Tips Menaikkan Trafik Dan Etika Menulis di Media Sosial - CrazyDuck -->

Header Ads

Tips Menaikkan Trafik Dan Etika Menulis di Media Sosial

Kecewa Trafik Di Media Sosial Kurang? Cek Ada Buat Kesilapan Ini Tak?

Pernah kecewa dengan penulisan yang tidak mendapat sambutan? Anda sudah yakin akan kualiti penulisan, namun trafik tetap tak ada juga.

Jaringan-boleh-jadi-berbagai-bentuk.-Ini-perempuan-dengan-alat-tangkap-ikan
Gambar: Ceek Juara
Rasa bengong, eh?  Ya… sangat mengecewakan.

Ya lah, menulis ni sebenarnya bukan senang. Well, menulis (menaip) tu senang tetapi nak dapat idea dan susun baik-baik, itu yang susah.

Menaip dengan menulis tak sama. Taip senang jer, tambah-tambah lagi bila sudah ada bahan.

Tapikan… yang paling senang ialah bantai copy-paste orang punya saja. Lagi senang.

Banyak blog yang buat kerja macam ni tanpa memberikan kredit kepada penulis asal. Dalam erti kata lain, mencuri. Lantak dia orang lah… itu tak da malu punya kaki.

Kualiti sesuatu penulisan itu memang penting untuk dapatkan audience (pembaca). Lebih penting ialah artikel itu sampai kepada audience. Barang baik tak diletakkan ditempat orang berkumpul, macamana nak ada orang tengok?
Betul? 

Jadi, kesilapan ini perlu diperbaikki kata Cikgu aku. So aku share jer lah dengan korang.  Moga tips 14 – 17 ini memberikan manfaat.

14. Tiada Jaringan

Nasihat Cikgu yang ini mengingatkan aku pada zaman kecil-kecil pergi tangkap ikan. 

Kita boleh guna pancing, jala, tombak, tangguk dan macam-macam lagi yang sentiasa memerlukan kita bergerak.

Gambar: Dimasandre

Ayah aku pula suka guna pukat dan bubu. 

Pukat dia rentang tengah parit.  Bubu dia guna belat (sejenis sekatan) untuk dorong ikan masuk ke bubu – macam funnel gitu.

Dengan dua jenis alat ini dia hanya pacakan dengan kemas pada waktu malam. Keesokan paginya dia pergi memungut ikan-ikan yang terperangkap.

Senang kerja dia – sama seperti kata Cikgu, “Kamu kena work smart.  Kena ada jaringan yang baik dan funnel yang mantap.”

Sama juga dengan hal internet dan media sosial, kena ada jaringan (network), baru senang kerja dan tinggi hasilnya.

Media sosial sangat baik digunakan untuk platform business -- funnel. 

“Kamu jangan asyik luangkan masa fokus pada FB atau blog kamu dan perisian yang kamu buat saja.”

“Tengok orang punya atau pun tulis nama mereka, tag sana tag sini (dengan kebenaran mereka) dan kacau sikit blog-blog mereka tu dengan komen.  Baru orang kenal kamu siapa.”

“Walaupun kaki kacau, kamu mestilah kacau dengan komen yang berisi dan bernilai. Ia sangat membantu SEO pemilik blog tersebut.”

“Ini kerana Google akan ambil komen sebagai sebahagian dari content. Blog yang dapat banyak komen ranking-nya naik.”

“Facebook & Twitter posts pula akan jadi viral dengan adanya LIKE, comment & share (LCS) yang banyak. Ini cara yang murah dan mudah untuk kamu tolong kengkawan sebarkan posting dia orang.”

“Itu dia … pesanan Cikgu menamatkan topik tentang jaringan.”

Oooo… itu macam kaa? Baru lah gua tahu. Ketinggalan zaman betul aku ni.

15. Posting yang Sama Setiap Masa

“Yang ini boleh membuatkan buat orang boring – kesilapan besar juga ni.”

