Kaum Wanita Kenapa Anda Mesti Buat Year End House Cleaning
Gambar: Warung Bubuhan Kulaan Banjar |
Berkecainya Hati Seorang Isteri Yang Setia
Suatu hari, seorang Makcik gorgeous bajet aum pulang dari shopping sakan. Bukan dari Pasaraya Sakan tapi sakan membeli. Ini Makcik Mat Saleh punya jenis.
Sampai di rumah, dia sangat terkejut melihat suaminya dengan seorang awek cun berada dalam bilik tidur.
Korang nak bayangkan apa sudah berlaku, itu korang punya pasal.
Korang nak bayangkan apa sudah berlaku, itu korang punya pasal.
You are what your mind is thinking about. Kan?
Tanpa usul periksa Makcik ini terus menjerit…
“Babi kau.”
“Tak ada maruah punya lelaki.”
“Sanggup awak lakukan ini kepada saya, saya isteri awak yang setia… tau tak? Tak pernah curang. Niat pun tak pernah ada.”
Dengan selamba badak dan in cool mood, si suami menghampiri isterinya dan mahu berkata sesuatu. Tetapi belum sempat dia bersuara isterinya terus menjerit lagi.
“Apa lagi yang kamu nak cakap, sudah jelas depan mata saya. Saya bukan buta.”
“Jap-jap… biar saya jelaskan.” Balas si suami dengan tenang saja.
“OK tak per… tapi apa yang awak nak cakap ni… itulah perkataan terakhir awak kepada saya!!!”
Barang Lama Tak Elok Disimpan Saja
“Hmm… macam ni. Tadi masa balik, saya jumpa budak perempuan ni (anda baca: bukan lah budak sangat pun) kat tepi jalan.”
“Dia sangat kelaparan, letih dan tidak terurus. Serabut serabai."
"So… kamu pun tahu yang saya ni seorang lelaki yang baik... kan? Lalu, saya pun bawalah dia balik.”
“Kerana dia sangat lapar, saya buatkan dia daging masak panggang. Masak panggang tu pun hanya itu yang saya tahu masak. Buka api, ambil grill taruk daging. Kemudian makan dengan sauce."
"Daging tu pula dah tersimpan dalam peti ais hampir 6 bulan. Kamu cakap daging yang saya beli dulu tu terlalu banyak lemak. Awak takut gemuk sambil menyemakkan peti ais.”
“Kasut yang dia pakai sudah koyak rabak. Saya pun bagi kasut yang awak buang, tapi saya simpan tanpa pengetahuan awak. Sebabnya kasut tu awak fikir sudah ditelan zaman dan out of fashion.”
“Dia juga sangat kesejukan. Saya pun bagi lah baju sejuk yang saya belikan untuk awak sebagai hadiah hari jadi tu.”
“Tapi awak tak pernah pun nak pakai. Awak kata warnanya tak sesuai dan saya tahu awak tak suka akan hadiah saya itu."
"Saya terdengar awak bercakap pasal itu dengan kawan awak. Tapi saya diam buat boddow jer lah.”
“Seluar dia pula dah koyak rabak sana sini. Anak kita beli jeans yang memang dirabakkan. Tapi seluar dia rabak sebab asyik ulang yang itu saja. Basuh tak sempat kering dah dipakai semula.”
Gambar: Nizam Ahamad.com |
“Maka saya pun ambil dan bagilah seluar yang satu masa dulu kamu suka sebelum adik kembar awak beli jenis yang serupa sebiji. Dah bertahun pun awak tak pakai seluar tu."
"Menyemakkan almari saja.”
“Cuma... bila dia nak pergi selepas makan tadi, dia tanya. Dan dia bertanya dengan sungguh keihklasan, bukan nak ambil peluang.”
“Katanya… ada tak apa lagi yang isteri kamu sudah lama tak pakai dan tak ambil peduli.”
“Saya cakap… ada.”
“Sesuatu di bilik tidur.”
“Kami pun masuk bilik tidur. Tak berapa minit dan tak sempat saya nak tunjukkan apa yang awak sudah lama tak pakai, awak pun sampai. So… apa masalahnya?”
"So... apa yang kamu bagi tau dia yang saya sudah lama tak pakai?" Tanya si isteri pula.
Si suami tunduk... diam.
Mungkin teringat akan kata-kata isterinya awal-awal tadi - "ini perkataan terakhir awak."
Dia sudah membuat penjelasan, apa lagi mahunya? Mungkin itulah fikirnya. Entah... korang sambung lah sendiri ek. Sambung kat ruangan komen bawah ni, tau.
Cerita ni was adapted from an FB post by Pn. Sharifah K Alattas. The moral of the story: sedekahkan jer lah apa barang yang tak diguna tu. Nanti jadi penyebab pula.
Hargai dan Tunjukkan Kasih Sayang. Don't Take For Granted
Video atas ni para isteri mesti kena tengok.
Kalau tidak nyesal kang.
Thank you for your comments