Malang Saya Malang Bernama - CrazyDuck -->

Header Ads

Malang Saya Malang Bernama

Pecah Rahsia Apa Maksud Teruna Malang


Abang Lucky terus mendengar celoteh Eddy. Padanya pemuda ini mempunyai visionnya yang tersendiri. Nasibnya bukanlah malang sangat. Perancangan dan usahnya sudah mula membuahkan hasil.
Dugaan yang diterima Eddy ketika sale merudum memberikan inspirasi untuknya menukar cara. 

Ketika down itu lah dia berpeluang merenung semula di mana kesilapan yang telah dilakukan. Dan dari situ dia bangkit semula dengan kekuatan baru.

Berikut adalah sambungan dari episode lepas: Bungkusan Istimewa Dari Teruna Malang

Penjadualan dan Penyediaan


“Selain dari bahan mentah yang saya jaga jenis dan kualitinya, cara penyediaan pun saya ubah juga.”

“Dulu setiap hari saya masak sambal. Walaupun bahan mentahnya sama, tapi lain hari boleh bertukar rasa.”

“Ini disebabkan cara penyediaan semasa memasak. Garam, asam, gula, belacan… dan sebagainya ada terkurang ada terlebih.”

“Untuk elakkan ini dari terus berulang, saya standby masakan sambal untuk satu minggu punya cycle. Bila masak banyak-banyak, saya terpaksa guna timbangan untuk setiap bahan mentah.”

“Bukan main agak-agak cedok taram macam sebelum Abang komplen tu.” 

“Itu antara sebabnya kenapa sekarang rasa sambal nasi lemak tu sama saja bila masa sekali pun.”

“Kos pun jadi jimat sebab sekali masak kuantitinya banyak. Paling jimat sekali ialah gas.”

“Masa saya pun jadi lebih teratur setiap pagi.”

“Sambal, saya hanya keluarkan dari peti ais dan panaskan. Tak kelam kabut. Saya jadi tak stress. Saya boleh layan pelanggan dengan senyuman meleret-leret. Develop relationship.”

Pelanggan Yang Lari Datang Semula

“Orang yang pernah merajuk adakala terdatang juga beli. Sebab tempat lain sudah habis atau masih belum buka.”

“Kali ini dia rasa sedap. Lain kali dia datang lagi. Rasanya tetap juga sama.”

“So… dia datang lagi. Kemudian dia cerita kat orang lain. Maka… jadi merebak lah.”

“Bagus sungguh kau ni. Ambil positive komplen Abang tu. Takut juga Abang kalau kau ambil hati.”

“Habis, nama Teruna Malang tu datang dari mana pula?”

“Ha ha… ini paling lawak saya rasa. Dan tak pernah saya share dengan sesiapa pun.”

“So… sewaktu saya tengah down dengan sale semakin berkurangan dan banyak pembaziran, saya terfikir apa malangnya nasib aku ni.”

Ketika Down Kat Bawah tu Kutiplah Sesuatu

“Sememangnya ketika itulah Abang bagi komplen.”

“Dari memikirkan pasal nasib saya yang malang, saya berubah kepada memikirkan bagaimana membina nasib yang baik.”

“Kemudian saya teringat akan Jehan Miskin. “Ya… namanya berbinkan Miskin, tapi tak miskin pun.

Dan tak semestinya seseorang itu bila namanya bermaksud baik seperti Razak yang bererti rezeki, rezekinya akan sentiasa murah dan berkat.”

“Banyak jer orang bernama Razak tapi miskin atau terpaksa mengemis.”

“Semangat ini datang dan saya kutip ketika sedang down tu. Jika suasana terus fine and dandy… tak lahirlah nama Nasi Lemak Teruna Malang.”

Saya Memang Orang Malang


Subuah-Tugu-di-Malang-Indonesa
Malang Indonesa - www.remotelands.com
Satu lagi ialah saya dilahirkan di Malang, Indonesia. Ayah saya pernah ditugaskan di sana beberapa tahun.”

“Lihat ni I/C saya.”

“Nombor I/C saya ada kod 71 di tengah-tengahnya. Maksudnya saya rakyat Malaysia yang lahirkan di luar negara.”

Jadi dalam memikirkan soal malang nasib saya waktu tu, Abang punya komplen membuka minda saya.

“Orang yang bernasib baik itu ada ciri-cirinya yang tersendiri. Daripada pembacaan saya, saya terjumpa quote yang ini:

"I am a great believer in luck, and I find the harder I work, the more I have of it."
 "The harder I work, the luckier I get "
       -- Thomas Jefferson
-         
"Selain dari kerja kuat, nasib saya akan bertambah baik bila sentiasa ready standby bersedia at any time all the time.”

“Macam ular tunggu katak di kawasan katak membiak. Peluang mari patuk terus. Tak payah tanya... err... aku nak buat macamana, ek?”

Orang Malang Nasibnya Baik Juga

“Jehan Miskin mana ada miskin. Saya yang dilahirkan di Malang pun boleh bernasib baik bila saya lakukan sesuatu yang menjurus ke arah itu.”

“Nasi lemak depan mata kalau tak disuap, perut akan terus lapar dan nasi lemak tu akan jadi basi. Berdoa, zikir, selawatlah bertan-tan pun tak akan jadi apa.”
“Doa, zikir, dan selawat itu memberkati perlakuan dan rezeki kita. Tetapi hasil tetap dari usaha.”

“Bila hidayah dan petunjuk diberikan idea baik boleh datang. Doa itu memberi kekuatan dan menenangkan. Hati yang tenang senang untuk berfikir dan bekerja. Tak stress. Hasil lebih. Hidup bahagia.”

“Dan bila saya menggunakan nama Teruna Malang, memang kena mengena dengan latar belakang saya.”

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.