Pedang, Keris dan Cindai Dari Alam Ghaib?
Majoriti Orang Mempercayai Kewujudan Alam Ghaib
Atheist yang tak mengaku kewujudan tuhan pun secara tanpa sedar mengaku akan hal ghaib. Sekurang-kurangnya mereka akan sebut OMG – Oh My God.Semua bangsa melakukan penyembahan, kerana mereka percaya akan perkara ghaib. Yang boleh membawa kesan dalam kehidupan mereka. Samada menguntungkan, merugikan, menyakitkan atau kebahagiaan.
Hanya persoalannya… bolehkah kita melihat dengan mata kepala kesan ghaib ini dalam kehidupan? Atau hanya ada dalam kepercayaan? Sesuatu yang mistik yang tak boleh digapai tangan?
Jika ada kesan adakah ianya secara terus atau melalui proses yang panjang. Sebagai contoh kita sering mendengar akan hal sedekah.
Pagi-pagi sedekahkan sesuatu pada orang tertentu, tiba-tiba sales hari itu atau pada esok lusa meningkat berpuluh kali ganda.
Biasa dengarkan?
Kebolehan Berinteraksi Dengan Alam Ghaib
Kebolehan berinteraksi dengan alam ghaib merupakan keistimewaan yang tidak ramai mampu melakukannya.Aku boleh ke?
Ha ha… bercerita sikit-sikit bolehlah. Dari pemerhatian. Bukan perlakuan atau pengalaman sendiri.
Ya… berikut adalah kisah yang berlaku dengan seorang kawan yang punya kemahiran bercakap dan berinteraksi dengan makhluk alam ghaib.
Bukan… dia bukan Tamar Jalis – yang tulis buku atau cerita bersiri “Bercakap Dengan Jin” tu.
Tak payah lah kenal siapa kawan aku tu atau bagaimana cara yang dilakukannya. Tapi meh tengok hasilnya.
Kebiasaannya dia hanya memberitahu di satu-satu tempat ada sesuatu yang menanti untuk diambil.
Petugas yang diberi gelaran khas iaitu "Kundang" pun pergilah mencari… apa yang ditemui nasib lah.
Kain Cindai Hadiah Dari Alam Ghaib
Gambar di bawah yang mengandungi 25 helai kain cindai ialah sebahagian dari hadiah yang diterima.Sekiranya anda tak tahu apa itu kain cindai, ia merupakan sebahagian dari fashion yang diletakkan pada bahu bagi lelaki. Kalau rajin ke masjid pasti akan nampak.
Bagi perempuan ia dijadikan tudung ringkas. DS Siti Nurhaliza siap buat lagu dengan tajuk Cindai pada tahun 1997.
Pedang dan Keris Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu Nusantara
Keris merupakan accessory penting dalam fashion terutama bila ada keraian tertentu. Yang berkahwin mesti mengenakan keris ketika menjadi raja sehari. Lelakinya lah...Keris juga merupakan senjata utama dalam alam persilatan Melayu. Dalam silat ianya ibarat kelengkapan sukan. Atau untuk mempertahankan diri... satu ketika dahulu.
Manakala pedang pula lebih kepada budaya Timur Tengah yang menusup masuk ke Nusantara. Tetapi Jepun pula amat terkenal dengan Pedang Samurainya.
Hanya pedang yang berunsurkan Timur Tengah didatangkan kepada kawan aku ni. Jepun mari punya tak ada.
Pedang dan Keris Dari Alam Ghaib
Beberapa bilah pedang dan keris juga diterima. Perhatikan dengan baik apa yang tertulis pada pedang dan keris ini.Sekiranya tidak jelas, artikel dengan tajuk “Pedang dan Keris Dari Alam Ghaib Boleh Berdiri Tegak” memberikan screenshot yang lebih dekat dan agak jelas.
Pedang dan keris ini juga boleh dibiarkan berdiri. Lihat gambar seterusnya di bawah.
Aku tak tahu samada ianya diletakkan secara tegak kemudian dilepaskan dan tidak tumbang… Atau keris dan pedang ini memang boleh berdiri dengan sendiri apabila diseru.
Ada pernah dengar cerita pedang terbang sewaktu peristiwa 13 Mei 1969? Tak pernah? Tak apa... teruskan membaca.
Aku hanya diberikan gambar ini dan tak pernah terlintas difikiran untuk bertanya lebih lanjut. Sekadar terima seadanya. Take it at the FACE VALUE.
Pedang, Keris, dan Kain Cindai dari Alam Ghaib |
Pedang dan Keris ini boleh berdiri tegak. |
Pedang dan Keris berdiri tegak. |
Aku Tak Pandai Nak Cerita Lebih Pasal Hal Alam Ghaib
Artikel ini mungkin yang terpendek pernah aku muatkan dalam blog aku ni. Kali ini banyak gambar.Nak cerita lebih-lebih akan hal alam ghaib yang bukan kepakaran aku, aku tak reti. Pada mereka yang tahu, dia akan mengerti dari gambar yang dipaparkan.
Mohon kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.
OK jom tengok sikit cerita pasal cincin pula. KLIK tajuk ini:- Berpuluh Bentuk Cincin Dikorek Dari Dalam Pasir Di Tepi Pantai.
Thank you for your comments