Ringkasan - CrazyDuck -->

Header Ads

Ringkasan

Perjalanan yang tiada noktah.  Perjuangan kita belum selesai.  This is my Journeys of Freedom.


Blog yang baru dibangunkan secara sambilan ini memaparkan perkongsian pengalaman dan pembelajaran penulis sepanjang perjalanan hidupnya.  Penulisan meliputi kisah dan tauladan, ketuhanan, kepimpinan, perniagaan, pemasaran di internet, motivasi diri, hal-hal kekeluargaan, dan juga pengajaran dari hal dan peristiwa semasa. 

Tajuk dan ringkasan kepada setiap artikel yang terkandung di dalam blog ini desenaraikan dibawah.  Klik pada tajuk atau gambar untuk membaca artikel pilihan anda. 


Khazanah alam dimanfaatkan... anda nak sihat?

Pakcik ni buat duit dari carikan surat khabar jer... sempoi!!!


46.  Dari Kasut Koyak KiniSeorang Jutawan Muda
“Barang lama usah dikenang.”  Kedatangan Adam ke pulau peranginan ini bukan untuk mengenang “barang lama.”  Dia menjejaki jalur perjalanan hidupnya yang satu ketika dulu teramat pokai.  “Barang lama” ini banyak mengajarnya untuk bertukar dari pemuda berkasut koyak dan menantu paling tak guna kepada pengusaha bertaraf jutawan dan mampu menawarkan pekerjaan kepada anak bangsanya.

45. Cara Terbaik Dapatkan Wajah Gebu Anggun Berseri Tanpa Jerawat dan Jeragat
Wajah yang gebu, anggun, dan berseri yang kelihatan semula jadi (natural) tanpa make-up berlebihan adalah impian setiap wanita.  Jerawat dan jeragat (bintik hitam) adalah musuh utama wanita, terutama bagi mereka yang berkareer.   Kelihatan cantik – wajah tanpa jerawat dan kelihatan gebu memberi keyakinan tinggi kepada ramai wanita.  Ia mencerminkan keperibadian seseorang.  

44. Makcik Berwajah Awet Muda Gebu Anggun Menawan
Anis menghidupkan enjin keretanya.  Dia meneliti bahagian yang bercalar semalam.  Hatinya puas.  Nanti adalah orang yang membandingkan kecantikan keretanya dengan wajahnya.  Pedulikan itu semua.  Aku beli kereta ni dan guna ubat ini bukan nak minta pujian.  Pujian tak ku pinta, kejian tak ku suka.  Orang nak kata apa, itu hak mereka.


43. Wajah Anggun Berseri Idaman Setiap Wanita
Semua peserta dalam bilik itu tumpu betul-betul pada percakapan dia.  Memanglah dia pandai bagi presentation, tapi satu perkara lagi ialah wajahnya yang licin, gebu, dan anggun berseri.  Tak jemu mata memandang.  Setelah mengucapkan salam… Azim melangkah keluar diiringi oleh Anis dan Mak Eton.  Mak Eton dapat membaca hati Anis dan Azim – mereka saling cinta dan menyintai.

42. Kulit Gebu Berseri Tanpa Jerawat dan Bintik Hitam
Eh… apa you buat kat sini?  Anis dikejutkan oleh suara yang sangat dikenalinya, tapi sudah sangat lama tidak kedengaran.  Hatinya tiba-tiba terasa gementar.  Degup jantungnya terasa laju.  Mata mereka bertentangan… keadaan jadi hening seketika – kedua-dua mereka terdiam.  Masing-masing melayan perasaan.



41. Wajah Gebu Berseri Sejuk Mata Memandang
Patutlah akak tengok kamu ini lain sikit dari orang lain.  Sangat bijak dan teliti.  Wajah pula cantik berseri.  Kamu ada pakai ubat apa-apa ke… kulit muka awak sangat halus, cantik dan gebu.  Dari tadi… tak jemu akak memandang.  Sejuk mata.  Bertuah lelaki yang dapat kamu sebagai isteri.

