Selesaikan Masalah Wang dan Kesempitan Hidup
Masalah Aku adalah Kerana Pilihan Aku Sendiri
Pagi ini saya memilih untuk bersarapan dengan mee segera. Saya boleh pilih nak makan nasi lemak, roti canai, atau apa saja.
Sewaktu tinggal di asrama… mee segera adalah sebagai pilihan terakhir dan pilihan penyelamat dari tidur kelaparan.
Kerana apa? Terpaksa?
Siapa yang paksa?
Tidak rela kah?
Itu adalah pilihan saya... soal rela atau tidak... ini bukan mahkamah ya. Hari ini ada perbicaraan tentang... so... tak perlu lah sebut.
Tak perlu sebut … ya, kerana itulah pilihan saya.
Orang kata kalau tak tau sesuatu hal, jangan tunjuk pandai… nanti nampak kebodohan sendiri.
OKlah, menurut dan saya diam.
Kerana itu adalah pilihan yang saya boleh lakukan.
Tanpa bebanan.
Berbalik kepada cerita Maggi
Sewaktu zaman asrama, pilihannya adalah Maggi. Kini tiada lagi.
Kerana apa?
Kerana aku bebas memilih.
Aku pilih selain Maggi dan hanya produk Muslim.
Kerana apa?
Aku memilih untuk boikot sesiapa yang support IsReal Terrorist.
Kerana apa?
Kerana aku boleh memilih.
My food is my choice … so I chose.
My life, I choose it my way whenever I can make the choice.
Your food is your choice too.
Anda pilih bagaimana mahu menjalani hidup ini.
Tetapi …
Adakah semua orang boleh memilih???
Does everybody have a choice???
Memang … kita hidup dalam demokrasi.
Semua orang boleh memilih.
Apa benar Pak?
Mari kita lihat scenario berikut.
Hidup Dalam Kesempitan
Kredit Foto: facebook.com/penmerahdotcom |
Komen Individu A:
- Tak lama lagi adalah yang tak sampai ke sekolah atau balik nanti tak sampai ke rumah.
- Lepas ada kemalangan, tambah-tambah lagi dekat pilihanraya barulah kerajaan sibuk nak buat jambatan.
Komen Individu B:
- Tabahnya anak-anak ini mengharung bahaya untuk mendapatkan ilmu. Doa ku supaya mereka dijauhkan musibah.
- Aku akan cuba lobi pihak berwajib untuk bagunkan jambatan di sini secepat mungkin.
Anda dan saya boleh memilih untuk mengomen mengikut corak pemikiran individu A atau individu B. Pilihlah ikut suka hati.
Kredit Foto: facebook.com/penmerahdotcom |
Gambar 2: Apakah nenek ini ada pilihan untuk beribadat di rumah?.
Komen Individu A:
- Mana anak-anak dia?
- Saudara-mara dia semua dah tak ada kah?
- Satu keturunan hidup susah begini kah?
Komen Individu B:
- Jangan diminta diskaun dengan nenek ini ya… kalau ada lebih, sedekahkan saja. Tak ada lebih pun, sedekahkan juga. Meringankan bebanan sesama insan, Allah akan ringankan bebanan kita.
- Ya… sewaktu merantau aku pernah makan berlaukkan hanya garam dan kicap.
- Aku juga pernah makan mee segera selama 6 bulan bukan kerana suka, tetapi hanya itu yang aku mampu ketika itu. Bukan pilihan aku tetapi rela dalam terpaksa.
- Hari ini aku nak borong semua jualan nenek ni.
Anda dan saya boleh memilih untuk mengomen mengikut corak pemikiran individu A atau individu B. Pilihlah ikut suka hati.
Kredit Foto: facebook.com/Burhanuldin Mohammad |
Kredit Foto: facebook.com/Zulkifle Che Abdullah |
Kredit Foto: 4.bp.blogspot.com/orang-miskin |
Komen Individu A:
- Kat keliling rumah tu kan ke banyak tanah kosong, kenapa bela rumput saja?
- Gambar sudah masuk dalam surat khabar atau dalam media sosial, tak lama lagi adalah bantuan yang sampai. Tambah-tambah lagi kalau dekat dengan pilihan raya.
- Orang politik dan pemimpin sibuk sangat. Sibuk kumpul harta untuk diri dan kroni dia orang. Tolong orang susah macam ni dapat apa?
- Kerajaan yang ada sekarang ini hanya mampu memekakkan telinga dan membutakan mata. Nak pilihan raya nanti baru dia orang datang menjengah.
- Bagi beras sekampit dan barangan dapur yang lain untuk seminggu. OK lah tu. Kalau tidak undi tak boleh dapat.
