Mahu Mati Kelaparan Atau Makan Saja Apa Yang Ada? - CrazyDuck -->

Header Ads

Mahu Mati Kelaparan Atau Makan Saja Apa Yang Ada?

Naik Ke Darat Jumpa Padang Rumput Yang Luas

Perjalanan aku keluar dari dasar laut tidak berlaku terus menerus. Selepas aku menamatkan doa, mimpi aku berjalan di dasar laut terhenti di situ.

Selang beberapa hari aku bermimpi lagi. Ada kalanya ketika aku ambil nap dan ada pula ketikanya sewaktu aku berwirid, zikir dan berdoa.

Sebelum aku naik ke darat, berkali-kali aku hanya bermimpi duduk di atas batu berhampiran kolam air terjun. Tapi aku tak kisah. Nak mimpi… mimpi lah. Tak ada, tak ada hal.

Aku terus menjalani hidup seperti biasa. Sekali sekala buat sibuk dengan FB promote penulisan aku. 

Supaya orang tau penulisan aku ni wujud. 

Self Branding?

Tak kenal aku tak apa. Kenal pun bukan ada faedah… tak ada kabel nak kasi pun. 

Yang penting apa yang aku buat (menulis) dapat memberi manfaat. 

Tengok muka aku ada manfaat?  Kalau aku claim kata aku ni ada Dato' Bersiri atau Tiang Sri... apa faedah yang korang dapat?

Habuk pun tak ada… kan? 

Cuma kalau aku nak scam korang senang sikit lah bila dah taruk taitel yang berbagai. Termasuk Ph.D. ka... eleh claim jer lah. 

Bila orang dah tau taitel semua tu muhong, minta maaf saja. Melayu ni sangat baik hati dan pemaaf serta mudah melupakan kisah silam sekali pun pahit. 

Cuma kekadang tu hati ada sikit musyuk... errr ya ka?

Alaa... bangsa lain pun seroper juga. Sebab tu Mat Saleh banyak tulis buku tentang motivasi. Sebab bangsa dia orang entah-entah lagi teruk kalau tak baca buku-buku jenis bermotif-basi ni.

Cumanya... orang kita ni ada sikit kurang minat nak membaca. Kalau rajin membaca, sure lebih terror dari Mat Saleh tu. 

Atau pun setaraf dengan pujangga dan penulis kitab (termasuk sains) berbahasa Arab dari Zaman kegemilangan Islam dulu.

Anda Kenal Dengan Pemilik Bisnes Ini?

Ada korang kenal dan buat kawan dengan owner KFC atau McD atau Toyota? Pernah terima kunjungan mesra dari Ishiro Honda?

Quote-by-Ishiro-Honda
Gambar: Klik sumber
Hanya lambang dan logo mereka yang jadi perantara. Pemiliknya duduk entah mana hala. Sesetengah tu sudah pun duduk di alam sana. Namun produk mereka tetap laku semacam ja.

stephen-King-six-scary-stories
Sumber: Klik sini
Kualiti mau baik dan hidangkan menu (atau apa-apa produk) yang orang suka. Dan itulah yang aku sedang usahakan. Bukan mudah nak jadi penulis yang terror macam Stephen King atau JK Rowlings tu.

Buat, buat, buat, dan buat… dan produk aku ialah hasil dari penulisan. Artikel yang ini pun aku belum tahu setakat mana penerimaan pembaca. 

Cer taruk komen sikit kat bawah nun... tahu lah den korang nak apa sebenarnya.

It is About Freedom

So… sama macam owners KFC, McD, Nestle, Toyota, Honda, etc… tak perlu lah orang kenal aku ni siapa. Hidup aku bebas nak buat apa di mana dan dengan sesiapa pun. Bila-bila masa.
It is a freedom you know. And… yet freedom is not free. There is a price tag attached to it too. Just like anything in life.

Of course ada yang pilih jalan guna mukanya sebagai brandnya. Dan tentu sekali tak setuju dengan apa yang tertulis di atas. Eh… hidup ni masing-masing pilih jalan sendiri ikut track sendiri. 

Kan? 

I need nobody’s approval but HIS. And nobody should ask and hope for my approval anyway.

It is about Freedom… freedom of choice, freedom of deciding, freedom of opinion… and so on. Nak maki hamun pun free gak… but I am not free to do that.

OK… meh kita explore apa pula dalam mimpi aku kali ni. Ek?

Selamat Dari Komodo Dragon Belum Tentu Hidup Aku Selamat

Terselamat dari menjadi menu tengahari sang biawak-biawak… aku terus berjalan di dasar lautan. Sehingga ke pantai di seberang sana.

Trees-affected-by-global-warming
Gambar: Klik sumber

Terdapat pokok-pokok yang sudah mati di tepi pantai. Samada paras laut sudah naik ke apa, aku tak tahu. Tapi kelihatannya pokok ini bukan dari jenis bakau yang hidup dalam air masin.

Kalau paras laut sudah naik bermakna kesan pemanasan global sedang berlaku. Tanah yang dulunya hutan sudah bertukar menjadi pantai.

Aahh… biarlah… dalam mimpi jer pun. Lagi pun orang sekarang ni struggle nak berasapkan dapur dari mikirkan hal global warming nih. Ekonomi kita masih sangat ^utuh... kata pak-pak menteri.


sunset-at-the-beach
Gambar: Klik sumber
a-cave-next-to-the-sea
Gambar: Klik sumber

Aku berjalan terus menyusuri pantai dan tiba dikawasan berbukit bukau. Ada sebuah gua di situ dan aku lepak kat dalam kepenatan dan kelaparan. 

