Kisah Menaiki Gunung dan Semut Bertawaf - CrazyDuck -->

Header Ads

Kisah Menaiki Gunung dan Semut Bertawaf

Aku menyusun batang-batang yang aku kutip dari hutan untuk tongkat bumbung khemah. Dan aku ternampak sekumpulan semut. Mereka bertawaf di atas sebuah bonggol batu. Aku tak mengerti kenapa semut ini bertawaf dan untuk apa.ibu-dengan-3-orang-anak-menunggang-motorsikal-di-atas-hiway

Empat Beranak Menunggang Motorsikal Di Atas Highway

Dalam perjalanan aku menuju Gunung X, aku memotong sebuah motosikal yang dipandu seorang ibu. Ia mengingatkan aku akan kisah tahun lepas di mana ada beberapa orang yang pulang ke kampong dan pergi semula ke KL dengan menunggang motorsikal.

Hari-hari ramai jer orang yang naik motor jalan jauh… apa nak hairan? Kenapa nak timbulkan perkara ini? Pelik kah orang naik motor?

Memanglah tak pelik. Tapi melihat si ibu menunggang motorsikal dengan 3 orang anaknya membuat hati aku sebak. 

Sama seperti cerita ketika raya tahun lepas yang viral dimedia social. 
Iaitu tentang beberapa orang bapa dan juga ada ibu yang kental mengharungi panas highway dan kematu bontot berjam-jam.

Aku berhenti di tepi jalan dan menunggu mereka sampai. Malang sekali lambaian aku tak dilayan. Mereka terus berlalu. 

Mungkin takut kena rompak agaknya... Al-maklumlah setiap hari ada saja berita orang kena ragut dan rompak.

Cara halus juga cara kasar. Cara paksaan atau "ter-rela" menyerah. Oleh orang biasa atau yang berpakaian seragam.

Asalnya aku mahu bertanya dan jika mereka perlukan bantuan, mahu juga aku hulurkan seringgit dua. Paling kurang pun RM 2.60 atau RM 26 atau mungkin juga RM 260. RM 2.6 B… itu bukan lah level aku ni.

So... aku end up hanya mengambil gambar mereka setelah meneruskan perjalanan dan memotong mereka kemudiannya.

Moral of the story: Ibu ini kelihatan sangat cekal mengharungi kehidupan. Sangat besar kemungkinan dia dalam kesusahan dan dalam proses mencari sesuatu demi mengubah nasib. Juga untuk anak-anaknya yang bertiga itu. 

Tapi persoalan dalam benak fikiran aku… ayah mereka kat mana ek? 

Mungkin menunggu ketibaan mereka kerana terpaksa bekerja pada waktu itu? 

Ya… bermacam kemungkinan. Yang pasti… ibu ini sangat berani, tabah, dan cekal. 

Tabik spring satu!!!

Perjalanan Dan Persiapan Khemah

.
jalan-menaikki-gunung kulit-kayu-untuk-ubatan-herba-rawatan-penyakit-kulit
herbal-for-skin-treatment
weird-looking-tree-in-the-forestAku dan beberapa orang kawan sampai ke puncak gunung setelah hampir satu jam menelusuri jalan bengkang bengkok. 

Bagai ular kena palu. Sepanjang hampir 10 kilometer dari bawah gunung.

Kami menuju ke satu tempat yang sudah punya kemudahan perkhemahan. Hanya perlukan kemas kini sahaja.

Aku masuk sedikit ke dalam hutan mencari batang kayu yang sesuai untuk dijadikan tongkat bagi memasang bumbung khemah. Yang diperbuat dari plastik tarpan.

Mahu batang lurus jumpa yang bengkok pula. Batangnya berkerutu sakan. Sangat tak sesuai untuk tujuan. Selamat lah ianya dari kena tebang. 

Mahu batang lurus jumpa yang bengkok pula. Batangnya berkerutu sakan. Sangat tak sesuai untuk tujuan. Selamat lah ianya dari kena tebang

Agaknya kalau aku masuk jauh lebih dalam banyak lagi benda pelik yang aku akan jumpa. 
Biasalah… kat hutan. 

Termasuk juga pelbagai jenis herba jika mengenali akan pokoknya. Kenal? Heh… tongkat Ali pun aku tak kenal, ini kan pula herba serba exotic. Lagi lah…

Semut Bertawaf di Atas Batu

Sambil aku menyusun batang-batang yang aku kutip dari hutan untuk tongkat bumbung khemah, aku ternampak sekumpulan semut.

Mereka bertawaf di atas sebuah bonggol batu. Klik gambar untuk lihat videonya. 

ants-circling-a-stone
KLIK gambar untuk lihat video semut bertawaf.
Nasib baik orang lain yang sibuk dengan kerja persiapan khemah tak nampak yang aku sedang rakam semut bertawaf. 

Mungkin aku akan dimarahi kerana buat kerja secara main-main. Kalau mereka tak marah bersuara pun, mungkin dalam hati berkata… “Tak guna punya kawan. Pemalas nak mampus.”

tent
Apa cerita pun… kayu yang aku cari digunakan dan khemah dapat disiapkan pada waktunya.

Aku tak mengerti kenapa semut ini bertawaf dan untuk apa. 

Mungkin suatu hari nanti aku akan dapat jawapannya. Apa punya orang, semut tawaf pun sibuk nak ambil tahu. 

Macam lah ada faedah. Kan?

Sebenarnya ada… tapi anda perlu membaca keseluruhan jalan cerita ini untuk mengetahuinya. 

Semuanya merangkumi lebih kurang 27 tajuk tentang perjalanan aku sejak 2 tahun yang lepas. Perjalanan di alam nyata dan juga perjalanan dalam mimpi, iaitu di alam sana. 

Alam sana bermaksud alam yang tak nampak oleh mata kepala dan tak logic pada akal fikiran. Termasuk akal aku seorang Chemist yang sering berlandaskan hujah pada sains, engineering, dan fakta dari data dan uji kaji.

Sesungguhnya ilmu Allah itu teramat luas dan bukan sekadar pada apa yang ternampak pada dua biji mata kepala sahaja. Atau pun melalui data yang dikumpul setelah membuat experiment dan kajian.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.