Words of Mouth Lebih Dipercayai Oleh Pelanggan - CrazyDuck -->

Header Ads

Words of Mouth Lebih Dipercayai Oleh Pelanggan

Word of Mouth sama seperti referal atau rujukan oleh pelanggan kepada pelanggan lain. Mereka lebih percaya dengan kata-kata kawan mereka dari iklan kita. Orang membeli kerana percaya dan yakin. WOM meningkatkan keyakinan pelanggan.
Kereta-Terbalik-Kemalangan-sama-Business-pun-Boleh-Terlingkup-Juga

WOM = Word of Mouth = PR & Iklan Yang Sangat Powerful

Ini adalah bahagian ke-5 (mungkin terakhir) bagi cerita Roadblock Usahawan siri ke-3. Empat episod sebelum ini menceritakan tentang berbagai cabaran untuk berkecimpung dalam dunia keusahawanan. Kali ini tentang pemasaran melalui WOM (Word of Mouth).

Orang sok-sek-sok-sek. Gossip bisik-bisik. Juga tentang risiko menjalankan perniagaan di tapak kekal. Ia itu kedai yang disewa atau kedai sendiri. Sebelum ini tentang pasar malam dan expo yang berpindah randah.

Bahagian ke-4 sebelum ini menceritakan tentang "Aku Mengasah Bakat Berniaga Bermula Dengan Pasar Malam. Iaitu Skill Mengenali Bahasa Badan (Body Language) Pelanggan Boleh Meningkatkan Jualan"

Bila Sudah Terkenal Di Mana Pun Orang Akan Cari

Macam Tok Moh… dia duduk lah dalam hutan mana pun, kalau perubatan dia mujarab, orang akan tahu. Namanya terkenal hasil dari cerita mulut ke mulut (WOM). Dan dia akan dicari bila ada keperluan.

Kalau duduk di kawasan banyak trafik lagi lah bagus, boleh dapat drop in customer. Yang akan jadi PR (Public Relation) kita kemudian hari.

Pemasaran dari mulut ke mulut lebih dan sangat berkesan berbanding iklan yang kita sendiri buat dan promote.

Kalau buat kerja cincai pun sama juga… menyebabkan ramai orang tahu dan terus boikot. Maka harap pelanggan yang bidan terjun saja lah. Tapi business yang harap customer terjumpa (bidan terjun) tak akan boleh bertahan lama.

Terjun juga akhirnya. Tergolek dog macam kereta dalam gambar kat atas tu.

Mesti mau ramai repeat customers. Customers yang terus tuju dan datang ke worskhop kita – sekadar ambil contoh jenis perniagaan. Dia tidak mahu pergi workshop lain. Sebab segala rekord pembaikan kita simpan dan mudah dikeluarkan. Macam rekod di klinik atau hospital.

Setiap tiga bulan dia akan datang – untuk ganti minyak enjin. Masa itu, hal-hal lain boleh sangkut. Brake, gearbox, suspension, water pump, cooling system, tuning, dan bermacam lagi.

Workshop-Kereta-Mercedes-dan-Continental

Kalau Mahu Sewa Di Mall

Bergantung kepada jenis produk & services, boleh saja sewa di mall yang grand tu kalau mampu.

Maksud mampu di sini ialah sewaan tu bukan dibayar dari duit poket. Tetapi keuntungan yang dijana. Kalau asyik keluar duit poket alamat tayar naik atas lah.

Tapi pun ada kes-kes yang tak berapa sedap didengar. Lepas beberapa bulan Mall dibuka, pengunjung mall semakin kurang dan last-last kedai kita pun terpaksa ditutup juga.

Contoh terbaik ialah JB Water Front City dan Plaza Best World di Johor Bahru.

Plaza Best World ini sekarang sudah tukar nama jadi Danga City Mall dan beroperasi semula selepas hampir 10 tahun ditinggalkan.

Beli Kedai Sendiri Jadi Port Penagih Dadah

Mempunyai kedai milik sendiri merupakan sesuatu yang istimewa. Kita bayar sewa tapi lama-lama jadi milik kita juga.

Ada beberapa kes malang yang menimpa pemilik kedai.

Contohnya apabila flyover dibina menghapuskan pintu gate keretapi. Kedai yang dulunya ramai pelanggan tiba-tiba jadi kosong.

Ianya bermula dengan habuk dan banjir lumpur akibat kerja pembinaan. Apabila flyover siap, jalan utama masuk ke kedai sudah jadi lengang sebab orang terus menaikki flyover.

Walaupun milik sendiri tetapi tetap kena bayar bulan-bulan. Akhirnya jadi tempat ternak burung walit.

Lebih malang lagi bangunan itu menjadi tempat port penagih dadah. Apa barang jenis besi atau logam habis kena cungkil. Yang tinggal batu bata sahaja.

Ada juga nasib kurang baik yang serupa dengan pembinaan flyover. Kedai di kawasan perumahan yang tak siap-siap. Tergendala.

Rumusan Kisah Roadblock Usahawan #3

Dalam siri ke-3 ini terdapat lima sub-siri. Klik pada tajuk sekiranya belum membaca.
1. Starting, Entry Point dan Cabaran
2. Focus Pada Kepakaran atau Kehendak Pasaran?
3. Menghidu Pasaran dan Kenal Permintaan
4. Kenali Bahasa Badan (Body Language) Pelanggan
5. WOM = Word of Mouth = PR & iklan yang sangat powerful – Anda di sini.

Setelah berjaya melepas roadblock kedua dan keputusan dibuat untuk berkecimpung dengan dunia keusahawanan aku perlu meneruskan langkah seterusnya. Di sinilah roadblock ke-3 berlaku dalam berbagai bentuk.

