Kenapa Ada Orang Tak Setuju Yang Duit Boleh Beli Kebahagiaan? - CrazyDuck -->

Header Ads

Kenapa Ada Orang Tak Setuju Yang Duit Boleh Beli Kebahagiaan?

With money you can buy a bed but not sleep. With money you can buy a prayer mat but not concentration and gratefulness. You can bring your money to grave if you want, but for what? With money you can buy a book but not knowledge. With money you can buy a position but not respect. With money you can buy a blood but not life. With money you can buy a medicine but not good health. With money you can buy sex but not love. With money you can buy expensive watches, alarm clock… but not time.
Motorist-at-Tambak-Johor-caught-in-a-jam-every-morning-to-work
Tekanan ekonomi - apa pun OK asal boleh buat duit. Gambar: Faris Safei.

With money you can buy a bed but not sleep. ✸ With money you can buy a prayer mat but not concentration and gratefulness. You can bring your money to grave if you want, but for what? ✸ With money you can buy a book but not knowledge. ✸ With money you can buy a position but not respect. ✸ With money you can buy a blood but not life. ✸ With money you can buy a medicine but not good health. ✸ With money you can buy sex but not love. ✸ With money you can buy expensive watches, alarm clock… but not time.

Kerja lebih masa. Sebab duit atau memang sangat bertanggung jawab?

Sanggup redah kesesakan dan hidu asap di Tambak Johor pepagi buta? Kerana duit atau keseronokan bekerja?

Satu hari buat 2-3 kerja dari pejabat, bawa Uber / Grap dan kemudian malamnya sambil tidur jadi jaga. Memang suka sangat bekerja atau nak duit?

Layan smartphone dari subuh sampai nak masuk subuh semula.

Handphone tak lekang dari tangan walaupun masuk jamban. Update status berpuluh kali sehari. Memang suka sangat bersosial atau sebab menjana duit secara online?

Ambil dan mengamalkan rasuah. Mahu melancarkan projek atau kerana duitnya?

Sanggup jadi pembunuh upahan. Mahu tunjuk macho atau kerana duitnya yang tebal?

Ya… duit punya pasal orang sanggup lakukan apa saja. Jika tidak ada timbal balik (reward) dalam bentuk duit berapa ramai yang sanggup melakukan sesuatu kerana keikhlasan?

Kalau ya… untuk berapa lama? Kerja sunguh-sungguh tapi hanya dapat penat saja. Modal sendiri juga hangus.

Dimarahi pula oleh bini… “Buat kerja sia-sia. Macam orang bodoh. Nasib baik saya kerja…”

Sanggup?

Jadi… apakah duit itu segalanya yang menjurus kepada kebahagiaan seseorang? Kalau bukan kebahagiaan… untuk apa pula?

Dan adakah orang yang banyak duit itu akan terjamin kebahagiaannya?

Bagaimana pula dengan orang-orang yang membunuh diri walaupun sudah kaya lagi terkenal?

Duit-berjuta-tapi-pastikah-anda-bahagia
Ada duit sebanyak ini apa akan anda buat?

Duit Tak Memberikan Kebahagiaankah?

Ya… Ingatan aku terhadap kematian individu tertentu samada kerana pembunuhan, terbunuh, atau membunuh diri masih sangat jelas.

Aku percaya anda juga mempunyai ingatan yang sama. Terhadap mangsa, pesalah laku, dan peristiwanya.

Bagi yang membunuh diri, seolah-olahnya sudah tiada lagi kebahagiaan dalam hidup. Aku juga pernah mengalami saat-saat getir akibat ujian yang amat berat.

Baru-baru ini seorang pelajar menggantung diri kerana tuduhan mencuri telefon. Terlalu amat berat tanggungan emosinya.

Tetapi tidaklah aku sampai tahap ini ketika mengharungi ujian satu waktu dulu. Syukur… aku masih diberikan kekuatan walaupun ada satu ketika terasa dah malas nak hidup.

Ia membantu aku untuk amat mengerti…

Terima kasih pada mereka yang sudi memberi sokongan moral. Kekuatan diri yang datang semula kerana semangat yang pulih.

