Kesedihan Melampau Tanda Kemurungan Boleh Membawa Maut - CrazyDuck -->

Header Ads

Kesedihan Melampau Tanda Kemurungan Boleh Membawa Maut

Kemurungan boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Terdapat 9 tanda-tanda jika seseorag itu menghidapi kemurungan. Jika tidak dirawat secepat mungkin boleh membawa maut. Termasuk membunuh diri.
Kemurungan-Membawa-Maut-Ada-9-Tanda-Kemurungan
Gambar hiasan: AmberProducts.com

Gangguan Emosi Akibat Kesedihan Yang Berlebihan (depression) Merupakan Satu Dari Masalah Mental

Itu lah yang telah dihadapi oleh Makcik Semah untuk sekian lama. Dia ditinggalkan oleh anak-anaknya di Rumah Penyayang. Tak pernah dilawati oleh anak-anaknya selama dua tahun.

Penantiannya berakhir dengan tragedi sedih. Ini adalah sambungan dari “Kerinduan Seorang Ibu Kederhakaan Seorang Anak.”

Penantian Yang Menyiksakan

“Selepas makan tengahari dan selesai solat zohor dia dengan kerusi rodanya menuju ke pondok kecil di tepi pagar. Aku tahu dia sedang menanti kemunculan anaknya.”

“Kemudian Azan Asar berkumandang. Anak yang ditunggu belum juga muncul. Keceriaan pada wajahnya sewaktu pagi tadi semakin hilang. Sebaliknya wajah yang menggambarkan kegelisahan dan kekecewaan.”

Aku terus memberikan tumpuan kepada penceritaan Ahim tanpa soalan. Tak mahu ganggu dia punya “train of thought.” Hanya sesekali mengangguk.

“Masa terus belalu dari Asar ke Maghrib dan masuk ke Isya’. Selepas Maghrib dia bertafakkur dalam surau. Selesai Isyak terus pulang ke bilik. Aku hanya perhatikan gerak gerinya dari jauh.”

Subuh Tak Datang Berjemaah

“Selesai solat subuh esoknya aku tercari-cari Makcik Semah. Aku tanya seorang Makcik lain dan katanya jarang sangat Makcik Semah tak datang solat Subuh di surau kalau dia sihat.”

“Jantung aku berdegup darah aku berderap. Hati rasa tak sedap. Aku terus ke bilik Makcik Semah.”

“Allahu Akbar…”

“Kelihatan seperti tidur. Siap berselimut. Bila tangannya aku pegang. Sangat sejuk. Makcik Semah sudah tak ada.”

“Aku terduduk.”

Ahim berhenti dari berbicara. Matanya digenangi air sekali lagi. Biarlah… air mata seorang lelaki. Aku yang sedang menulis ini pun sudah rasa sebak.

Korang yang membaca ni… aku tak tahu.

“Dari pemahaman aku, Makcik Semah ni ada ‘kemurungan.’ Bila tahap murung berlebihan ia akan mengakibatkan kematian.” Sambung Ahim.

Dan aku buat-buat faham. Sebab memang aku tak faham pun...

Kemurungan Boleh Membawa Maut

Untuk artikel ini, aku mencari apa yang dimaksudkan oleh Ahim “Kemurungan yang membawa kematian.” Aku jumpa artikelnya dan dibawah ialah senarai 9 tanda-tanda kemurungan.

1. Rasa kesedihan, kekosongan atau gundah gulana setiap hari yang berpanjangan melebihi dua minggu

2. Kurang rasa minat atau keinginan untuk melakukan apa-apa aktiviti dalam masa dua minggu atau lebih

3. Penambahan atau merosotnya selera makan. Berat badan bertambah atau berkurang melebihi 5% dari biasa

4. Tidur yang tidak teratur dan susah untuk nyenyak dalam masa melebihi 40 minit dari kebiasaan

5. Baran, rasa menyampah, meluat dengan diri sendiri atau orang sekeliling. Juga pergerakkan menjadi perlahan dari kebiasaan

6. Sentiasa lesu dan tidak bermaya

7. Rasa bersalah. Merasai diri tidak bernilai. Hidup sudah tiada erti. Atau merasai aku bukan aku yang dulu lagi. Keluar ungkapan “aku tak minta dilahirkan” samada dalam hati atau suara.

