Erin Nak Pindah Belakanglah Nanti Kereta Kita Accident Bahaya - CrazyDuck -->

Header Ads

Erin Nak Pindah Belakanglah Nanti Kereta Kita Accident Bahaya

Kereta-Ferrari-458-MM-Insurance-Mahu-cover-tak

Accident yang membawa total loss kepada kereta Proton Perdana itu sebagai peringatan pada aku. Perkataan budak kecil pasal musibah macam ni jangan di buat main. Jangan diambil sambil lewa. Jangan sebab dia budak belum sekolah kita anggap dia tak tahu apa-apa. Dia pun punya deria dan firasat. Mungkin itu satu dari anugerah Allah padanya.

Naik Kereta Budak Kecil Lebih Perihatin Dengan Tali Pinggang Keledar

“Erin nak pindah belakang lah Pakcik. Nanti kereta kita accident. Bahaya kalau Erin duduk kat depan ni.”

“Eh… kamu ni pandai-pandai jer kata kita nak accident. Kat belakang tu dah sesak dengan baranglah.” Balas Makciknya pula.

“Tak apalah sesak pun Makcik. Asalkan Erin selamat nanti sudahlah.” Erin berkeras dan terus melepaskan diri dari dakapan Makciknya.

Berselit-selit dengan barangan dan kakaknya di belakang kereta.

Proton Perdana itu sangat selesa untuk 3 orang dewasa di belakang. Tetapi sebahagian besar ruang sudah diisi dengan barang-barang.

“Eh… Pakcik dan Makcik tak pakai tali pinggang keledar ke?” Tanya Erin.

Kakaknya dibelakang terus lena sejak setengah jam yang lalu. Langsung tidak menyedari yang Erin sudah ada bersamanya di tempat duduk belakang kereta.

“Akak-akak… pakai tali pinggang ni. Kalau jadi apa-apa selamat.”

“Apa kau ni Erin. Merepek lah. Nak jadi apanya?”

“Akak pakai sajalah. Ni Erin dah pakai dah.”

“OK lah-OK lah… kau punya pasal akak buat jer lah.”

“Puas hati?” Tanya kakaknya sambil menyambung tidur.

“Tu Pakcik ngan Makcik tak pakai lagi tali pinggang keledar.”

“Alaa… mana ada polis malam-malam buta macam ni. Hujan pulak. Mana dia orang rajin sangat nak buat roadblock waktu hujan macam ni.”

“Tali pinggang tu dipakai hanya untuk tak nak bagi polis tahan ya Pakcik?” Tanya Erin seperti kehairanan.

“Tak lah juga, tapi tak selesalah, sebenarnya.”

“Tak apa Pakcik… ini… Erin dah tolong tarikkan. Pasang ajer. Untuk keselamatan Pakcik juga.”
“Hmm… Makcik pun dah pakai. Mesti tak nak dengar Erin bebel. Kan?”

“Ya lah Erin oi… bagus kamu ada sekali. Tak mengantuk Acik dibuatnya.” 

Tergantung Di Dinding Kereta Dengan Tali Pinggang Keledar

“Lebih kurang macam tu lah apa yang aku boleh ingat akan perbualan kami sebelum kejadian accident tu. Aku bawa kereta macam biasa saja.”

“Kau pun tahu, kan? Aku bukannya kaki rempit cilok sana sini tak tentu pasal.” Jelas Hashim.

“So… macamana dengan isteri kau dan budak-budak dua orang tu?” Aku bertanya Hashim sambil dia mengurut-ngurut betisnya yang lebam.

“Alhamdulillah… nasib baik lagi si Erin tu membebel. Kalau tidak memang kami semua tak akan pakai tali pinggang keledar.”

“Semasa aku tersedar, kereta senget tepi parit. Sangkut dengan ketulan tembok concrete. Isteri aku macam tergantung kat dinding kereta tak sedarkan diri.”


Kurnia-Insurance-bayaran-ganti-rugi-kereta-proton-perdana-kemalangan-total-loss

“Kau dah pergi tengok dia orang ke? Kat wad perempuan.”

“Oh belum, tapi isteri aku di sana sekarang.”

“Habis tu macamana kau keluar dari kereta? Siapa yang tolong kau? Ceritalah lagi.” 

Aku tak puas hati dengan ulasan ringkas Hashim akan keadaan isterinya yang tergantung oleh tali pinggang keledar.

“Aku rasa aku cuba mengelak dari sebuah kereta yang datang dari depan sudah makan jalan. Lampunya di taruk high beam. Mata aku silau dan tak nampak apa. Situ pula kawasan selekoh.”

Pengsan

“Mungkin terjatuh dari bahu jalan atau ada lopak, tak tahulah. Jalan tu aku tak pernah lalu.”

“Kemudian kereta berpusing-pusing. Lepas tu bila aku sedar sudah kena tindih dengan kaki isteri aku. Badannya tersangkut dengan tali pinggang.”

