Keredhaan Ibu | Tiket Kejayaan Dunia dan Akhirat - CrazyDuck -->

Header Ads

Keredhaan Ibu | Tiket Kejayaan Dunia dan Akhirat

Keredhaan ibu adalah antara kunci ghaib yang utama yang membolehkan keberkatan dalam usaha kita mengejar kejayaan – baik dalam pelajaran, bekerja makan gaji mahu pun keusahawanan.

Andai kata perhubungan renggang dek kerana bahasa atau cara kita yang mengecilkan hati ibu, bersegeralah meminta kemaafan darinya disamping berusaha memujuknya semula dengan apa cara sekalipun yang menimbulkan kegembiraannya.  Ini kerana doa ibu itu tersangat mustajab.

Doa Ibu Sangat Mustajab

Doa ibu bapa kepada anak-anaknya tidak ada hijab disisi Allah SWT kerana redha Allah SWT kepada anak-anak adalah bergantung kepada redha kedua ibu bapanya. Oleh itu anak-anak tidak boleh sama sekali derhaka kepada kedua ibu bapanya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud).



Jangan Menyakiti Hati Ibu

Kerana mustajabnya doa ibu, apabila hatinya disakiti ada kemungkinan terkeluar perkataan-perkataan yang boleh memudharatkan si anak.

Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: "Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat”, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak.  Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala."


Bahagiakan ibumu agar setiap perkataan yang keluar dari hati dan mulutnya semuanya yang baik-baik belaka.  Ini akan memudahkan kita menjalani kehidupan harian tanpa ada keluh kesah kerana setiap urusan kita dipermudahkan oleh Allah. 


Bahagiakan Ibu Mu – Jangan Menolong Ibu Hanya Kerana Upah

Ikhlaskan apa sahaja pertolongan yang kita berikan pada ibu dan lakukan sebaik yang mungkin.  Walaupun ada ibu bapa yang sering memberi upah kepada anak untuk melakukan sesuatu kerja, sekali pun upah dibayar, pasti tetap si ibu terbebel oleh sikap ketidak ikhlasan si anak.  Kesudahannya anak akan terdidik dengan sikap kebendaan dan membawa kepada budaya rasuah.


Kredit: Google Images
Pernahkan ibu mu meminta bayaran atau mengungkit tanggung jawab yang dilakukannya?  Dalam erti kata lain, termampukah kita membayar upah berikut:

1. Upah mengandung selama 9 bulan

2.     Upah menyusukan sehingga 2 tahun
3.     Upah berjaga malam karena menjagamu
4.     Upah kesedihan dan titisan air mata keranamu
5.     Upah kegusaran kerana memikirkan keadaanmu
6.     Upah menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu
7.     Segala modal dan kos perbelanjaan membesarkan dan mendidik kamu
8. Upah sebagai kaunselor diketika kamu bersedih, tertekan, putus cinta, mengahwinkan kamu... dan segala macam lagi.

Atas dasar kasih sayang dan tanggung jawab, semua ini adalah PERCUMA... Ada ketikanya ibu menahan lapar berhari-hari demi anaknya, tetapi dia tidak mampu melihat anaknya lapar walau hannya sedetik.  Maka kenangilah jasanya kepada kamu dan hiburkanlah hatinya agar kehidupanmu turut sempurna.

Jangan tunggu sehingga kamu mempunyai anak untuk mengerti perasaan seorang ibu.  Kerana apa yang kamu lakukan pada ibu mu samada baik atau tidak akan menimpa kamu...
  • Andai kamu mengormati ibu mu, kamu akan dihormati oleh anak-anak kamu
  •  Andai kamu sering meminta upah dari ibu mu, anak-anak mu juga akan meminta upah dari kamu
  • Andai kamu menyakiti hati ibu, hati kamu juga akan disakiti kemudian hari... maka kenangilah jasa ibu mu dan hargailah pengorbanannya sebaik mungkin
  • Andainya ibumu sering mendoakan kesejahteraan kamu, secara natural kamu juga akan selalu mendoakan kesejahteraan anak-anak mu.

Pernahkah ungkapan berikut kita ucapkan?
  • Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat
  • Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu
  • Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang
  • Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja belum selesai
  • Bila hati kita terguris, kita kata mak memang tak pernah faham
  • Bila mak kata tak ada duit membeli gadget (seperti telefon bimbit) supaya setanding dengan kawan-kawan, kita kata mak kedekut,
  • Bila hati kita terhiris, kita kata ayah memang tak ambil kisah


 Tetapi… 
  • Bila hati mak kita terguris, mak kata tak apa dia masih muda
  • Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata tak apa, belum sampai akalnya
  • ·Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki
  • Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena
  • Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal
  • Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata “Dia Tetap Bangga" 


Dan … 

  • Bila kawan mengajak kita, kita bersedia bila-bila masa untuk menolong dan bersamanya.  Tidak pernah sibuk.

