Rumah Anak Yatim Kediaman Abu Nur Pengkalan Hulu Perak - CrazyDuck -->

Header Ads

Rumah Anak Yatim Kediaman Abu Nur Pengkalan Hulu Perak

Rumah ini menempatkan anak-anak yatim dari sekitar utara semenanjung dan memberi perlindungan, persekolahan, bimbingan, dan kasih sayang kepada anak-anak yang kurang bernasib baik. Saya harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kekangan wang ringgit dalam menjalankan aktiviti murni mereka.

Rumah Anak Yatim Abu Nur

Saya mula mengikuti perkembangan Rumah Anak Yatim Abu Nur yang diketuai oleh Puan Hajjah Zawiah bt. Haji Lazim ini semenjak tahun 2007.

Rumah-Anak-Yatim-Abu-Nur-1

Rumah-Anak-Yatim-Abu-Nur-2

Terletak di Pengkalan Hulu, Perak, rumah ini menempatkan anak-anak yatim dari sekitar utara semenanjung dan memberi perlindungan, persekolahan, bimbingan, dan kasih sayang kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.


Sumber utama pendapatan rumah ini adalah daripada sumbangan orang ramai dan juga bantuan dari pihak kerajaan dan badan-badan amal tertentu.  Saya harap artikel saya ini sedikit sebanyak akan dapat membantu Rumah Abu Nur mengurangkan kekangan wang ringgit dalam menjalankan aktiviti murni mereka.

Rumah-Anak-Yatim-Abu-Nur-4

Kali terakhir saya membuat sumbangan kepada Rumah Abu Nur ini ialah pada 4/12/2014 seperti yang yang tercatat  pada resit kemasukan wang disertakan di sini.  

Artikel ini dipublished pada 8/12/2014 @ 11:55 AM.

Pada mereka yang berminat untk mengetahui lebih lanjut tentang rumah anak yatim ini dipersilakan untuk melawat pautan berikut:

http://abunur.net/pengenalan.html dan https://www.facebook.com/AbuNur.Net.

Anda boleh membuat sumbangan kepada:
Nama penerima: Persatuan Kebajikan Abu Nur 
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad 
No. akaun: 0204 8010 0439 41

Rumah-Anak-Yatim-Abu-Nur-5

Semoga bantuan ikhlas tuan / puan mendapat keredhaan dan diberikan keberkatan olehNYA. Ameen...

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.