Rasuah – Perlukah Aku Ambil Kisah? - CrazyDuck -->

Header Ads

Rasuah – Perlukah Aku Ambil Kisah?

Bila Bicara Tentang Nilai Duit


Artikel sebelum ini berbicara tentang perniagaan tertua di dunia dan juga rakyat mahu pelabur asing. Yang dapat bukanlah pelabur asing tetapi ialah pekerja asing. Pelabur asing pula dah sapu keliling hartanah bernilai tinggi.

Bagaimana pula dengan hal shopping dan juga bila PM travel ke USA atau tempat lain?

Bezanya macam ni:-
Dulu-dulu orang Malaysia nak shopping pergi Singapura – sebab Ringgit Malaysia tinggi waktu tu. 

Ramai orang kampung pergi Singapura kerja kontrak. Yang shopping atau kerja contract bila balik sangat berbangga. 

Shopping Sakan

Sekarang sudah terbalik 180 darjah. Rakyat Singapura pula yang shopping sakan. Terutamanya sekitar Johor Bharu.

.
Bukan 360 darjah tau seperti banyak sifu cakap. 

Contoh: ”Datanglah ke seminar saya atau beli buku saya ni, kehidupan anda akan berubah 360 darjah.”

360 darjah tu sebenarnya dah sampai balik ke tempat asal bang - macam pusing round about.  

Sama seperti kereta spin tayar dalam selut tapi tak ke mana.  Ngabihkan boreh (eh… minyak) saja.

Kalau tak boleh nak bayangkan sebab tak pernah ada minat dengan math sejak SRP, boleh lihat gambar ni.

OK... back to cerita pasal shopping. Kacau betul 360 darjah punya hal ni.

Ya... Kini, orang Singapore shopping kat Malaysia dan dia orang punya rumah di JB. Ulang alik kerja sampai jem gila tambak Johor. 

Waktu cuti umum di sana pun macam tu – dia orang masuk Malaysia race kereta macam ayam baru lepas kandang. Lepas tu borong shopping barang di JB.

Sebabnya? Nilai duit SingDollar sudah mencanak tinggi. Zaman dulu sungguh laa, Ringgit yang tinggi... terbalik... mmm 360 darjah ek?

Business Travel

.
Gambar: Amzarul Yuzrin Bin Mohd Yusof
Dalam hal business travel, PM Singapura Lee Hsien Loong pergi ke Amerika bertemu dengan para saintis, para ilmuwan, para CEO kompeni terkenal, jumpa pemilik kompeni blue chips & hi-tech berbincang tentang idea.

Pada masa yang sama PM kita juga ke Amerika. Jumpa pelobi politik. Jumpa agen-agen Yahudi di Amerika. Berbual tentang politik. Bininya Borosmah menghilang entah ke mana di pusat shopping mewah. 

Cakap pasal tempat maha shopping, rupanya ada nama terbalik dengan PM - Bijan. Tengoklah gambar ni, dia punya Bugatti harga pun 3 juta Dollar. 

Dia punya core business jual perfume dan design pakaian. Termasuk interior design juga. Kereta tu agaknya dia yang buat rekaan dalaman sampai naik harga macam tu.

Bjian-shopping-store
Malaysian-Ringgit-vs-Singaporean-Dollar-Agung-and-Lee-Kuan-Yew
Ringgit jauh ketinggalan sekarang berbanding beberapa dekad lalu

Masalah Sekarang Kerana Warisan Lalu

Sekarang korang boleh cek lah berapa Ringgit berbanding dengan satu SingDollar.  “Oh… itu masalah yang ditinggalkan oleh pemimpin terdahulu."

Oh… OK-OK kami faham. You just can’t do anything, right?  But why are you still there?  Didn't you hear there were plenty of calls for you to step down?  And what did you do? You stepped on them and boot them out of the office.


Bagaimana pula dengan peneroka Felda yang satu ketika dulu sangat gah dengan FGV?

