Koleksi cerita viral dari blog ini. Viral samada disebabkan ada pengajaran atau terlalu emosional buat lawak bengong. Cerita serious dan teknikal tak ada orang mahu baca.Ringkasan Koleksi Artikel Cerita-Cerita Viral Dari Blog Ini. Ada Sebab Kenapa Ia Jadi Viral...
Accident yang membawa total loss kepada kereta Proton Perdana itu sebagai peringatan pada aku. Perkataan budak kecil pasal musibah macam ni jangan di buat main.
Jangan diambil sambil lewa. Jangan sebab dia budak belum sekolah kita anggap dia tak tahu apa-apa. Dia pun punya deria dan firasat. Mungkin itu satu dari anugerah Allah padanya.
Jumpa ular berbisa seperti Tedung ada orang lari tak cukup tanah. Tapi ada juga yang menjadikan ular jenis berbisa dan berbahaya ini sebagai teman bermain. Malah punca rezeki. Tapi silap haribulan menempah maut.
Selesai berentap dengan Nissan Skyline GTR Asmahani berhenti di Shopping Complex Mydin Gopeng. Mahu mencari fashion pakaian jubah dan kebaya. Nasibnya kurang baik. Beli on-line sajalah fikirnya.
Selepas pemergian ibunya akibat penyakit kencing manis Asmahani setiap hari berulang alik dari K. Kurau ke Penang. Dia dalam dilema samada mahu tumpukan kepada kareer dan punya pendapatan sendiri atau tinggal bersama ayahnya di kampung. Belum berumah tangga satu lagi perkara yang mengusik fikirannya.
Mendapat hidayah berkat dari doa ibu bapa. Selalu memudahkan hidup kedua orang tuanya. Juga selalu bagi sedekah dan amal jariah untuk anak yatim dan golongan miskin. Rezeki jadi murah. Sale kaw-kaw. Dalam sekejap jadi millionaire. Pakai kereta dekat 10 biji semua model tak kurang harga dari RM 200K sebiji.
Darah tingggi dan ajal itu Allah yang tentukan. Dan mati itu satu kemestian. Kalau Allah tak izin tak mati punya. Cubalah berdiri kat atas highway tempat kereta dipandu laju. Allah izin ke tidak?
Selepas menurunkan jenazah ke dalam liang, kain kafan dibuka. Sebaik saja terbuka seekor ular sudah kelihatan. Ular itu tidak mengganggu orang yang membuat kerja pengkebumian. Kerana ia itu terlalu asyik membelit jenazah.
Anda boleh cek sekiranya artikel anda dicuri dan dipost semula oleh blog dan Facebook Page ini. 19 Blog yang artikel mereka sudah dicuri juga disenaraikan.
Toilet taruk sebelah laptop jer. Hebat betul boleh menulis sebanyak 172 artikel original dalam masa 20 hari sahaja tanpa cuti dan rehat. Purata harian ialah 8-9 artikel yang dikeluarkan. Nak berak pun tak sempat.
Perjalanan ke KL tidak aku teruskan. Malam. Jalan pula bengkang-bengkok melalui perkampungan. Kalau tiba-tiba melintas kumpulan khinzir atau harimau, tak ke naya? Sambil air liur aku merecik aku singgah...
Masa dia susah merangkak kita tahukah keperitan dia? Masa dia menangis sorang-sorang sambil meneran ada orang ambil kisah? Haram tak ada. Ya, setiap kejayaan itu ditempah melalui ujian dan kepahitan. Kegagalan ialah ubat terbaik memperbetulkan kesilapan.
Accident yang membawa total loss kepada kereta Proton Perdana itu sebagai peringatan pada aku. Perkataan budak kecil pasal musibah macam ni jangan di buat main. Jangan diambil sambil lewa. Jangan sebab dia budak belum sekolah kita anggap dia tak tahu apa-apa. Dia pun punya deria dan firasat. Mungkin itu satu dari anugerah Allah padanya.
Transkrip rakaman yang tidak diketahui siapa pembicaranya ini memperingatkan tentang kematian dan persoalan tentang apa yang dikejar oleh manusia zaman sekarang.
Mark Zuckerberg dan Alexander the Great adalah watak kehidupan yang mempunyai empayar tersendiri disamping berkeupayaan membeli kepakaran. Namun tiada siapa boleh mengatasi kuasa Allah.
Sebuah bas berhenti dan beberapa orang lelaki turun. Salah seorang dari mereka meninggalkan satu bungkusan plastik yang berisi sesuatu. Dari jauh, isteri saya memerhati seorang wanita yang dari tadi duduk termenung bersendirian. Setelah menoleh ke kiri dan kanan, wanita tadi mengambil bungkusan yang ditinggalkan di atas tempat duduk, tanpa menyedari yang dia sedang diperhatikan oleh isteri saya.
Sesuatu yang pelik tetapi indah ialah wajah mayat seolah-olahnya bukan seperti orang yang mati. Ia kelihatan segar dan dalam keadaan yang sungguh tenang, mirip kepada seorang yang sedang tidur. Lebih menakjubkan ialah apabila saya menjenguk liang lahad yang berkeadaan kering. Terdengar bisikan beberapa orang yang mengatakan kalau mengikut keadaan air pasti akan sedikit sebanyak mengisi ruang. Ini kerana kedudukan tanah perkuburan itu dikelilingi oleh sawah yang berair.
Teruskan ke bawah dan terokai kandungan seterusnya atau...
No comments
Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.