Perjalanan Ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Disember 2013 - CrazyDuck -->

Header Ads

Perjalanan Ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Disember 2013

Blog Pertamaku - Apa Aku Nak Tulis?

Ya… itulah soalannya… apa yang aku nak tulis?  Aku bukan pandai nak mereka-reka cerita.  Tak pernah tulis apa pun sebelum ini untuk masuk dalam majalah atau surat khabar.

Kalaupun aku menulis, adakah orang nak baca?.  Orang kata kau tulis saja perisian dalam blog, memang boleh buat duit.  Contoh seorang blogger yang dilapurkan telah berjaya menjadi jutawan dipaparkan dibawah.

Tiada Pengetahuan Mengendalikan Blog

Saya langsung tiada pengalaman atau pengetahuan teknikal mengenai blog.

Pembelajaran untuk mengendalikan blog perlu bermula dari langkah yang sangat asas.  Kerana yang penting ialah apabila kita membuat satu penulisan, karya itu perlu sampai kepada pembaca, sebanyak yang mungkin.  Sekiranya tidak… masa yang luangkan untuk penulisan hanya jadi sia-sia.

Blog boleh diibaratkan seperti kedai.  Untuk membuat keuntungan, kedai perlu berada di lokasi yang ramai bakal pelanggan.

Kecualilah barangan yang kita jual itu terlalu istimewa di mana pelanggan akan mencari kita tidak kira di mana kita berada.

Dalam konteks blog, bakal pelanggan boleh menemui kita andainya mereka terjumpa atau terserempak sewaktu membuat pencarian melalui enjin pencarian seperi Google, Facebook, Pinterest, Bing, Yahoo dan sebagainya.  

Perkataan terserempak ini bermaksud kebarangkalian – kalau jumpa, jumpa lah – kalau tidak, maka blog kita akan sepi dari pengunjung.

Teknik pengendalian dan perisian blog yang betul sangat penting untuk meningkatkan lagi kadar terserempakandainya perisian kita itu berada di muka pertama halaman enjin pencarian.  Oleh itu sangat penting untuk mengetahui dan mengaplikasikan SEO (Search Engine Optimization).

Apapun, untuk permulaan biar saja saya belasah dulu… lihat apa jadi dan dari situ membuat pembetulan dimana perlu untuk memaksimumkan kadar terserempakini.

Perjalanan Ke Kedah | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar

Cerita ini berlaku pada Disember 2013 sewaktu melawat seorang kawan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Selelah selesai lawatan… saya berhenti minum disebuah gerai.  Tanpa diduga, muncul seorang yang saya rasa saya kenali… tanpa segan silu saya pun menegur … “Assalamu’alikum … ini En. Kamsul kaa?” Sambil menjawab salam saya, kami sama-sama merenung wajah masing-masing. 

“Eh, Jei … hang nampak macam dulu juga … hang tengok aku ni … bukan setakat rambut dah semuanya dekat putih … badan aku ni dulu rasa tak larat sangat…baru ni ja yang pulih sikit…” ungkapan pertama yang keluar dari bibir Kamsul.

Sambil minum kami berbual dan menyorot kembali kisah lama sewaktu sama-sama di asrama.  Dalam benak fikiran saya … berita tentang Yazid Search yang keluar diakhbar masih segar.

“Apa hang buat la ni?”, tanya saya.  “Duk rumah makan duit sewa bendang dan kebun getah”, katanya. “Tak pa laa hang banyak reta (harta)”, sambung saya.

Yazid-Search
“Eh … hang tak tengok berita pasai Yazid Search masuk ICU?.”, saya bertanya lagi. “Tuu laa … orang la ni … muda-muda lagi dah macam-macam penyakit dok mai.  Aku nak habark kat hang, aku dulu teruk, tak larat langsung, suka semput… aku ingat kita ni banyak makan benda tak sihat lah.”  “Dah tu … apa tindakan hang ambik?,” tanya saya.

“Hang tau … aku la ni kalau beli sayork … sebelum masak, bini aku rendam dalam ayaq garam dulu.”  Awat?… tanya saya. “Kawan aku yang tanam cabai untuk juai, dia habark kat aku yang dia sendiri tak makan cabai yang dia tanam.” Awat pulak dah … saya kehairanan.

Cabai (Cili) Untuk Makan Sendiri atau Untuk Dijual


“Kawan aku ni … dia kata pokok cabai ni cukup manja … hari-hari kena sembork racun ulat."

"Tak sembork pakai tak buleh kutit buah la jawabnya.  Dia pulak makan cabai yang dia tanam kat rumah tak boh racun, khas untuk dia sendiri."

"Untuk juai … selain baja, kalau tak boh racun, aku tak boleh meniaga … pokok dia bebuah tak banyak dan buah cepat layu, dia habark kat aku”.

Kamsul menambah lagi … “Aku ni dah sihat banyak dari dulu … disamping jaga pemakanan, minum ayaq sihat, ambik vitamin dan minuman kesihatan … aku juga pesan kat anak-anak aku … hangpa jangan dok tebiang … la ni makanan dan ayaq banyak yang tak berapa sihat … 

Alhamdulillah, depa mau dengark cakap.  Anak aku hat kecik tu dah tak gaduh sangat nak mai hospital, kalau tidak ka … adoi, penat kita.”
Selesai minum, kami pun membawa arah masing-masing…

Penyakit Mengambil Masa Panjang Untuk Menyerang

Memang betul apa yang diceritakan oleh Kamsul tadi.  Tanaman sayur secara komersial banyak menggunakan bahan kimia.  Pengguna tidak mempunyai pilihan. 

Kalau ada pun (dengan memakan sayur yang ditanam sendiri), apabila mereka makan di luar, mereka masih terdedah kepada sayuran yang datang dari penanaman komersial. 

Maka tidak hairanlah bermacam-macam jenis produk kesihatan terdapat dipasaran. Dari penapis air sehinggalah bermacan jenis ubat-ubatan dan minuman kesihatan yang dipasarkan.  Adalah sangat penting bagi setiap individu menjaga kesihatan, kiranya kesihatan itu dilihat sebagai salah satu punca rezeki dan asas kebahagiaan hidup. 

Pencemaran pada air yang digunakan untuk memasak dan diminum serta bahan yang dimakan jarang memberi kesan serta merta.  Ianya mengambil masa yang lama untuk timbul (seperti ghout, darah tinggi, sakit buah pinggang, sakit jantung).  Setelah penyakit ini datang tahap kesihatan individu yang mengidapnya akan merosot secara mendadak. 

Di sesetengah negara, mereka mengamalkan tanaman sayuran secara organic – tiada penggunaan baja kimia atau racun serangga.  Ini antara punca mereka hidup sihat walaupun pada umur yang panjang.

1 comment:

  1. VISIT THIS SITE FOR ALL YOUR HEALTH AND SKIN RELATED SOLUTINS
    WWW.WEIGHT-LIFTS.COM

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.