Keajaiban Rezeki Dari Allah – Apa Sungguh Kamu Yakin? - CrazyDuck -->

Header Ads

Keajaiban Rezeki Dari Allah – Apa Sungguh Kamu Yakin?

Jagoan memang tidak asing dengan pujian. Pujian itu mampu memberi kebahagiaan apabila setiap yang dilakukan itu, itulah tujuannya. Minta dipuji. Pujian juga amat berkesan untuk menaikkan semangat dan memberi galakkan.

Dari Hotel ke Homestay


Setiap pertemuan ada perpisahan. Dan masanya sudah pun sampai.

Ah Matt dapat bertemu dengan setiap rakan-rakan lama dan memberitahu mereka yang dia tidak lagi mahu aktif dengan gerombolan ini.
Dia mahu menumpukan aktiviti persendirian, menjadi bapa yang baik dan pekerja yang dedikasi. 

Dia sudah pernah mengecapi hidup senang dengan wang yang banyak. Namun jiwanya lebih tenteram bila hidup dibawa dengan cara sederhana.

Pujian – Sengaja Dicari Atau Sepatutnya Kita Memberi?

Pada Ah Matt, kebahagian itu bukan datang dari pujian atau kemampuan menayang kemewahan. Baca – seperti gelagat Aq-Qeri.  

Tetapi dari ketenteraman jiwa dan keluarga yang harmoni saling hormat menghormati. 

Lain orang lain jiwanya. Raikan perbezaan. Orang lain cara mereka tidak sama dengan aku… bisik hatinya. 

Orang sepertinya yang pernah bergelar jagoan memang tidak asing dengan pujian.  

Sungguh benar bahawa pujian itu mampu memberi kebahagiaan apabila setiap yang dilakukan itu - itulah tujuannya.  Minta dipuji.  

Orang tak puji kita serot (merajuk atau ambil hati) dan adakalanya naik angin satu badan. 

Kesian eh.

Pujian juga amat berkesan untuk menaikkan semangat dan memberi galakkan. Tanpa pujian terhadap sesuatu pencapaian kita akan merasa kosong, kecewa atau tidak dihargai.

Kita boleh merajuk apabila tidak dipuji setelah berpenat lelah mengusahakan sesuatu sehingga berjaya.

Jika anda bagaimana?

Contohnya seperti ini:-
Anda pergi pasar beli ikan atau daging untuk masak sedap-sedap, kemudian sampai di rumah anda masak dengan sepenuh hati.

Apabila sampai waktu makan, tidak ada siapa mahu menjamah.  Yang makan buat diam saja.  

Aduuuhhh… sakitnya tuh di sini, ♡, eh?

Mana yang punya isteri atau mak yang masakkan... cubalah jamah dan puji masakan dia orang tu.  Jangan kedekut pujian.  .

Lagi kita puji lagi lah dia masak bagus-bagus punya.  Siapa untung? Sendiri juga maaa...

Dengar Cakapnya Atau Lihat Perlakuannya?

Petronas-Twin-Tower-Kuala-Lumpur
Ah Matt amat terkesan dengan sikap dan pembawaan Ah Zam.  

Dia mahu meluangkan lebih masa dengan Ah Zam.  

Mungkin sewaktu pulang nanti ada peluang lagi. Mereka seolah-olah satu haluan.

Bezanya hanya dia bekerja makan gaji manakala Ah Zam seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Bukan sahaja dia menerima ‘ceramah’ dari Ah Zam, dia sendiri melihat tingkah laku Ah Zam.

Maka benarlah seperti kata pepatah…

“Untuk menilai diri seseorang itu, lihat perlakuannya bukan sekadar mendengar celoteh dan kelentongnya.”

Bak kata orang sekarang...
...sembang deras kelentong kencang. Pung-pung-pung-pang. Petronas Tower pun boleh tumbang.

Sembang Berisi

Selepas dua hari berlalu, Ah Matt dan Ah Zam dapat mengumpul ramai kenalan baru. Kebanyakannya yang berjaya dalam perniagaan.  
Mereka sangat fokus dengan apa yang mereka mahukan dari perjumpaan seperti ini. 

