Tak Faham Kenapa Content Marketing Itu Penting? Malu Nak Bertanya? Baca Sini
Upin & Ipin - Google Image |
Content marketing ialah pengedaran sesuatu karya kepada target audience
Malu bertanya sesat jalan. Malas membaca bodoh sampai bila-bila. Silap memilih bahan bacaan akan membawa kita ke arah yang salah.Upin dan Ipin - bukubistari.blogspot.com |
Mahu membetulkan kefahaman tentang konsep dan cara penggunaan content marketing?
Artikel ini boleh membantu. Ianya panjang dan bersiri. Hadamkan satu persatu… ek?.
Maaf Aku Tak Pandai Nak Terjemah “Content Marketing” ke Bahasa Melayu
Content marketing – apakah bila diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bermaksud Pemasaran Melalui Persembahan? Pemasaran Kandungan? Pemasaran Perisian?
.
Tak sedap bunyinya. Walaupun ianya merujuk kepada persembahan bahan isi kandungan yang digunakan secara online atau pun bercetak.
Tak sedap bunyinya. Walaupun ianya merujuk kepada persembahan bahan isi kandungan yang digunakan secara online atau pun bercetak.
Dan persembahan perisian ini berbentuk penulisan, video, grafik, seminar, live stream video, banner, lukisan kartun, atau pun posting ringkas di media sosial.
Jadi aku akan gunakan perkataan Content Marketing dalam siri artikel ini bagi merujuk kepada bahan-bahan yang disebut kat atas tadi.
.
.
Tujuan dan Matlamat Content Marketing
Secara umumnya, content marketing ialah pengedaran sesuatu karya yang mempunyai nilai, berkaitan dengan isu semasa ditujukan khas kepada sesuatu kelompok orang (audience).
Content marketing ini satu kerja yang dilakukan oleh seseorang atau badan perniagaan. Tujuannya menarik perhatian dan mengundang minat kelompok tertentu.
Matlamatnya hanya satu iatu memperbanyakkan lagi pelanggan yang terus membeli. Meningkatkan pendapatan (sales) dan keuntungan (net profit).
Bila ada tujuan dan matlamat yang jelas, content marketing merupakan pergerakan yang disusun rapi dan mempunyai strategi.
Fokusnya ialah membentuk perhubungan dengan pelanggan dari sudut emosi dan attachment.
Penggunaan atau penajaan karya (program khas) untuk menarik perhatian trafik (audience). Ia disusuli dengan pengenalan atau peringatan terhadap sesuatu produk yang dijual oleh penaja.
Penggunaan atau penajaan karya (program khas) untuk menarik perhatian trafik (audience). Ia disusuli dengan pengenalan atau peringatan terhadap sesuatu produk yang dijual oleh penaja.
Ambil Contoh Siri Kartun Animasi Upin dan Ipin
Contoh terbaik ialah program TV Kartun Animasi Upin dan Ipin. Ia mensasarkan (target) kanak-kanak dan juga ibu bapa yang mempunyai anak kecil (audience). Ia akan diselangi oleh iklan produk yang berkaitan dengan kanak-kanak sekolah.
Produk pula bukan produk yang dikeluarkan oleh syarikat yang mengeluarkan siri kartun Upin dan Ipin, tetapi syarikat lain. Syarikat ini membayar ruang pengiklanan supaya produk mereka dipertontonkan.
Contoh yang sama dengan cerita Upin dan Ipin ini tentang content dan pemasaran ialah penajaan pasukan bola sepak atau pertandingan golf antarabangsa.
Untuk tayangan pertandingan golf, iklan yang dipaparkan ialah untuk audience yang meminati golf dan punya lifestyle sebagai orang yang mampu bermain golf.
Untuk tayangan pertandingan golf, iklan yang dipaparkan ialah untuk audience yang meminati golf dan punya lifestyle sebagai orang yang mampu bermain golf.
Selain persembahan di kaca TV, karektor kartun ini juga dipaparkan dalam bentuk bahan bercetak, video, iklan di billboard, di dinding bas, banner dan berbagai channel. Termasuk website dan media social. Facebook Page Upin dan Ipin sudah punya berjuta-juta Likers.
Kandungan perisian (content) ialah siri kartun yang menghiburkan dan mempunyai ciri-ciri pendidikan termasuk moral.
Ianya bersiri dan sambung menyambung. Sehingga ke hari ini entah sudah berapa tahun. Siarannya juga diulang-ulang.
