Tiada Yang Kebetulan Setiap Yang Berlaku Ada SebabNYA - CrazyDuck -->

Header Ads

Tiada Yang Kebetulan Setiap Yang Berlaku Ada SebabNYA

Kebetulan Atau Ketentuan?

Things happen for a reason. And YES… shit happens too.  

Tiada yang kebetulan atau saja-saja. Ada yang dirancang tak menjadi dan yang tak disangka pula berhasil.

Ini ialah cerita sambungan tentang Ah Matt yang tiba-tiba ter-bersolat jemaah di sebuah masjid

Dan ter-mendengar tazkirah dari seorang Ustaz.

Kata ustaz, “Solat tasbih dapat membuka pintu keampunan Allah SWT di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama mahu pun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, yang nampak jelas mahu pun tersembunyi.”

Ustaz juga menyebut tentang hadis berikut yang mengandungi tatacara mengerjakan solat tasbih:
Daripada Ibnu ‘Abbas bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib: 
“Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان Ø§Ù„له ÙˆØ§Ù„حمد Ù„له ÙˆÙ„ا Ø¥Ù„Ù‡ Ø¥Ù„ا Ø§Ù„له ÙˆØ§Ù„له Ø£ÙƒØ¨Ø±” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali

Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. 

Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri i’tidal itu). 

Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. 

Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. 

Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. 

Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat.

Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap Jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan.  Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun.  Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Tazkirah yang diberikan oleh Ustaz tadi terasa begitu menusuk qalbunya.

Petunjuk Yang Didatangkan – Mahu Abaikan atau Mengikut?

Ah Matt tidak terus pulang ke rumah selepas selesai solat Isya’.  Dia pergi ke kedai kopi kegemarannya dan memilih untuk duduk bersendirian di penjuru kedai.

Sambil menikmati teh tarik kesukaannya dia mengimbau kembali pesanan Ustaz tadi.  Dia terkenang akan perjalanan hidupnya semenjak sekolah sehingga ke hari ini.  

Tanpa disedari, air matanya berlinangan apabila bayangan ibu dan ayahnya menjelma.

Ah Matt teringat satu perbualan dengan ayahnya mengenai pesanan Nabi s.a.w:  “Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh."  

Bagaimana boleh dia mendoakan kesejahteraan ibu-bapanya kalau solat pun sudah tunggang-langgang.  Sedekah memang sudah terlalu lama tidak dilakukannya. 

Ilmu?  Ilmu apa yang dia ada untuk dimanfaatkan?

Dia terus merenung zaman silam dan masa hadapannya.  Terlalu jauh dia sudah menyimpang dan terlalu banyak dosa yang dilakukannya.

Walaupun dia hanya kebetulan mengikuti tazkirah tadi tetapi dalam hatinya timbul satu tekad untuk memperbetulkan diri dan keluarganya. 

Sangat benarlah apa yang diucapkan oleh Uztad tadi tentang Surah At-Takathur yang afdal dibaca dan dimengertikan pada rakaat pertama selepas Al-Fatihah.  Ah Matt sangat terkesan dengan penjelasan Ustaz tentang ayat ini.

Ianya tentang kegilaan mengejar kebendaan dan bermegah-megah dengan harta kekayaan sehingga ke lubang kubur.  Inilah yang dilakukannya selama ini.  Dan Allah melalui Surah ini juga memberikan amaran yang sangat jelas.

Kemewahan Itu Satu Kebahagian?
A-father-listening-to-his-daughter's-question
Klik lihat video
Sejak hidup bermewah-mewahan ini, Ah Matt bukan setakat tidak ke masjid, solat Jumaat pun sering ditinggalkan kerana kesibukan membuat “kerja tambahan” bersama Ah Bee. 

Azan yang sering berkumandang seolah-olah tidak memberi apa-apa erti dan dia langsung tidak punya apa-apa rasa terhadap laungan azan.  

Kemewahan sudah membawanya jauh dari iman dan aqidah.


Tetapi malam ini sesuatu yang sangat berbeza berlaku.  Dia mempersoalkan dirinya sendiri dan apa yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan. 

Soalan dari anak bongsunya “Eh abah, cer tengok iklan tu… adik tak faham apa maksudnya.” kerap bermain dikepalanya.

Harta kekayaan tidak memberikan kebahagian yang dibayangkan tetapi lebih banyak kepalsuan dan kepura-puraan.