40. Jerawat dan Jeragat Hilang dalam Masa 14 Hari
Saya suka melihat kulit muka awak yang licin, gebu dan berseri tanpa banyak make-up.  Sangat natural, sejuk mata memandang.  Berbaloi wang yang dibelanjakan membeli ubat menghilangkan jerawatnya.   Terbukti ianya sangat berkesan bagi kulit wajahnya.  Hanya dalam masa dua minggu sahaja jerawat hilang malah kini kulitnya kelihatan begitu segar gebu dan cantik.


39. Jerawat Menggugat Keyakinan Diri
Anis tahu peluang untuk Yusni berjaya dalam temuduga tadi sangat cerah.  Yusni berhujah dengan penuh keyakinan.  Wajah Yusni yang cerah, licin dan gebu tanpa gangguan jerawat menarik perhatian penemuduga dan itu membuat semangat Yusni tambah terbakar.  Suaranya lunak, aturan ayat-ayatnya sangat rapi, senyuman dilontarkan tanpa paksaan terpancar keikhlasan.
Mahu bijak dalam berniaga.  Bijaklah dengan mempunyai kemahiran yang seimbang.  Tingkatkan permainan dan percaturan dengan konsisten dan istiqamah. Kamu akan jadi yang terhebat antara yang terbaik. Bijak juga mencari teman dan rakan kongsi.  Setiap yang datang punya agenda tersendiri.

37.  Sembilan Jenis Orang Yang Anda Perlu Jauhi
Apabila kita mahu memulakan perniagaan, jenis orang yang berada disekeliling kita sangat penting.  Kita perlu mengenali dan menjauhi sembilan jenis orang ini dari berada dalam kumpulan kita.  Ibarat mencari pasangan hidup sebagai suami-isteri begitu jugalah pentingnya rakan kongsi yang serasi dengan matlamat kita dalam membentuk pasukan perniagaan.

36.  Biasakan Diri Untuk Mengatakan TIDAK
Mendisiplinkan diri untuk menyelesaikan satu kerja dengan cepat dan sempurna.  Tanpa pegang-lepas, pengang lepas.  Genggam bara biar sampai jadi arang.  Kata guru yang sudah berjaya dan antara orang terbilang.

35. Berkata TIDAK Tanda Kita Menghormati Diri
Apabila kita tidak boleh untuk berkata TIDAK, kerana mahu menjaga hati orang, diketika kita sendiri tidak pasti dan tidak yakin akan keupayaan kita, kita menggunakan “INSYAA ALLAH” sebagai pelapik.  Apakah memang sebenarnya kita mahu menolong atau penggunaan kalimah ini sebagai penutup bicara?

34.  Katakan TIDAK Jika Anda Mahu Bahagia
Semua manusia perlukan perhatian dan penghargaan. Pada yang tiada tempat mengadu atau yang sering kesunyian. Tidak kira remaja, belia, atau sudah berusia. Media sosial menjadi ruang untuk meluahkan perasaan. Terlalu leka sehingga membiar anak kecil membasuh pinggan.

Mak jawab soalan ayah penuh yakin.  Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.  Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook melalui “smart phone”nya. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

32.  Kenapa Mataku Tak Boleh Tidur
Yang merempit tu semuanya orang muda.  Biasalah…  aku juga pernah muda.  Siapa yang pernah merempit dia tahulah makna “adrenalin rush.”  Orang muda punya stok adrenalin yang tinggi.  Mereka kena buat sesuatu untuk “release THE steam.  Aku memikirkan bagaimana mahu puaskan hati mereka orang muda.  1,000 orang tua mungkin mampu menggoncang sebuah bukit kecil tetapi 10 pemuda terpilih boleh menggoncangkan dunia.

Diketika orang lain dalam kesusahan.  Sudah tersedia perumpamaan yang mengatakan mahu hasil lebih pergilah menangguk diair keruh.  Ianya sikap lintah darat tiada sinar iman menyuluh.  Rumah tinggi di atas bukit.  Khemah dibawa ke pinggir Jalan.  

Merayu pada sukarelawan minta sedikit.  Dermaan diambil dijual pula kemudian.

30.  Sukarelawan Banjir Yang Hebat
Aku tak boleh nak rehatkan otak memikirkan apa yang akan mendatang. Teringatkan mangsa banjir dan segala kesulitan yang menghalang.  Ternampak gambar bukit bukau yang sudah gondol.  Akibat kerakusan manusia yang berperangai seperti toyol.  Dalam kesusahan dan musibah ini banyak yang aku pelajari.  Sungguh ramai yang masih punya hati bersih dan murni.  Pertolongan diberi tanpa meminta supaya dipuji.  Namun tetap ada yang mengungkap kata-kata keji.

