Nekad Memulakan Kareer Sebagai Usahawan
Gambar: MotoGP Mark Marquez in action |
Keusahawanan: Starting, Entry Point, dan Cabaran
Semangat aku membuak-buak untuk berkecimpung dengan dunia keusahawanan. Kerana aku sudah hilang minat dengan kerja rutin. Atau aku memang jenis manusia yang tidak suka diarah untuk membuat itu ini.Selain dari itu kerja yang aku lakukan sekarang walaupun selesa dengan gaji yang lumayan tetapi ia tidak menjanjikan kekayaan.
Dan dengan keadaan ekonomi yang tak berapa kencang ini bila-bila masa saja aku boleh diberikan surat tawaran. Ya… tawaran untuk berhenti.
Dalam bahasa lembut dan sopannya dipanggil VSS – Voluntary Separation Scheme. Atau pun MSS – Mutual Separation Scheme.
Padahal… maksudnya sama saja… YOU ARE FIRED!!!
Episod ini ialah bahagian ke-3 dari sambungan Roadblock Usahawan bertajuk:- Mahu Menjadi Usahawan. Kenali dan Ubah Apa Yang Sedia Ada Diantara Dua Telinga.
Benar… ramai yang bergaji jutaan ringgit dan kaya raya dengan menjadi CEO atau Chairman kepada syarikat GLC atau gergasi MNC.
Tapi aku tidak nampak jalan untuk ke arah itu. Pintunya pun tak ada. Kabel … lagi lah.
Maka perlu lah buat pintu dan laluan sendiri. Kalau tenggelam… akan tenggelamlah. Tak ada kabel yang akan dilontarkan.
Kerana aku memang mendengar desas desus dan kata-kata sinis yang hanya akan bergembira apabila aku terlingkup nanti.
Aku nekad. Dan aku mengerti akan risikonya. Minda aku juga sudah bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran dan rintangan. Satu perjalanan yang jauh dan penuh dengan onak dan duri.
Tersilap langkap boleh tergolek dog. Tindakan yang memerlukan keberanian dan jati diri.
Soalannya sekarang Bagaimana aku akan bermula?
• Apa yang mahu diniagakan?• Siapakah pemainnya dan adakah aku akan meramaikan jumlah penjual supaya bertambah meriah? Atau mereka aku anggap sebagai pesaing. Manakala aku pula sebagai persaingan yang mesti mereka matikan?
• Sudah sesak (crowded / saturated) atau masih ada ruang?
• Bagaimana pula dengan peluang untuk membesar satu hari nanti?
• Apakah perniagaan ini akan terus menerus mempunyai pelanggan seperti keperluan kepada barang asas? Atau barang pakai buang. Sekali terguna akan terus guna. Maka pembelian terus berulang-ulang.
• Berapa modal yang ada dan berapa modal yang diperlukan? Atau ia tidak memerlukan modal yang banyak dari segi wang ringgit tetapi dari sudut masa?
• Apakah barang atau kepakaran yang aku ada itu sesuatu yang unik? Atau pelanggan boleh mendapatkannya di mana-mana atau mempunyai gantian (substitute) bila kehabisan?
• Bagaimana pula dengan pemasaran dan tahap permintaan pasaran? Adakah tumpuan untuk penduduk setempat atau boleh menjangkau luar kawasan? Malah adakah kemungkinan untuk menerjah pasaran export?
• Sekiranya perniagaan ini maju apakah penghalang kemasukan (entry barrier) untuk pemain baru?
• Apakah idea business ini sesuatu yang mudah di copy-paste?
• Bagaimana pula dengan lokasi? Perlukah tempat strategic yang mungkin mahal seperti di mall yang mempunyai ramai pengunjung? Atau boleh bermula dari rumah sahaja?
Senarai di atas bukan lah lengkap. Cukup sekadar pemanas (warm up). Nak cover selengkapnya mungkin boleh jadi satu buku lah pula pasal ini saja.
Cerita ini ialah tentang roadblock #3 bagi usahawan, so kita fokus intinya pada apa yang dimaksudkan dengan roadblock itu.
Pemerhatian Tentang Pasaran
Sebelum aku menyerahkan surat perletakan jawatan, aku sudah pun melakukan pemerhatian dan kajian. Bukan kaji selidik bagai nak rak tahap Masters’ atau Ph.D. tu.Kaji selidik yang sebegitu untuk dapatkan degree-nya. Kemudian jadi lah lecturer. Lama-lama naik pula pangkat ke title Professor. Gaji dan elaun besar dan orang pun pandang dengan penuh hormat.
Dik kerana dahagakan kehormatan seperti itu ada yang sanggup membeli Ph.D. Malah ada yang sanggup mengaku mempunyainya. Pastinya seronok bila dipanggil doktor, eh?
Bukan mungkin atau barangkali lagi.
Aku memang tak ada chance lah untuk itu. He he kesian kat aku.
Jadi, kaji selidik aku hanya sekadar tahap pemerhatian mengikut mata helang. Lebih terarah kepada penggunaan instinct, deria rasa, dan degup jantung.