Selepas motornya habis dibayar, Ah Matt kurang tertekan untuk membuat bayaran bulanan.  Beberapa kali dia terpaksa membuat “refinancing” dari Ah Long dan setiap kali waktu pembayaran tiba, dia terpaksa berdalih dengan berbagai alasan. 

Terlewat membayar, akan dikenakan caj tambahan.  Sungguh perit dan adakalanya dia berada dalam keadaan ketakutan kerana ugutan.  Kerana hutang, walau punya status pegawai sekalipun terpaksa tunduk dengan pemilik perniagaan haram yang memberi hutang itu. 

Hebat sungguh bahana hutang.

outdoor-and-indoor-garden-of-eden-with-lots-of-fresh-vegetable
Gambar sekadar hiasan
Yang kelakarnya ialah apabila pinjaman sudah jelas, Ah Matt akan ditelefon oleh Ah Long atau orang-orangnya.

“Hello bos, sudah makan ka?  Ada senang mau jumpa?  Sembang-sembang boleh maa.”

Oh, baiknya mereka …

Ya … itulah sebahagian dari perjalanan hidup Ah Matt… kini dia sungguh sedar dia telah terlibat dengan riba dan pendapatan haram dari “kerja sambilannya” bersama Ah Bee.
Sambil menghirup tegukan terakhir teh tariknya, Ah Matt terfikir untuk pergi ke kebunnya dalam sehari dua ini.  Banyak tanaman sayur dan pokok buah-buahan

Dia melakukan kerja-kerja perkebunan ini sebagai hobi semenjak dibangku sekolah.  Memang dia masih punya sikap dan semangat kekampungannya. Outdoor activities memang sudah menjadi darah dagingnya.

Soalan penutup bahagian kedua ini:-
1.  Majoriti orang pernah berhutang.  Anda salah seorang daripada mereka?  Pernah mengalami kesulitan membayar?  Pernah menipu (sunat?) untuk mengelak dari membayar pada waktu yang dijanjikan?

2.   Anda pasti punya kawan yang meminta bantuan untuk berhutang – untuk kegunaan yang pelbagai.  Hutang anda sudah berbayar? – Alhamdulillah.  Masih belum lagi?  Kawan yang berhutang sudah menghilangkan diri?  Anda hilang kawan kerana menolong kawan, eh?

3. Pernah berjumpa dan berurusan dengan orang seperti kawan Ah Bee yang kerjanya meminjamkan wang? 

Diwaktu kegawatan ekonomi, perniagaan mereka sangat rancak terutama di kawasan industri kecil dan sederhana. Banner merata-rata seperti pertandingan dalam pilihanraya pula gayanya.

4.      Pernahkah anda seolah-olah diberikan petunjuk atau hidayah? 
Samada melalui mimpi, berlaku sesuatu kejadian dihadapan anda atau sesuatu persoalan yang tanpa anda sedari menyentuh sanubari.

Adakah anda menganggap ianya petunjuk atau anda hanya biarkan ia berlalu tanpa pengertian apa-apa?

5.   Pernah timbul rasa ingin bertaubat?  Atau anda memang seorang yang sudah sempurna segalanya – tidak pernah melakukan dosa kerana ilmu anda yang tinggi dan amalan / kelakuan / pakaian / makanan / zikir anda yang umpama milik para wali?

6. Berikut ialah petikan dari posting Facebook Abah Anas Ar Rembawi yang berada di Mekah ketika artikel ini ditulis. Yang tak berada di Mekah lagi lah…. marilah kita beringat yaa....

“Bila sebut Mekah tentu orang kita teruja. maklumlah tempat paling suci bagi ummat Islam. Lagipun orang kita datang Mekah majoritinya untuk menunaikan ibadah Umrah dan Haji. Jarang mereka datang Mekah untuk bekerja. Bila datang Mekah, masing2 tak lepas peluang berselfie sebagai bukti mereka dah pernah pergi Al-Haram dan tengok Kaabah.

Tapi ramai tak sedar sebenarnya masih ramai lagi saki baki Abu Jahal dan Abu Lahab di Mekah.  Walaupun mereka Islam tapi mereka sapu semacam je.  Kiri kanan depan belakang mereka sapu.  Dalam berjubah berserban tu mereka makan duit haram. Kat tanah haram pulak tu. Orang-orang macam ni yang merosakan nama Islam.....binawe!!!”
Dapat sesuatu dari post ini?. Meh tekan butang LOVE ni.


Sambungan seterusnya klik pada tajuk ini "Beban Dosa Rasuah Seperti Diangkat." atau gambar kat bawah.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.