29.  Jutawan Sebelum Umur 25 tahun
Ketika berumur 14 tahun pada 2004, Ashley Quails melancarkan WhateverLife.com.  Sehingga bulan Ogos 2013 WhateverLife.com dilawati seramai lebih kurang 7 juta pengunjung setahun.  Baru berumur 20 tahun, kini nilai pemilikannya adalah sebanyak USD 4 juta dan dia adalah antara beberapa orang jutawan berumur dibawah 25 tahun.





28.  Rumah Anak Yatim Kediaman Abu Nur Pengkalan Hulu Perak
Rumah ini menempatkan anak-anak yatim dari sekitar utara semenanjung dan memberi perlindungan, persekolahan, bimbingan, dan kasih sayang kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.  Saya harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kekangan wang ringgit dalam menjalankan aktiviti murni mereka.

27.  Kesihatan Itu Tunjang Kekayaan
Kamu adalah seorang penyayang.  Tatkala kamu memikirkan tentang peluang hari ini… kamu menyedari… ada orang yang tidurnya beralaskan bantal yang sangat keras, ada yang masih bekerja pada jam 2 pagi, ada yang kelaparan ketika kamu sedang menikmati, ada yang terlalu mentah untuk melindungi diri, ada yang terlalu lemah dan tiada rumah.  Ada yang kerjanya sangat kuat tetapi nasib tidak menyebelahi.

26.  Your Health Is Your Greatest Asset
You are a very special person.  Gifted in so many ways.  You wake up every morning smiling to all the possibilities that may come.  There are times you are just happy by being alone… visualizing your dreams and your future.  You don’t want to be alone waiting for an operation or… to worry about things that you have no control.

25.  Menarik Rezeki dan Wang Dengan Cara Mistik Atau Cara YangBersyariat?
Menarik Rezeki Melalui Keberkatan.  Rezeki kita bergantung kepada pekerjaan yang kita lakukan dan usahakan.  Tanpa keberkatan rezeki kita menjadi sempit walaupun banyak yang kita terima.  Wang yang diterima habis entah ke mana, ada sahaja penyebab yang kita perlu mengeluarkan wang.  Keberkatan menutup kebocoran ini.

24.  Masalah Wang dan Hutang
Kenapa saya menulis apa yang saya tulis?  Adakah jari saya yang memang tak pandai duduk diam? Adakah jari saya bebas buat pilihan ikut suka dia nak tekan huruf apa?  Adakah kotak fikiran saya yang bagi arahan?
Kenapa kotak fikiran yang memberi arahan?  Adakah kotak fikiran bebas ikut suka dia?  Adakah fikiran sudah terkeluar dari kotaknya?  Ha … ha … boleh itu macam ka?  Ya la… hutang banyak maa.

Masalah aku adalah kerana pilihan aku sendiri.  Pagi ini aku memilih untuk bersarapan dengan mee segera.  Sewaktu tinggal di asrama… mee segera adalah sebagai pilihan terakhir dan pilihan penyelamat dari tidur kelaparan.  Kerana apa? Terpaksa.  Siapa yang paksa?  Tidak rela kah?  Itu adalah pilihan saya... soal rela atau tidak... ini bukan mahkamah ya.  Hari ini ada perbicaraan tentang... hmm... tak perlu lah sebut lebih-lebih - cukup SayFool.

Pandangan mata kasar mudah tertipu oleh paras rupa, cara berpakaian dan penampilan, tingkah laku yang dilakunkan, tertib dalam pertuturan, dan idea yang ditonjolkan dalam perbincangan.  
Semua ini hal luaran yang boleh dilihat dan didengari.  Bagaimana pula tentang soal hati.  Jujurkah dia?  Setiakah dia?  Apa motifnya?  Bagaimana kita boleh tahu untuk mengagak?

