Apa Istimewanya Justin Trudeau PM Baru Kanada - CrazyDuck -->

Header Ads

Apa Istimewanya Justin Trudeau PM Baru Kanada

Secara ringkas dia ini adalah bekas seorang kaunselor tempat camping (perkhemahan), jurulatih papan lungsur salji, kaki pukul kelab malam, jurulatih sampan kayak, jurucakap radio atau pun DJ – macam Salih Yaakob agaknya, dan seorang guru sekolah menengah. Serupa dengan Bill Gates, Steve Jobs, Mark Burger dia jua seorang yang tercicir dari persekolahan ketika mengambil jurusan kejuruteraan, dan dari program pasca Ijazah (graduate school).
Justin-Trudeau-PM-Baru-Kanada

Betulkah Ramai Tergoda Kerana Wajah dan Perwatakannya?

Apa yang istimewa sangat pasal PM Kanada yang baru ni ya?  Semacam ada satu kegilaan terhadapnya.

Handsome sangat ke?  Biasa jer pun.

Pandai sangat ke dia ni berucap? Ramai lagi yang boleh seperti dia. Entahlah… tapi asal usulnya macam kebanyakan orang juga.  Sejarahnya bukan bagus sangat pun. 

Secara ringkas dia ini adalah bekas seorang kaunselor tempat camping (perkhemahan), jurulatih papan lungsur salji, kaki pukul kelab malam, jurulatih sampan kayak, jurucakap radio atau pun DJ – macam Salih Yaakob agaknya, dan seorang guru sekolah menengah.
.
Terakhir sekali sebagai seorang ahli parlimen sebelum memenangi pilihanraya memimpin Parti Liberal dan menang besar. Maka jadilah dia seorang PM. 

Kalau dipanjangkan sedikit, PM ni serupa dengan Pee-‘Em. Dipanjangkan lagi jadi Pee-Them?  Tau apa maksud ni?

Kencing orang juga bro.  Tak percaya cubalah cek dengan kamus. Kamus dewan, kamus gudang ke, kamus Webster, kamus apadia tu? Wikipedia

Type “PEE”, tengok apa yang keluar. Bukan aksi kencing?

Serupa dengan Bill Gates, Steve Jobs, Mark Burger dia juga seorang yang tercicir dari persekolahan.

Ketika mengambil jurusan kejuruteraan dan dari program pasca Ijazah (graduate school). 

Ada satu komentar TV Ottawa mengatakan dia pusing-pusing mencari jejak kariernya – seorang lelaki yang mengambil masa terlalu lama untuk menemui arah tujunya.

Berikut adalah transkrip penuh dari video yang disertakan, anda boleh lihat video atau baca di sini saja. 

Video ada suara sikit… ada feel ada syiok.  Baca kekadang menyakitkan mata – pada yang pakai HP screen kecil. 

Nasib lah.  Siapa suruh.

Dia sangat peka dengan keadaan dan orang sekelilingnya. Inilah kelebihan yang ada pada Justin Trudeau ni.  EQnya juga sangat tinggi - dia boleh ingat nama orang, walau pun orang tu hanya mengambil gambarnya.  

So… orang suka dan sokonglah dia.  Jadilah Pee-Em.

Nasib seseorang tu tak sama, kan? Sekolah tinggi-tinggi kerja, dapat boss orang tak sekolah. Nasib badan... itu jawapan paling mudah untuk menghiburkan hati yang egonya tercalar.

Transkrip Ucapan Kemenangan Justin Trudeau


Berikut adalah transkrip dari video yang boleh dilihat - KLIK sini.

Terdapat ribuan cerita yang boleh saya kongsikan mengenai kempen yang istimewa ini. Tetapi saya mahukan anda memikirkan tentang yang satu ini.

Minggu lepas saya bertemu dengan seorang ibu muda di St. Catherine, Ontario. Dia seorang Muslim dan memakai hijab.

Dia menelusuri dicelah orang ramai dan menghulurkan kepada saya bayi perempuannya.  Sambil tunduk, dia mengeluarkan kata-kata yang tidak mungkin saya lupai.

Kepadanya saya katakan begini, “Kamu dan warga negara ini telah memilih kerajaan yang baru.  Kerajaan yang sangat percaya akan kepelbagaian di negara ini."

Katanya, “Dia mengundi kami kerana dia mahu pastikan anak kecil itu mempunyai hak untuk membuat pilihan sendiri dalam kehidupan dan kerajaan yang dipilih melindungi hak itu."


“Kita tahu sehingga ketulang-belulang bahawa Kanada telah dibina oleh mereka yang datang dari segala pelusuk dunia.  Mereka yang menganuti berbagai kepercayaan, segala bentuk budaya, dan bertutur dalam berbagai bahasa.”

“Kami sangat percaya bahawa kepelbagaian yang ujud di negara ini adalah hikmah kepada kita yang diturunkan oleh generasi Kanada yang terdahulu.”

“Ia itu masyarakat Kanada yang memandang rendah terhadap prasangka dan memerangi diskriminasi dalam segala bentuk.”