Bunuh dan Membunuh

Ramai orang kaya dan terkenal memilih jalan singkat. Punya wang berjuta tetapi jiwanya tidak bahagia. Hidup sentiasa dalam tekanan. Contoh:-
➤ Chester Bennington penyanyi dari kumpulan Linkin Park
➤ Kim Jong-Hyun, artis K-Pop Korea yang hanya berumur 27 tahun.

Ada juga yang mati kerana dibunuh. Pembunuh upahan bukan perkara asing di Malaysia. Kerana duit manusia sanggup melakukan apa saja.

Membunuh menamatkan ancaman. Mengekalkan kekuasaan untuk terus buat duit. Jika tidak rahsia kekotoran salah laku si pembunuh akan terbongkar. Contoh:-

➤ Hussain Ahmad Najadi pengasas Arab-Malaysian Bank (AmBank),
➤ Amin Beyond yang lantang di pejabat JPJ cawangan Batu Uban, Pulau Pinang,
➤ Datuk Shaharuddin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam, yang ditembak di Putrajaya.

Kalau yang kaya pun sanggup membunuh diri atau membunuh (melalui upahan) akibat tekanan, apatah lagi mereka yang berada dalam kesempitan… malah kekecewaan.

Tekanan dari rasa malu, ketakutan, kekalutan, dan berbagai jenis masalah datang silih berganti. Tidak mahu menyusahkan orang lain lalu tidak merujuk kepada sesiapa bagi meminta pendapat atau nasihat.

Atau memang sudah berjumpa orang tertentu, namun bukan kata-kata semangat yang diterima tetapi cemuhan, cacian, dan penghinaan.

Satu kampung semua sudah tahu.

Mindanya sudah tidak boleh berfikir bagaimana mencari jalan keluar. Hati dan semangat sudah cair tiada kekuatan lagi untuk bertahan. Sumber kekuatan sudah tiada lagi.

Buntu sebuntu-buntunya. Keperitan emosi sudah tidak tertanggung. Lalu mengambil jalan pintas. Contoh:-

➤ Seorang lelaki Melayu yang dilaporkan kecewa dan tertekan dengan keadaan ekonominya bertindak terjun di Jambatan Pulau Pinang pada bulan Oktober 2016.

➤ Cheng Shong Huat, 34 dan Chin Joo Mon, berusia 60-an juga terjun di Jambatan Pulau Pinang pada Mac 29, 2017.

➤ Seorang pelajar membunuh diri kerana dituduh mencuri telefon… satu Malaysia sudah tahu. Ya… sekarang ini memang zaman 1Malaysia pun.

Si miskin berkata aku akan bahagia “kalau” punya banyak wang. Namun, ada ramai orang sudah kaya tetapi mereka tidak juga bahagia.

Rumah tangga berantakan. Anak-anak keluar masuk pusat pemulihan.

Atau anak-anak yang boleh bertindak diluar jangkaan. Contohnya seperti berikut:-
➤ 8 orang remaja berlumba basikal maut dilanggar kereta sewaktu jam 3 pagi pada bulan Ferbruari 2017 di Johor Bharu.

➤ 23 orang dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur terbunuh akibat kebakaran.
Lapuran media mengatakan tragedi ini dilakukan oleh 7 orang remaja berusia antara 11 hingga 18 tahun pada Sep 14, 2017.

Masalahnya di mana?

Adakah bersangkutan dengan duit?

Terlalu kaya sehingga apa anak hendak dilayan saja?

Atau ibu bapa mereka terlalu miskin dan terpaksa buat 2-3 kerja sehingga tiada masa untuk anak-anak?

Apakah anak-anak ini mengalami tekanan hidup juga?

Bagaimana dengan pesanan orang lama bahawa anak-anak yang patuh dengan ibu-bapa selalunya berjaya?

Tapi bila ibu-ayah terlalu sibuk dengan kerja apakah pesanan hanya tinggal pesanan? Atau sempatkah mereka berpesan?

Ya… Itu mereka.

Anda pembaca pula bagaimana? Pastikah punya duit akan bahagia? Atau anda hanya boleh berbahagia bila punya duit? Bila tak ada duit jadi macam nak gila?

