Pengisian Bahan Dalam Content Marketing Sama Seperti Seni Pertukangan dan Bercucuk Tanam - CrazyDuck -->

Header Ads

Pengisian Bahan Dalam Content Marketing Sama Seperti Seni Pertukangan dan Bercucuk Tanam

Content yang subur berjaya menjayakan pembaca mendapatkan apa yang mereka mahu. Sesuatu yang ‘actionable’. Kesuburan berlaku bila ada follow-up dengan artikel baru. Pembaca akan mengongsikan content ini dengan rakan mereka dan rakan mereka pula berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Ia sesuatu yang berbaloi untuk dikongsikan. Lalu menjadi viral.
Duit dari ukiran kayu - Randal Rosenthal

Bagaimana Menulis Sesuatu Yang Mahu Dibaca? Tanpa Pembaca... Blog Akan Mati Meragan

Seni pertukangan terutama ukiran memerlukan kepakaran penggunaan alatan khas termasuk juga mesin. 
Kehalusan seninya pula bergantung kepada upaya tangan membentuk larikan halus. Kemahiran menggunakan alat khas yang mungkin sangat sensitif untuk rosak.

Bercucuk tanam juga serupa. Perlu mengenal tumbuhan apa yang sesuai di tanah yang bagaimana. 

Penggunaan baja yang sesuai juga perlu diketika pokok itu masih kecil, sedang subur, atau diperingkat berbunga dan berbuah. 

Terlebih baja tanaman akan mati.

Pengisian posting dalam blog, media social untuk content marketing juga begitu. 

Ibarat baja terlebih, posting yang sangat mengarah kepada menjual (iklan-iklan-iklan dan iklan) akan ditinggalkan. 

Tetapi sentiasa ada posting baru yang menyuburkan ingatan audience terhadap kita. Jangan harap sekali tabur akan terus subur.

Mana mungkin begitu.

Stesyen radio dan TV juga tidak pernah putus siarannya dan setiap hari setiap waktu kandungan yang dipaparkan berbeza, Tetapi ada kesinambungan dari paparan hari atau minggu sebelumnya.

Bagi siaran TV yang terlalu banyak iklan, remote controller TV memainkan peranan utama.

Tukar channel, lari dari iklan. Kecuali bila menonton channel khas yang hanya menjual.

Tip No. 5. Menulis Itu Seperti Tukang. Ianya Craftmanship.

Ianya kombinasi Sains, Seni dan Saiko-logik.
Heh… aku suka penekanan Matt tentang saiko-logik. Bukan semestinya psychology. Saiko bermaksud mempengaruhi minda pembaca tanpa dia sedar dia sedang dipengaruhi.

“Content marketing akan terus subur. Ianya adalah asas kepada segala bentuk pengiklanan. Tanpa content kamu tak akan boleh berkomunikasi dengan bakal pelanggan.” Ada nada serius dalam suara Matt.

“Craftmanship bermaksud ianya gabungan seni dan sains. Terutama sains kemanusiaan. Seni pula bagaimana memberikan daya tarikan kepada sains.”

“Sains juga mempunyai asas yang kukuh terhadap data. Kesenian yang baik tetapi tidak disokong oleh data, hasilnya tidak akan boleh pergi jauh.”

“Terlalu menggunakan sains terhadap content marketing sehinggakan hilang unsur kreativitinya (craftsmanship) membuatkan ianya boring dan menjemukan.”

“Content itu mati kerana ditinggalkan dan diabaikan oleh pembaca atau pendengar yang menguap dan tertidur.”

Tip No. 6. Wujudkan Content Yang Boleh Disuburkan

“Jangan buat Marketing Department seperti balai berita.” Aku tak faham apa maksud Matt sambil dia berhenti bercakap dan menghirup minuman.

Aku tidak mahu mengganggu dia punya “train of thought”, so… aku berdiam saja. Sambil dua lagi rakan Matt si Chong dan Joe tenggelam dengan cerita business mereka.

“OK… maksud aku tadi ialah Marketing Department tu bukan hanya semata-mata menjana content. Balai berita... ya sungguh. Sebab mereka menjual content secara terus seperti majalah atau surat khabar. Mereka juga menjana pendapatan melalui pengiklanan.”

“Majalah atau surat khabar yang mempunyai content bernilai tinggi untuk segment tertentu akan mempunyi ramai peminat setia.”

“Orang tidak membeli majalah sebab namanya. Pertama kali mungkin. Tapi bila contentnya tidak disukai, orang terus tak peduli akan nama majalah itu.”

“Marketing Department tidak menjual berita, tetapi content yang diolah supaya produk syarikat dikenali.”

Nama vs Brand

“Lebih baik bila produk itu diingati dan menjadi pilihan utama. Secara sedar atau tidak.”

Ungkapan Matt ini mengingatkan aku akan nama seperti Maggi, Colgate, Milo, Nescafe, Hup Seng. Nama yang sinonim dengan produk.

Nama ni juga sudah menjadi brand. Pada yang belum menjadi brand, nama itu sekadar nama untuk pengenalan. Ianya juga label kepada produk.

“Content marketing juga menimbulkan rasa ingin tahu diminda pelanggan terhadap produk baru atau upgrade yang dikeluarkan. Dari ingin tahu berakhir dengan pembelian.”

“Apabila pelanggan berpuas hati dengan apa yang dia tahu dari maklumat yang didapati dan merasai memang benar apa yang dijanjikan oleh maklumat tersebut… dia akan berubah dari pembeli kali pertama kepada pembeli berulang-ulang.”

