Strategi Menjayakan Content Marketing Dan Kenapa Laju Itu Sangat Penting - CrazyDuck -->

Header Ads

Strategi Menjayakan Content Marketing Dan Kenapa Laju Itu Sangat Penting

Content yang bagus susah untuk sampai kepada audience jika paparan di smartphone mengambil masa melebihi 3 saat. Usaha dan kos marketing menjadi sia-sia. Untuk mendapatkan trafik terutama pengunjung yang convert memerlukan strategi. Off-line... MAHA, Hari Peladang Negeri, Mood Republik dan Jom Heboh antara contoh terbaik di mana ramai bakal pelanggan. Trafiknya gila babi punya banyak. Blog dan website juga perlu berada di mana pengunjung ramai. Bagaimana eh?
young-entrepreneurs-need-mentors
Tepukan memberikan semangat. Yang convert pula akan membantu dalam berbagai sudut.

Content Marketing Yang Berjaya Bukan Satu Kebetulan Tetapi Kerana Ianya Mempunyai Strategi

Matt terus berceloteh dan bercerita. Kali ini tentang strategic content marketing. Juga kenapa banyak website termasuk Publishing House yang besar-besar melakukan perubahan untuk kelajuan.

Katanya untuk mendapatkan traffic iaitu pengunjung terutama pengunjung yang “convert” memerlukan strategi.

Dalam hal tazkirah tadi pengunjung yang convert ialah mereka yang menghulurkan sedekah dan membeli sambil menderma.

Sekadar tepukan gemuruh atau takbir yang bergema tidak memberikan apa-apa erti jika tujuan utama ceramah itu ialah untuk mengumpulkan dana.

Tentunya ia memberikan kepuasan kepada penceramah bila banyak tepukan.

Begitu juga dengan LIKES pada penulisan. Dan ini sudah memadai bagi penulis yang gajinya dibayar atau penceramah yang ada elaun tetap.

Tetapi tepukan atau LIKEs tidak akan membantu membina pembangunan atau membawa makanan ke meja hidangan.

Berbeza dengan tepukan dan LIKEs yang diiringi oleh conversion. Iaitu uncang dan tin milo yang penuh berisi.

Dan meja yang mampu dihidangkan dengan makanan yang enak-enak.

Tip No. 9. Bagaimana Mahu Menjana Trafik? Apakah Strateginya?

Jadi apakah strategi yang patut aku lakukan untuk menjana trafik? Soal aku dalam hati. Lagi banyak trafik walaupun peratus conversion sama, hasilnya akan bertambah.

Di jalan raya, nak jumpa banyak trafik ialah di persimpangan utama yang punya trafik light. Letak banner mesti orang nampak iklan produk kita.

Dalam hal tazkirah tadi [dari artikel terdahulu] penceramah pergi ke tempat pengunjung berkumpul seperti padang atau dewan. 

Kalau dalam bab berniaga off-line pula penjual pergi ke tempat ramai pelanggan pergi seperti pasar malam atau expo.

MAHA, Hari Pelangang Negeri, Mood Republik dan Jom Heboh antara contoh terbaik di mana ramai bakal pelanggan. Trafiknya gila babi punya banyak.

Dalam hal penulisan… lain ceritanya.

“Kamu ada pasang backlink widget dalam blog?” Tanya Matt.

“Ada.”

“Bagus.”

“Kamu kenal pasti yang mana antara banyak-banyak artikel tu, artikel mana dan jenis apa yang mendapat sambutan?”

“Oh… aku ada pasang analytic software untuk detect traffic dan ia memberikan maklumat post yang mana dan jenis apa yang mendapat sambutan.”

“Bagus. Tetapi apa yang kau buat dengan post-post yang mendapat sambutan tu?” Tanya Matt mahukan kepastian jika aku melakukan sesuatu yang betul lagi sekali.

“Ermm… ada juga yang aku edit dan upgrade contentnya. Mengikut kesesuaian semasa. Tapi itu posting yang bersifat evergreen."

"Kalau posting jenis berita dan berita itu pula sudah basi, aku biarkan saja. Tak buat apa-apa.”

“Untuk content yang di-upgrade aku promote semula diruang media social dan juga e-mail. Selalunya dapat penambahan audience. Dan juga conversion pada iklan.”

“Bagus… itu step yang betul. Satu lagi peringatan... amalkan 80% promosi 20% membuat content.” 

Hah… aku lega dengan pengakuan Matt dan tambahan tipnya. Tak ada lah nampak mengong sangat aku ni dimatanya.

Tip No. 10. Mobile Speed

“Tadi kita sembang pasal trafik, kan? Kau sedar tak sekarang ni majoriti orang membaca menggunakan smartphone?”

“Ya betul…” Aku menjawab.

“Apa yang kau lakukan untuk attract dan kekalkan pembaca mobile ni?”

“Aku hanya taruk “ON” pada setting untuk enable mobile version pada blog aku.”

“OK… kau rasa itu sudah cukup atau kau perlu betulkan sesuatu?”

“Maksud kau tu macamana?” Aku tanpa segan silu bertanya sambil mengakui kelemahan aku.