Tertidur sehingga kepagi esoknya.

Padang Rumput Saujana Mata Memandang

Aku kelaparan dan perlukan makanan. Tapi apa yang ada nak dimakan? Semut atau apa jua hidupan tak wujud dalam gua ni… 

Gua Hira, at least ada juga labah-labah buat sarang. Ini tarak apa. Tahi kelawar pun tak ada.

Keluar dari gua aku mencari puncak bukit yang tak berapa tinggi untuk meninjau apa yang ada disebalik bukit dan pergunungan ini.
.
grassland
Gambar: Klik sumber

Tak ada manusia dikawasan ini, hanya padang rumput dan pokok-pokok renek. Aku boleh mati kelaparan sekiranya memilih mahu makan nasi ayam atau kari kepala ikan. Atau pun pizza.

Sambil mengutip air embun untuk menghilangkan dahaga aku terus berjalan. Mana-mana pucuk yang aku rasa selamat dimakan, itulah makanan aku.

Aku terus bergerak dan sampai dikawasan pepohonan yang ada buah. Rezeki aku murah. Buahnya berbentuk seakan-akan epal. Rasanya tidak pula macam epal. 

Entah-entah air liur aku yang meleleh waktu bermimipi? 

Lantak lah… jangan aku mati kelaparan sudah. Sebabnya… sekiranya merasa seperti mati dalam mimpi… hah… alamat tak lama lah tu.

Bunga-Bungaan Dan Herba

Disamping pokok yang buahnya boleh dimakan, terdapat juga bunga-bungaan dan tumbuhan seperti herba.


painting-by-An-Jung-Hwan
Gambar: An Jung-Hwan

Macamana aku tahu sesetengah tumbuhan itu herba? 

Gigit dan kunyah… ada rasa apa? Jangan terus telan. Beracun kalu... mampus. Lebih baik test dulu sebelum nak telan.

Setengah herba pucuk atau bunganya sedap, wangi, berlendir dan ada juga yang memberi kesan kebas pada lidah.

Selalunya tempat begini banyak pacat dan nyamuk… tapi tak ada pula. Aku meneruskan perjalanan sambil mengutip buah dan pepucuk yang aku anggap herba sebagai bekalan.

Nasib aku baik kerana tidak termakan herba jenis keturunan ganja atau ketum. Kalau salah satu ni sudah masuk perut alamatnya lentuk terus lah. 

Entah-entah lepas bangun dari mimpi pun masih ada stonenya?



Nyamuk Pun Tak Selera Nak Gigit

Sesuatu yang best berlaku pada malamnya ketika aku sampai dan tidur di kawasan yang banyak nyamuk.

Bunyi nyamuk dengan lagu dan iramanya berdesing ditelinga tapi aku tak merasai gigitan mereka. 

Apa mungkin bau badan aku cukup auummm sehingga nyamuk tak selera nak menggigit? 

Atau kesan dari herba yang aku makan mengeluarkan bau yang umph sehingga nyamuk hilang stim untuk mendekati?

Aku tak tahu… lagi pun itu cuma dalam mimpi saja. Tetapi di luar mimpi beberapa minggu lepas aku bertemu dengan seorang pakar herba. 

Salah satu dari produk herbanya ialah untuk mereka yang menghidapi kegatalan kulit.

Gatal Itu Satu Nikmat

Nikmat sihat itu hanya akan dihargai apabila kita menghidapi sesuatu penyakit. Terutamanya sakit 4 serangkai.

Empat serangkai itu ialah sakit jantung, darah tinggi, kencing manis… dan sakit HATI. Tiga tu ada ubatnya, terutama dengan doktor. Yang keempat tu… sendiri mau ingat lah.

Kenapa gatal tak termasuk dalam 4 serangkai ni? 

Sebab ada orang memang jenis suka menggatal. Dan kegatalan bukan sesuatu yang tidak boleh dirahsiakan.


beauty-herbal-soap-for-skin-disease

various-herbal-products-for-beauty-and-skin-care

Boleh… Cuma bila gatal teruk sangat pergilah menyorok balik dinding, garu kaw-kaw punya sampai muka naik terkerisin. 

Sedap wei… 
                 ....dan siapa yang tahu makna perkataan terkerisin? 

Orang utara depa tau. Anda yang membaca ni tahu tak? Dalam Wikipedia sure tak ada punya.

Kalau tak mahu terkerisin atau malas nak menyorok belakang dinding menikmati kegatalan, boleh lah cuba sabun hitam macam gambar kat atas tu.

Saya bukan penjualnya. Kedainya ada di Tesco Setia Alam atau hubungi no. +60182796575.

Produk lain selain yang dipaparkan dalam gambar di atas boleh dilihat dengan KLIK  ⇒ di sini.

Air Terjun Tiga Tingkat

Setelah puas merayap-rayap di kawasan yang punya banyak tumbuhan herba dan pokok buah-buahan, aku meneruskan perjalanan sehingga bertemu dengan air terjun tiga tingkat.

Mimpi aku di kawasan tumbuhan subur ini aku tidak tahu apa maksudnya. Begitu juga mimpi merentasi lautan dengan berjalan kaki

Mungkin suatu hari nanti ada petunjuk atau maksudnya. Sekarang aku hanya mahu dokumenkan apa yang aku lalui dalam mimpi yang bersiri ini. 

Heh... ingat semua orang ka boleh dapat mimpi bersiri? Walaupun memiliki BMW 5 series.

Next episod lambat sikit aku publish sebab mau bikin itu special page -- tentang hal-hal yang menggatal dan menceriakan. Tapi anda pembaca budiman masih boleh tekan butang bawah ni, kan?

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.