Penting Untuk Penulis dan Karyawan. Penjelasan Dan Fakta Tentang Content Marketing
Aku Mendapat Tips dan Ceramah Content Marketing Secara Percuma
Selepas selesai dengan tugas aku ke hutan minggu lepas dan dalam perjalanan balik, aku bertemu dengan seorang mentor lama.Aku berkawan baik dengannya di tempat di mana aku menjalani internship (latihan praktikal) setelah tamat pengajian.
Dia dalam perjalanan ke New Zealand. Singgah di KL untuk urusan bisnes dan juga mengambil kesempatan berjumpa dengan aku setelah sekian lama tidak bertemu.
“So what have you been doing?” Tanya Matt setelah kami duduk.
“Writing…” Aku menjawab ringkas.
“Writing about what?” Tanyanya lagi.
“Anything that comes into my mind and if I find or think that it is going to be interesting for people to read.”
“Who is your audience?” Matt mula menggasak. Ya… dia memang jenis result oriented punya orang.
“Not sure... but could you please explain it to me?” Aku menjawab dan mengutarakan soalan.
“What is your purpose of writing? What do you want to achieve with your writing?"
"Do you want to get something out of it or just killing your time?”
Matt tidak menjawab soalan aku tetapi terus mengasak. Ya… memang aku tidak punya clue yang jelas untuk menjawab soalannya.
OK… let me give you some tips. Try it. I am sure it will work for you, because it works for my marketing effort. And that’s why I can afford to come here and then to New Zealand during this trip.
Setelah ding-dong-ding-dong beberapa kali… jelas padanya aku mempunyai masalah dengan penulisan aku. Dia bermurah hati untuk berkongsikan tips yang membantunya berjaya dalam bidang pemasaran.
Aku cuba menyampaikannya semula di sini sebaik yang mungkin dalam bentuk penulisan dan dalam Bahasa Melayu.
Campur-campur sikit dengan terms yang lebih tepat bila guna English, OK lah… kan?
Moga ianya memberikan manfaat kepada anda yang terlibat dalam penulisan dan juga pemasaran.
Baik share dulu artikel ni ke wall anda… mana tahu tiba-tiba handphone tu habis bateri ke atau tiba-tiba line internet putus. Susah pula nak cari nanti.
Penjelasan dan tips yang dikongsikan tentang “Content Marketing”
“Aku pasti bila bila kamu dengar atau baca tentang perkataan “Content Marketing”, kamu akan fikirkan pasal blog, artikel, posting-posting yang kamu buat dalam media social.”“Atau juga info-graphic dan video. Video, samada secara live atau yang terdapat macam dalam YouTube tu.”
“Betul?” Matt menguji kefahaman aku tentang konsep content marketing. Aku hangguk saja tanda setuju.
“He he… sebenarnya content marketing ni lebih dari itu.” Matt tersenyum tanda memahami akan ketandusan kefahaman aku.
Story Telling Dengan Content Marketing Itu Berkait?
“Ianya tentang Storytelling. Penceritaan. Hikayat. Kisah dan tauladan.”“Ketamadunan manusia berlegar dalam penceritaan. Sejak kita mula boleh memahami perkataan dan bercakap.
Ibu-bapa dan guru kita sering menggunakan storytelling untuk membantu kita memahami sesuatu konsep.”
“Dan manusia sangat mudah untuk memahami sesuatu dan berhubung dengan konsep yang disampaikan apabila terdapat unsur emosi.”
“Manusia memang makhluk yang emosional, sekali pun sering mahu dilabelkan sebagai waras. Tidak, mereka tidak 100% waras setiap masa. Mereka semua ada emosi dan sering dipengaruhi oleh emosi.”
“Waras hanya apabila berdebat di mahkamah. Dalam Parliament juga tidak waras dan banyak emosi, kan?”
Ya... betul juga kata-kata si Matt ni. Ahli Parliament pun bergaduh. Sampai ambil kerusi humban kepala. Tau tak parti apa yang selalu gaduh dalam mesyuarat?
Aku teringat akan berita di sebelah Russia (Ukraine) sana siap masukkan yang kalah dalam tong sampah lagi. Lihat gambarnya paling atas tadi.
Fakta Tentang Content Marketing
Matt membuka buku notanya dan membacakan kepada aku sambil aku pula mengambil nota. Katanya:-➤ “74% syarikat di USA mendapati content marketing membantu jabatan pemasaran mendapatkan potensi pembeli (lead) yang berkualiti. Maksud kualiti ialah peningkatan hasil “conversion” kepada usaha pemasaran.”“Kamu nampakkan?” 87% orang ada masalah dengan content marketing. Tinggi tu. So… kamu jangan nak sedih sangat kalau kamu rasa kamu ada masalah.”
➤ “87% orang yang terlibat dalam pemasaran menghadapi masalah untuk menjana “content” yang betul-betul membuatkan pembeli “engage.” Engagement akan meningkatkan pembelian.”
☻ Cuma kalau dalam bahasa Melayu pula engagement akan meningkatkan kadar perkahwinan. Ini lain punya engagement. Bertunang.
☻ Tapi itulah… tak ada perkataan khas dalam Bahasa Melayu untuk interaksi yang khusus seperti dimaksudkan oleh engagement.