Perbualan mereka tidak kosong. Tetapi tidak pula mereka mahu menonjolkan diri seperti mahu mengajar. 

Percakapan mereka dua hala dan mereka tidak mementingkan “menang” dalam perbualan.

Hanya yang terlalu ketara ialah Aq-Qeri… tetapi dia semestinya juga sangat berjaya dengan caranya.  

Mana mungkin mampu menayangkan kemewahan andainya tidak punya banyak wang?


Masa Untuk Misi Seterusnya

Batu-Ferringhi-Beach-Resort-Penang

"Bukan selalu dapat berjumpa secara santai dengan peniaga-peniaga yang berasal dari usahawan jalanan tetapi sangat berjaya”, kata seorang kenalan barunya dari Ipoh.

Melalui perhubungan menerusi on-line nanti Ah Matt berharap faedah dari kumpulan ini dapat diteruskan walaupun dia nanti tidak lagi aktif bersua-muka dengan ahli-ahlinya.  

Masih banyak cara mahu berhubung dan berkongsi ilmu, fikirnya.

Ocean-beach-at-Batu-Ferringhi-Penang

Masa dua hari yang diperuntukkan untuk aktiviti ini sudah sampai ke penghujung. 

Isteri dan anak-anaknya puas bermain di pantai Batu Ferringhi sebelum hujan lebat sebentar tadi.  

Malam semalam Ah Matt membawa mereka melawat “Ferringhi Night Market” dan isterinya terbeli beberapa barangan souvenirs.

“Orang perempuan begitulah… tak boleh nampak barang comel dan cantik, mesti emosional nak beli.  Lagi pun bukan selalu nak datang sini… maka biarkanlah.  Ada juga kenangan nanti.

Itu pun sebagai pengikat kasih sayang juga.” kata hatinya. 


Dari Hotel Berpindah ke Homestay

Majlis penutup selesai lebih kurang jam 5 petang.  

Ada yang mahu sambung tinggal di hotel dan ramai juga yang mahu meneruskan percutian disekitar Pulau Pinang.  

Maklum saja masih lagi dalam cuti persekolahan.  Ramai yang berkereta membawa keluarga bersama.

Ah Matt hanya menumpang, jadi dia tidak punya pilihan selain mengikut Ah Zam.  Ah Zam kata balik… maka balik lah dia sekeluarga.

“Saya nak singgah Sungai Bakap.  Ada sedara kat situ. Lama saya tak jumpa dia hampir sepuluh tahun dah.  Kau tak perlu balik KL malam ni juga kan?”

“Bagus juga tu… jalan-jalan sebelah Penang ni.  Kami sekeluarga belum pernah sampai Sungai Bakap."

"Kami masih dalam cuti hujung tahun, so tak perlu nak tergesa-gesa balik."


"Cuma malam ni kita nak tidur mana?  Mungkin elok cari Homestay dulu supaya tak kelam kabut nanti.”

"Oh ya… itu idea yang bagus.”

Sambil Ah Matt mencabut kabel caj bateri handphone dia ternampak majalah lama terselit disebelah kusyen.  

Tujuan asalnya ialah untuk melayari internet mencari Homestay di kawasan Sungai Bakap.  

Dia menarik keluar majalah tersebut dan meletakkan disebelah untuk dibaca kemudian.

"Oh… banyak Homestay di Sungai Bakap ni rupanya."

"Apa kata kita ambil yang ini – Zaahomestay, dekat Lorong Punggok.  Mmmm… kejap, baik saya telefon dulu.”

"Ada kekosongan… kebetulan untuk malam ni saja.”

Ah Matt meletakkan telefon selepas diberitahu oleh pemilik Homestay tentang adanya kekosongan.  

Dia juga memberi panduan supaya keluar mengikut toll Jawi dan mengambil arah kanan.

Cerita "Keajaiban Rezeki Dari Allah – Apa Sungguh Kamu Yakin?" baru nak mula jer ni. 

Baca sambungan episod ini seterusnya.  Klik pada tajuk ini “Masa Hidup Sangat Mewah Dah Dekat Nak Mati Baru Nyesal."

Sudah LIKE and SHARE? Tekan jer butang bawah ni... TQ.!!!

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.