“Nak bagi interesting sikit – tukar lah menu.  Hari-hari makan kari pun orang jemu.  Mereka mahu ada asam pedas, burger, pizza, ikan gelama kering, tempoyak + budu sama. Baru selera terbuka”, Cikgu memberikan gambaran, vivid punya.
  • Paparkan satu “case study” yang berkaitan dengan isu semasa terutamanya dalam hal kewangan, sara hidup, cara berniaga, gaya kehidupan… kemudian tanya soalan.
  • “Share content” yang bermanfaat
  • Kalau ada gambar-gambar atau video lawak masukkan juga, jangan lah pulak hari-hari.
  • Masukan apa saja supaya jangan jadi posting yang monotonous. Satu nada yang membosankan.

16. Tidak Menggunakan “Tool” Yang Ada Pada Media Sosial

“Tool ni serupa macam kalau kita hendak membuka tin sardine.”

“Boleh ketuk sampai dia pecah dan dapatkan ikan.  Mudah lagi kalau ada alat (tool) pembukanya. Macam itu lah lebih kurang.

Tak gunakan tool – buang banyak masa: work hard but less result.  Tak smart lah kan?

Cerita pasai tool, nanti kita sembang hal ini dilain kali Cikgu kata.  Tak apa lah aku nak minta lebih-lebih pun, bukan aku bayar apa, dia hanya sukerela saja bagi ilmu ni pun. 

Tunggu sajalah, suka hati dia lah bila dia nak bagi.  Kalau aku rasa nak cepat, aku bagi duit Profesional Fee. Supaya dia ajar dengan cepat dan aku dapat gembirakan hatinya juga.

Memanjang nak makan FREE… tak malu ek? Woo… malu, dan mungkin sekali tu jer lah dia ajar aku.

Tak apa… I will re-pay you back with pride. Student contoh… ya Cikgu?

Baik punya testimony nanti. Itu juga wang, tapi bukan dalam bentuk kepingan atau nombor Ringgit-Ringgit.  Intangible but highly valuable.

17. Tidak Aktif Di Mana Pelanggan Ramai

Yang ini Cikgu kata kamu syok sendiri.  Satu kesilapan besar.

“Hang kena tahu bakal pelanggan hang suka dok tang mana dan apa yang depa suka.”

“Hang kena tau pasai apa depa nak connect dengan hang”, sambil menunjukkan contoh-contoh tajuk posting pada “Google search.” 

Youtube memaparkan jumlah pelawat bagi setiap video – itu adalah gambaran di mana ramai bakal pelanggan berada.

“Keywords penting ooo”, kata Cikgu … pilih tajuk dengan keyword yang betul akan buat customer mai melawat page hang katanya lagi. 

Keyword ni yang aku tak berapa nak reti sangat … SEO lah segala apa kejadah lagi. 

“Tak pa … kalau hang tak mau ambik tau pasal keyword dan SEO … rela sajalah dok kat takok lama tu, noh”,   Cikgu smash kaw-kaw … adoi.

Ya lah … dia bagi tau ni sebab dia belajar dari kesilapan dia yang mana dia dah tolak tepi dan dah jadi pandai… dah jadi jutawan senyap pun.

Nasib baik dia mau ajar aku free … dan tak mengizinkan aku sebut nama dia dalam mana-mana posting aku.  Maka, akur sajalah.

Langgan Artikel Blog Ini 
Dihantar Terus ke Mailbox anda

Masukkan Alamat Email Anda:



Powered by FeedBurner

Suka? Kalau sudah suka kena tunjuk dengan LIKE laaa. Share lagi baik. Ada gak manfaat pada kengkawan yang membacanya. 


Sambungan seterusnya untuk tips No. 18 - 21 Klik sini ya. Kalau tak sempat nak baca sambungan, bookmark jer dulu page ni. Senang nak masuk semula  nanti.

Okay meh tekan butang bawah ni. Share punya kat tepi kiri. Nunggu jer tu. Thank-Q ek.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.