Sebuah bas berhenti dan beberapa orang penumpang turun.  Salah seorang dari mereka meninggalkan satu bungkusan plastik yang berisi sesuatu.  Dari jauh, isteri saya memerhati seorang wanita yang dari tadi duduk termenung bersendirian.  Setelah menoleh ke kiri dan kanan, wanita tadi mengambil bungkusan yang ditinggalkan di atas tempat duduk, tanpa menyedari yang dia sedang diperhatikan oleh isteri saya.

Sesuatu yang pelik tetapi indah ialah wajah mayat seolah-olahnya bukan seperti orang yang mati.  Ia kelihatan segar dan dalam keadaan yang sungguh tenang, mirip kepada seorang yang sedang tidur.  Lebih menakjubkan ialah apabila saya menjenguk liang lahad yang berkeadaan kering. Terdengar bisikan beberapa orang yang mengatakan kalau mengikut keadaan air pasti akan sedikit sebanyak mengisi ruang.  Ini kerana kedudukan tanah perkuburan itu dikelilingi oleh sawah yang berair.

“Ada apa kat situ tadi?”, tanya saya sewaktu kami menaiki kereta sebelum meneruskan perjalanan.  “Alhamdulillah… sebenarnya ada orang lebih susah dari kita, tapi tak apa lah… nanti ada masa panjang saya cerita.  Kisah sedih dan menyentuh jiwa”, balas isteri saya.  Saya tidak memahami apa yang ada dalam fikiran isteri saya ketika itu, tetapi kerana menghormati kehendaknya untuk menceritakan hal ini pada ketika yang lebih sesuai, saya angguk bersetuju.

Cucur cempedak yang dihidangkan habis dijamah, keringat sudah kering, dahaga sudah lega … masa untuk bergerak ke misi seterusnya sudah sampai.  Kami semua menyarungkan kasut, naik kereta, dan… “Eh, bang … tengok tu … sarang burung tu, cantiknya.  “You tau sarang burung apa tu?”  Tanya saya.  Isteri saya menjeling… ”Ye lah … kita ni kan jakun sikit…”  “Ha itu lah sarang burung tempua.  Ingat pantun… burung tempua bersarang rendah?”  Wajah isteri saya muncung bila diusik begitu.

“Sejak aku amalkan gaya hidup sihat ni, badan aku jarang sakit dah.  Hang tau, ada duit banyak mana pun kalau badan tak sihat, rezeki macam kena tarik balik oo.  Yang tu tak boleh makan, yang ni kena pantang… nak jalan-jalan makan angin pun takut lelah”, Kamsul seolah-olah mengenang kembali waktu dia dihinggap penyakit lemah badan.


Kesilapan Penulisan di Media Sosial.  Ada tak sesiapa yang boleh mengaku tidak pernah membuat kesilapan dalam menonjolkan diri, produk, atau pemasaran melalui posting dalam media sosial, contohnya seperti Facebook atau blogging?  Kalau yakin tak pernah silap, tulisan ini tak ada faedahnya bagi tuan/puan… move on saja on something else yang lebih berfaedah.

Selepas bagi minta balik.  Di zaman aku kecik-kecik dulu apabila kita geram dengan kawan atau sedara mara kita boleh check mate dia orang dengan ungkapan sebegini, “Ha… bak mai balik hadiah yang aku bagi kat hang tu.”  Orang yang terima hadiah tu akan kata balik, “Eh… tak ikhlas lah tu… buruk siku nanti.” 

Apa pun reaksi anda bila melihat tajuk ini, ianya adalah sesuatu yang perlu kita ambil tahu dengan keadaan dunia sekarang.  Apa yang sedang berlaku di Palestin sekarang, tragedi MH-370 & MH-17, tuduhan Isreal terhadap Malaysia melatih pejuang Hamas, dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Iraq oleh ISIS berkemungkinan memalitkan Malaysia dalam kancah konflik yang dikepalai oleh Amerika dan diarahkan oleh sekutu utamanya Israel.

Today I received an SMS saying, "call me." Do not return the calls. You will get charged at a premium call rate, if you call back and the scammers would get a portion of it.  You will be kept on hold, while they play music or even run erotic audio tapes in an effort to keep you hooked.  Leave alone all +1-473 series calls.

