Kerana Rasuah Malaysia Terkenal Satu Dunia - CrazyDuck -->

Header Ads

Kerana Rasuah Malaysia Terkenal Satu Dunia

Antara Babi Dan Rasuah Anda Pilih Yang Mana?
Wooops... ini soalan ada banyak kasar.  Kurang sopan mungkin ya juga. Ada ke nak suruh pilih antara babi dengan rasuah. Rasuah duitnya mana ada bau lendir atau berlemak minyak. Wangi wei bau duit tu.

Jangan cakap haram jadah kat saya pula ek. Adus...

Terlalu ramai pengamal rasuah yang memandang rasuah satu perkara enteng. Mungkin ada yang berpendapat atau merasakan bahawa meminta rasuah atau imbuhan itu sebagai hak mereka.

Money-and-barbecued-meat-what-is-your-preference?

Hak terhadap kelulusan sesuatu hal yang memberikan faedah atau keuntungan kepada pemberi rasuah.

Ya babi itu haram. Dan tak dimakan atau disentuh. Oleh orang yang ada rasa dia tu Muslim.
.
Rasuah itu haram… apakah tahap keharamannya kurang sehingga pengamal rasuah tidak merasakan apa-apa ketika menerima rasuah?  

Malah mungkin berbangga lagi.

Tahap kronik rasuah di negara ini sebenarnya berada pada tahap yang sangat serius. Anda sudah lihat videonya?

SingDollar-with-Lee-Kuan-Yew-Smiling
Membahagiakan jiran tu dapat pahala, kan?

Kalau belum KLIK gambar diatas tu atau sini jer

Malaysia kini berada ditangga yang sangat boleh dibanggakan bila sebut soal rasuah.
.
Commission-and-donation-no-corruption
Gambar kanan: Abdul Rahman Abdul Talib

Kerana rasuah Malaysia terkenal diseluruh dunia

Eh… tak bangga ke? Ha ha ha…

Gambar-gambar ini mencerminkan kepopularitian Malaysia di mata dunia. Malaysia dapat no. 2 selepas Brazil. Antara 5 negara paling terkenal dengan rasuah.

Hebat eh?
.
Malaysia-is-famous-around-the-world
Gambar kiri: Malaysian Insider;  kanan: Zunar Facebook
Ini aku hanya copy and paste saja dari sumber yang semua orang lain juga boleh dapat, bukan aku main taram suka hati.

Ermmm… jap.  Yang popular tu Malaysia ker atau PMnya?

Dasyat dan kesian.

Dasyat sebab hanya dalam beberapa tahun dia jadi PM, Malaysia menjadi negara yang sangat terkenal di seluruh dunia.

Korang boleh?

Mampu bawa nama Malaysa kepersada dunia – heh… global wei. Rasuah kita kat tangga berapa ek? Teratas juga kan?

Kesian sebab orang yang innocent pun terpalit. Satu orang punya pasal satu negara terkenal.  Kena buat peribahasa baru tak?  Ganti perkataan kerbau dan lumpur tu.

Oit… kau sama-tarafkan dengan kerbau… is that what you mean?

Aku tak kata itu pun… suka hati lah apa korang nak tafsirkan. Peribahasa tu kan dah wujud sejak aku belum ada lagi?  Haish…


Yang klik tu mesti jenis tak percaya pada apa yang orang cakap. Betul ke ni?  

Korang yang klik… sendiri tau lah.  Aku main teka jer.

Maka tahulah anda – hati anda tu jenis yang bagaimana. 

Mahu cari kebenaran atau cari kesalahan orang? This is a very thin line you know.  Sorry… you were tested.
.

Tembak & Bunuh Sudah Menjadi Kebiasaan?

Negara maju macam USA, tiap-tiap hari ada orang kena tembak. Yang mengamuk kat sekolah atau universiti pun kerap juga. Pada dia orang… tembak-tembak ni… eleh tak ada hal lah.

Tak ngam jer… tembak jerlah. Habis cerita.
.
These-people-who-are-victims-of-political-moves?
Gambar: Google images
Malaysia pun dah nak naik taraf agaknya – baru ada status negara maju. Macam tulah agaknya kot, ek?

Korang kenal dan tahu apa jadi dengan enam dan empat orang dalam dua set gambar ini kan?

Ini bukan kes berani mati ke tidak. 

Kalau mati sekadar mati katak nak buat apa?  

Mati yang meninggalkan legacy atau syahid lain lah.  Mati... semua orang pun akan mati juga.  Mana boleh lari.

Eh… you cakap apa ni bro?

Heh… macam lah korang tak tau. Dah berapa ramai yang sudah kena tembak. 

Ada yang ditembak terus mati tetapi ada juga yang kena tembak tanpa peluru tapi terlucut jawatan mereka.

Dan adakah kes tembak-menembak ini tiada kaitan dengan kuasa, duit, atau wang rasuah?

Minggu lepas (11/2/2016) tokey nasi kandar (Amin Beyond) jadi statistic terbaru. Korang mungkin dah tengok atau baca pasal kes ini.

Semua paper pun ada tulis. TV & Radio pun cerita. Blog dan media sosial belambak paparan. Kalau anda tertinggal juga… memang sah anda seorang yang sangat ketinggalan.

Cuma aku hairan macamana you boleh terbaca hal ini kat sini. Ha ha … tak kisahlah apa pun, you tahu sudah.

So… jaga diri baik-baik eh… jangan jadi statistic pula.

OK… aku tak nak ulang apa yang korang sudah tahu dari sumber yang aku sebut kat atas tu.  Gambar bawah ini hanya hiasan dan pelengkap. 