Atau… anda yang jenis tak peduli. Ada duit ke tak ada ke… sama saja. Asalkan cukup perkara asas dan perut tak kebulur… sudah.

Syukur Alhamdulillah… kan?

Duit-dari-ukiran-kayu
Membuat duit dengan mengukir duit dari kayu. Gambar: Randhall Rosenthal.

Antara Duit Dan Kebahagiaan

Haaa… lain orang lain ragam. Pasal duit dan kebahagiaan ni macam-macam orang kata:-

With money you can buy a bed but not sleep
❖ Duit boleh membeli katil tetapi bukan tidur yang nyenyak
❖ Duit tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena

With money you can buy a prayer mat but not concentration and gratefulness
❖ Duit boleh membeli sejadah tetapi bukan kekusyukan dalam solat dan rasa redha.

❖ Celaka lahanat hawau babi betul. Atau…
❖ Alhamdulillah hari ini Allah bagi sedikit ujian mujur tak ada kecederaan. Balik pasar habis barang berselerak atas jalan. Motor tak rosak apa hanya cermin sisi kereta kena ganti… terpeleort sudah.

You can bring your money to grave if you want, but for what? Just pay for it lah…
❖ Duit memang tak boleh dibawa mati, tapi tak ada duit rasa macam nak mati.
❖ Tapi tak juga mampu untuk mati, sebab mati pun perlukan duit kalau tak mahu menyusahkan dan disumpah orang.

With money you can buy a book but not knowledge
❖ Duit boleh membeli buku tetapi bukan ilmu dan kepakaran.
❖ Duit tak boleh beli kebijaksanaan tapi untuk dapatkan ilmu dan kemahiran perlukan duit.

With money you can buy a position but not respect
❖ Duit boleh membeli pangkat dan kedudukan tetapi bukan penghormatan.
❖ Orang berlakun hormat hanya ketika mereka boleh mendapatkan sesuatu dari kamu.
❖ Di belakang dan dalam hatinya dia mentertawakan kamu.

With money you can buy a blood but not life
❖ Duit boleh membeli darah tetapi bukan kehidupan
❖ Duit tak boleh beli kesihatan, tapi untuk sihat perlukan duit

With money you can buy a medicine but not good health
❖ Duit boleh membeli ubat tetapi bukan kesihatan.
❖ Apakah duit diperlukan untuk mengamalkan gaya hidup sihat?

With money you can buy sex but not love
❖ Duit boleh membeli seks tetapi bukan cinta dan kasih sayang
❖ Kasih sayang boleh hilang bila sudah tak ada duit. Mahu tackle awek pun mesti kena ada duit maaa…

With money you can buy expensive watches, alarm clock… but not time
❖ Semua orang ada masa 24 jam sehari dan sekian umur sebelum mati
❖ Pandai menguruskan masa serta menggunakan alat dan teknologi banyak perkara boleh dipercepatkan.
❖ Hasil ditingkatkan dalam masa yang lebih pantas.

The quick rich scheme is where greed converts so-called educated people become stupid.
❖ Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila duitnya habis dengan scammer.

Duit itu hanya sebahagian dari rezeki. Sebagai alat. Ia bukan segalanya tapi hidup hari ini segalanya memerlukan duit.

Kecualilah kalau hidup dalam hutan dan tak perlukan segala jenis kelengkapan dan bermacam pakaian.

Point-point di atas diulas dengan lebih mendalam dan spesifik pada artikel berikutnya.


Sebelum pergi ke sana, tekan dulu butang atas tu... sebab aku tahu anda akan bersetuju dengan quote ini:-
➤ “I know money can’t buy happiness... but poverty can’t buy you shit!
❖ Duit bukan selalunya boleh membeli kebahagiaan tetapi bila pokai satu haram apa benda pun kau tak mampu nak beli.” Ha ha ha…

➤ “Akan tiba masanya di mana pada zaman itu DUIT akan jadi tuhan nombor satu."
❖ Sekarang ini lah… ye tak? Ada duit semua boleh jadi. Cash is King kata si dia.

Trafic-jam-at-Tambak-Johor-entering-Singapore
Sesak pun tak apalah asalkan poket berisi dan tak sempit untuk berbelanja. Gambar: Raja Shahrim Mohd

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.