Kerana sebelum membeli memang orang menggunakan logic akal. Tetapi bila sampai waktu membeli, psychology yang termasuk di dalamnya faktor emosi lebih mempengaruhi.
Bukan setakat membeli kerana perlu tetapi kerana terbeli. Impulse buying. Termasuk juga sebab nak berlagak. Lifestyle lah konon.
Maka aku tidak membuat kajian yang berteraskan saintifik. Ia itu tidak mengutip data dari soalan kaji selidik dan buat graph itu ini.
Tetapi lebih mirip kepada kesenian (art of investigation) dalam kaji selidik aku. Dicampur sedikit faktor logic akal.
Lagi pun, by the time aku selesai dengan kajian, kehendak pasaran mungkin sudah berubah. Data yang aku kutip dan maklumat darinya sudah outdated.
Obsolete dan dah tak relevance.
Seperkara lagi pada logic aku, kesenian (art & artist) itu selalunya lebih popular dari Sains & Professor. Juga senang mendapat title Dato’.
Bandingkan lah berapa ramai artist berbanding dengan Professor yang menjadi duta kepada produk? Ada nampak wajah dia orang kat billboard tepi highway atau simpang utama?
Yang selalu ada selain dari artis ialah mantree yang mengucapkan "selamat _______." Setiap kali ada perayaan atau event tertentu "wajahnya" akan terpampang pada signboard. Sebabnya... dia bukan berlatar-belakangkan artis dan juga tak punya Ph.D. yang layak jadi Professor. Habis sekolah menengah jer...
Pendapat korang mungkin berbeza. Biasalah. Latarbelakang lain. Suasana tak sama. Lokasi pun bukan setempat. Masyarakat sekeliling (potensi pelanggan) sudah tentu tidak sama.
Masa tidak menunggu sesiapa
Lagi lama aku terperap dengan kajian selagi itulah aku tidak boleh membuat keputusan untuk berhenti dari pekerjaan aku sekarang.Tidak ada waktunya kita akan betul-betul bersedia. Kerana suasana pasaran sentiasa berubah. Permintaan yang bertambah atau berkurang. Kerana kemasukan pemain atau produk baru.
Atau pemain lama yang semakin menguasai pasaran melalui tindakan pemasaran yang hebat dan permainan harga.
Suka atau tidak. Bersedia atau tidak. Masanya tetap akan sampai di mana aku perlu memulakan sesuatu. Iaitu sebulan dari tarikh aku mengantar surat letak jawatan.
Selepas itu segalanya akan bergantung kepada apa yang aku lakukan atau apa bendanya yang tidak aku lakukan.
MotoGP: Dani Pedrosa Tergolek Dog |
Berniaga dan menjadi usahawan ini ibarat mahu menjadi juara perlumbaan MOTO GP
Berapa banyak buku yang aku baca atau seminar yang aku pergi, aku tak akan menjadi juara penunggang motosikal. Tanpa berlatih, persediaan keselamatan, berwaspada terhadap perkara yang membawa jatuh, dan mengalami kejatuhan tertiarap sambil menggelongsori bontot di atas jalan.Bukan sekali tetapi kalinya mungkin tidak terkira lagi. Tetap juga bangun. Tak serik. Dan tidak beralasan, kecuali mengalami kecederaan teruk yang boleh membawa maut.
Namun selepas itu… masuk dan race semula. Setiap kejatuhan ingatan terhadapnya akan terus terpahat diminda. Tak mungkin akan hilang begitu saja.
Valentino Rossi vs Mark Marquez |
Belajar Dari Pengalaman Orang Lain?
Ada perkara yang boleh aku belajar dari pengalaman orang lain tetapi ada perkara yang aku mesti kena buat sendiri. Bersedia untuk jatuh dan lalui sakitnya akibat kejatuhan itu.Tak ada pilihan. Pelumba motor melihat video untuk memahirkan dari sudut persediaan mental. Nak tarik macamana sewaktu korner baring-baring. Tunggangan ganas tapi berhemah tanpa melanggar peraturan mesti kena buat.
Kecekapan mengambil selekoh maut sehingga lutut mencecah jalan bukan datang dari pembacaan atau hanya dengan menonton perlumbaan atau melihat video replay.
Ianya pengalaman dari latihan dan percubaan. Video replay sebagai pengesahan samada apa yang dibuat itu betul atau tidak. Jika salah, esok practice, betulkan lah.
Setiap litar selekoh cornernya berbeza. Setiap motor yang ditunggangi juga memerlukan pengendalian yang berbeza.
Pokoknya… play safe bukan untuk sang juara.
Begitu juga jika aku mahu menjadi usahawan yang luar biasa. Bersedia menghadapi apa juga kemungkinan.
Bersambung... KLIK ➤Usahawan. Fokus Pada Kepakaran atau Kehendak Pasaran?
Sebelum pergi tu... butang bawah ni jangan dibiarkan begitu saja, ek. Terima kasih.
Thank you for your comments