Tajuk Power, Gambar dan Pengisian Sangat Penting Membuka Minat Pembaca - CrazyDuck -->

Header Ads

Tajuk Power, Gambar dan Pengisian Sangat Penting Membuka Minat Pembaca

Dunia Media Social Sudah Menjadi Tersangat Competitive


Ayat-ayat copywriting power yang baru sentiasa saja muncul.  Tajuk-tajuk juga semakin menjadi “CLICK BAIT” iaitu umpan utama. Tetapi ramai kecewa bila masuk baca isinya hampeh.
Persaingan-hebat-Social-Media-getting-very-competitive-sub-tajuk
Persaingan hebat - Social Media getting
 very competitive . Architecture & Design
Selepas berjaya menarik pembaca untuk masuk, mereka perlu terus dihidangkan dengan pengisian yang asalnya menyebabkan mereka tertarik.  Jika tidak mereka hanya akan CLICK AWAY.

Bounce rate menjadi tersangat tinggi. Conversion lagi lah tak ada.

Dalam siri kesilapan penulisan dimedia social kali ini, artikel ini mengisahkan 5 lagi kesilapan yang pernah Cikgu aku buat. 

Siri permulaan tajuknya ini: Etika Menulis di Media Sosial.

Tentang hal nak bagi orang stick melekat membaca dari mula sampai habis malah tertunggu-tunggu bila artikel baru akan keluar, itu aku akan buat selepas siri ini selesai.

Bookmark blog ni tau supaya senang nak masuk semula nanti.

Lebih mudah, masukkan saja e-mail korang, semua artikel baru akan automatic terus dihantar oleh Google’s FeedBurner. Form-nya ada kat bawah ni jer.

Langgan Artikel Blog Ini 
Dihantar Terus ke Mailbox anda

Masukkan Alamat Email Anda:


Powered by FeedBurner

Ya… jangan segan silu tau.

OK… jom tengok 5 lagi (5 ke 9 dari 21 kesemuanya) kesilapan Cikgu aku nih.

5. Tidak Menggunakan Gambar

Cikgu juga berkata gambar-gambar menyumbang kepada 93% paparan yang mendapat “engagement.”


engagement-of-american-muslim-couple-from-huffingtonpost
Engagement of American Muslim Couple - www.huffingtonpost.com
Kalau yang belum berkahwin, masukkan gambar bakal tunang yang cun melecun atau ensem-mensem, kemungkinan dapat sangat banyak “engagement!!!”

Pada page atau personaliti yang sudah established, kisahnya lain pula. 

Walau hanya tulis “Hello”, “Salam”, Selamat Pagi” sudah boleh mendapat puluh ribuan LIKE kerana mereka mempunyai pengikut yang ratusan ribu, malah jutaan. 

Dan nasihat dari tulisan ini tidak lagi sesuai untuk mereka.

6. Tidak Menggunakan Hastag (#) 

Hashtag sangat membantu untuk menarik pengikut baru pada media sosial kita. 

Pilih paparan tertentu yang mempunyai mesej yang sama bagi sesuatu “hashtag” – terutamanya pada paparan yang bersiri. 

Faedahnya ialah dengan menggunakan hastag yang sama mesej yang serupa akan muncul serentak.  Ini memudahkan pembaca yang berminat untuk mengikuti jalan cerita menemui semua paparan, termasuk paparan yang sudah lama.

Tapi, tidak ada faedahnya kalau semua paparan kita gunakan “hashtag” yang sama, pesan Cikgu sebagai penutup tajuk ini. 

7. Buat Posting Caca Merba & Sekali Sekala 


Cikgu kata, orang yang buat posting macam ni hanya berminat mahu mencari sesuatu yang baru. Tambahan trafik, jualan, atau perhatian.

Bila media sosial digunakan hanya sekali sekala bakal pembeli atau pengikut tidak mempunyai sebab untuk mereka mengikuti perkembangan kita. Atau pun perjalanan kita.  Hendak beli barang sudah tentu jauh sekali. 

Bina kepercayaan dan hubungan.  Posting yang buat sekali sekala samalah dengan apa yang Mat Saleh kata “one night stand”.  Itu pun kalau ada yang “ter” … bukan sengaja mencari, mengikuti dan melawati page kita.

“Kalau” dan “ter” tidak boleh ada dalam nahu orang nak berjaya, kata Cikgu.