Kenangi Sejenak Pengorbanan Ibu


Mari sejenak kita lepaskanlah segala hiruk-pikuk dunia... lupakanlah semua status, pangkat, dan kedudukan kita ketika ini... tundukkanlah wajah dan pejamkan mata...

Marilah kita mengenang kembali, dua puluh, tiga puluh, atau empat puluh tahun yang lalu sesaat sebelum kita dilahirkan...

Bayangkanlah seorang wanita yang sedang sarat hamil, ya itulah ibu kita. Lelah, letih ibu mengandung selama sembilan bulan...
Dan sekarang, dia sedang menanggung kesakitan ... Keringat dingin satu demi satu mulai berjatuhan... Sekuat tenaga dia tahan untuk tidak berteriak... Dia gigit  bibirnya sekuat tenaga, namun apa daya sakit tak tertahankan, sehingga teriakan pun terlontar.... Aduuhh.. sakiiit... Ya Allah.. sakiit... aaah..

Seminit, sepuluh minit, satu jam, dua jam, empat jam, tujuh jam lebih ibu menanggung kesakitan, hingga akhirnya... Titis demi titis darah mengalir... Mata membeliak, ya seketika ibu bertarung antara hidup dan mati.

Hingga akhirnya terlahirlah kita... kesakitan yang teramat sangat itu tidak dia hiraukan. Hanya senyum yang menyambut kelahiran kita... Saudara-saudaraku sekalian... Kita lihat sosok wanita itu sekarang... Kulitnya bertambah keriput, badan sakit-sakitan... Rambutnya memutih... Berjalan pun tertatih-tatih... Itulah ibu kita...

Dimana kita sering meminta upah jika disuruh... Seringkali kita membantah karena malas... Mengira dan mengungkit jasa kita secara kebendaan...

Dan pada ibumu, diciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Dan pada ibumu, diberikan kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.

Diberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah ketika semua orang sudah putus asa.  Dan pada ibumu, diberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Dan pada ibumu,diberikan perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam keadaan dan situasi apa pun. Walau sering kali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.


Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan ketika didakap dengan lembut olehnya.

Hadiah Untuk Ibu Bapa

Andainya kita tidak mampu menghadiahkan wang ringgit atau barangan kesukaannya, paling tidak kita boleh menghadiahkan doa dan pahala bacaan Surah Al-Fatihah kepada mereka.


Amalkan setiap hari... selalunya mereka yang kita hadiahkan pahala bacaan Fatihah akan sering mengingati kita dan berdoa untuk kesejahteraan kita.  Dan itulah yang sangat afdal.  Salah satu bekalan apabila ibu bapa kita meninggal dunia, bekalannya ialah doa daripada anak yang soleh.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya."  (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Sila hayati lagu ini – Oh Ibu:
OH-Ibu

Kami anak-anak mu ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul junjungan
Moga disyafaatkan

Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fatahu Ya A’lim
Ya Rahmanhu Ya Rahim

Wahai Tuhanku kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai Tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin Ya Rabbal’alalamin

Wahai Tuhan limpahkan Hidayah Mu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangi mereka seperti mana
Mereka menyayangiku
Dan mengasihi ku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu
Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Keredhaan ibu adalah tiket untuk kesejahteraan dunia dan akhirat

Kebanyakan ibu bapa tidak mengharapkan duit anaknya, sebaliknya mengharapkan kunjungan dan perhatian. Tanyakan pada diri: 
  •       Bilakah kali terakhir aku mengunjungi ibu bapaku?
  •       Bilakah kali terakhir aku mencium tangan dan pipi ibu bapaku?
  •       Bilakah kali terakhir aku makan bersama ibu bapaku?
  •       Bilakah kali terakhir aku berkomunikasi dengan ibu bapaku?
Hanya aku sendiri yang tahu jawapannya dan aku tahu bahawa apabila hanya ibu atau ayahku yang menefonku terlebih dahulu, itu adalah tanda permulaan yang aku adalah anak derhaka.

Teknologi komunikasi kini sangat memudahkan kita untuk berhubung.  Memelihara perhubungan yang baik dengan ibu bapa, tidak kira dimana kita tinggal akan melancarkan proses kejayaan.

Kongsikan pengalaman dan cabaran yang kita lalui, gembirakan hati mereka, dan mohon mereka mendoakan kesejahteraan kita.  Dengan rahsianya yang tersendiri, doa seorang ibu itu tersangat mustajab.  Keredhaannya adalah tiket untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

"Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

"Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)


Ya Allah jaga dan peliharalah kedua ibu bapa kami dengan RahmatMu..


Rujukan dan penghargaan:
1.  Vicky Robbieyanto Dua
2. Abimuhaimin


Artikel berkaitan - klik pada tajuk Mana Mak atau pada gambar.










1 comment:

  1. Gua cayang sama gua punya parent tau ka ...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.