“Budak dua orang kat belakang pun tak sedarkan diri juga.”

“Puas juga aku kejutkan dia orang baru sedar. Aku pun rasanya pengsan lama juga. Sedar-sedar semuanya gelap. Cari hand phone untuk suluh, tak jumpa. Ait… apa sudah jadi?”

“Rupanya aku pengsan. Entah berapa lama tak pasti. Lama juga rasanya. Sebab sewaktu polis datang dah dekat subuh. Dan dia orang datang hanya beberapa minit lepas aku telefon.”

“Kalau tak pakai tali pinggang kemungkinan besar aku tercampak keluar dari kereta atau macamana tak tahu. Tapi dengan memakainya, aku melekat kat seat saja.”

“Selepas aku dan isteri aku berjaya keluar, kami angkat budak dua orang tu pula. Dia orang tak ada cedera apa sangat. Cedera emosi dan semangat lah agaknya.”

“Si Erin anak sedara aku tu entah macamana dia macam tahu jer nak accident. Kalau dia duduk di depan, rasanya masalah besar.”

“Boleh terhantuk dengan bumbung atau cermin kereta.”

“Kat belakang tu sempit dengan barangan bilik tidur – bantal dan cadar. Tak ada ruang untuk dia orang terhantuk. Tapi pun pengsan juga. Terhantuk sama sendiri kot.”

“Mungkin sebab kereta terpusing banyak kali kemudian terberhenti dengan mengejut. Entah lah… aku agak macam itu lah.”

Sekadar Lebam

“Apa pun syukur kami semua selamat dek kerana si Erin yang berkeras nak pindah ke belakang dan suruh kami semua pakai tali pinggang keledar. Dia macam dah tahu nak accident.”

“Macamana dia tahu… itu aku tak tahu.”

“Ia sebagai peringatan pada aku, perkataan budak kecil pasal musibah macam ni jangan di buat main. Jangan diambil sambil lewa. Jangan sebab dia budak belum sekolah kita anggap dia tak tahu apa-apa.”

“Memang dia tak tahu pun. Tapi punya deria dan firasat. Mungkin itu satu dari anugerah Allah padanya. Mana tahu, kan?”

Hand phone Samsung aku entah ke mana tak jumpa waktu tu. Aku guna hand phone isteri aku untuk call polis. Nasib baik tak rosak duduk dalam handbag.”

“Aku call balai polis, so dia orang datang bagi bantuan sekali dengan tow truck.”

“Salah seorang polis tu bagi tau kawasan tu memang selalu accident. Tambah lagi pada waktu hujan.”

Kereta Jadi Total Loss

“So… kereta kau kat mana sekarang?” Aku bertanya.

“Ada kat balai. Dia orang tarik subuh tadi juga tak nak orang berkerumun, ganggu jalan.”

“Tak ada harapan lagi nampak gayanya. Total loss. Insurance coverage banyak mana pun aku belum tahu lagi.”


“Yang penting… kau, isteri kau, dan dan orang anak sedara kau tu selamat.” Aku menjawab.
“Ya lah… syukur. Terima kasih ya, datang melawat. Siapa yang bagi tau?”

“Oh… kawan kita juga.”

"Terima kasih banyak... ada juga kawan yang sayang kat aku ni, ya? He he he..."

Hashim, isterinya, dan dua orang anak saudaranya menerima rawatan di hospital selama dua hari. Tidak ada kecederaan serius. Sekadar lebam-lebam dan kena beberapa jarum jahit kat kepala.

Seminggu kemudian Hashim pergi ke workshop yang menguruskan hal insurance keretanya. 

Memang, tiada harapan lagi.


Proton-Perdana-Insurance-coverage-for-Total-loss-from-accident

Better Be Safe Than Feel Sorry

Cerita dari Hashim ini membuatkan aku berhati-hati bila anak kecil mengomel. Terutamanya bila dia menyebut sesuatu yang diluar jangkaan. 

Aku berhati-hati. Malang tidak berbau. Tetapi ada orang-orang tertentu yang diberikan keistimewaan dapat menghidu.

Kalau memandu kereta, aku berhenti dulu sekejap atau cari jalan lain. 

Apakah ini superstitious? Tahyul? Tolol? Karut punya kepercayaan? Keluar dari keimanan? Whatever it is… better be safe than feel sorry. Sekalipun punya insurance.

Terserah pada korang nak interpret macamana. Ini hanya sekadar perkongsian penceritaan dari seorang kawan baik. 

Tali pinggang keledar jangan hanya dipakai kerana ada polis atau sewaktu roadblock eh. Malang adakalanya berbau juga. Cekap menghidu musibah, pandai mencari peluang – itu ada bagus.

Terima kasih sudi baca sampai habis.

Mohon belanja LIKE and SHARE (butang bawah dan tepi) andainya artikel ini syiok dibaca dan memberi sesuatu pada anda.

Like & Share lah ya.