Cacing Resdung Apakah Benar Ianya Wujud Atau Satu Penipuan? - CrazyDuck -->

Header Ads

Cacing Resdung Apakah Benar Ianya Wujud Atau Satu Penipuan?

Hapuskan resdung. Petanda anda seorang pemilik ladang resdung di hidung ialah berat dan sakit di sekitar dahi, mata, dan dagu. Selalu bersin dan kena selsema. Hidung sumbat dan hingus meleleh. Gigi sakit, kepala sakit, nafas berbau, rasa gatal dalam mata, dan tidur pula berdengkur.
sakit-resdung-hidung-selalu-berhingus
Gambar: Home Remedies 101.com

Cacing Resdung - Memang Tak Percaya Dari Dulu Lagi


Segelintir orang Melayu sangat tinggi kepercayaan mereka pada tahyul dan benda halus. Sakit sikit cari bomoh. Mudah sangat percaya. Contohnya bila bomoh kata ada cacing resdung dalam hidung dia percaya bulat-bulat. Mana taknya, bomoh tu siap tunjuk video lagi.


Yang real lagi guna lipas tanah. Cacing pun keluar berduyun-duyun. Itu semua nak memperdaya duit orang yang percaya jer.

Padahal cacing tu datang dari lipas yang digunakan.

Penyakit resdung ni ada sebab musabab dari segi fizikal kenapa seseorang tu boleh kena. 

Bukan hantu yang dok dalam kepala dia yang bagi resdung tu merebak subur.

Kalau rumah banyak habuk dan debu manusia mana yang tak bersin? Campur pulak dengan kucing dan macam-macam binatang (contoh burung tekukur) buat rumah kita macam rumah dan jamban mereka sendiri. 

Hantu masuk pun hantu tu bersin jugak. Dia siap pergi cari ubat resdung pulak lepas masuk rumah yang macam ni.

Kalau tak percaya juga apa yang ditulis kat atas tu, korang search lah sendiri, atau baca terus artikel ni. Ada terselit pautannya nanti. 

Tanda-Tanda Mengidap Resdung

Selalunya bila ada resdung, adalah jerawat yang hinggap juga. Tapi itu cuma satu dari beberapa sympton akan kehadhiran resdung dalam rongga dan kawasan hidung dan muka anda.

Perhatikan jika anda ada beberapa masalah seperti yang disenaraikan di bawah selain jerawat... sah anda punya resdung. 

Tak perlu simpan resdung tu sekalipun anda jenis yang suka tahi hidung masin. Kotor & jijik tau...

OK.. ini petanda anda seorang pemilik ladang resdung di hidung...

Rasa berat dan sakit di sekitar dahi, mata, dan dagu, terutama apabila ditekan. Selalu bersin dan kena selsema. Hidung sumbat dan hingus meleleh kalau tak siap sedia dengan tisu atau sapu tangan.

Gigi sakit, kepala sakit, nafas berbau, rasa gatal dalam mata, dan tidur pula selalu bawa orchestra solo (berdengkur).

Rawat Resdung Dengan Berkesan Menggunakan Pil Maajun Khas Untuk Resdung

pil-maajun-merawat-resdung
Pil Maajun Herba Rawat Resdung
Pil maajun herba untuk rawatan resdung ini dimakan 2 kali sehari. Sebiji pada waktu pagi dan sebiji lagi pada waktu malam.

Sebotol ada 10 biji maajun. Amalkan pil ini untuk selama 5 hari.

Kebiasaannya pesakit dapat merasai kesan pil ini selepas setengah jam.

Contohnya… jika sebelum makan pil resdung ini, hidung terasa gatal dan berair. 

Selepas setengah jam memakan pil maajun herba resdung ini, kegatalan dan hidung berair berkurangan.

Sabun Herba Untuk Jerawat Akibat Resdung

sabun-herba-untuk-resdung-dan-jerawatJerawat bagi sesetengah orang adakalanya berpunca daripada penyakit resdung.

Walaupun banyak faktor lain yang membolehkan jerawat subur di wajah seseorang.

