Penting Sangat ke Menjadi Seorang Storyteller Yang Bagus?
Be different. You are unique and special. Gambar: Neil Patel. |
Story Telling dan Content Marketing Boleh Dipisahkan?
Ini adalah tips yang ke 7 dari Matt. Katanya storytelling yang berkesan memerlukan storyteller yang bagus.Untuk tajuk ini aku tidak berkesempatan mencatitkan satu persatu apa yang Matt ceritakan. Tapi aku boleh ingat isinya kerana ia selari dengan pemerhatian aku dan juga apa yang sering berlaku di sekeliling aku.
Ia mengingatkan aku tentang ceramah politik. Tazkirah. Khutbah. Termasuk juga cerita lawak yang direka tetapi mendapat sambutan.
Contohnya seperti Harith Iskander yang memenangi juara dunia buat lawak dan menghasilkan pendapatan ratusan ribu. Mungkin juta-juta bila dikumpulkan semua pendapatannya.
Entah lah…
Secara ringkasnya Matt memberikan kesimpulan yang bermaksud:-
➤ Sekiranya kamu mahu diingati, sentuhilah hati pembaca dengan perkara yang menyentuhi hati mereka. Mereka dengan rela hati melakukan apa yang kamu mahu mereka lakukan.
➤ Sekiranya kamu mahu terpilih dari ribuan penulis dan mendapat tempat dihati pembaca, sampaikanlah cerita yang baik-baik dengan lebih baik.
Tauladan Dari Sesi Tazkirah, Ceramah Agama, Dan Ceramah Politik
Penceramah terlebih dahulu akan mengisikan penceritaan mereka dengan kisah-kisah yang mencuit hati atau menghiburkan.Malah cerita yang memberikan gambaran kebahagiaan dan kegembiraan. Menerapkan pengharapan untuk mencapai apa yang pendengar hajatkan.
Sebagai contoh tentang syurga dan neraka. Siapa yang akan dimasukkan ke syurga terlebih dahulu dan siapakah yang akan menjadi penghuni neraka.
Pemberi tazkirah biasanya menggunakan hadith ini:-
Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka ialah:-
- Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
- Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan hajinya.
- Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
- Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah tanpa riya’.
Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula, "Apakah yang kamu lakukan sewaktu kamu di dunia dulu?"
Menjawab si penderma, "Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T."
Jibrail A.S. berkata lagi, "Siapakah yang memberitahu mu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah?"
Berkata si perderma, "Aku mendengarnya dari para alim ulama."
Maka Jibrail A.S. pun berkata, "Jagalah kesopanan mu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Kemudian orang alim berkata, "Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu."
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Telah benar kata si alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk."
Cerita hadith di atas akan diperkuatkan lagi dengan gambaran siapakah orang yang akan memasuki neraka.
Empat perkara bagi penghuni neraka:
- Muka yang muram.
- Tutur kata yang keji.
- Hati keras yang engkar.
- Tangan yang kedekut (bakhil).
Sepertimana yang terkandung dalam ayat seribu dinar (Ayat 2&3 Surah At-Talaq).
Unsur psychology ini juga akan didatangkan dengan menyentuh keadaan sebenar.
Iaitu ramai orang kini sedang menghadapi kesulitan mendapatkan rezeki. Tambahan pula dengan kos sara hidup yang kian meningkat tahun demi tahun sejak kebelakangan ini.
Pendengar dicocok di tempat di mana kesakitan itu amat dirasai.
Ibarat menitikkan air limau nipis pada luka. Lalu mereka mahu keluar dari kemelut kesusahan dan kesakitan itu secepat yang mungkin.
Contohnya seperti berikut:-
- Selalu kita merasa rezeki kita susah nak datang. Bermacam usaha dan cara sudah kita lakukan.
- Berniaga di pasar malam tak menjadi. Pelihara ayam, ayam mati. Buat kebun tanam sayur kena serang oleh babi.
- Berniaga di bandar sentiasa kena kejar dengan Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya. Barang tak laku peralatan pula dibawa pergi.
- Nak berniaga dengan kerajaan kena ada kabel itu ini. Dan tak sanggup sediakan mahar minyak pelincir. Samada tak mampu atau tahu akan hukum hakamnya.
- Berniaga on-line sudah bermacam ayat power dan copywrting iklan yang dicuba. Tak menjadi juga.
- Bayar duit iklan ribu-riban tapi sale ke laut juga.