Target audience ialah kanak-kanak. Produk yang diperkenalkan (marketing) sudah tentu kebanyakannya produk untuk kanak-kanak. Nama Upin dan Ipin ini sudah diingati dan sekarang menjadi satu brand. Dengan taglinenya “betul-betul-betul.”
Maka banyaklah produk yang menggunakan jenama ini untuk produk merchandise. Beg sekolah, buku nota, pelapik meja… dan bermacam lagi.
Artikel lanjutan tentang Content Marketing ini boleh dibaca dengan KLIK pada tajuk atau pautan dibawah:-
Penting Untuk Penulis dan Karyawan. Penjelasan Dan Fakta Tentang Content Marketing
• Penjelasan dan tips yang dikongsikan tentang “Content Marketing.”
• Story Telling Dengan Content Marketing Itu Berkait?
• Fakta Tentang Content Marketing
• Kenapa Keyakinan Dan Kepercayaan Sangat Penting?
• Content Marketing Sebagai Satu Pelaburan?
Pautan Artikel: Penjelasan Dan Fakta Tentang Content Marketing
10 Tips Content Marketing Yang Boleh Diikuti dan Menguntungkan
Tip No. 1. Publish Content Yang Lebih Baik
Tip No. 2. Content Marketing Itu Satu Cabang Pendidikan
• Selesaikan Masalah Pembaca
Tip No. 3. Kenali dan Fahami Kehendak Audience
• Buatkan Content Untuk Mereka
• Main Tembak Rambang Saja?
Tip No. 4. Berhubung Dengan Audience
• Perhubungan melalui emosi
Pautan Artikel: 10 Tips Content Marketing Yang Boleh Diikuti dan Menguntungkan.
Pengisian Bahan Dalam Content Marketing Sama Seperti Seni Pertukangan dan Bercucuk Tanam
Tip No. 5. Menulis Itu Seperti Tukang. Craftmanship
• Kombinasi Sains, Seni dan Saiko-logik
Tip No. 6. Wujudkan Content Yang Boleh Disuburkan
• Nama vs Brand
• Marketing vs Sales vs CEO
• Content Yang Boleh Disuburkan?
• Menusuk Jiwa dan Actionable
• Subur Lawannya Layu
Pautan Artikel: Pengisian Bahan Dalam Content Marketing Sama Seperti Seni Pertukangan dan Bercucuk Tanam
Penting Sangat ke Menjadi Seorang Storyteller Yang Bagus?
• Tauladan Dari Sesi Tazkirah, Ceramah Agama, Dan Ceramah Politik
• Go For the Kill – Call To Action
• Kesimpulan: Kesan dan Pengaruh Storytelling
Pautan Artikel: Tip No. 7 Jadilah Seorang Storyteller Yang Bagus
• Kenapa Menulis Dan Apa Tujuannya?
• Suka-Suka Pun Tujuan. Hanya Bukan Untuk Berbisnes
• Ada Apa Dengan Tulisan Yang Memberikan Inspirasi?
Tip No. 9. Content Marketing Yang Berjaya Bukan Satu Kebetulan Tetapi Kerana Ianya Mempunyai Strategi
• Content Marketing Yang Berjaya
• Bukan Satu Kebetulan Tetapi Kerana Ianya Mempunyai Strategi
• Bagaimana Mahu Menjana Trafik? Apakah Strateginya?
Tip No. 10. Mobile Speed Tidak Lagi Boleh Diabaikan
Pautan Artikel: Strategi Menjayakan Content Marketing
Artikel Berkaitan Content Marketing Dalam Siri Ini:-
➽ Penting Untuk Penulis dan Karyawan. Penjelasan Dan Fakta Tentang Content Marketing
➽ 10 Tips Content Marketing Yang Boleh Diikuti dan Menguntungkan
➽ Pengisian Bahan Dalam Content Marketing Sama Seperti Seni Pertukangan dan Bercucuk Tanam
➽ Penting Sangat ke Menjadi Seorang Storyteller Yang Bagus?
➽ Content Yang Memberi Inspirasi Untuk Pembaca Melakukan Sesuatu
➽ Strategi Menjayakan Content Marketing Dan Keperluan Kepada Kelajuan
Share jer lah artikel ni. Kasi sama kengkawan yang terlibat dengan content marketing. Dengan otai tak payah laaa... dia orang gelak jer. Meh tekan butang bawah ni.
Thank you for your comments