Sembang Kuat Kencin Deraih - CrazyDuck -->

Header Ads

Sembang Kuat Kencin Deraih

Tak Ada Angin Masakan Pokok Bergoyang?

Tak ada angin tapi pokok bergoyang?  Tak ada hujan tapi jalan basah?  Mesti ada beruk yang goyang-goyang pokok tu kemudian dia hambur air kencing, kan?  Apa kita nak buat dengan beruk ni?

Monyet-Beruk-Goyang-Pokok-kencing
Kredit gambar: jerusalembaru.blogspot.com

Malaslah nak cerita lebih-lebih… korang pun semua tau sapa kencing sapa semenjak dua menjak ni.  SPRM (singkatan pada satuperma?) pun terpaksa buat solat hajat dah.  Anak darjah satu sudah tak minta disuap, tapi lebih suka minta derma.

Sambil tu abang sulong marah-marah sebab dia dipaksa blok e-mail dari Libya tahun sudah. Kalau tidak RM 2.6 Bilion tu dah dapat kat kami katanya.


Untuk kesihatan kita bersama baik kita lihat coretan Dr Masjuki kat bawah ni, ada juga kelegaan dan pelajaran.

KENCING BUKAN SEBARANG KENCING

Kita semua biasa kena kencing. Paling biasa ialah bergelumang dengan kencing sendiri selepas ‘ngompol’, bahasa orang Jawa untuk ‘insiden’ kencing malam. Kita tidak marah dengan hancingnya kencing ngompol itu kerana itu salah kita sendiri.
Kita biasa kena kencing oleh anak kecil kita yang tidak pakai pampers. Tidak kurang juga kencing anak yang cukup besar, terutamanya dalam kereta sewaktu perjalanan jauh dan tidak sempat berhentikan kereta. Adakalanya kita juga terpaksa menguruskan kencing orang tua yang kita jaga.
Kucing pun pandai tahan kencing.  Kredit gambar: khairael27.blogspot.com
Kucing, anjing, arnab atau apa sahaja haiwan kesayangan peliharaan kita juga sering ‘hadiahkan’ kencing untuk ‘haruman’ rumah dan halaman kita. Tetapi itu semua adalah kencing muhkamat yang biasa-biasa.
Ada satu jenis kencing yang biasa kita jadikan ANALOGI. Itulah ‘kencing’ yang dimaksudkan dengan PENIPUAN. 

Daripada penipuan yang biasa-biasa daripada seorang suami terhadap isteri, anak terhadap ibubapa, anak buah kepada ketua atau sebaliknya. 

Kencing yang biasa-biasa itu memang membuat kita meradang, namun mudah kita maaf dan lupakan.
Ada juga kes di mana kita tertipu dengan strategi yang kita atur untuk diri kita sendiri.

Kita rancang sesuatu dan kita tersalah kira-kira kerana terlalu alpa dibuai mimpi indah sewaktu kita merangkanya. 

Contohnya kita merangka sessuatu strategi perniagaan tetapi strategi itu salah dan tidak berjaya memenuhi impian kita.
Kencing diri sendiri ini boleh kita analogikan dengan kencing malam, atau apa yang dipanggil NGOMPOL tadi. Ketika itu biasanya kita bermimpi sedang bermain dengan kawan-kawan. Tiba-tiba terasa nak kencing lalu lari ke semak, atau siap masuk bilik air dan mulalah ‘melepaskan’ air hancing itu di situ. Tiba-tiba kelengkang dan punggung kita terasa basah dan hangat sekali.
Waktu itu baru kita sedar kita tertipu dengan mimpi. Ketika itu marah kita hanya terhenti sebagai ‘kesal’ sahaja. Dengan muka kesal dan toya kita terpaksa bangun menguruskannya segera agar orang lain tidak sempat 'tertawa'kan kita... (Siapa yang biasa alamai begini sila angkat tangan..)

KENCING TIKUS

Ini kencing yang sangat bahaya. Tikus itu sendiri adalah jenis haiwan perosak tetapi cerdik dan licik. 

Hidupnya berkoloni. 

Kerjanya merosak apa sahaja yang ada di sekeliling kita. Daripada stok makanan, wire, plastik, sampah, sisa makanan atau apa sahaja...
Pergerakan tikus amat licik sekali sehingga begitu sulit mengesan laluan aktiviti mereka untuk menangkapnya. 

Kerana itulah segala kerja salah seperti aktiviti penyeludupan dan sebagainya juga ada ‘laluan tikus’nya.
Kencing tikus jauh lebih bahaya dari kencing biasa sehingga penyakit KENCING TIKUS dikatagorikan sebagai membunuh (fatal) kerana ada kuman khusus (Leptospirosis) yang dibawa sama dalam kencing itu.
Begitu jugalah kerjabuat kaki kencing yang melakukan aktiviti jenayah melalui analogi laluan dan kencing tikus ini. Penipuannya boleh menjahanamkan sebuah negara kerana ia juga berserta kuman RASUAH yang terlalu parah.
Untuk menghapus koloni tikus ini kita perlukan perangkap, racun khas yang berbentuk umpan ataupun ular. Fikirkanlah sendiri apakah lagi analogi yang boleh kita terjemahkan dari aturan alam ini dalam usaha menangkap tikus dan mengelakkan bencana ‘kencing tikus’ ini berlarutan.
Ini sekadar sedikit tips untuk membasmi ‘kencing tikus’ serta koloni haiwan perosak ini secara umumnya melalui kaedah mutasyabihat. Itu aturan alam yang telah Allah gambarkan untuk kita. Carilah rahsianya dan ikuti langkah itu secara mutasyabihat. InsyaAllah Malaysia akan selamat.
"Alhamdulillahirobbil aalamiiin”
Segala puji bagi Allah pengatur alam ini.


Tanda anda mengerti akan istilah kencing dan selamat dari kena, meh tekan butang  ni. 


No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.