Katakan TIDAK Jika Anda Mahu Bahagia - CrazyDuck -->

Header Ads

Katakan TIDAK Jika Anda Mahu Bahagia

Semua manusia perlukan perhatian dan penghargaan. Pada yang tiada tempat mengadu atau yang sering kesunyian. Tidak kira remaja, belia, atau sudah berusia. Media sosial menjadi ruang untuk meluahkan perasaan. Terlalu leka sehingga membiar anak kecil membasuh pinggan.
Picture Credit: Magriet Carstens Conradie

Semua manusia perlukan perhatian dan penghargaan. Pada yang tiada tempat mengadu atau yang sering kesunyian. Tidak kira remaja, belia, atau sudah berusia. Media sosial menjadi ruang untuk meluahkan perasaan. Terlalu leka sehingga membiar anak kecil membasuh pinggan.

Dunia Alam Maya Sudah Jadi Sebahagian Dari Hidup Kita

Kita suka atau tidak ianya sudah nyata,
Bagaimana kita mendisiplinkan diri dengan teknologi ini,
Akan menentukan hasil dari masa yang kita luangkan.
Perlu bijak untuk berkata tidak kepada tarikan (gangguan) yang banyak.
Supaya masa kita dari hari ke minggu tidak sia-sia.
Tetapi lebih produktif dari sebelum teknologi ini menjelma.

Zaman Dulu Punya Cerita

Zaman dulu, hantar surat paling cepat tiga hari baru sampai.
Nak terima balasan kena tunggu selepas tiga hari ke seminggu.
Itu pun kalau dia dapat saja, terus balas.

Ketika itu...

Pada yang bercinta,
Manisnya teramat sangat,
Rindunya sangat kuat,
Kasihnya sangat dalam.

Seminggu sekali pergilah cek peti surat,
Waktu dan masa senang diurus,
Tiada gangguan menghantui fikiran,
Walaupun rindu kerja tetap boleh ditumpu,
Masa pendek hasil kerjanya hebat.

Siap ada lebih masa untuk riadah, keluarga atau apa saja.

Kini Zaman Sudah Berubah

Pada yang bercinta,
Mesej dihantar terus saja dapat balasan,
Ibarat mee segera begitu juga dunia remaja,
Semuanya mahu cepat, stylo dan bergaya,
Tidak hairanlah ramai yang terperangkap dalam skim cepat kaya.

Keindahan sebuah cinta agung kini jadi sejarah,
Tiada telefon dirasa lebih susah dari musibah air bah,
Mood seseorang boleh berubah lebih teruk dari kehadhiran PMS,
Akan tenang semula apabila terima mesej WhatsApp atau SMS.

Media Sosial Teman Pengubat Kesunyian

Semua manusia perlukan perhatian dan penghargaan,
Pada yang tiada tempat mengadu atau yang sering kesunyian,
Tidak kira remaja, belia, atau sudah berusia,
Media sosial menjadi ruang untuk meluahkan perasaan.

Banyak LIKE terasa diri dihargai,
Banyak komen diertikan pos bernilai tinggi,

Maka banyak masa terbuang,
Masa kerja juga jadi masa lapang,
- bukan semua ya
Kerana mahu diri disayangi.

Sehingga ada yang terlupa anak kecil membasuh pinggan sendiri.

Cara Berniaga Juga Sudah Berubah

Pada peniaga ia digunakan sebaiknya sebagai ruang
Banyak LIKE dan komen bererti peluang
Masa mereka tidak pernah terbuang
Semakin hari semakin banyak wang

Perhubungan menjadi tersangat mudah
Orang yang jauh terasa amat dekat
Mesyuarat hanya untuk membuat keputusan
Hal-hal penting sudah sembang melalui WhatsApp

Jika dulu perlu pergi ke perpustakaan
Rajin buat servis fotokopi pun boleh panggil supaya wang mari
Kini maklumat hanya dihujung jari
Terlalu banyak ilmu dan maklumat yang boleh disimpan
Namun, bila asyik kutip dan simpan saja satu kerja pun tak jadi

Makanya... visualize your dream. And make it as a creative visualization... and pay attention to your discipline and how your time is spent.
.
The-Power-of-Dream-Visualize-your-Dream
Klik gambar untuk lihat video. Nampak tak spelling error? Malas nak betulkan dah.

2 comments:

  1. Hi there, just became alert to your blog through Google, and
    found that it is really informative. I am going
    to watch out for brussels. I'll appreciate iif you continue this in future.
    Numerous people will be benefited from your writing.
    Cheers!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.