➤ “5 channel utama yang digunakan oleh mereka yang terlibat dengan pemasaran ialah:-
☻ Posting melalui social media
☻ Blog khas yang mengandungi artikel menyentuh topik atau isu-isu tertentu
☻ Newsletter terutamanya melalui e-mail
☻ Penulisan artikel dalam website
☻ Events (seminar, conference, meeting, sesi minum kopi)”
“Aku dulu pun serupa.”
“Semua orang akan melalui fasa kepayahan ini sebelum jadi mahir. Dan mahir itu hanya dicapai dengan membuat, membuat, membuat… dan terus membuat. Bukan sekadar hadir seminar yang berbagai.”
“Content marketing ini sebenarnya satu bentuk seni.”
“Seni dari sudut penciptaan nilai dan melibatkan orang (engagement).”
“Content dari artikel, video, audio dan sebagainya yang membantu prospek dan pelanggan untuk enjoy. Terhibur. Puas hati. Atau memberikan mereka idea dan semangat baru.”
Wallau-wey… susah dan teruk juga ek… fikir aku dalam hati. Tapi terus mendengar dan mengambil nota.
“Content marketing boleh membantu membina hubungan dengan pelanggan dan bakal pelanggan. Cumanya… kenalkan dulu siapa target audience, lepas tu deliver jer lah message yang mengandungi nilai tu.”
“Sebabnya… nak berhubung perlu ada sesuatu yang mahu disampaikan dan boleh diterima. Sampaikan tapi tak diterima… buang masa dan tenaga. Mungkin duit juga. Tak akan berjaya nak berhubung.”
“Seperti yang disebutkan kat atas tadi tu… berbagai cara boleh kita sampaikan mesej yang bernilai tu.”
“Contohnya ialah seperti artikel dalam blogs, e-mail, editorial dalam majalah atau surat khabar, halaman website, video, social media, percetakan seperti flyers atau banners, signboard… dan pelbagai lagi.”
Kenapa Keyakinan Dan Kepercayaan Sangat Penting?
“Mendapatkan keyakinan dan kepercayaan dari pelanggan perlukan masa.” Matt meneruskan penceritaannya.“Content marketing dari satu sudut ialah memberi pembelajaran melalui perkongsian kisah dan penceritaan. Objektif utama ialah untuk menimbulkan raya yakin (trust) dan percaya.”
“Tidak semestinya mengajar kerana ramai orang tidak suka diajar seperti mana mereka tidak suka dijual."
"Tetapi sebenarnya mereka suka mendapat ilmu baru dan suka membeli. Satu kebenaran yang pelik. Ironic.”
“Bila sudah timbul rasa yakin dan percaya (emosi) barulah mereka mahu berurusan (berbisnes) dengan kita.”
“Kenapa orang sanggup membayar tiket terlebih dahulu walaupun mahal sebelum menyaksikan konsert artis atau perlawanan bola?
“Ada juga jenis persembahan percuma tetapi tidak ramai yang mahu datang?”
“Ya… ianya melibatkan keyakinan dan kepercayaan. Yakin terhadap seseorang atau pasukan yang sudah punya track record. Yakin akan dapat melihat persembahan yang terbaik dari mereka.”
“Kalah atau menang bukan perkara utama, sekali pun kita mahu pasukan yang kita sokong itu menang.”
Content Marketing Sebagai Satu Pelaburan?
“Setiap cabang perniagaan dan syarikat perlu melabur dan berbelanja untuk strategi content marketing. Antara sebab utamanya ialah content marketing merupakan saluran (channel) yang sangat berkesan dalam memupuk perhubungan dengan bakal pelanggan.”“Terpenting ialah mendapat kepercayaan mereka.”
Ya… aku setuju bangat dengan ungkapan Matt nih…
… kepercayaan dan keyakinan bukan boleh dipaksa kerana ianya perkara hati yang mudah tersentuh.
Sesungguhnya manusia (aku lah tu) itu amat emotional… dalam tindak tanduk mereka.
Rasional itu dalam bab perkiraan seperti sains, engineering, proses pembuatan, mathematics… soal hati tak boleh kiranya punya.
Tersentuh sikit merajuk… habis. Tak beli terus. Tengok muka pun tak mahu dah.
Eee… terrrruuukkkkknyer…
Menurut Matt lagi dari apa yang dibacakan dari notanya, Content Marketing itu bermaksud:-
➽ Sesuatu pendekatan yang fokus kepada penciptaan dan pengedaran content (hasil karya) yang bernilai, berkait dan relevant kepada audience secara berterusan.
➽ Tujuannya ialah supaya dapat memupuk audience yang sebenarnya.
➽ Matlamat utama ialah menjadikan mereka pelanggan tetap yang berpuas hati, setia, dan membeli dengan berulang-ulang.
➽ Keuntungan perniagaan itu bergantung pada repeat customer, bukan satu mari lepas sekali beli terus tak datang lagi.
Artikel Berkaitan Content Marketing:-
➽ Strategi Menjayakan Content Marketing Dan Keperluan Kepada Kelajuan
Ahli Parlimen Ukraine ditong-sampahkan |
Sebelum pergi... meh tekan butang bawah ni seround.
Thank you for your comments