“Kita tahu bahawa masyarakat berbilang kaum yang sama rata ini bukan terjadi dengan tidak sengaja dan tidak akan dapat berterusan kiranya tiada usaha.”

“Saya sudah tahu hal ini, masyarakat Kanada juga tahu.”

“Sekiranya tidak… saya mungkin bercakap lebih awal petang ini dan memberi ucapan tentang perkara lain (bermaksud kekalahan).

“Yakinilah warga senegara mu wahai teman sekalian. Mereka semuanya berhati baik dan pemurah.  Mereka berfikiran terbuka dan bersikap optimis.”

“Dalam hati kalian dan hati mereka, mereka tahu bahawa orang Kanada adalah orang Kanada yang tersangat Kanada.”

Anggapan Masyarakat Terhadap Justin Trudeau

Seorang yang pernah bekerja sebagai jurulatih papan lungsur salji, kaki pukul kelab malam, guru dan terakhir sebagai seorang ahli parlimen.

Kritik terhebat yang kita selalu dengar tentang Justin Trudeau tepat kena padanya ialah Bintang rock. 

Dia juga sangat peka dengan orang sekelilingnya tetapi dia bukan seorang yang bijak dan dianggap tidak bersedia untuk jawatan ini.

Namun, tahu sajalah seorang kaunselor perkhemahan, jurulatih papan lungsur salji, kaki pukul, jurulatih sampan, jurucakap radio, dan seorang guru sekolah menengah, tercicir dari jurusan kejuretaraan, tercicir dari program pasca Ijazah – dia seperti seorang lelaki yang mengambil masa terlalu lama untuk menemui arah tujunya.

Belang Sebenar JustinTrudeau

Seperti yang saya cakapkan sebelum ini dan selepas melawati Israel, menyokong Isreal bukan hanya sekadar memberi sokongan untuk keselamatannya.  Ia juga sokongan terhadap nilai-nilai persamaan yang dikongsi oleh kedua-dua negara.

Demokrasi, keterbukaan, toleransi, kasih sayang, perhormatan terhadap perundangan dan paling utama ialah menzahirkan keamanan.

Tragedi di Gaza Oleh Tentera Israel

Pemuda-Palestine-Ditembak-Tentera-Israel


Mayat bergelimpangan di jalanraya Gaza. Kanak-kanak memeluk rapat orang dewasa yang cuba menyelamatkan mereka.  Inilah mangsa serangan ketenteraan oleh Israel.

Bayi juga adalah antara orang awan yang cedera yang digegaskan ke hospital. Ambulan tersekat teruk untuk dapat sampai kepada mangsa.  Penduduk terpaksa membawa sendiri mereka yang cedera bagi mendapatkan rawatan.

JustinTrudeau Berkeras Menyokong Israel

Saya mahu mengulangi semula bahawa Parti Liberal Kanada akan menjadi benteng pertahanan Israel.

Bukan sahaja kerana ianya sesuatu yang kami perlu lakukan demi kepentingan politik di sini, tetapi kerana ia adalah sesuatu yang sangat betul untuk dilakukan.

Lagi Tragedi di Gaza Oleh Askar Israel

Mayat-mayat dibaluti dengan kain putih dan bertindan di dalam wad. Yang sudah mati dan cedera terus membanjiri hospital ketika Israel menghentam Palestin dari segala arah – darat, udara dan laut.

Serangan tentera Israel semakin ganas dalam sejak beberapa hari lalu. Mereka memasuki kawasan terpadat di dunia di mana terdapat sejuta setengah penduduk Palestine terperangkap dari segala sudut.

Tidak ada langsung tempat yang selamat untuk berlindung.

Adakah JustinTrudeau Hanya Boneka Israel?

Di Ottawa ini, saya ingin menekankan akan perlunya bersependapat dari sudut politik. Tidak kira kita dari parti mana, kita mesti menyokong Isreal.

Kanada mestilah sentiasa kekal sebagai sahabat dan kawan rapat Israel.

Objektif ini akan hanya tercapai apabila kita - tidak kira apa perbezaan dalam isu lain memastikan bersependapat menyokong demi untuk keselamatan, keterjaminan, dan kekayaan Negara Israel.

Penembak Sniper Israel Membunuh Orang Awam Palestin

Pap – bunyi senapang penyerang hendap oleh penembak tepat mengenai badan mangsa.

Allah…
Ya Allah – Ya Allah – Ya Allah…
Ash-ha-du-Alla-ila-ha-illallah…
Allah … Ohhh - YaAllah – Ya-Arhamna – YA Rabb.

Kesimpulan: Kanada Adalah Penyokong Kuat Israel

Saya mahu mengulangi bahawan Parti Liberal Kanan adalah benteng pertahanan Israel.

Apa Anda Boleh buat?

Boikotlah produk dan barangan yang menyokong Israel. It is the right thing to do ... you know?

Boikot-Produk-dan-Barangan-Menyokong-Israel

Do the right thing and feel free to share, eh... Jom tekan butang bawah ni. 

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.