Apakah Tulisan ini Memberi Manfaat? - CrazyDuck -->

Header Ads

Apakah Tulisan ini Memberi Manfaat?

Bahan penulisan itu harta intelek. Ia mempunyai nilai yang boleh ditukarkan kepada wang ringgit. Hormati etika copy paste. Apa perasaan anda jika hasil kerja dan penat lelah dicuri secara copy paste? Orang lain yang mengaut keuntungan anda boleh nganga.

Tulis lah... tapi kerana apa?

- Tulisan status yang memberi manfaat
- Likelah, Komenlah, Sharelah status orang lain juga
- Kita juga akan develop personal branding
- Barulah ada engagement


Disamping itu katanya lagi
- Kalau mahu posting saya selalu keluar dalam newsfeed korang
- Setkan “see first” dalam setting friends
- Atau pun setkan sebagai close friends

Tapi... katanya pula...
- Aku bukan menulis kerana nama atau mahu terkenal
- Aku juga bukan menulis kerana minta LIKE, komen, & share
- Aku bukan menulis supaya boleh buat sale banyak-banyak
- Aku bukan menulis supaya orang suka dengan tulisan aku


copy paste-www-livebinders-com
Gambar: www.livebinders.com

Bagaimana pula dengan plagiat atau copy paste?


- Penulisan dan seni itu harta intelek
- Dalam bentuk cetakan atau digital
- Nak copy paste pun katanya bagilah kredit pada originator

Nak publish supaya banyak orang dapat manfaat
- Buatlah copy paste tu
- Tapi… he he he … jangan melampau batas ya
- Aku tak akan teragak-agak untuk saman kau
- Ya aku tulis dengan ikhlas tapi aku juga boleh saman
- Aku yang sekarang… erk???

Adakah niat itu punya tanda pemisah

- Bermaksud line of differentiation
- Antara saja nak bagi manfaat kat orang
- Dan menonjolkan kepentingan sendiri secara tersembunyi

OK-OK... gua terima
- Bagus… memang niat mu hanya mencari keredhaan Allah
- Memang aku pun percaya mesti ada etika dalam mengguna hak cipta

Namun persoalan masih belum jelas
- Tentang menulis bukan ada niat apa-apa
- Tapi kalau siapa pun tak respond
- Like seketul pun tak ada
- Amacam?
- Cakap dengan dinding sensorang
- Mau?
- Sunyi beb !!!

Maka timbul pula situasi yang aneh

- Apa guna ada friends 5 ribu orang
- Kalau hanya yang like dan respond tak sampai 2-3 ratus
- Ada ketika hanya puluh-puluh
- Saya akan remove friends yang tak aktif atau silent reader
- He he he … siap ugut Yeob !!!

Sama juga yang berkata
- Aku berniaga bukan kerana duit
- Aku berniaga bukan nak buat untung banyak-banyak
- Aku berniaga bukan nak jadi kaya raya
- Aku berniaga ni supaya boleh tolong orang
- Aku berniaga hanya kerana aku mahu berjaya
- Errmmn… kalau bukan bank account, measuring sticknya apa ek?

Tapi bila bungkus... amacam?
- Jual banyak bungkus itu seronok
- Malah akan jadi ketagihan
- Satu bungkus satu tahap kejayaan

Sungguh… setiap kejayaan yang ditempah itu
- Memberikan semangat untuk kita melangkah maju setapak lagi
- Memanjat satu anak tangga lagi… dan lagi
- Selagi namanya manusia kepuasan mahu mencuba tiada had
- Bak kata omputih… only sky is the limit

Bisnes bungkus?

- Kemungkinannya sangat real
- Percayalah akan ada yang tertawa dibelakang mu
- Suara kasihan ada yang menyokong
- Tidak kurang suara sumbang apabila tidak lagi terpandang
- Padan muka… dulu ego sangat bukan main sombong

Mau tolong orang?

- Buka jabatan kebajikan masyarakat bukan berniaga
- Memang berniaga boleh tolong orang
- Tapi biar kena waktu, ketika dan mengikut saluran

Kalau itu niat utama

- Ia itu semata-mata mahu tolong orang
- Percayalah...
- Hatimu akan jadi terlalu lembut untuk membuat keputusan keras
- Hati mu tiada kekeringan kerana terlalu ihsan
- Ihsan pada orang yang akan mengambil kesempatan

Apabila tiada kekeringan dihatimu

- Maka pipimu akan selalu dibasahi air mata
- Diketika orang lain ketawa
- Di meja mu hanya mampu meletak air suam kosong
- Air orang lain punya lemak bersusu manis bergula

Makanya... usaha dan berniaga itu

- Jangan dicampuri unsur emosi diri
- Hanya perlu pandai mempengaruhi emosi pelanggan
- Mereka membeli dengan hati terbuka dan penuh kepuasan
- Dan mereka tahu anda menjual bukan pertolongan yang beryuran
- Macamana pulak dengan bukan jual tapi commitment fee jer?

