Senyuman Dalam Tangisan
Dalam Tangisan Ada Keinsafan
Gambar: puisihidoepku.blogspot.my |
Perkara ini sangat membuatkan aku hairan
Pergi umrah 28 kali sudah
Ibadat ditunjuk bukan main - cukup sakan
Semalam baru saja sampai ke rumah dari Mekah
Tengah malam sudah mula maki hamun menyumpah seranah
Aduh kasihan
Dari mana wang itu datang?
Hasil titik peluh mu atau hasil penerimaan bahagian?
Kerana memastikan setiap kali PRX mendapat menang?
Tangislah Insaflah
Hentikan lah edaran gambar selfie-welfie di sana
Atau bersama siapa kamu meeting di mana jua
Berpakaian kod, baju batik, atau seragam diraja
Kerana itu hanya membuat kamu leka dan terus alpa
Pakaian ihram melilit bukan bererti satu kepastian. Memang kain itu warnanya putih bersih.
Juga serban dan janggut sejemput.
Apa bisa kedua-duanya memutih-bersihkan hati kita?
Andai pergi ke sana hanya ibarat makan angin saja
Supaya orang kampung memuji mu merata-rata
Supaya jawatan dan tugas diGLX nampak seperti telus belaka
Tangislah Insaflah
Umur ku dan umur mu juga
Tinggal berapa hari cuma
Mungkin tak perlu calculator cukup dengan jari saja
Namun boleh dicabut bila-bila masa
Tangislah Insaflah
Biar tangisan itu dari keinsafan yang sebenar dan nyata
Iya memang dosa pahala bukan kita yang mengira
Kalau mahu dikira juga tiada upaya
Malaikat juga perlu membawa buku nota
Mencatitkan apa yang dilakukan oleh kita
Bukan kerana dia kaki pelupa
Tetapi kerna terlalu banyak dosa dan pahala
Tetapi DIA maha pengampun akan segala dosa
Walau sebanyak pasir dipinggiran Pantai Merdeka
Selagi kita tidak menduakanNYA
Tangislah Insaflah
Wahai teman sebelah rumah
Terima kasih aku ucapkan
Kerana perangaimu aku terbuka mata dan minda
Dipertontonkan kepada ku
Juga ianya ujian bagi aku
Apakah aku mahu mempelajari sesuatu
Atau turut berlumba dengan hal dunia
Dipertontonkan kepada ku
Juga ianya ujian bagi aku
Apakah aku mahu mempelajari sesuatu
Atau turut berlumba dengan hal dunia
Masa untuk mu dan juga aku masih ada
Andai kita mahu bertaubat nasuha
Ingatlah akan Surah Al-Takathur
Perbuatan bermegah-megah
Dan berlumba-lumba
Telah melalaikan kita
Sehingga kita masuk ke dalam kubur....
Jangan juga dilupa
Akan Surah Al-Asr
Bahawa manusia itu rugi sentiasa
Dua surah ini aphdal dibaca
Ketika solat sunat tasbih pembersih sekelian dosa
Moga coretan ini memberi erti dan makna
Jika tidak kepada pembaca
Cukup kepada penulis saja
Ada makna ke?. Kalau ya... Jom tekan butang bawah ni.
Thank you for your comments