Tak Ada Trafik Ubah Cara Penulisan Tarik Pembaca - CrazyDuck -->

Header Ads

Tak Ada Trafik Ubah Cara Penulisan Tarik Pembaca

Tak Ada Trafik Maka Kedai Tak Ada Pengunjung. Kenali dan Elak Kesilapan Ini

Nadi kepada perniagaan ialah pelanggan tetap iaitu trafik atau pengunjung setia yang berterusan. Ini kerana apabila pelanggan hanya masuk dan membeli sekali sahaja, lama kelamaan tidak akan ada pengunjung lagi. Maka tamatlah riwayat perniagaan itu.

banyak-trafik-ramai-pelanggan-kedai-stationery
Gambar: Architecture & Design
Nadi kepada blog atau media social yang lain pula ialah trafik. Sama seperti apa-apa perniagaan, returning vistiors sangat penting untuk sesuatu blog itu menjana pendapatan dan boleh survive.

Malah membuatkan pemiliknya kaya raya bila kena gaya cara membuatnya menarik pengunjung tetap.

Pengunjung setia selalunya akan mewar-warkan kewujudan kita. Ini dipanggil Words of Mouth. Ianya sangat penting dalam pemasaran.

Mode of operation dari sudut words of mouth ialah melalui sharing dan engagement oleh pengunjung dengan blog tersebut.

Contoh terbaik ialah jualan nasi lemak anak dara oleh Siti Hajjar Binti Ahmad. Graduan Electronic Engineering berumur dah 24 tahun.

Gambar di bawah saya ada taruk pautan untuk ke FB profile beliau. Ini kira words of mouth laa... ek.

Postingnya mendapat 11,000 Likes, Shares 1,400 dan Comments sebanyak 900 lebih. Ketika artikel ini diedit.


Wow!!! Aku ada? Kalau korang kesian kat post ni... tekan lah butang LIKE kat hujung artikel atau kat tepi tu ya. Terima kasih....

trafik-dari-facebook-tarik-pelanggan-nasi-lemak-anak-dara-siti-hajjar-shah-alam

OK… meh kita lihat tips selanjutnya (18-21) yang Cikgu aku kongsikan. Ini ialah bahagian terakhir dalam episode kali ini.

18. Tidak Berkongsikan Pengisian Dari Orang Lain Punya


“Yang ini jenis nak pulun sakan sorang-sorang, tak mau berkawan langsung, apa tah lagi nak share content orang lain masuk page dia punya.  Mana boleh. Silap tu.” Cikgu kata. 

“Tak baik nak monopoli paparan yang molek-molek.  Sebarkan kasih sayang, nasihat, dan pesanan dengan tweet semula atau kongsikan paparan orang lain (melalui FB) yang kamu rasa molek disebarkan.

Cuma jangan tag sembarangan.  Orang tak suka rumah mereka dicerobohi. Walaupun kita bawak masuk benda yang baik-baik.

Bangsa apa sekali ipun ada etikanya nak masuk rumah orang.

Aner… mau hormat sama itu rumah punya tuan arr. Jangan SPAM. Kata Cikgu menutup tajuk ringkas ini.

Terasa gak aku, sebab pernah buat. OK-OK… tak mo buat dah.

19. Nada Tinggi Rendah


Ini maksud Cikgu adalah cara penyampaian kita. 

Ada sesetengah orang sukakan cara lawak, serius, santai bersahaja, dan Professional. Ada kalanya pula jenis yang suka maki hamun. Tak habis-habis mengutok orang – dia saja yang betul.

Apa pun cara kamu kata Cikgu, biar lah konsisten terus menerus, sikit-sikit campur tu biasa lah.  Jangan hanya senada -- monotonous.

“Ianya melambangkan idendititi kamu. Suara penulisan kamu dan auranya.  Setiap cara ada pengikutnya dan perlu disesuaikan dengan apa tujuan buat page dan content-nya itu dibuat.”

“Page lawak, tapi maki hamun. Manakala page bisnes yang professional tapi buat lawak”, tak betul lah cara tu kata Cikgu.

Untuk perniagaan, baik ikut cara santai dan ke arah profesional sikit. 

Ayat-ayat yang ditulis sebaiknya menggunakan ejaan penuh bukan singkatan seperti “aq = aku”, “ssh = susah”, mck = mak cik”, dan sebagainya. Singkatan seperti ini akan menghilangkan mood pembaca. 