- Ha ha … lu orang ingat itu menteri mau datang ini macam punya tempat ka? Ada karpet merah dia mau lah.
- Jiran-jirannya semua susah juga ke?
Komen Individu B:
- Astaghfirullah … dah berapa hari aku tak telefon mak-ayah. Aku call sekarang juga.
- Sewaktu aku mula berniaga dulu, sebeginilah tempat tinggal aku. Aku mahu kumpulkan AJK kampung ini untuk bantu mereka. Aku tak akan lupa asal usul aku.
- Dulu waktu aku susah ada orang bantu, kini aku senang sikit… giliran untuk aku membantu sudah sampai.
- Aku dapat juga makan mee segera bila masa aku pilih nak makan. Mereka ini boleh?
- Mak-ayah aku pun susah macam ni jugak dulu, terima kasih mak-ayah kerana mendidik kami dan mengutamakan kesihatan dan pendidikan kami. Tanpa pengorbanan mu siapa lah aku.
- Ahli politik memang banyak yang kaya – tak apa lah, aku ada tanggung jawab aku dengan mereka yang susah begini. Tak kan nak harap orang politik saja?
Anda dan saya boleh memilih untuk mengomen mengikut corak pemikiran individu A atau individu B. Pilihlah ikut suka hati.
Pilihlah Ikut Suka Hati
Kenapa saya memilih untuk menulis?
- Sudah tak ada kerja lain kah?
- Sebelum ni kerja apa?
Untuk soalan ini… jawapannya saya bagi lain kali saja.
Kenapa?
Kerana ….
Itu adalah pilihan saya buat masa sekarang.
OK… boleh terima?
Tak boleh terima?
Apakah anda ada pilihan?
Boleh terima, kan?
OK, Terima kasih.
Nah …
Kenapa saya menulis apa yang saya tulis?
Adakah jari saya yang memang tak pandai duduk diam?
Adakah jari saya bebas buat pilihan ikut suka dia nak tekan huruf apa?
Adakah kotak fikiran saya yang bagi arahan?
Kenapa kotak fikiran yang memberi arahan?
Adakah kotak fikiran bebas ikut suka dia?
Adakah fikiran sudah terkeluar dari kotaknya?
Ha … ha … boleh itu macam ka?
Remember the quote:
Entah siapa yang kata saya sudah tak ingat.
Ramai sangat.
Memang ramai sangat yang kata begitu.
Tukang tumpang mengata pun ramai juga.
Malas sikit nak tengok dalam Google nak cari siapa yang kata.
Malas?
Kenapa?
Haa ... you know my answer
It’s my choice, right?
Pandai sungguh.
Tajuk bahagian ini ialah “Pilihlah Ikut Suka Hati.”
Betul, sesuka hati.
Tapi bukan sesuka dia.
Oh, hati rupanya.
Dia tu apa pulak?
Dia itu adalah:
- Mata yang melihat dan menerima maklumat
- Otak fikiran yang membuat analisa dan cek betul ke tidak dan memberi arahan kepada anggota badan yang lain untuk melakukan tindakan.
- Jari jemari pun patuk keyboard macam ayam kutip jagung.
Hati setuju?
Hati suka?
OK… pass!!!
Hati tak setuju, hati tak suka
Edit lagi.
Edit sampai puas hati.
Kenapa Saya Rasa Gementar?
Nervous, orang Penang kata
Cek ketaq, mat saleh punya bahasa
Pasal apa dan bila pulak boleh ketaq?
Bila mata skodeng
Bila jari cuit-cuit sesuatu yang dianggap mencuri
Bila otak berfikir untuk menipu
Bila perkataan penipuan keluar dari mulut
Sebabnya…
Hati tak setuju dan hati tak suka.
Bila hati sudah tidak suka, apa jadi?
Maka keluarlah peluh sejuk meleleh kat dahi.
Cek ketaq sungguh. Tobat tak buat dah.
Kerana apa?
Hatinya masih baik
Hatinya masih bersih
Hatinya belum dipenuhi selaput titik hitam
Sikit-sikit hitam juga ada. Bukan summua.
Kenapa Ada Tindakan Dengan Sendirinya
Mat saleh kata “involuntary action”
- Lapar terus mahu makan
- Pemandu yang cekap tahu saja bila perlu tekan clutch, tukar gear, tekan brek, bagi signal, dan sebagainya.
- Tangan tahu jer kat mana dan macamana nak menggaru bila kegatalan.
Kenapa?
Kerana semuanya sudah mendapat persetujuan awal dari hati.
Tidak perlu ada arahan dari otak.
Sudah ada persefahaman antara hati, otak, dan anggota badan.