Juga perkataan “nasib baik.” Berapa orang yang boleh claim “nasib baiknya” yang membuat dia berjaya tanpa ada perancangan? Tanpa ada kesungguhan dan mengelak dari membuat kesilapan? 

Ada… tu yang dapat 2.6B tu… heh, berapa orang boleh dapat? Tak nasib baik ka tu?  Entah… kita tengok berapa hari lagi nasibnya akan terus baik. Ini kata saya bukan kata Cikgu, ek.

“Isikan blog atau laman social kamu setiap hari dengan paparan yang bermanfaat walaupun ringkas. Tetapi berterusan selama 90 hari.  Lihat apa jadi”, dengan penuh keyakinan Cikgu mencabar. 

“Jangan buat hangat-hangat tahi ayam dan jangan lupa tentang “engagement”, sambungnya serius.

8. Tidak Mempunyai Strategi Menggunakan Sosial Media

Apabila kita mempunyai perancangan yang mantap ianya akan membolehkan kita mengaitkan bentuk paparan dan matlamat biznes kita di media sosial. 

Paparan dalam bentuk gambar selalunya dapat menangkap perhatian awal pembaca dari terus scroll saja. Pengisian tulisan yang menarik terutama yang berbentuk penyelesaian masalah dan actionable biasanya mendapat follower yang ramai.

Funny-House-Design-tarik-pembaca-to-stick
Gambar: Funny House Design. Ini pun strategi designer juga.

Apabila kita boleh menggunakan platform media sosial secara berkesan ianya sangat membantu menjana pendapatan samada secara jualan terus atau sebaliknya.  Sekiranya tidak mempunyai strategi, kita hanya akan membuang masa dan tenaga.

Untuk suka-suka kongsi maklumat dengan rakan-rakan update itu ini, kata Cikgu “Itu hal lain dan tak ada kena mengena dengan matlamat sesuatu perniagaan.”

“Namun jika suatu hari terlibat dengan perniagaan online, mereka ini mungkin mudah menjadi pelanggan.”

“Tapi jaga-jaga sikit. Bila kita mula menjual barang orang mungkin lari kalau tersalah langkah cara approach bila nak promote barang.”

Rujuk HARDSELL. Point No. 20. Dalam "Tak Ada Trafik Ubah Cara Penulisan Tarik Pembaca"

9. Tidak Memahami Bahawa Paparan di Media Social Berfungsi Sebagai Tajuk Berita


Tajuk-simple-I-want-an-Apple-Ipad
Tajuk simple tapi ada makna dan menarik.
"Sekiranya kamu mahu pembaca mengambil tindakan tertentu, kamu perlu tahu tajuk yang bagaimana sesuai untuk digunakan”, ringkas sahaja Cikgu memberitahu.

Kebanyakan orang tidak mempunyai masa yang banyak untuk meneliti isi kandungan penulisan. 

Tajuk yang baik memberikan rumusan akan inti satu-satu paparan itu.  Apabila pembaca dibuka minatnya, dia akan klik pada tajuk yang akan membawanya kepada pautan yang lain seperti blog. 

Jumlah pelawat (trafik) akan naik dengan cara ini dan blog kamu akan mendapat perhatian pengiklan. 

Di blog itulah penulis membuat duitnya apabila terdapat iklan yang dipaparkan dan apabila pembaca melakukan sesuatu pada iklan tersebut. 

Penutup Bahagian Ini 

Maka fahamlah aku kenapa Cikgu ni santai saja hidupnya tapi mewah.  Blog-blognya menjana duit tak henti-henti. 

Tapi katanya, “Orang nampak masa aku berjaya saja, masa aku berhempas pulas macam nak mampus beberapa tahun lalu ada orang kisah?”

Aku terdiam saja … “Nasib baik ada Cikgu sukarelawan yang mahu mengajar aku.”

Tapi aku tahu, untuk dia sampai ke tahap sekarang, dia bekerja sangat kuat meningkatkan skill-nya menulis. Ia memakan masa bertahun-tahun.

Menulis itu dari hati, emosi, dan fikiran. 

Menaip tu Cikgu kata skill jari kamu saja mana nak patuk tanpa perlu melihat. Buat, buat, buat dan terus buat saja. Sambil itu perhatikan style yang macamana yang mendapat sambutan pembaca.

Mohon sentuh butang LIKE kat bawah dan juga Share kat atas sekali tu ya. 

Lepas tu sambung pembacaan tips pada tajuk ini: "Cara Penyampaian Penulisan Yang Tarik Minat Pembaca."

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.