Warung Mee Rebus Bawah Pokok Tarik Pelanggan Antarabangsa - CrazyDuck -->

Header Ads

Warung Mee Rebus Bawah Pokok Tarik Pelanggan Antarabangsa

Sesetengah warung kita sampai muka ketat. Sudah makan meja tetap semak. Tak sama macam restoren seperti Old Town, Dome, Papa Rich, Mc-Donald’s, Starbuck. Selalunya meja dilapangkan. Pinggan kosong semua diangkut. Astray tak sempat penuh sudah diganti. Nak bincang duduk lama pun senang hati. Harga mahal pun tak apa. Siap order bil sudah ready. Bukan tanya semula makan apa tadi?mee-rebus-warung-depan-masjid-serendah-sedap-punya

Mee Rebus Murah Sedap Servis Pantas dan Peramah

Puas jalan-jalan merayau-rayau ke Kuala Kubu Baru, Antara Gapi, Ulu Yam, dan Air Terjun Serendah. Lepas tu kena lalu Rawang dan Selayang nak terus ke KL.

Stop kat Masjid Serendah kejap.

Eh... ada apa kat depan tu? Punya la banyak kereta parking. Jom kita pergi tengok. Kedainya direct depan Masjid Serendah.

Warung-mee-nasi-ayam-hadapan-Masjid-Serendah-Rawang



Bawah pokok – sungguh teduh


Hmm… kedai makan jer pun. Ya… warung biasa-biasa. Aircond pun yang original punya.

Sejuk tak da panas pun tak juga.

Apa pasal sangat ramai orang. Datang pula semua naik kereta. Ini orang ada duit punya kaki.

Oh… Ramainyer…
Sedap agaknya makanan kat kedai ni. Meh kita masuk tengok apa ada…

Waa… nasib ada baik laa.
Meja baru dibersihkan orang terdahulu sudah bagi bayaran.

“Ya bang… mari datang… ha… mari dudok kat sini bang.” 

Mesra sungguh sambil lap meja senyum dia langsung tak lekang.

“Kat sini makanan kesukaan ramai apa ya?” Isteri gua sudah tanya.

Aku faham… dia bukan lapar sangat. Tapi nak cuba sesuatu yang special di Serendah ni. Apa tidaknya… mana pernah kami sampai warung ni.

"OK… akak nak yang ringan ke atau yang heavy?"

"Heavy tu macamana rupa dia? Yang ringan pulak kalorinya tak da ka macamana?"

"Kalori tetap ada kak… OK yang heavy ni nasi ayam special punya. Ringan tu Pasembor dan Mee Rebus."

“OK lah… buat mee rebus dua ya. 
Air buat teh ais dan teh tarik."

Isteri gua sudah buat keputusan untuk dia dan gua juga. So... you know who the BOSS is eh?

Tunggu sat ja… pesanan sudah sampai. Bilnya juga terlekat kat tepi gelas teh ais.

Eh… murah juga mee rebus RM 4 jer. Teh tarik RM 1.50 gelas besar teh ais pun sama harga
OK… reasonable.
Slurrrrpppp…..
Waaaa… ada rasa laa ini mee rebus.


Sikit lain dari biasa.  Ada sedap juga. 
Kasi habis.  Kuah satu titik pun tak da tinggal daa.
Patut pun ramai yang dok mari.

Cina ada India ada Melayu dan juga Benggali - Antarabangsa punya.

Wah ini macam lain kali boleh datang lagi.

Pemilik Kedai Makanan Jangan Buat Begini

Teringat dalam perjalanan dari utara tadi. Ikut jalan lama saja mahu enjoy pemandangan nak santai hiburkan hati. Kemudian perut berbunyi…

Jom kita jalan kat sana cari makan.

Aku berhenti tepi jalan makan kat warung tak bernama. Duduk 1 jam baru ditanya nak makan apa. 

Nasib baik ada gadget boleh sambil buat kerja. Kalau tidak lama dah aku belah pi mana-mana.

Satu makcik sudah datang. Senyum tak da hanya mata pandang-pandang.

Gua buat muka tak malu buat order. Pesanan diambil dan ditulis si makcik garang.

Tunggu pulak setengah jam lagi. Nak belah order sudah dibuat. Tunggu jer lah.

Makanan sampai. Test sample sikit ada sedap ka apa macam.

Mmmm... boleh lah. Biasa-biasa saja. Bukan penyebab untuk datang ke sini lagi. Kecuali terlalu lapar dan tak ada pilihan nanti.

Sampai time nak bayar... Errr... makan apa yer tadi?

Adoiiii… Sudahlah muka pun kelat dan ketat.

Tunggu lagi sebut makanan satu persatu. Kira pulak lebih slow dari siput sedut

Maka jangan hairan kalau bisnes slow tak maju ek

Mau niaga senyum mesti mau murah. 
Dan kasi manis punya lor... Tak da kena duit kasi senyum sama customer. Duit masuk lagi ada maaa!!!

Ada Ketika Harga Bukan Ukuran

Sambil tu teringat pula kat Intercontinental Hotel. Tu Hotel 5 bintang kat Jalan Ampang. Dulu namanya Nikko Hotel apa ka?

Oren jus RM 25 pun depa kata tak mahal. Sebab depa bayar untuk yuran glamor. Minum kat hotel la wei…

Ada yang balik dari Starbuck. 
Paper cup tak kasi kosong supaya boleh dibawa balik. 