8. Kemerosotan upaya untuk berfikir secara pantas atau hilang fokus. Susah untuk membuat keputusan tambah-tambah lagi keputusan yang penting dan bermakna

9. Terlintas difikiran samada berulang atau secara serious untuk menamatkan riwayat sendiri. Atau terlintas dihati untuk mencederakan orang lain. Termasuk penggunaan sihir, hantu, setan, jin, jembalang, jenglot, dan apa ke jadah semua tu.

3 Dosa Besar dan 3 Bekalan

Kita pause sekejap pasal Ahim dan ceritanya.

Tadi kat atas aku ada sebut pasal 3-3 perkara ini. Secara ringkasnya seperti berikut:-

Tiga dosa besar itu ialah:-
1. Syirik terhadap Allah. Termasuk sengaja meninggalkan solat. Cuba perhatikan waktu maghrib kat pasar-pasar dan kedai.

2. Derhaka kepada ibu bapa. Tidak mencium baunya syurga jika seseorang anak itu tidak mendapat Redha dari ibu dan ayahnya. Macam cerita di atas tadi.

3. Berperangai seperti kaum Nabi Luth. Lihat gambar bawah (pautan dari posting aku di facebook).

Tiga Bekalan Ke Akhirat:-

1. Harta yang disedekahkan
2. Ilmu yang dimanfaatkan
3. Doa anak yang soleh

Tak perlu rasanya aku huraikan lebih lanjut akan 3-3 perkara di atas. Banyak orang sudah tahu. Kalau tak tahu boleh saja cari dalam internet.
~~~~
“Eh… aku rasa elok kita gerak sekarang lah. Aku nak balik JB tu jauh. Kau pula nak ke KL.” Ahim seolah memberi isyarat yang cerita pasal Makcik Semah sudah tamat.

Dia seakan-akan puas hati dapat meluahkan apa yang terpendam di lubuk hati. Dan aku pula secara tak langsung diberikan peringatan atau imbauan semula tentang beberapa perkara penting dalam hidup aku.

Kesimpulan Untuk Bahagian Ini dan Terdahulu


Dunia semakin ganas. Ganas dalam kelembutan. Beli jam mahal tapi tak punya masa. Ada smartphone canggih tapi tak berasa nak call emak bapa. Ada kereta besar dan laju tapi menjenguk ibu terasa seperti beribu batu.

Dalam khutbah semalam, Khatib berpesan sekiranya ibu tidak meredhakan anaknya, iaitu memaafkan, jangan harap untuk mencium baunya syurga. Tidak kira apa pangkat atau kesaktian yang ada pada si anak.

Kerana syurga itu ibarat terletak di telapak kaki si ibu. Nak cium bau syurga maka ciumlah kaki ibu pada yang pernah mengguriskan hati ibu mereka.

Yang ada telefon tu kerap-keraplah bercakap dengan emak yang kesunyian. Bukan perlu lama sembang pun, tapi bila dia dengar suara anaknya hatinya cukup terhibur dan seronok serta bahagia.

Sekiranya seorang doktor yang tiada kaitan dengan seorang perempuan tua tetapi sanggup memandikan, apakah kita sanggup untuk membasuh berak ibu kita?

Berapa ribu kali berak kita dibasuhnya? Masihkah kau ingat? Tak ingat... ni dia: 365 x 4 = 1,460 kali paling kurang. Sekali berak sehari untuk tempoh 4 tahun sebelum pandai basuh sendiri.

Ringankan lidah untuk menyebut nama ibu bapa ketika berdoa sewaktu selesai solat. Setiap kali. Doa anak itu lah yang membahagiakan mereka di alam kubur.

Tak susah dan tak beratkan? Itu pun kalau kita mahu anak kita nanti mendoakan untuk kita. Kalau tak mahu atau tak perlu, tak payah lah.

Penutup

Lihat dan ingat gambar ini… tanamkan dalam ingatan. Satu hari kita juga akan jadi tua jika panjang umur.

Silakan share artikel ini jika ianya memberikan manfaat. Sentuh jer salah satu dari butang yang sederet tu.

kerusi-roda-setiap-orang-merasai-hari-tua
Gambar: hiveminer.com
Artikel berkaitan:-
1. Keredhaan Ibu | Tiket Kejayaan Dunia dan Akhirat 
2. Mana Mak?
3. Terima Kasih Kepada Perempuan dan Lelaki Itu
4. Aku Berdosa Terhadap Perempuan dan Lelaki Itu.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.