Content Marketing Sebagai Channel Pemasaran
Content Marketing Sebagai Punca Pendapatan Syarikat Besar
Media besar seperti Washington Post, New York Times, Forbes, Inc Magazine, Success Magazine, Huffington Post, CNN, Golf Channel, WWE dan banyak lagi memaparkan content yang bermanfaat. Tidak hanya terhad kepada berita semasa sahaja.Google, Yahoo, Facebook dan banyak lagi syarikat pula menggunakan content dari pengguna kepada pengguna dengan menggunakan platform mereka. Untung kaw-kaw pulak tu bila pengguna yang membuat content... hanya caj kepada pelanggan yang mahu beriklan.
Perniagaan yang kecil-kecilan juga menggunakan media sebagai peneraju perniagaan. Dari mencari staff baru melalui iklan, promosi tawaran istimewa, memperkenalkan produk ke pasaran dan berbagai lagi. Media yang mempunyai pengikut (pembaca, penonton, subscribers, sebaran) menjadi pilihan.
Jumlah pengikut tidak bergantung kepada berapa ramai pengiklan atau iklan yang dipaparkan. Tetapi berapa banyak pengisian bahan yang bermanfaat dan menghiburkan.
Lalu pengiklan akan memilih media yang mempunyai ramai pengikut.
Syarikat yang berjaya membuat perisian content yang bagus dari masa ke masa sentiasa ada pengikutnya. Kesannya ialah ia akan berjaya memasarkan apa sahaja yang mahu dijual. Ya... kualiti produk pun mesti mau bagus laa.
Pemasaran Melalui Content Marketing
Content yang bukan berciri berita diolah dalam bentuk penceritaan yang menganggu dan menggugat emosi pembaca / penonton. Menaikkan semangat. Membelai rasa.. Menggamit kenangan. Memberi idea. Memenuhi khayalan. Memberi ransangan. Menghibur lara.Lalu produk yang dipaparkan bersama content ini akan menjadi ingatan. Terpahat difikiran dan ingatan.
Content marketing sudah lama menjadi sebahagian dari cara syarikat kecil mahu pun besar menambah pendapatan mereka dan mempengaruhi pasaran.
Cerita lanjut tentang Content Marketing boleh di baca pada tajuk di bawah. Ianya panjang dan mengandungi 6 siri. Kena pilih waktu untuk membaca. Waktu penat atau sibuk tak sesuai.
Siri ke 3 / 6: KLIK ➤ Penting Sangat ke Menjadi Seorang Storyteller Yang Bagus?
Thank you for your comments