Berniaga

- Mesti tahu MENJUAL
- Menjual, menjual, dan menjual
- Ironinya… orang suka membeli tapi tak suka dijual

.
Maka Orang BERNIAGA
- Kalau tak laku stok yang sudah tersimpan
- Jadi bantal duit modal terperuk kat dalam tu
- Maka mesti jual, jual dan jual
.
Maka Orang BERNIAGA
- Bagaimana mahu menjual?
- Orang suka membeli tapi tak suka dijual
- Sangat perlu kenal siapa audience dan pelanggan kita
- Jangan main sua saja

- Kita kenali masalah pelanggan dan hulurkan penyelesaian
- Tak kisahlah jual barang kita atau barang orang
- Janji selesaikan masalah dia

- Apa dapat? 
- Duit & untungnya juga duit
- Dari duit itulah baru yang lain-lain ikut bergerak
- Terbinalah rangkaian persahabatan dan jalinan perniagaan
.
Maka Orang BERNIAGA
- Tulisan ayat follow copywriting kasi kuat menangkap
- Soft selling ek... tak mau lebih-lebih hard selling 
- Hard selling bakal customer terus lari
- Cari skrip baik punya supaya bakal pembeli tak terasa dijual
.
Maka Orang BERNIAGA
- Buat testimony itu ini
- Ada real, ada really faked
- Beli iklan kekadang sampai pepuluh ribu setiap bulan
- Pokoknya stok mau kasi habis
- Ya… beli iklan itu tolong orang yang dah kaya macam Mat Berger
.
Maka Orang BERNIAGA
- Niat mu berniaga kerana apa?
- Eh... bukan nak cari duit
- Bukan nak kumpul wang dan harta
- Bukan nak kayo rayo
- Kata mereka kalau duit dan harta yang kau cari... itu semuanya akan lari

Maka Orang BERNIAGA
- Ku dengari niatnya kerana mau tolong orang
- Ku dengari kata mereka jika kamu berniaga kerana nak buat duit
- Itu sudah salah niat
- Kata mereka lagi ikutlah nasihat ZZ yang berbunyi
"Jika kamu menolong ramai orang mendapatkan apa yang mereka mahu kamu akan dapat apa yang kamu mahu."
 Sebenarnya apa yang kamu mahu?
- Kau kata bukan duit
- Wang dan harta juga bukan
- Tapi tunjuk duit kipas-kipas
- Tunjuk rumah kereta pabagai
.
Niat yang betul itu kata mereka
- Mesti mau tolong orang
- Nak cari redha Allah 
- Nak cari keberkatan hidup
- kerana 9/10 rezeki itu dari berniaga
.
Eh gua konpius laaa
- Meniaga ni aliran darahnya ialah wang – cash flow
- Tapi kata mereka jangan meniaga kerana wang

Nak meniaga kena bermodal

- Tak banyak sedikit... dan modal itu sebahagian besarnya wang
- Tenaga, masa dan tempat juga modal
- Kalau bukan wang yang dicari 
- Kenapa perlu sangat bijak pengurusan wang?

Orang bungkus dalam perniagaan
- Sebab mereka tak cari wang atau salah urus wang atau tak cukup tolong orang?
- Tolong yang sunat sama dengan sedekah
- Yang ini senang sikit kerana bukan semestinya wang ringgit
- Bagi satu dapat balik boleh sampai 700

- Tolong yang wajib sama dengan zakat
- Tak buat duit yang cukup nisab dan haul
- Mana ini semua mau mari?.
Ya… gua masih konpius dengan sesetengah tulisan yang gua baca
- Yang ini saja gua nak ngomel

- Suka kalu tekan butang LIKE & SHARE
- Sebab gua pun mau jadi penulis terkenal gak
- Kalau tak mau terkenal… gua tampal artikel ini kat dinding toilet ja
- Tulis content elok pembaca dapat manfaat – tolong orang lah tuuuu...

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.