Peneroka FELDA yang membeli 800 unit saham dengan membayar RM3,580 semasa ia disenaraikan, terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM2,300 kerana saham itu kini hanya bernilai RM1,280.  

Ketika kejatuhan, harga saham Felda Global Venture (FGV) kini (12 FEB 2016) berada pada harga kira-kira RM1.60 seunit. Sumber: Mohd Ezli Mashut.

Eh... ini FGV mana ada kena mengena dengan rasuah. Anda mungkin terfikir begitu. Kan?

Harga pasaran nak jatuh, jatuh lah. Kita mana boleh kawal harga pasaran. Ini bukan salah kerajaan sekarang. Cam tu lah kan?  Lagi pun bauksit kan ada?

Bauksit tu pula diberitakan dalam sembang diFB untung ~RM42 juta, tapi kos repair jalan RM100 juta. OK lah kan.... boleh juga bagi projek untuk kroni repair jalan. Yer dok?  

Heh...???.

Pakcik Bernama Wan Emdibi
.
Derma la... bukan pelaburan
Yang ini punya cerita… entah sudah berapa puluh kali pusing pun aku dah tak tau – tak larat nak kira. 

Sekarang ni pulak kalau ada sesiapa yang bukak cerita real punya yang ada data dan fakta…. Ha… siap. 

Sudah ada saranan untuk penjara seumur hidup. Bocor maklumat rahsia depa kata. Doh guanno orang tak takut?

Depa tu siapa ek? Orang yang punya pejabat dalam gambar bawah ni kot.

Penjara seumur hidup mungkin OK lagi kot? 
Kalau banding dengan masuk tong drum lepas tu kasi keras dengan simen kemudian simpan sana kolam?

You kasi bocor... gua kasi bocor sama you
Antara penjara seumur hidup dengan masuk tong simen mana satu pilihan korang?

Sesiapa yang pilih mana-mana satu… memang berani mati laaa.

Tak berani mati eh? Takut bebenor. So… nak buat macamana? Senyap jer lah, kan? 

Kesannya?  Sendiri tau lah. Mereka akan terus jadi macam kaduk naik junjung.

Membalun duit dan terus memperbodohkan rakyat. 

Sampai nak terima masuk otak orang paling bodoh sekalipun pun dah tak boleh dah. Tapi jangan takut. Penyokong tetap ramai.

Ada kaa… hari tu kata derma, lepas tu kata bagi balik. Dah tu Saudi punya adik beradik pulak tak mengaku. 

Mampuih. Satu dunia kena kelentong.

Soalan Penutup Untuk Bahagian Ini dan juga INI

Rata-rata rakyat Malaysia ini sangat sayang akan negara ini dan kalau boleh mahu berbangga dengan nama Malaysia seperti yang pernah berlaku pada suatu masa dulu. 

Keadaan ekonomi yang kian meruncing serta keadaan politik yang kelihatan sudah jadi caca-merba membuatkan ramai rakyat berada dalam suasana kegelisahan terutamanya mereka yang bekerja sendiri atau berniaga.

Soalannya:-  
1. Sekiranya tiada rasuah yang diwar-warkan berlaku (lihat video), apakah Malaysia akan mempunyai suasana ekonomi dan politik yang stabil berbanding sekarang?

2. Rasuah seperti menyogok pegawai polis dari menyaman anda boleh mengurangkan bebanan kewangan mungkin berjumlah RM 200 – RM250 bagi setiap kesalahan yang anda lakukan. 

Maka tidakkah anda memilih jalan ini apabila disarankan seperti dalam video?

3. Anda berperluang untuk mendapatkan projek atau meningkatkan keuntungan perniagaan atau projek yang sedang berjalan. 

Syaratnya, anda perlu memainkan peranan penting. 

Katakan anda boleh membuat keuntungan sebanyak RM 2 juta. Syaratnya perlu memberikan rasuah kepada orang-orang tertentu sebanyak RM 200 ribu.

Tidakkah anda tergerak hati untuk melakukannya? Peluang sebegini datang hanya sekali. 

Toboliok mato yo? 