Pembaca akan terus memulau posting kamu. Kata Cikgu, kerana kamu dilihat seperti kebudak-budakan dan tiada faedah bagi mereka membuang masa cuba meneka maksud ejaan. Apatah lagi kandungan yang kamu tulis.

20. Menjual, Menjual, Menjual – Langsung Tiada Engagement

Mat Saleh punya term di panggil “hard selling.”  

Apabila kita membuat page untuk bisnes, sememangnya kita mahu menjana pendapatan melalui penjualan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Hard selling boleh menjana jualan untuk jangka masa singkat, namun lama kelamaan cara begini akan mengasingkan kamu dari pelanggan sedia ada atau bakal pelanggan. 

Kamu dilihat tidak berminat untuk berkongsi manfaat ilmu atau maklumat dan membina perhubungan tetapi hanya pentingkan jualan.

Cikgu nasihat supaya buat soft selling. 

Walaupun teknik sof selling ini mengambil masa tetapi ia baik untuk jangka panjang. 

Tajuk ini sangat besar, jadi tak perlu diterangkan secara detail di sini – lain kali kita focus pada “Teknik Menjual” kata Cikgu. 

Agaknya yang ni aku kena bayar fee lah … tak kan semua nak free, ya tak?

21.  Fokus Pada Kuantiti Bukan Kualiti


Salah fokus tu. Ada dua maksudnya di sini: (a) berapa ramai pengikut dan (b) banyak mana pengisian yang kamu buat.

a.      Berapa ramai pengikut
Adalah lebih baik mempunyai bilangan pengikut yang kecil, tetapi kumpulan yang ditargetkan boleh berkongsi penjanaan ilmu dan pendapatan.   

Tanya Cikgu, yang mana lebih baik dan mudah untuk diurus:
-         100 orang dengan setiap orang boleh menjanakan 10 sen nilai, atau
-         10 orang yang setiap orang menjanakan 1 ringgit nilai?

Di situlah letaknya nilai kualiti pengikut.

b.     Banyak mana pengisian yang kamu buat  
Sama juga dengan pengisian yang berkualiti – maksud di sini ialah perisian yang berkaitan dengan kehendak pembaca dan keadaan semasa. 

Walaupun ianya tidak secara terus berkait dengan produk atau perkhidmatan kita, perisian yang berkualiti akan membuatkan pengikut terus mengikuti perkembangan kita.

Ini kerana setiap kali mereka membaca atau terbaca posting kita, sentiasa ada sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka. 

Mereka akan yakin dengan kita dan secara tersembunyi jalinan perhubungan terbina.  Apabila kita mengenengahkan produk atau servis kita, mudah bagi mereka untuk menerima idea itu.
Maka terjadilah transaksi jual beli yang berterusan. Ini teknik soft selling kata Cikgu.

Penutup
Mengaku kesilapan adalah tanda kekuatan seseorang. Ianya sebagai pencetus pembaharuan dan keterampilan yang baru bukan sebagai pembunuh semangat.

Semua orang pun buat silap maaa!!

Aku ni banyak buat silap sebab tu aku terus bergerak. Tak da silap tak enjoy sangat hidup ni. Mana ada semua perfect from start. Nak berlari pun kena merangkak dan jatuh bangun dulu.

“Computer software” dari Microsoft yang giant itu pun sentiasa ada update baru untuk memperbetulkan kesilapan atau memperbaiki apa yang sedia ada ... yer tak?”

Tengok Facebook… kejap-kejap tukar dia punya algorithm. Orang nak hentam? Hentamlah. Tapi guna juga. Beli juga.

Langgan Artikel Blog Ini 
Dihantar Terus ke Mailbox anda

Masukkan Alamat Email Anda:



Powered by FeedBurner

Macam tu lah kehidupan ni, sentiasa ada pembaharuan dan penambah-baikkan.

Tak perlu tunggu 100% perfect. Sebab tak ada satu benda pun yang perfect kalau kata ciptaan manusia ni.
OK… dah habis cerita Cikgu nih. Moga 21 tips ini telah memberi manfaat kepada anda yang budiman.

⇓⇓⇓ Mohon tekan butang LIKE ini ya... terima kasih. Share ajer lah kalau mahu. Butangnya ada kat tepi kiri tu.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.