Kegembiraan Ketika Zaman Kanak-Kanak Bermain Di Sawah - CrazyDuck -->

Header Ads

Kegembiraan Ketika Zaman Kanak-Kanak Bermain Di Sawah

Zaman kanak-kanak di kampung sawah padi atau kawasan yang berparit sangat berbeza dengan anak-anak zaman sekarang. Yang melihat gambar ini dan mendatangkan ingatan juga kerinduan, bermakna anda sudah berumur 40 ke atas. Anak zaman sekarang ramai yang guna jari ajaib, tunjuk saja ikan boleh dapat. Anak dulu-dulu kena tolong ibu bapa di sawah atau menangkap ikan. Di tunjuk, ikan lari. Kena guna serangkap atau bubu.

Kegembiraan Zaman Kanak-Kanak Di Sawah Padi

Kenangan Ketika Zaman Kanak-Kanak Di Perkampungan Sawah Padi

Klik || untuk pause, ➤ untuk play. Untuk manual, tap pada screen smartphone.

Zaman kanak-kanak di kampung sawah padi atau kawasan yang berparit sangat berbeza dengan anak-anak zaman sekarang. Yang melihat gambar ini dan jika ia mendatangkan ingatan juga kerinduan, bermakna anda sudah berumur 40 ke atas.

Anak zaman sekarang ramai yang guna jari ajaib, tunjuk saja ikan boleh dapat. Anak dulu-dulu kena tolong ibu bapa di sawah atau menangkap ikan. Di tunjuk, ikan lari. Kena guna serangkap atau bubu.

Kalau nak memancing kena pakai umpan baik punya. Kena tahu waktu bila ikan suka makan dan di mana tempatnya. Sebab itu orang lama pandai mengayat, memikat, lalu menangkap. Mereka bukan keyboard warrior, tapi memang seorang yang punya karektor warrior.

Menangkap ikan di sawah sama seperti menangkap pelanggan dalam dunia perniagaan. Samada off-line atau on-line. Ikan sepat, keli, haruan, dan puyu luboknya berbeza. Pelanggan pun begitu juga.

Ayat mau baik. Umpan mau besar. Ayat bergula sering digunakan. Tempat mau betul. Suasana yang sesuai juga sangat penting. Kerana kebanyakan produk itu ada musimnya. Yang tak makan umpan macam ikan sepat, tahan bubu atau tauk jala saja.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.