Hanya beberapa hari selepas kemalangan menyedihkan berlalu pada penerbangan Malaysia Airlines MH-17, ahli politik dan pihak media barat besekongkol untuk mendapatkan nilai maksima propaganda mereka daripada kemalangan itu.  Presiden Obama mengadakan sidang media untuk mendakwa – walaupun belum ada apa-apa penyiasatan dilakukan – bahawa puak pemisah pro-Russia yang bertanggung jawab.  Dutanya ke PBB, Samantha Power, melakukan perkara yang sama – hanya sehari selepas kemalangan.

Pemberita dari AP melihat system “BUK surface to air missile”  dibawa menerusi Bandar Sniznhe oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali dengan berpakaian ketenteraan dan berbahasa loghat orang Russia.  Tiga jam kemudian, MH-17 berjatuhan dari udara selepas terkena tembakan oleh “surface to air missiles” mengorbankan semua 298 orang.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal  yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi  sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.  Al-Baqarah2:164

Lapuran dari CNN - Perlu Kita Teliti Terdapat kisah sebelum ini yang membuktikan CNN telah membuat lapuran yang tidak tepat.  Apakah lapuran berikut juga begitu ... maka kita harus berhati-hati dengan maklumat yang mereka sebarkan.

Pagi ini… seperti biasa saya meneliti telefon bimbit kalau-kalau ada panggilan yang tidak berjawab.   Kemudian saya periksa pesanan ringkas dan akhir sekali, Facebook.  Sewaktu melayari Facebook, saya terbaca berita yang amat… tiada perkataan atau ayat yang dapat dilafazkan.  Ianya berkenaan tragedi MH-370.   Terasa hancur dan luluh… berikut adalah hal-hal yang dipaparkan dalam Facebook.  Sila baca sehingga habis sebelum anda membuat apa-apa andaian.

Keindahan Dalam Kehidupanmu.  Dalam hidup mu keceriaan kian menjelma.  Bangunlah dan sentuhilah keindahan ini.  Dari mana jua asal mu, apa jua yang telah kau lalui, satu kemungkinan akan menjelma.  Di sini dan diketika ini, bangunlah dan usahakanlah.  Pernah pada suatu waktu, kau simpan dalam hati mu impian yang sangat unggul.  Ketika itu kehidupan seperti menjanjikan segunung harapan.  Impian itu tetap masih bersama mu.  Ayuh bangun dan hidupkanlah impian itu.

Dari tajuk ini, saya merasakan sesuatu yang pelik -  artikel yang secara terang-terangan mencemuh Dr. Azizan.  Saya tersentap dan terpanggil untuk memuatkan tulisan ini didalam blog saya.  Tidak mungkin Dr. Azizan terlibat dengan ritual kebomohan sebegini.  Dia hanya menarik minat pendengar untuk mengikuti kursus yang diberikan dan kursus itu ada ketikanya berbayar - di situlah proses sebenar menarik duit bukan secara mistik yang dikatakan.

Lahir, jalani kehidupan, dan mati.  Hanya individu itu yang mampu mengawal arah kehidupannya (ikhtiar) tanpa ada konsep doa, tawakkal, Qada dan Qadar.  Itulah kepercayaan seorang Atheist.  Artikel ini memaparkan soalan-soalan yang diajukan oleh sekumpulan atheist kepada seorang pemuda.  Jawapan dari pemuda ini boleh kita gunakan sebagai pemangkin kepada iman kita dan sekiranya perlu, digunakan pada ketika yang tertentu.

Jangan Menyakiti Hati Ibu.  Kerana mustajabnya doa ibu, apabila hatinya disakiti ada kemungkinan terkeluar perkataan-perkataan yang boleh memudharatkan si anak.  Bahagiakan ibumu agar setiap perkataan yang keluar dari hati dan mulutnya semuanya yang baik-baik belaka.  Ini akan memudahkan kita menjalani kehidupan harian tanpa ada keluh kesah kerana setiap urusan kita dipermudahkan oleh Allah.

“Eh … hang tak tengok berita pasai Yazid Search masuk ICU?.”, saya bertanya lagi.  “Tuu laa … orang la ni … muda-muda lagi dah macam-macam penyakit dok mai.  Aku nak habark kat hang, aku dulu teruk, tak larat langsung, suka semput… aku ingat kita ni banyak makan benda tak sihat lah.”  “Dah tu… apa tindakan hang ambik?,” tanya saya.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.