Aura Positive Boleh Bantu Kita Untuk Berjaya?
Terpaku, Terpesona dan Terbakar Semangat Kerana Aura Seseorang
Pernahkah anda menghadiri suatu mesyuarat atau satu sessi dialog dan tiba-tiba masuk seseorang yang agak sudah berumur.
Dari gaya lenggok jalannya, pakaian yang dikenakan, cara dia berdiri, dan kemudian kata-kata yang keluar dari mulutnya anda terasa ada suatu tenaga (energy) dalaman sedang mempengaruhi anda.
Dari awal tadinya anda mengantuk tiba-tiba jadi segar. Semangat anda yang sudah lentok tiba-tiba berapi. Otak fikiran anda yang buntu tiba-tiba didatangi oleh berbagai idea.
Rasa malas melakukan sesuatu tiba-tiba timbul perasaan “rush” oleh pacuan adrenalin untuk bertindak melakukan sesuatu. Sense of urgency anda yang mati selama ini tiba-tiba pulih.
Bagaimana mahu menjelaskan perkara ini?
Aku tidak pandai.
Tapi ianya berlaku. Itulah namanya pengaruh positive aura minda.
Tapi ianya berlaku. Itulah namanya pengaruh positive aura minda.
Daya Ingatan Sebagai Sebahagian Dari Intellectuality dan Kebijaksanaan
Memory is part of intelligence. Sebagai contoh, apabila kita bertanyakan sesuatu soalan kepada seseorang, jika jawapan yang sering kita terima ialah seperti:-
➛ Tak ingatlah
➛ Oh lupa dah
➛ Tak ingatlah
➛ Oh lupa dah
Atau paling teruk…
...tak tahu tak pernah tahu dan tak mahu ambil tahu.
Jenis yang ini memang sangat teruk.
Ini orang baik disarankan supaya dia pulang saja.
Pulang? Pulang ke mana? Ke Rahmatullah.
Atau pun pergi. Pergi mana? Pergi meninggal. Nak kasar sikit… cakap jer… pergi mampus. He he...
Ini orang baik disarankan supaya dia pulang saja.
Pulang? Pulang ke mana? Ke Rahmatullah.
Atau pun pergi. Pergi mana? Pergi meninggal. Nak kasar sikit… cakap jer… pergi mampus. He he...
Daya ingatan seseorang itulah yang membolehkan dia mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Dalam perbahasan. Malah dalam perbicaraan kes-kes jenayah.
Ingatan yang kuat membolehkan kita berbicara dengan fasih, teratur, lancar dan meyakinkan.
Dalam rundingan harga atau terms & conditions untuk sesuatu projek besar, daya ingatan yang kuat membolehkan kita mengeluarkan fakta harga dan hal-hal teknikal tanpa ragu-ragu. Tanpa perlu berdalih dan tanpa perlu menunggu jawapan telefon dari pejabat untuk rujukan dan kepastian.
Semuanya seperti dihujung jari.
Keyakinan kita akan terserlah dan pelanggan akan terjangkit dengan keyakinan kita itu. Secara langsung ia membolehkan kita memenangi projek yang sedang dalam perbincangan dan rundingan.
Dan apabila seseorang itu bercakap tanpa merujuk kepada nota tetapi point yang dikeluarkan merupakan fakta yang tepat dari segi kuantiti, kadar, tarikh, masa berlakunya… kita pasti akan terpesona.
Dan apabila seseorang itu bercakap tanpa merujuk kepada nota tetapi point yang dikeluarkan merupakan fakta yang tepat dari segi kuantiti, kadar, tarikh, masa berlakunya… kita pasti akan terpesona.
Huh… terror sungguh mamat ni.
Bijak nak mampus!!! Kan? Tak ada pula kita nak kata bijak boleh pulang...
Serabut dan Kelam Kabut
Perbandingan yang sebaliknya pula begini.
Pernah tak anda melihat seseorang yang melilau ke hulu dan ke hilir seperti mencari sesuatu dalam keadaan resah?
Pernah tak anda melihat seseorang yang melilau ke hulu dan ke hilir seperti mencari sesuatu dalam keadaan resah?
Wajahnya berserabut memberi bayangan yang jiwanya sedang kacau. Hatinya juga mungkin sedang panas.
Lalu anda bertanya… “Cari apa?”
“Cermin mata, terlupa letak kat mana.”
“Tu… yang tersangkut kat atas kepala tu?” Pernah, kan?
Bukan sekadar ingatannya yang sudah tidak berapa berfungsi, deria rasa yang cermin matanya tersangkut kat atas kepala pun sudah tak boleh dirasai lagi.
Macamana nak dapatkannya? Aku tak tahu. Aku hanya menceritakan apa yang pernah aku lihat.
Cubalah usahakan membina aura positive, sangat besar kemungkinan senang tangkap projek.
Semua orang pernah mengalami hal sebegini…
… jika anda salah seorang dari mereka... maka ada yang tak kena lah tu. Usahakan memperbaiki ingatan dan deria rasa.
Kerana:-
Kerana:-
“Nilai sebuah ketenangan dan keyakinan diri dari ingatan yang pulih dan kuat semula bukan sesuatu yang boleh diukur dengan wang ringgit”
Penutup
Pancaran tenaga aura positive sangat berpengaruh terhadap seseorang. Kita boleh terpaku, terpesona dan terbakar semangat. Minda menjadi alert. Fikiran yang buntu boleh didatangi dengan berbagai idea. Seperti angin, adanya dapat dirasa tapi tidak kelihatan.Macamana nak dapatkannya? Aku tak tahu. Aku hanya menceritakan apa yang pernah aku lihat.
Cubalah usahakan membina aura positive, sangat besar kemungkinan senang tangkap projek.
Thank you for your comments