“Balai berita mengeluarkan berita terbaru setiap hari. Marketing pula mempromosikan content mereka bersesuaian dengan masa dan rentak pasaran.”

“Contoh paling mudah ialah mempromosikan sampan pada penduduk yang dilanda banjir dan hanya ketika hampir musim banjir. Selepas musim banjir promosi dihentikan.”

Marketing vs Sales vs CEO

 “Marketing Department mengenengahkan maklumat produk ke pasaran. Menimbulkan rasa ingin dan mahu diminda pelanggan. Tetapi bukan sesuatu yang perlu.”

“Manakala Sale Department membawa produk ke pasaran. Tugas utamanya menjual dan memungut hasil jualan.”

Bagi aku, syarikat besar korporat boleh lah mampu nak ada banyak department. Bagi sesetengah syarikat kecil, orang yang sama mungkin terlibat dengan delivery, collection atau servicing juga selain marketing dan sales.

CEOnya ialah Chief of Everything Officer. Tak boleh subur membesar kalau satu orang nak buat semua. Tapi bila pilihan dah tak ada… buat jugalah.

Tambah-tambah lagi diperingkat awal perniagaan. Baru nak naik. Baru nak kenal dunia bisnes ni macamana.

Tapi aku masih kelabu (blurr) dengan apa yang Matt mahu sampaikan. Iaitu content yang subur.

Content Yang Boleh Disuburkan?

“OK… aku faham, kamu masih agak kelabu dengan maksud “disuburkan” tu, kan? Matt menegur aku setelah melihat mata aku berpusing-pusing mencari jawapan sendiri untuk dikaitkan dengan celoteh “subur”nya di atas.

Dalam kepala hotak aku… perempuan tu kalau subur senang dapat anak. Ini content yang subur… mmm… dapat ramai pembaca lah agaknya. Tak apa nanti dia akan terangkan juga.

“Kamu tak boleh nak mempengaruhi 100 atau 1,000 jiwa pembaca serentak jika baru terlibat dalam penulisan. Kecuali bila sudah ada nama dan content kamu sentiasa ditunggu-tunggu, 10,000 pun boleh dapat. Terutama bila sudah punya ramai followers tegar.”

“Bagi penulis yang sudah otai dan ramai followers, mereka asalnya bermula dengan kosong juga. Mereka memenangi hati pembaca satu demi satu. Seorang lepas seorang.”

“Walau pun sudah ada artikel, kesuburan itu bermula dengan content yang menusuk jiwa. Bukan menulis content sekadar mengisi kekosongan. Tetapi tetap juga ianya bagus sebagai latihan.”

Menusuk Jiwa dan Actionable

“Setiap orang itu gaya penulisan mereka berbeza. Ibarat cap jari. Tusukan yang paling berkesan ialah cucuk di mana tempat yang terasa paling sakit.”

“Kat mana ada bisul di situlah kita kacau dan korek. Biar dia keriau. Lepas tu bagi ubat, sembuhlah. Dan dia akan berterima kasih lepas tu. Dia akan ingat sampai mati.”

“Aura, suara, alunan irama setiap penulis juga tidak sama. Semakin dilatih dan dibuat… aura ini akan terus subur dan lama-lama menjadi kebiasaan untuk menghasilkan penulisan yang menusuk jiwa pembaca.”

“Apabila kita sudah mendapat rentak (momentum) dengan response pembaca kita akan tahu apa yang mereka mahu.”

“Dari situ kita akan dapat mengasingkan topic atau isu yang tidak mendapat sambutan. Dan fokus kebolehan kita kepada memberikan apa yang pembaca mahu.”

“Content yang subur berjaya menjayakan pembaca mendapatkan apa yang mereka mahu. Sesuatu yang ‘actionable’.”

“Kesuburan berlaku bila ada follow-up dengan artikel baru yang mengisi ruang baru. Pembaca akan mengongsikan content ini dengan rakan mereka dan rakan mereka pula berkongsi dengan rakan-rakan mereka.”

“Ia sesuatu yang berbaloi untuk dikongsikan. Lalu menjadi viral… dan ketika itu kamu akan dapat merasai kesuburan yang terjadi.”

Subur Lawannya Layu

“Aku hanya nak ingatkan… subur itu lawannya ialah layu. Bila penulisan kamu tidak ada yang baru, pelawat dan pembaca blog atau website kamu akan menurun. Dan lama-lama dilupakan terus.”

Matt mengakhiri tajuk kesuburan ini dengan peringatan tetapi lebih berbentuk amaran.

Dan ianya sungguh sangat benar. Dalam hati aku, walaupun baru setiap artikel itu perlu ada bab yang mencuit hati yang membuatkan pembaca mahu kongsikan dengan rakan mereka.

Sekadar baru tanpa isi yang baik… tetap juga akan terarah kepada kelayuan.

“Pembaca tidak pedulikan siapa kamu, tetapi apa manfaat yang kamu tuliskan untuk mereka.” Inilah yang dapat aku rumuskan dari penceritaan Matt di atas.

Dalam hati aku jangan publish sesuatu yang baru sehinggalah ianya mengandungi unsur manfaat yang memberikan inspirasi. Atau dijadikan contoh (panduan) bagi pembaca mendapatkan apa yang mereka mahu.

Artikel ini bersambung di: Penting Sangat ke Menjadi Seorang Storyteller Yang Bagus? Pautannya di bawah.


Like & Share lah... Silakan tekan salah satu butang di bawah ini... Terima Kasih.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.