Selain merawat resdung dengan cara memakan maajun, rawatan jerawat akibat resdung boleh dilakukan dengan menggunakan sabun khas yang dikeluaran oleh Hizbul-Bahr.

Sabun ini baik digunakan setiap hari untuk terus memulihkan resdung dan menghilangkan jerawat. 


Cara Penggunaan Sabun Herba Hizbul-Bahr Untuk Rawat Jerawat

1. Selepas mandi sapukan tempat yang mahu dirawat dengan losyen diambil dari buih sabun.
2. Biar losyen tadi kering. Ianya tidak melekit macam sabun mandi yang biasa kita gunakan.
3. Satu hari buatlah 2-3 kali sehingga masalah selesai atau sabun habis

Bacalah Selawat, Bismillah, Ya Samak, Ya Basar, dan Ya Kalam sebelum menggunakannya. Insya’Allah mujarab dan berkesan. DIA yang mendatangkan penyakit maka DIAlah yang menyembuhkan. Sabun ini hanya sebagai asbab perantara.

Guna Sabun Bersama Scrubber Kayu Mengkunyit

Untuk rawatan lebih berkesan dan mengembalikan seri wajah lebih cepat dari parut jerawat, penggunaan serbuk Kayu Mengkunyit adalah disyorkan bersama dengan sabun jerawat.

Serbuk Kayu Mengkunyit ini bertindak sebagai scrubber pada kulit dan membantu penyerapan bahan herba ke dalam kulit untuk penyembuhan jerawat dengan lebih berkesan dan pantas.

Andainya anda mempunyai masalah jeragat pada masa yang sama ianya akan dihapuskan dengan penggunaan Kayu Mengkunyit ini serentak dengan jerawat. 

Cerita tentang Kayu Mengkunyit akan disiarkan dalam ruangannya sendiri... belum ready lagi ketika artikel ini ditulis.  Tetapi sedikit maklumat boleh didapati di sini. <= KLIK.

serbuk-kayu-mengkunyit-untuk-scrub-muka-dan-badan

Harga Dan Cara Membeli

Pembelian untuk dua produk ini dan apa-apa produk seperti yang dipaparkan dalam gambar di bawah boleh dibuat di kedai Hizbul-Bahr di Tesco Setia Alam dan juga on-line.

Senarai semua produk, harga dan penjual berdekatan dengan anda boleh dilihat dengan KLIK SINI <= KLIK

Kod promosi diskaun tambahan dari page ini ialah JoF-C10. Promosi tamat pada 27/2/2017.
booth-di-tesco-setia-alam-menjual-berbagai-ubat-herba-kecantikan
KLIK gambar untuk membeli secara on-line dan melihat senarai semua produk keluaran Hizbul-Bahr, harga dan senarai penjual berdekatan dengan anda.

Pendirian Saya Tentang Ulat Resdung

Terima kasih baca sampai sini. Walaupun tidak saya keluarkan hujah tentang tiadanya cacing resdung, pendirian saya tetap sama. 

hingus-hidung-tersumbat -akibat-resdung-teruk
Gambar: i-imgur.com
Ianya satu pembohongan. Cacing kerawit dan bermacam cacing lain dalam perut memang saya tahu ada.

Tapi ada tak bomoh yang digunakan untuk buang cacing dalam perut? Buang orang dari perut tu biasa juga saya dengar.

Dan sememangnya ada ubat cacing kerawit. Ubat untuk cacing resdung ada? Ubat untuk resdung memang banyak dijual.

Kalau masih belum percaya anda boleh search guna keyword "Ulat resdung keluar dari muka sah tipu." Atau kalau nak senang klik sini saja

Benda kat tapak tangan dalam gambar ni pasti bukan cacing resdung, tetapi sesuatu yang boleh terjadi pada anda kalau resdung tak dinyahkan. 

Sendirian tak apa, kalau depan orang dan dalam MRT yang sesak?
Dapat sesuatu dari artikel ini? Meh tekan butang bawah ni.. TQ eh...