Tak da gambar… potong stim laa pulak.
.
Amin-beyond-shot-dead-in-his-mercedes

Dia punya kes sudah ada sejak 2014 lagi – rujuk sini:- keretanya dibakar.

Kemudian dia pergi JPJ pada hujung Disember, mengamuk pasal kereta dia yang dah disita oleh JPJ pada tahun 2001 tapi masih ada atas jalanraya. 

Ada orang sudah pakai, buat kesalahan trafik dia yang kena saman.

Disebabkan saman yang tertunggak, dia tak boleh nak hidupkan roadtax untuk kereta yang digunanya sekarang sebab nama dia sudah kena blacklist oleh saman kereta yang disita tadi.

inspecting-the-car-engine
Cuba korang fikir jap… kereta sudah disita oleh JPJ sendiri sejak 2001, tapi masih ada atas jalan pada 2015. 

Bermakna kereta yang disita tu boleh buat pembaharuan roadtax.

Ada yang pelik tak? Something really fishy, kan?

Ada orang sudah buat duit haram.  Kereta sudah mati tapi terus boleh jalan… siap buat kesalahan lagi. 

Nama pemilik kereta pula terus atas nama si Amin ni.

Video yang menunjukkan dia mengamuk di JPJ Pulau Pinang tu dimuat naik ke Youtube pada 29 Disember, 2015. 

Jadi viral.  

Nak tengok video tu?  Tak susah… masukkan keywords ini dalam Google atau Youtube – “lelaki mengamuk di JPJ Pulau Pinang” sure keluar punya.

Ermmm… tadi kat atas kata "ada yang sudah makan duit haram" eh?

Diberitakan juga yang Syed Amin ni sedang menunggu perbicaraan berkaitan kes mengaibkan seorang pegawai JPJ pada November 2015. 

Macam ada kaitan jer, ek?  Apakah ini sebagai cara tutup kes?  Tanya jer… anda yang baca ni boleh buat andaian sendiri.

Si Amin ni pun macam dah boleh agak apa akan berlaku dengan dia based on status FBnya bertarikh 4 Disember, 2015.
.
business-person-bought-his-new-bicycle
.
Selepas tu, pada 12 Disember 2015 dia membuat status yang berbunyi, “Seorang ahli perniagaan terpaksa naik beli basikal kerana tak boleh renew licen,rotax.  Lagi saya life insuran.  Klu apa jadi, katala saya mati. INSURANCE TAK BAYAR… BEGINI NASIB SAYA…JPJ BAGUS.”

Kini Banyak Kereta Kena Klon?

Apa yang Amin Beyond alami ini samalah dengan gambar kat bawah ni.  Ha ha... dua kereta sebiji segalanya.  Satu ori satu lagi klon. Tapi yang ini dijumpai diKL – area Ampang kalau tak silap.

Tanpa sokongan kita yang korup juga mana mungkin mereka terus berkuasa?

cloned-honda-odessey-identical-in-every-way
Gambar: Raja Mohd Sharim

Tepuk Dada Tanya Iman

Cuba tanya diri sendiri dulu – sanggupkah dilucutkan jawatan / dibuang kerja kiranya bercakap jujur?

Atau mahukah kita mengiyakan sesuatu – yang kita tahu ianya tidak benar. Kita kata "ya" kita akan mendapat imbuhan / hadiah.

Contoh: kereta mewah yang kita impi dan idamkan selama ini?

Heh... terbeliak biji mato wei.

a-pair-of-staring-eyes-delivering-a-message-from-the-brain

Dapat kain pelikat dan batik sepasang, gula sekilo-dua, beras sekampit, kopi-teh sepeket, biskut pun sepeket dua, malam pekena teh tarik & tomyam, siakap tiga rasa, sup lidah & gearbox, kara-OK… pun dah kira-OK.  

Boleh kaw-team. Ini kan pula kereta sebiji.

Ada perkara yang halal haramnya kita sudah tahu dan tidak mahu. Tetapi ada yang haram dan jelas keharamannya tetapi kita tetap mahukan juga. Tepuk dada tanya iman.

Iman itulah yang akan memperkasakan integriti seseorang dan sangat penting sekarang ini bagi orang Melayu. Bukan berapa kali pergi haji atau umrah (dari duit rasuah). Atau banyak mana gambar selfie masa kat Mekah dimuat naik banyak-banyak dalam FB atau Instagram.

Jawatan (Kuasa) Sebagai Asset Untuk Jualan

Kerana Melayu dilihat semakin teruk dengan isu rasuah – kuasa jadi bahan jualan. 

Integriti?

Integriti mana boleh buat duit kaw-kaw wei... setakat hidup selesa atau capai tahap senang lenang boleh lah. Kaya? Ada juga... tapi you orang pun tau sendiri. Kan? 

We are talking about kaya kaw-kaw you know?

Mana mungkin kita dapat maju dan bersaing apabila kita hanya berminat dengan skim cepat kaya dan duit mudah?

Saya akhiri post ini dengan gambar dibawah.

Gambar ini tentang 6 buah kereta mewah yang jumlah roadtaxnya boleh cecah RM20 ribu atau lebih setahun.

Jumlah harga kereta mungkin hampir dua juta ringgit. Itu baru kereta... yang lain-lain lagi? Berapa gaji man-tree (oopps... lady-tree) ni eh?

collection-of-expensive-cars-Range-Rover,-Porsche,-Mercedes,-Audi,-Toyota alphard

Eh bro... kamon laaa .. positif sikit. Ya ya ya gua understand... ini semua contoh yang gua nak elak laaa bukan nak dijadikan sebagai mentor.

Knowing what not to do is just as important as knowing what to do... you know? What about know how or know who?

K-bai!!!

 Belanja satu LIKE & SHARE.  Bolehkan?. Jom tekan butang  ni. 


No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.