Bangunlah | Kerana Allah Taala - CrazyDuck -->

Header Ads

Bangunlah | Kerana Allah Taala

Keindahan Dalam Kehidupanmu

Dalam hidup mu
Keceriaan kian menjelma
Bangunlah dan sentuhilah keindahan ini
Dari mana jua asal mu
Apa jua yang telah kau lalui
Satu kemungkinan akan menjelma
Di sini dan diketika ini
Bangunlah dan usahakanlah

Hidupkan Impianmu

Pernah pada suatu waktu
Kau simpan dalam hati mu
Impian yang sangat unggul

Ketika itu kehidupan seperti menjanjikan segunung harapan
Impian itu tetap masih bersama mu
Ayuh bangun dan hidupkanlah  impian itu 
Apa yang kau impikan
Juga mengimpikan kamu

Apa yang kau citakan
Itulah penghasilan yang akan kau ciptakan

Bangun dan Lenyapkan Keraguanmu

Keraguan yang timbul
Hanyalah dikotak mindamu

Musibah yang kau terima sungguh sangat membebankan
Tapi, itu semuanya hasil perlakuan dan kesilapan kamu sendiri

Inilah waktunya untuk kamu bangun semula
Lunturkan dan cairkan apa jua keraguanmu
Bangunlah, nikmatilah keindahan waktu ini
Biarkan jiwamu menikmati sepenuhnya keindahan ini
Ayuh bangunlah
Isikan seluruh jiwamu dengan ketenangan
Biarkan ia menyentuhi keseluruh qalbumu
Agar citamu menjelma hidup

Jauh Perjalanan Membina Kecekalan

Impian yang kau dambakan akan menjadi kenyataan
Hanya kiranya kau biarkan ianya subur disanubarimu

Ayuh bangunlah
Dan pada ketika ini
Mulakan satu kehidupan baru

Kau Tahu Kau Boleh Melakukannya

Selami jiwamu, biar cita murni mu bangun bersama mu
Dihari yang terang bersinar bersama mu

Ingatkan dirimu … lagi dan lagi
Hidup ini tersangat indah
Ingatkan dirimu … lagi dan lagi
Engkau boleh melakukannya

Sematkan Keberanian dan Kasih Sayang

Ayuh bangunlah
Atur langkahmu dengan berani dan dengan kasih sayang
Perjalananmu sudah tersangat jauh
Kau kini lebih kuat, lebih berpengalaman dan lebih cekal


Untuk mengisi keinginan yang mencerminkan siapa kamu sebenarnya
Inilah ketikanya untuk kau cipta erti kebenaran
Inilah ketikanya untuk kau bangun semula
Untuk kau terus hidup dengan kehidupan yang lebih sempurna …

Hanya kerana Allah Taala


No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.