan saya kali ini.  Ingat ya… “You are what your mind is thinking."
.
Adakah gambar Photoshop Mona Lisa ke Putin ini senilai dengan lukisan Mona Lisa asal?
.
Sebelum itu, mari kita lihat pengertian kata-kata dari Pablo Picasso.
.
“Art is a lie that makes us realize the truth. Painting is a blind man’s profession. He paints not what he sees, but what he feels, what he tells himself about what he has seen.”

Bermaksud, “Seni (lukisan atau gambar) ialah satu penipuan yang merealisasikan keadaan sebenar.” Keadaan sebenar itu ialah apa yang ada dalam fikiran dan hati kita.

Diterjemahkan, “Lukisan ialah hasil kerja dari seorang yang buta. Dia melukis bukan apa yang jelas kelihatan tetapi apa yang dirasakan, tentang sebuah penceritaan mengenai satu perjalanan yang pernah dilaluinya."

Uji fikiran anda - apa yang anda nampak dan apa yang anda fikirkan tidak sama.

Lihat gambar berikut ya. Saya hanya ceritakan apa yang saya nampak selebihnya bergantung kepada otak dan fikiran anda sendiri untuk membuat penterjemahan.

Anda tahu siapa diri anda

Wanita ini seolah-olahnya seperti seorang selebriti atau seorang yang berpangkat besar sedang merasmikan pesta atau seni ukiran dari tanah liat.

Nampaknya sangat teruja dengan objek yang dihasilkan oleh murid ini manakala ramai orang disekelilingnya bergembira dan mengambil gambar kenangan.


Gambar: No-Manches
Gambar: No-Manches
Gambar di atas pula menunjukkan gadis ini sedang bersiar-siar menikmati suasana tengahari rembang. Mungkin untuk menggelapkan sedikit kulitnya (tanning) yang terlalu gebu itu.

Mesti ada sesuatu yang pelik kenapa gambar ini diambil oleh jurugambar. Cuba anda perhatikan dan cari apakah benda yang pelik itu. Tak nampak apa yang pelik?  

Anda samada buta mata atau buta gambaran.


Gambar: No-Manches
Gambar di atas ini pula tentang cara memegang microphone. Entah lagu apa yang dinyanyikan oleh gadis ini.  

Anda pasti ingat tentang penyanyi dangdut yang ada punya style tersendiri pegang microphone.  
Kenal Mas Idayu?

Kelihatan sungguh sedap lagu yang dinyanyikan sehingga terjelir lidah mahu menjilat mikrophone.

Yang lelaki tu apasal menyibuk pulak kat depan?  Pergilah jauh sikit.


Tunggu Boyfriend Malam Prom Night?

.
Gambar: No-Manches
Oh… manisnya gadis ini.  

Sedang tunggu mak, ayah, adik, boyfriend, atau kawan sekelas?

Gayanya macam mahu menghadiri sesuatu pesta atau keraian.  

Mungkin tamat high school agaknya.  Ada prom night lah tu.

Nota: Prom night ialah budaya menyambut tamatnya pengajian peringkat high school di Amerika dan dianggap suatu event yang sangat penting bagi remaja di sana.

Sekiranya satu pertandingan diadakan, pertandingan apakah yang anda fikir gadis ini akan menjuarai?

Perhatikan gambar ini betul-betul dan teliti.  

Ubat sakit lutut ada?

Pasangan Bahagia

.
Gambar: No-Manches
Pasangan bahagia dalam gambar atas sedang menenangkan anak mereka agaknya. Terpaksa si ayah menangkap kaki si anak yang sedang menggelupur, meronta, dan menangis.

Sabor jer laaaa….


Get Out Of Your Mind

.
Gambar: No-Manches
Menari tu menari lah juga dik.  

Dah laa baju yang dipakai ada tulisan bermaksud “Get Out Of Your Mind."

Dalam bahasa Melayunya diterjemahkan begini “Jauhi apa yang anda fikirkan."

... atau juga ...

“Jangan dilayan apa yang anda fikirkan.”

Jangan merewang eh otak tu.  

Ikuti nasihat dari apa yang tertulis pada baju tu. Otak mau lurus jangan bengkang bengkok. Tapi bukan betul bendul.


Adakah anda seorang perokok atau kaki vape?

.
Gambar: No-Manches
Boleh lawan dengan awek ni mencipta asap atau anda hanya main blow (hembus) cam tu jer tak da nak seni-senikan asap yang keluar?

Kalau anda yang terror buat kerja menghembus, boleh buat bentuk cam ni?  

