Know Who Lebih Baik Dari Know How? - CrazyDuck -->

Header Ads

Know Who Lebih Baik Dari Know How?

Apabila seseorang bersaing atas tiket kabel, kenalan, atau network, dia sebenarnya juga menggunakan know how. Bermaksud, they know how to join the cable and tie the knot. And this is a very important know how. Social know how.
Gambar: http://www.globoble.com/

Know Who Is Better Than Know How?

Minggu ini sejak 16-8-2017 cerita dalam berita dipelopori oleh penahanan oleh SPRM ke atas TS Isa Samad.

Tak apa, kita biarkan dulu hal tu. Biar pihak berkuasa menjalankan kerja dan tugas dia orang. Aku hanya menumpang semangkuk sebab kebetulan cerita yang aku post kat sini ada kaitan dengan rasuah dan orang politik.

Let's move on with the tittle: Antara "Know Who" dan  "Know How" Mana Lebih Baik? 

Sekepala, Minda Yang Sama dan Satu Tujuan

Birds of a feather flock together. Kiasan ini sudah ada sejak tahun 1,500 lagi. 500 tahun yang lalu. Kiasan yang seumpama ialah dari Jim Rohn - “You are the average of the five people you spend the most time with.”

Maksudnya apa?

Kita lebih senang berkawan dan berkumpul dengan orang yang sekepala dengan kita. Dan perangai serta sikap kita akan menjadi atau menyerupai sikap orang yang kita berkawan.

Lebih-lebih lagi mereka yang punya pengaruh kuat terhadap diri kita. Mentor.

Know Who "Kabel" dan Know Who Atas Dasar "Know How"

Dalam bidang perniagaan atau hal-hal persendirian yang memerlukan jalan singkat ianya lebih dikenali dengan perkataan "kabel." Ya... berasal dari "cable." Tali. Wayar. Pengikat. Penyelamat untuk tarik keluar dari dalam parit atau terbenam dalam pasir jerlus.

Ia juga sering disamakan dengan masuk "pintu belakang." Dalam business dinamakan "inside trading" yang berasaskan kepada "inside information."

Contoh hal persendirian pula ialah seperti nak anak dapat masuk sekolah tertentu guna orang dalam yang dikenali.

Know Who juga boleh disamakan dengan network perniagaan. Mana mungkin seseorang boleh mempercayai orang asing yang tidak dikenali? Complete stranger. Nak mampus? Jangan cari pasal.

Dalam business, know who ini lebih kepada reputasi seseorang yang seakan-akan sudah menjadi brand. Track record dan nama yang baik yang tiada keraguan akan apa yang diungkapkannya.

Bila dia mengatakan ya, ia bermaksud boleh dan boleh dipercayai tanpa keraguan.

Janjinya boleh dibuat untuk membeli capati... tetapi bukan janji yang dicapati.

Bila dia berkata tidak ia bermaksud dia tidak mampu melakukan atau tidak bersetuju dengan apa yang dicadangkan. Keputusannya tidak bergantung kepada emosi atau main teka-teki. Tetapi lebih kepada pengalaman dan ilmu pengetahuan. Atau kebijaksanaannya mengira dan membuat perhitungan.

Know who dalam soal ini boleh menyelamatkan kita dari kerugian. Seperti pengiraan kos sesuatu projek, cara pengendaliannya,  jumlah tenaga kerja dan jenis kepakaran, dan masa yang diperlukan. Ini kerana mereka mempunyai "know how."

No Free Lunches

Selalunya kita membayar untuk mendapat khidmat nasihat daripada orang yang mempunyai know how ini. Sangat berbeza dengan membayar kepada orang yang mempunyai kabel bagi kelulusan sesuatu projek atau menyelamatkan diri dari tindakan undang-undang.

Bayar tetap kena bayar... dunia punya hal sangat jarang yang percuma. Kawan baik sangat macam dalam lingkungan "Birds of a feather flock together" mungkin boleh dapat free. Sekali sekala. Selalu sangat... kena patuk lah jawabnya.

Kesimpulan:-
1. Apabila seseorang bersaing atas tiket kabel, kenalan, atau network, dia sebenarnya juga menggunakan know how.  Bermaksud... he / she knows how to join the cable and tie the knot. And this is a very important know how. Social know how.

2. Know who will bring you to a certain point or meet certain type of people. Know how allows you to stand firm and standing tall. To be all that you want be.

Nota: Artikel ini adalah pengenalan kepada artikel:- Kenapa PerniagaanTertua di Dunia Akan Terus Subur di Malaysia. Lebih menyentuh kepada isu rasuah. Dan kaitannya dengan politik.

Berbalik Kepada Penahanan TS Isa Samad

Isa-Samad-SPRM

Berikut adalah tajuk utama tentang rasuah dan juga tentang penahanan beliau. Kita tunggu dan lihat saja kerana kita bukan boleh buat apa pun. Ek?
1. 2 Pegawai kanan bomba ditahan rasuah RM 1,200 - Free Malaysia Today

2. Ku Nan: Ditahan SPRM tak bermakna Isa Samad bersalah - Free Malaysia Today

3. Rumah Isa Samad Diserbu SPRM - Free Malaysia Today

4. SPRM rampas dokumen kewangan peribadi Isa Samad - Free Malaysia Today

5. Penahanan Isa Samad bukan wayang BN, kata Shahidan - Free Malaysia Today

6. NGO hoes Isa Samad's arrest not just a political charade - Free Malaysia Today

7. Will the MACC Chief Commissioner and top MACC officers be arrested and investigated for abuse of power in unlawfully requiring individuals arrested to facilitate graft investigations to wear orange lock-up uniforms in court in remand proceedings? - LKS Blog

8. Najib should explain how he could appoint Isa Samad as SPAD Acting Chairman when he should have thick dossiers about Isa being a problematic candidate for any top public post because of his controversial role as FELDA and FGV Chairman raising grave issues about integrity, breach of trust and abuse of power - LKS Blog

Penutup Dengan Quotes Dari Mark Twain

Some interesting quotes shared by DrHilmi Abdullah on his FB status:-
1. "The more I learn about people, the more I like my dog.."
2. "If you tell the truth you don't have to remember anything"
3. "Giving up smoking is the easiest thing in the world. I know because I've done it thousands of times"
4. "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"
5. "I've had a lot of worries in my life, most of which never happened"

Point yang no. 4 tu diterjemahkan dalam Bahasa:-
"Politikus itu umpama diaper. Perlu ditukar selalu. Puncanya sama." - Apakah bermaksud kuat kencing?

Ayuh... sambung pembacaan KLIK ➤ Kenapa PerniagaanTertua di Dunia Akan Terus Subur di Malaysia

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.