Pegawai MB Perak Makan Rasuah Menyombong
Ayat quote sebegini memang menggunakan English. Ia didengari dengan lebih umph.
➤ The Power of Giving
➤ The Power of Sedekah
➤ Pulangan (ROI) sebanyak 700 kali ganda bagi setiap sedekah
➤ The More You give the More You Get Back
➤ To Get You Must Give First
➤ Help Others Get What They Want and You Will Get What You Want.
➤ You can have everything in life, if you will just help other people get what they want.
➤ You can’t get very far until you start doing something for somebody else.
Sambil itu dibawakan cerita tentang seseorang yang sudah kaya raya dan memiliki beberapa buah banglo dan kereta yang punya lambang gelung-gelung bertindih.
Dan orang ini merupakan seorang dermawan.
Heh… teringat pulak aku akan cerita viral pasal dapat hadiah Q7 dari En. Somi. Mesti ada pembaca yang tak tahu akan kisah ini... heh... sensitip wei.
Setiap bulan atau setiap kali bulan Ramadhan ada saja Pusat Tahfiz atau Masjid yang menerima pemberian sedekah dan infaq dari mereka.
Juga kisah (storytelling) tentang sahabat-sahabat Nabi (SAW) yang mengorbankan harta benda hingga tinggal sehelai sepinggang.
Termasuk juga menceraikan isteri mereka untuk dikahwinkan dengan sahabat yang bujang.
Semuanya demi memperjuangkan syiar Islam.
Go For the Kill – Call To Action
Ada ceramah atau tazkirah yang berunsur pendidikan, pembelajaran, dan penerangan. Habis tazkirah semua bersurai. Kalau ada yang menaja jamuan… kenyanglah perut.Ada juga tazkirah atau ceramah yang ditaja khas untuk program tertentu. Storytelling yang di atas tadi selalunya untuk program khas beragenda.
Bukan saja-saja.
Apabila sampai hampir ke penghujung ceramah dan pendengar sudah merasa puas atau terhibur dengan storytelling yang baik, minda mereka terbuka untuk apa saja.
Mereka sudah bersedia melakukan apa yang akan disuruh oleh penceramah.
Sambil meneruskan pengucapan yang mengapi-apikan semangat untuk menderma, petugas akan membuat rondaan bersama uncang atau bekas khas untuk memungut derma. Kalau zaman dulu guna tin milo.
Ada juga yang mewar-warkan tentang tanah wakaf untuk pembinaan tambahan Sekolah Tahfiz atau masjid.
Produk lain seperti madu, kismis, air jampi, calendar adalah sesuatu yang kerap dijual dengan cara ini.
Dalam hal ini penderma mendapat sesuatu dari dermaan mereka. Membeli sambil menderma.
Harga bukan perkara untuk dibincangkan. Semuanya atas keikhlasan. Bayar lebih tak apa jangan kurang.
Yang teringin tapi tak mampu… boleh sembang tepi. Kalau jenis calendar… ambil free pun tak apa. Ada duit lain kali sedekahkan lah.
Kesimpulan: Kesan dan Pengaruh Storytelling
Dalam hal kutipan derma tadi adakah jumlah yang dikutip akan menjadi lebih, kurang, atau sama saja jika tidak ada storytelling?Bagaimana pula jika storytelling itu dilakukan oleh orang yang yang sudah punya nama berbanding dengan orang yang baru mahu memperkenalkan diri dipasaran?
Jawapannya berbalik kepada isu kepercayaan dan keyakinan. Ini akan menentukan jumlah pengunjung (trafik) yang datang. Lebih tinggi trafik lebih banyak kutipan.
Dan bagaimana isu emosi dipergunakan sebaik mungkin dalam jalan penceritaan. Lagi kuat faktor emosi, sama seperti banyaknya trafik... banyak lah kutipan.
Mahu baca sambungannya? Kat sini: "Content Yang Memberi Inspirasi Untuk Pembaca Melakukan Sesuatu" Pautannya di bawah.
Lagi Artikel Berkaitan Tentang Story Telling dan Content Marketing:-
➤ Penting Untuk Penulis dan Karyawan. Penjelasan Dan Fakta Tentang Content Marketing (anda sekarang di sini)➤ Strategi Menjayakan Content Marketing Dan Keperluan Kepada Kelajuan
Ada suka ka tak da suka sama ini artikel? Suka... sila tekan itu butang LIKE & Share. Terima Kasih.
Thank you for your comments