Ha ha ha seni tu. Melukis tak semestinya perlukan kertas, berus dan warna. Dengan asap pun boleh bila dah biasa dan mahir. 

Kan Pablo Picasso dah kata "melukis bukan apa yang jelas kelihatan tetapi apa yang dirasakan, tentang sebuah penceritaan mengenai satu  perjalanan yang pernah dilalui."
.

Asyik Bangat Sih?

.
Gambar: No-Manches
Terlalu asyik dengan pembacaan dan tanning oleh matahari waktu spring break hingga tak sedar jagung tu dah habis.

Asyiknya… sedap juga barangkali empulur jagung tu ya.

Mat dan Minah Saleh kebiasaannya memang suka membaca, terutama novel dan cerita-cerita panjang. 

Cuba tengok bila ada sale buku gila-gila macam anjuran “Big Bad Wolf” buku karya tulisan siapa yang paling banyak?  Buku Mat Saleh, kan?

Berapa ramai yang baca sehingga sini? Tak ramai saya rasa. 

Ramai yang suka cerita pendek ringkas padat – dan nak harap ada manfaat? Jangan harap sangat pada benda yang instant atau “segera.”

Mee segera tu sekali sekala tak apa. Benda yang "segera" tu selalunya kurang berkhasiat. Cuma untuk lepaskan waktu kecemasan boleh lah.
.

Seni Mengikat Tali Kasut

.
Gambar: Shidie Art
.
Gambar atas ini pula seni mengikat tali kasut, lukisan oleh Shidie Art. Berapa agaknya nilai lukisan ini ya?

Siapa yang pernah jadi hulubalang dan pahlawan jalanan akan teringat akan Kasut Warrior Bugis.

Yang jenis suka bergaduh tentunya ingat akan kasut kain berwarna hitam – Kasut Kung Fu.  

Tu yang tapaknya nipis berwarna putih.  Ada lagi ker yang pakai ni sekarang?  Zaman sudah berlalu, kan?
.

Tak Suka Dan Tak Pandai Tapi Suka

.
Gambar: IR Sofian Jutawan Logam


Saya memang tak suka dan tak pandai melukis.  

Tetapi saya suka melihat lukisan, terutamanya yang bertemakan pemandangan.  

Gambar lukisan yang cantik kat atas ini saya cedok dari Facebook Ir. Sofian – Jutawan Logam. Sungguh indah dan mendamaikan. 

Itulah seni sesebuah lukisan.

Pening dan Mahu Tambah Pening Lagi?

Anda pening dan sakit kepala? Nak tambahkan lagi?

Kenapa perlu tambah?  Kena gaya... syiok Yeob!!!

Lihat gambar bawah ini yang saya petik dari FB Shidie Art.
.
Gambar: Mat Kilau Jr. & Shidie Art
Kita hanya akan menghargai nikmat yang kita terima apabila nikmat itu ditarik balik.

Lihat gambar ini, renungkan betul-betul.

Terasa nikmat pandangan tepat hilang, bukan? Sebaliknya pening pula yang datang.

Haaa… itu lah, bukan susah Allah nak tarik balik nikmat pandangan yang mendamaikan sewaktu kita lihat gambar kat atas lukisan tadi.

Gambar Tak Salah - Otak Kita yang Bercelaru

.
Gambar: Lukisan An Jung-Hwan artis Korea
Maka… apa pun yang kita lihat otak akan berfikir dan menganalisa.  Hati membuat keputusan – kebanyakan bergantung kepada pengalaman dan latar belakang kita.

Pada yang dok mengaji turun naik tangga masjid dan surau semestinya terdetik difikiran anda tentang aurat pada gambar-gambar tadi.

Maklumlah anda adalah orang yang paling suci, paling beriman, paling berilmu, paling waraq… dan segala macam paling lagi. Mohon paling tak terasa, boleh kan?

Sebenarnya gambar itu tidak salah – pemikiran kita yang bercelaru dan suka menyalahkan orang lain. Kita betul belaka seperti tak pernah ada dosa. Confirm Ahli Syorga.

You are what you are thinking – selalu menyalahkan orang lain… heh… 1 telunjuk ada 3 jari yang berbalik kearah kita.  

Tak pernah orang bila menunjuk menggunakan kesemua 5 jari kecuali "wali-ya?" Wak Karam-Sink.

OK… kita sudah sampai ke penghujung untuk artikel ini… 

Artikel berkaitan boleh KLIK dan lihat sini:- "Satu dari 8 Lukisan Cantik Ini Menyimpan Rahsia Peribadi Anda."

Sebelum pergi tu gambarkan yang molek-molek dan Jom tekan butang LOVE ni.


No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.