1. Aku perlu memilih perniagaan yang mempunyai unsur lestari (sustainability) dan berkemungkinan ada potensi untuk berkembang (growth). Ketika ini aku belajar tentang pasaran.

Mahu masuknya di mana? Apa yang mahu dan boleh aku niagakan?

2. Bergantung kepada pasaran – setempat atau menjangkau luar kawasan. Mahu berniaga barang dan services yang terkait rapat dengan kepakaran aku atau apa yang dimahukan oleh pasaran?

Modal pula bagaimana?

3. Apabila sudah membuat keputusan akan apa yang mahu diniagakan ianya juga sangat berkait dengan channel. Lorong, highway, parit, sungai, lautan biru?

Aku memilih pasar malam sebagai tempat permulaan – ibarat parit kecil yang banyak ikan seluang (bilis darat).

Modal kecil tapi memenatkan kerana sering berpindah randah. Ilmu berniaga pertama aku dapati dari sini yang tidak diajarkan di mana-mana universiti.

Lain orang lain pintu masuknya dan lain juga channel yang dipilih. Lain lorong lain trafiknya. Penting sekali ialah kesediaan pasaran menerima apa yang kita jual. Pasar malam mungkin tidak sesuai bagi mereka.

Kemudian aku memasuki expo Lembaga Pertubuhan Peladang. Juga expo yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Round seluruh Malaysia. Disusuli dengan memasuki expo taraf antarabangsa.

Lain channel lain ikannya. Tepi pantai dengan hutan bakau banyak Sembilang. Ada boat boleh masuk laut, tangkap bilis, kaut kerang atau candat sotong. Bila dah punya boat besar boleh lah masuk laut dalam tangkap ikan Kerapu atau anak Jaws.

4. Perniagaan ialah tentang menjual. Perlu kebijaksanaan tentang rundingan harga dan nilai.

Nilai itu sesuatu yang subjektif manakala harga pula sesuatu yang boleh dipegang. Nilai seorang penjual menentukan penerimaan barangan yang dijual dan berapa harga yang sanggup dibayar oleh pembeli.

Penampilan dan cara bercakap serta keyakinan diri menaikkan nilai barang yang dijual. Tapi barang itu sendiri mesti sedap dipandang mata. Packaging dan cara presentationnya penting.

Apabila pembeli seterusnya menggunakan produk tersebut dan ternyata apa yang diceritakan sewaktu pembelian itu benar, nilai itu akan bertambah. Dan besar kemungkinan pembeli tersebut akan menjadi pelanggan tetap selagi kualiti produk itu dikekalkan atau sentiasa dipertingkatkan.

Termasuk juga aktiviti pemasaran yang mengukuhkan nama barangan itu (brand) pada minda penggunanya.

Satu lagi tentang nilai… Katakan anda membeli sebuah buku yang harganya RM 10. On sale. Kaw-kaw punya sale.

Tetapi pengarangnya orang terkenal yang menjadi idola anda. Siap bagi autograph pada buku itu – LIVE signature. Apakah nilai buku itu pada anda sama atau tidak? Apakah potensinya yang anda akan membaca buku itu samai habis?

Mengenal pelanggan melalui bahasa badan mereka sangat membantu meningkatkan nilai dan jualan. Bahasa badan kita juga penting untuk dijaga.

Dari pertama siri ini diceritakan [Roadblock Usahawan #1: Jangan Berangan Nak Jadi Usahawan],

[Roadblock Usahawan #2 Mahu Menjadi Usahawan. Kenali dan Ubah Apa Yang Sedia Ada Diantara Dua Telinga] tidak pernah aku sebut aku mulakan perniagaan dengan menjual kepada saudara atau adik beradik.

Malah aku telah letakkan quote di bawah sebelum ini dan aku letakkan di sini sekali lagi. Sebab ianya penting.

KLIK ➤ Tweet: Persahabatan yang dipupuk melalui perniagaan itu tersangat lebih baik dari perniagaan yang dibina atas dasar kawan-kawan atau adik beradik.

Jika mereka membeli… Alhamdulillah. Tapi, apabila mereka membeli, selalunya aku akan bagi sesuatu yang istimewa. Samada harga lebih murah atau freebies tertentu.

Moralnya ialah, sekiranya saudara kita sendiri pun malu untuk membeli barangan atau service kita, bermakna apa yang kita jual itu belum cukup baik.

Apabila mereka membeli orang lain akan lihat dan bertanya. Begitu juga jika barangan yang digunanya dibeli dari tempat lain padahal kita juga menjual. Ia memberikan gambaran negative kepada kawan-kawannya.

Masih ingat WOM = Word of Mouth? Ada disebutkan kat atas tadi.

Secara ringkasnya, siri Roadblock Usahawan #3 ini membincangkan bagaimana aku bermula termasuk susah payah yang perlu dan pernah aku lalui.

Pernah tidur bawah meja atas jalan atau di padang? Itulah yang dinamakan attitude. Tentang kecekalan. Tak reti dan tak pandai nak beralasan. Hanya alas toto saja untuk tidur.

Siri ini juga menyebut tentang seni menjual, sasaran pasaran, jenis pelanggan, dan channel di mana mereka berada dan apa yang sesuai dijual. Ini bersangkutan tentang prestasi (performance) yang akan menentukan keberjayaan.

Bersambung pada Roadblock Usahawan yang ke-4. Tunggu lah ek... Rajin-rajinlah melawat lagi ke blog ni.

Butang bawah ni mohon tak dibiarkan kesepian... terima kasih.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.