Jangan !!!

4. Anda mempunyai hutang yang banyak. Tetiba ada peluang buat duit.  


Gambar: Miki Realiti Hidup
Kerja anda hanya mencari peniaga atau usahawan yang punya kredibiliti untuk menjalan satu projek. Katakan ianya satu projek perumahan yang nilai keseluruhan bajet ialah sebanyak RM 20 juta.

Dana ini datangnya dari satu organisasi XXX. Apabila anda menemui usahawan ini, katakan padanya projek ini dijamin dia boleh dapat. Syaratnya 10% dari nilai kontrak (katakan RM 2 juta) perlu diberikan kepada orang yang meluluskan dan memberi tender tadi tetapi melalui anda.

Dari RM 2 juta tadi milik anda ialah sebanyak RM 500 ribu. Sekiranya anda tidak berminat ada orang lain yang akan dilantik sebagai runner, tetapi anda diberi peluang the first right of refusal sebab mungkin kerana baik punya connection.

Projek tetap akan berjalan -- with or wihout you. 

RM 2 juta komisyen tetap akan dikutip setelah projek lulus. Jika orang baru dipilih dia tetap akan menerima RM 500 ribu itu.  Anda boleh nganga dan terus menanggung hutang.

What say you? Say no? Tapi kalau duit dah depan mata amacam?

Soalan cepu emas: Apakah yang akan anda lakukan? Waktu ini anda sangat kesempitan. Kawan minta hutang tiap hari.

5.  KLIK pautan ini dan lihat videonya sekiranya anda belum lihat dan berikanlah komen anda pada ruangan yang ada.

OK... dah habis bahagian ini. Sambungan? Adaaaa. Semua post berkaitan rasuah boleh lihat bila tekan TAB RASUAH kat atas tu ya..

Sebelum pergi LIKE dan SHARE kat butang sederet bawah ni dulu yaa...  terima kasih. Komen laa sekali..

Ayuhak kulaan kayuh baimbai... Jom tekan butang bawah ni. Terima kasih!!!

10 comments:

  1. Replies
    1. Oit... baru ciba-cuba nak perbetul =kan blog ni dan naik taraf sikit dengan widget + langganan taruk dalam post... suda ada komeng. Ya.. boleh land the new era. Era of screwing up should I say.

      Delete
    2. Gila dah Malaysia jadi. Menteri dah buat negara ni macam bapak dorang punya. Sedih, marah, kecewa...semua ada.

      Delete
    3. bro, nak tanya ni. bro letak adsense auto ke kat dalam post tu? ke manual masa buat entri? Kalau ada tutorial untuk edit html tolong share ye. Saya dari hari tu cari tutorial.. tak jumpa.

      Delete
    4. manual jer. Auto cuma kat sidebar, footer, atau hujung post. You guna wordpress kan?

      Delete
    5. Taklah.. pakai blogger jugak. Tapi pakai theme twenty twelve rasenye ada orang mod daripada wordpress theme ke blogger theme.. lama dah pakai, dulu dapat daripada litethemes.com...tapi dah takde sekarang. theme tu senang nak alter.

      Delete
    6. Nak taruk dalam post adsense tu... first of course you kena copy code dulu. Saya assume you tau kat mana nak ambik. Dah dapat code tu paste jer dalam HTML macam ni...
      ================
      +div style="display:block;float:right;margin: 5px 5px 5px 20px;"-
      Your Adsense code here
      +/div-
      +p-
      ==============
      Kalau mau alignment kiri tukar "right" tu ke "left"
      Ini untuk banner 4 segi dan juga tower style tu 300 x 600

      Gantikan + dengan < dan - dengan > sebab dalam ruangan comment ni dia tak lepas kalau tak tukar < ke + dan > ke -

      Cuba lah...

      Delete
    7. Owh.. Terima kasih banyak. Nanti saya terai. Terbaik!

      Delete
    8. Sambil jenjalan kat blog ni buat-buat lah tertekan kat 3-4 kotak tu eh... TK.

      Delete

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.