Nak tunjuk aku pun ada kelas juga la wei. 

Kat kedai bangsa sendiri mahai sekupang hangpa ruih sekampung.

Pi makan tempat bangsa lain mahai hangpa siap bangga pulak?

Ada sesetengah kedai makanCustomer sampai dia tarik muka kasi ketat punya.

Staff ke tokey entah… asyik layan HP kat tangan. Kalau staff… rasanya tak lama dia kerja kat situ. Kalau tokey yang buat macam tu… alamat kedai jadi togel laa.

Teka Restoren Ini Siapa Pemiliknya

Ini kedai mana?

Teh woon-ner. Oh silap lah aner … teh rendek. Lama dah aku tak pi kedai adik beradik ni.

Kecuali emergency saja.

Pernah termasuk bilik dapur kat belakang punya… Malas nak cerita tapi korang pun boleh bayangkan laa.

Service cepat memang sudah jadi trade mark mereka. Harga pun selalunya best juga.

Tak apa lah mampu apa kisah, kan? Perut kenyang, gian terubat, selera tercapai, hati mau puas.

Sendiri Layan Bayar Dulu Juga

Nak makan ambik sendiri. Sebelum duduk terus bayar. Tak da diskaun-diskaun punya.

Eh… makan pun ada diskaun ka? Tak boleh sebab semua pakai system.

Staff dia mulut pok-pek-pok-pek mesra sungguh. Senyum meleret... ya laa dalam ekon mana nak ada peluh. 

Tapi makanan tetap jugak kita kena pergi ambik sendiri. Kami tak dibenarkan layan korang... so silakan layan diri.

Sendiri Layan Bayar Kemudian

Layan diri pun tak apa bila sudah biasa. Sambil makan dia datang hulurkan bil. Bilnya diterbalikkan taruk bawah gelas atau piring.

OK lah tu… nak bayar keluarkan duit ambik baki, senyum… Perut kenyang habih cerita

Tak sakit hati... kerana tak ditanya tadi makan apa ek?

Restoren Sebagai Tempat Pertemuan

Nak discuss meja tak clear. Kita clearkan sendiri nanti depa kata hang ni mengada.

Sebab tu orang pi ke tempat macam Old Town, Papa Rich, Mc-Donald’s, Starbuck. Meja lapang – pinggan kosong semua depa siap angkut. Astray tak sempat penuh sudah diganti.

Nak bincang duduk lama pun senang hati.

Nak discuss bisness. Nak sembang hal semasa. Nak hilangkan kekusutan kepala. Atau nak duduk saja kena kopi secawan dua.

Harga mahal pun tak apa...

Dia orang (customer) sanggup bayar. Depa bukan setakat nak makan saja. Kena sewa meja pun... tak apa lah kita bayar jer laa.

Kan untung macam tu? Kita buka kedai orang tolong bayarkan sewa. Kopi secawan modal 25 sen jual tiga ringgit setengah pun tak apa.

Ada dengar siapa yang komplen pasal harga? Kata kopi kat Starbuck dekat RM 10 atau lebih?
Yang pergi minum tu siap bangga lagi ada. Mampu minum kopi mahal woo brader!!!


Perniagaan Restoren Sebenarnya Penuh Cabaran

Hang buat cerita ni macam meniaga kedai makan tu senang saja. 

Hang tau dak… orang yang kerja kat kedai tu silih berganti. Tokey serabut pening. Nak meniaga ka nak urus hal manusia?

Ya lah… aku tukang kata mana aku tau apa. Yang aku tau aku singgah aku nak makan depa layan. 

Aku puas hati dengan rasa, harga, dan layanan nanti aku datang lagi. Orang buat tak tau macam duit aku tak laku aku tak masuk dah.

Aku pelanggan hangpa peniaga. Aku nak makan yang hangpa jual. Hang nak duit yang aku bawa bekal. Aku tak masuk pun hangpa tetap meniaga juga.

Kedai bukan sebiji pelangan bukan sorang, kan? Betul lah tu tapi ada lagi yang lebih betul. Bila setiap pelanggan jadi repeat customer amacam? Tapi apa kata setiap customer baru dia hanya masuk sekali saja?

Heh... langit tu rasa macam rendah jer kan? Ya ka?
So... apa maksud bila orang kata, "Baru tau langit tu tinggi ka rendah?"

Warung Mee Rebus Serendah

Warung mee rebus depan Masjid Serendah tu, repeat customer dia ramai. Meja tak pernah kosong. Bukanlah pulak satu pergi 10 mari. Tapi memang tak berhenti silih berganti.
.
Aku yang jadi customer walaupun baru sekali, bila ada peluang lalu kat situ dilain kali. Pastinya aku singgah lagi.


Makanan sedap itu satu hal. Harga patut layanannya pantas. Oh, ini semua orang sudah pun tahu.

Artikel ini asalnya dari platform Wordpress.
Tapi yang tahu sekadar mengaku tahu. Amalkannya tidak pula mahu.

Dah tak payah nak bebel lagi.

Kalau dah tahu tak apa… ingat ini saja
Dan buatlah sesuatu itu kerana _________

Jawablah kat ruangan komen tu ya.

Repeat Customer Itu Nadi Perniagaan.

The cost of maintaining the existing customers is far less than acquiring new ones.

Dah tekan butang LIKE ke belum? 

Tekan noh !!! Share la sekali. Senang jer pun. Bawah ni jer.