Masing-masing buat kerja sendiri as a team player
Hang tau aku buat apa, aku tau hang buat apa
Aku tau apa aku kena buat selepas ni
Itu namanya neurologic.
Kenapa Ada "Poker Face"
Muka hemoi,
Muka selamba,
Muka sardin.
Jenis muka kat meja judi.
Tak boleh tunjuk sedih, seronok, atau teruja.
Tunjuk kalu … kalah terus.
Hati mau menang wang besar
Muka mau kasi ensom, kasi selamba
Mulut diam saja, bibir katup rapat-rapat
Mata usyar-usyar
Lutut tak boleh kasi goyang
Everything is as smooth as silk
Kenapa?
Kerana semua sudah turut kata hati
Ikut pada suka hati
Hati yang macamana?
Hati yang suka menipu
Hati yang sudah hitam
OK lah tu … tapi apa kaitannya dengan gambar-gambar tadi?
Soalannya sekarang ialah:
Apakah saya bersetuju dengan komen individu A atau individu B?
Apakah saya akan terikut-ikut dengan sikap dan perangai individu A atau individu B?
Bila buat perbandingan antara komen dari A atau individu B, apa yang tergetar dihati. Tak ada rasa apa-apa? Oh, shoot… something must be very wrong with my heart. Go see a doctor. Bukan doktor gigi ya.
Tak ada rasa apa ka? Haiya ... mesti ada punya maa...
You jangan tipu tau.
Kalau you tak ada rasa, you mesti mau cek you punya hati tau.
Pertanyaan selanjutnya:
Kalau lapar, tepuk dada tanya selera.
- Mahu makan mee segera lagi ka?
Kalau ragu-ragu tepuk dada tanya iman.
- Setakat mana keyakinan aku?
Kalau tak berduit dan banyak masalah, tepuk wallet.
- Tanya kenapa rezeki ku begini?
Kalau tersedar, tepuk dada tanya hati.
- Alhamdulillah, ada yang mengingatkan.
Kalau tersentap, tepuk dahi.
- Tanya kenapa hati ku begini
It is my life… I choose how I want to live whenever I can make a choice.
My heart matters.
My family’s well being is important.
My happiness is paramount.
But, how do I get it?
Do the right thing first, or
Do the first thing right?
It does not matter.
Just do it, do it, and do it.
And continue to do it.
Istiqamah... like what Ustaz says.
Saya mahu bersihkan hati.
Saya mahu tingkatkan rezeki.
That’s my choice. Itulah pilihan ku.
That’s what I must do.
Buat sekarang, jangan bertangguh lagi
Lagi bertangguh lagi rugi
Masa tidak menunggu sesiapa.
Buat apa?
Bagaimana?
Bersihkan hati.
Buka pintu rezeki.
Dan tarik lah rezeki itu.
Selepas mendapat ilmu ini jangan bersedih lagi.
Hidup ini penuh dengan keindahan.
Kalau itu pilihan hati.
Kalau itu pilihan hati.
Hidup bukan untuk diratapi.
Berdoalah…
Bersihkan hati
Dapatkan rezeki tanpa henti…
Silakan timba ilmunya
Membaca atau pergi jumpa ahli sufi
Membaca atau pergi jumpa ahli sufi
Membaca menambahkan ilmu.
Banyak ilmu boleh buka banyak pintu.
Antara pintu yang penting adalah pintu rezeki
Ya... rezeki murah dan diberkati Ilahi
Ya... rezeki murah dan diberkati Ilahi
Kerana apa?
- Itulah pilihan hati selepas terkesan dengan GST dan bermacam lagi
- Juga penting kerana kemiskinan itu punca kekufuran
- Juga penting kerana kemiskinan itu punca kekufuran
- Kita tolong doa dan usaha buka rezeki
- Untuk bagi pada ramai lagi yang menanti
- Moga satu hari kita semua dapat memiliki rumah yang diidami- Untuk bagi pada ramai lagi yang menanti
Kredit Foto: Yahoo Entertainment |
Saya akhiri penulisan kali ini dengan selawat berikut dan saya ucapkan pada pembaca “Selamat Dari Segala Segi Terutamanya Dari Sudut Rezeki.”
Kredit Foto: shafiqolbu.wordpress.com/selawat-munjiyah |
Luar biasa.
Orang zaman sekarang tak suka panjang cerita. Semua style nak cepat, pantas, ringkas, padat straight to the point... sama macam Maggi juga. Tak da feeling... 2 minit dah siap selesai. Tak da romantik langsung.
Untuk membaca artikel berkaitan sebelum ini, sila klik pada tajuk di bawah:
Thank you for your comments