Fikir Luar Kotak? Apa Tu? - CrazyDuck -->

Header Ads

Fikir Luar Kotak? Apa Tu?

Kenapa aku menulis apa yang aku tulis? Adakah jari aku yang memang tak pandai duduk diam? Adakah jari aku bebas buat pilihan ikut suka dia nak tekan huruf apa? Adakah kotak fikiran aku yang bagi arahan? Kenapa kotak fikiran yang memberi arahan? <br /> Adakah kotak fikiran bebas ikut suka dia? Adakah fikiran sudah terkeluar dari kotaknya? Ha … ha … boleh itu macam ka? Ya la… hutang banyak maa.

Pada Siapa Harus Aku Mengadu

Hidup aku
Masalah aku
Aku tanggung sendiri

Atau aku punya tempat mengadu? 
Kenapa aku memilih untuk menulis?
Sudah tak ada kerja lain kah


Kenapa aku menulis apa yang aku tulis?
Adakah jari aku yang memang tak pandai duduk diam?
Adakah jari aku bebas buat pilihan ikut suka dia nak tekan huruf apa?

Adakah kotak fikiran aku yang bagi arahan?
Kenapa kotak fikiran yang memberi arahan?
Adakah kotak fikiran bebas ikut suka dia?
Adakah fikiran sudah terkeluar dari kotaknya?
Ha … ha … boleh itu macam ka?

Remember the quote:

“Think Outside The Box”

Entah siapa yang kata aku sudah tak ingat.

Ramai sangat.
Memang ramai sangat yang kata begitu.
Tukang tumpang mengata pun ramai juga.

Ada logiknya kenapa mereka mengata

Siapakah yang boleh berfikir tentang strategi
Bila dimasukkan ke dalam kotak?

Aku memang sudah pasti tak akan boleh
Sebab aku bukan jenis yang suka duduk dalam kotak
Banyak kotak tak tersusun pun buat semak otak

Mahu berfikir strategi

Kotak menyemak pergi taruk luar
Itu pasal Jepun introduce 5S
Dia mau kebersihan dan keterampilan

Aku kata 5S itu ialah
Susun Strategi Supaya Senang Sukses
Nak kena register copyright kot no?  
Yes, not no.

So, when you are not inside the box, better think !
Think of something that can be fruitful
Something that is beneficial
Not only for the company but more importantly for yourself too!

Pernah dengar orang kata “masuk peti sejuk?”
Ini orang mau kasi buang pun tak boleh
Kasi kerja pun tak da jalan
So we boxed him
Ha … ambik kau masuk cold storage.

Maka berfikirlah diluar kotak…
Supaya semua orang senang hati

Bila punya hati yang baik
Boleh pilih ikut suka hati

Cara mana boleh pupuk hati supaya jadi baik?
Itu kena cari gurunya lah... kalau belum bisa buat sendiri

Kenapa hati mesti mau baik?

Supaya menjadi orang yang mempunyai "ihsan"
Orang yang baik senang diminta tolong
Pertolongan yang ikhlas tiada meminta balasan.

Bagaimana pula kalau dia yang meminta ditolong?
Apakah kita boleh lupakan jasanya begitu saja?
Walaupun niat dan keinginan mahu menolong sangat kuat
Namun tiada upaya & kemampuan... tak dapat den nak nolong

Bagi tau saja dengannya secara terus terang
Jangan dibuat boddow selamba
Dia akan faham dan itu sangat dihargainya
Aku masih punya kawan ketika susah bermusibah

Apa Benar Kamu Yakin? 

Apa kamu percaya dan sesungguhnya penuh yakin
Bahawa Allah itu amat dekat
Bahawa Dia amat adil
Bahawa Dia amat menyayangi mu?

Apakah kamu fikir hambanya yang taat dan punya ihsan
Apabila tiba-tiba dalam musibah dan kesusahan
Dibiarkan begitu saja?

Manusia boleh berfikir secara logik
Secara saintifik
Penuh teori itu ini
Calculate and analyze until paralyzed

Tidak cukup jari digunanya calculator
Calculator lambat digunanya pula super computer

Apa kamu tidak percaya dan yakin
Akan hal yang tiada nampak dan ghaib
Seperti FirmanNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 1-5?
Atau kamu sendiri yang tidak mahu mengerti?

Berfikir di dalam kotak
Kita terus jadi buntu

Berfikir di luar kotak
Kita tahu ke mana mahu mengadu
Atau ke arah mana perlu dituju

Bagaimana mahu mengadu
Di atas tadi kan sudah dibilang... cari guru jika belum tahu buat sendiri
Kenapa perlu ada cara?
Apa kamu fikir boleh buat suka-suka?

Mahu mohon kerja juga perlu ada surat dan resumenya

Interviewnya juga pakaian mesti kemas
Hadirnya mau tepat pada waktu
Nah, itu kan cuma sesama manusia.

Apa baiknya apabila tatacaranya sudah betul?

Tenang dan aman tanpa hutang dan masalah wang !
Kamukan mahu hidup senang?
Bukankah itu yang kamu dambakan?

Usaha yang berkat
Tidak perlu buat 3-4 kerja sehingga penat
Sampai malam Jumaat juga tiada rehat?
Aduuhhhh ... ayah hang ni bila dia nak balik?

Tahun 2014 tinggal tidak berapa lama lagi
Tahun 2015 pasti menjelma
Awal Muharam baru saja 14 hari pergi
Apa kamu masih mahu berada ditakuk lama?

Ulangi sekali lagi...
Apa kamu masih mahu berada di takuk lama?

Tiada erti Hijrah dihatimu?

Apa masalahnya yang boleh aku tolong dengan hang ni?
Mmm... kesian

Tapi kasihanilah dirimu terlebih dahulu
Itu yang lebih baik...

Penyapu itu terdiri dari lidi-lidi yang lemah
Bila-bila masa saja boleh dipatah

Tetapi... apabila semua lidi sudah bersama
Kucing dengar bunyi aja dia sudah belah
Biasa dengar, kan?

Ya ... kasihanilah dirimu sendiri
Baik untuk hati mu
Baik untuk rezeki mu
Baik untuk keluarga mu
Baik untuk agama mu
Baik untuk sillaturrahim mu
Baik untuk bangsamu
Baik untuk negaramu

Lu lagi apa mau?
Itu guru mau pergi cari ka tak mau?

Kerana anda tahu anda ada tempat mengadu
Diberikan hidayah dan petunjuk
Jalan mana mahu di tuju
Direction is more important than speed. Go find the best teacher and the best book. The best book you ever read that shows you how to lead. Not leading others, but leading your own self. So you can stay outside the box.... and think... and strategize... and most important... TAKE ACTION!!!
Salam & Selamat Hari Jumaat 7/11/2014

Anda pembaca terror punya... sampai habis sini.  Minta belanja satu LIKE kat bawah ni boleh? Mesti bolehkan,  

Dah syok baca rela jer laa  belanja.  Sentuh jer pun bukan satu jug teh tarik ke atau apa.  Kan?  Ho ho ... terima kasih.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.