Lifestyle Marketing – Mencipta Peluang atau Terjumpa Peluang? - CrazyDuck -->

Header Ads

Lifestyle Marketing – Mencipta Peluang atau Terjumpa Peluang?

Peka dengan keadaan perniagaan yang diceburinya. Persaingan tentang produk, pemasaran (on-line dan off-line), channel, lifestyle, networking, peluang baru dan sebagainya. Termasuk hal politik, keadaan semasa dan perkara tentang luar negara.

Rangkaian Perniagaan Santai Tapi Serius.

toyota-alphard-vellfire

Hari dan waktu untuk aktiviti gerombolan telah pun tiba. Ah Matt akan berpeluang melihat bagaimana lifestyle orang business dan kaya.

Kerana gerombolan kali ini agak berlainan dari yang biasa diikutinya.

Destinasinya ialah Batu Ferringhi.

Pertemuan kali ini lebih ramai dari biasa kerana jaringan mereka semakin meluas.

Kelainan gerombolan kali ini dari yang sebelumnya ialah kerana terdapat beberapa orang atau kumpulan yang membawa kereta manakala sebahagian yang lain menggunakan motor besar.

Ini kerana tidak semua peserta mempunyai motor besar tetapi berminat dengan kumpulan ini atas alasan tertentu.

Perniagaan dan networking (pembinaan rangkaian) adalah antara penyebab utama mereka menjadi peserta.

Pertemuan kali ini melibatkan peserta dari utara hingga selatan.

Itu sebabnya tidak semua peserta memilih untuk menggunakan motor besar atau juga disebabkan sebahagian dari mereka tidak memilikinya.

Ah Matt dan keluarganya menumpang salah sebuah kereta mewah Totota Alphard dari Johor Bharu.

Pemiliknya Ah Zam merupakan seorang ahli perniagaan berjaya yang mempunyai rangkaian perniagaan hingga di Kedah.

Dalam perbualan sepanjang jalan Ah Matt mendapati Ah Zam mempunyai hubungan rapat dengan ramai ahli politik dan juga kakitangan kerajaan.

Ini adalah kali pertama Ah Zam menyertai gerombolan kumpulan ini dengan tujuan utama untuk memperluaskan lagi kenalan perniagaan dengan orang-orang tertentu.

Ini akan membantu meluaskan empayar perniagaannya, terutamanya dibahagian utara tanah air.

Tujuan Ah Zam mengikuti gerombolan ini adalah kerana dia diberitahu oleh penganjur terdapat beberapa orang dari Kedah.

Dan ada diantara peserta yang sangat aktif dalam perniagaan dan politik.

Dia melihat acara ini sebagai peluang perniagaan, bukan hanya suka-suka mahu bergerombolan.

Pertemuan selama dua hari satu malam di Batu Feringghi itu diselang seli dengan acara formal di hotel berdekatan dan acara santai di pantai.

Acara formal berkisar mengenai perniagaan dan pembinaan rangkaian perniagaan.

Terdapat beberapa kertas kerja projek perniagaan yang dipertotonkan dan dibincangkan. Kebanyakan yang menghadiri sessi ini adalah ahli perniagaan tulen.

Street Smart Street Wise

expedition-with-gang-using-highly-powered-motorcycles
Gambar hiasan: CEO Samad Kinto Men's Serum

Sepanjang perjalanan Ah Matt sangat teruja mendengar celoteh Ah Zam yang disampaikan dengan penuh semangat dan “passion” yang tinggi.

Bagi Ah Matt andaikata dia masih muda, sangat besar kemungkinan dia akan mengambil Ah Zam sebagai mentor, walaupun terlebih dahulu perlu berkerja dengannya.

Ah Zam sangat peka dengan keadaan perniagaan yang diceburinya – persaingan tentang produk, pemasaran (on-line dan off-line), channel, networking, peluang-peluang baru dan sebagainya.

Termasuk juga hal politik, keadaan semasa dan beberapa perkara tentang hal luar negara.

Sewaktu di Batu Feringhi, Ah Matt memerhati gelagat Ah Zam dan mengekorinya dari jauh.

Jelas sungguh yang Ah Zam adalah seorang yang dinamik. Dia menghadiri sessi formal atas tujuan yang spesifik.

Tidak semua sessi formal itu diikutinya – tetapi dipilih mengikut kesesuaian, keperluan atau berkaitan dengan perniagaannya.

Sewaktu berada disessi santai, Ah Zam tidak pernah bersaorangan.

Sekalipun sedang melihat pameran motor dan kereta para peserta, dia sentiasa bersama satu atau dua orang peserta lain.

Dia mengambil peluang perjumpaan ini sebagai membina rangkaian perniagaan dengan orang-orang baru. Yang sekepala dengannya.

Okeh... cukup setakat ini dulu.

Dapatkan nasihat (insight) dan cerita kisah Ah Zam dan Ah Matt seterusnya pada tajuk ini: "Bina Rangkaian Perniagaan Dari Kalangan Orang Sekepala."

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.