“Eh… kamu tau tak… publishing house yang besar-besar macam Washington Post tu apa yang mereka buat?”

“Keep on publishing jer lah…” Aku menjawab macam orang bodoh.

“Heh… walau pun mereka sudah guna website yang sangat mobile friendly untuk sekian lama, mereka terpaksa membuat ubah suai dan upgrade. Ini supaya website dia orang tu respond dengan kelajuan maksima pada smartphone.”

“Ohh… tapi aku tak faham lah… apa maksud kau? Apa masalahnya dengan website yang sudah sedia mobile friendly? Dan kenapa perlu ada upgrade lagi?” Aku bertanya.

“OK… kita sekarang bercakap tentang kelajuan. Speed.”

“Sekiranya blog posting kau tu keluar perlahan lebih slow dari siput… orang akan tinggalkan saja dan tak akan baca. Paling lama dia orang sanggup tunggu ialah 3 saat.”

“Oh... ya ka?”

“Macamana pula dengan iklan dan gambar?”

“Yap… soalan yang baik.”

“Publishing house yang besar-besar ni pendapatan dia orang ialah melalui iklan yang dipaparkan. Apabila iklan slow nak keluar atau langsung tak nak keluar peluang untuk buat duit habis burn macam tu saja.”

“So… apa yang penting sekarang ialah kamu ingat pesan aku ni baik-baik. Paling baik kamu buat dan buat, ingat saja tak ada faedah.”
  • “Sekiranya page dari blog kamu tu loading dia mengambil lebih dari 3 saat dan membuatkan pembaca pergi… tak payah kamu nak sibuk tulis teruk-teruk.
  • Pergi jer buat kerja lain. Kau buang masa saja.
  • Kerana iklan yang ada dalam blog kau tu hanya akan keluar setelah orang dah tak ada kat situ. Kau faham maksud aku?”

“Wah ini serious ni. So… selain dari memberikan loading yang cepat dan paparan gambar serta iklan juga pantas apa faedah lain?” Aku teruja dan bertanya lagi.

“Apa yang aku dapat tahu, secara tradisinya, 51% pengunjung Washington Post yang menggunakan smartphone datang semula. Sekurang-kurangnya dalam masa 7 hari. Tetapi angka ini meningkat kepada 63%. Peningkatan sebanyak 12%”

“Bagus tu… kan? Iklan pula macamana?” Aku menyambut sambil menyoal.

“Ya… iklan merupakan sumber pendapatan yang penting.”

“Satu Publishing House yang lain dengan nama Wired, dia orang mendapati click through rate (CTR) melalui carian (search) meningkat kepada 25%."

"Dan pada page yang di-upgrade khas CTRnya meningkat sebanyak 63%.

“Oh… macam tu. Maknanya aku kena upgrade blog page aku supaya loading pada mobile lebih pantas. Ek?”

“Ya… lebih cepat kau buat lebih baik. Kalau kau nak… aku boleh bagi maklumatnya sekarang.”
.

Aku Pun Upgrade-lah Blog Aku. Mampukah Ianya Membantu Tingkatkan Trafik dan CTR?

Maka selepas study maklumat yang Matt berikan pada aku, aku menggodek coding HTML untuk mahir dengan applikasi baru bagi blog aku.

Aku dapatkan template baru yang mobile friendly dan dibuat blog kembar kepada blog sediada. HTMLnya aku ubah sana sini supaya loading speed bertambah laju.

Hasilnya… blog ini lah ➤ AMPowered ⚡ Network [update: link removed] blog kembar kepada ➤ JoF | Journeys of Freedom.

Dan aku masih dalam process memasukkan lebih dari 150 artikel panjang dari JoF kepada AMPowered

Ya… memang banyak kerja. Dan melambatkan aku untuk memuatkan artikel baru yang dah aku standby.

Blog AMPowered ⚡ Network [update: link removed] ni masih dalam penambah-baikan dalam beberapa sudut lagi. Tapi OK lah… boleh publish dah. 

Result akan diketahui dalam masa sebulan dua ni. Apa kesannya pada trafik, retention, dan CTR.

Update 6-7-2017: Setelah beberapa percubaan... nampaknya terpaksa balik ke HTML guna Javascript. AMP terlalu susah dan leceh. Plugin tak banyak. Hasil pun tak berbaloi.

Setiap Pertemuan Ada Perpisahan

Berbalik kepada Matt… selepas hampir dua jam kami berborak dia meneruskan perbincangan dengan si Achong bersama Joe. 

Entah apa dealnya dia orang buat aku tak tahu. Mungkin hal berkaitan dengan perladangan sawit atau produk hiliran dari minyak sawit agaknya.

Sebelum berpisah aku ucapkan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada Matt kerana walaupun sudah lama berpisah masih dia ingat kat aku.

Lebih-lebih lagi kerana sudi membantu aku dengan bagi tips macamana nak buat content marketing yang boleh sampai kepada audience sasaran.

OK... cerita pasal content marketing ditamatkan di sini untuk siri ini. 

Lain kali kalau datang ke blog ini dan nak baca pasal "Content Marketingklik saja pada label "Content Marketing." Guna search box pun boleh.


No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.