Kita Kaya Kitalah Saudara. Bila Miskin?
Kerana Kemiskinan Harta Aku Dipandang Jijik
Sepasang suami isteri melawat mak sedaranya (pangkat Makcik pada suami), tetapi tidak menjenguk adiknya yang duduk bersebelahan rumah. Mereka kini sudah miskin.
.
Untuk ke rumah Makciknya, suami isteri itu mesti melalui hadapan pintu rumah adiknya yang miskin itu. Pintu sedang terbuka.
Adiknya dan isteri berada didapur dan mendengar pintu kereta ditutup. Sangka mereka Makcik baru balik.
Isteri siadik kemudian menjenguk dan nampak abang & kakar iparnya keluar kereta dan terus menuju pintu rumah Makcik, tanpa menjenguk rumahnya terlebih dahulu.
Dia hairan.
"Eh bang... tu abang & kakak terus masuk rumah makcik, tak mau ambil tau pun samada kita ada ke tak dalam rumah. Dulu mereka mesti akan masuk rumah kita terlebih dulu."
"Eh... itu dulu lah... waktu kita kayo rayo... sekarang bisnes kita dah jatuh. Miskin macam ni mana orang nak dekat, takut terjangkit."
"Sekarang pangkat dah besar, tengoklah kereta apa dia orang pakai... dulu nak beli kereta pun pinjam kat kita nak bayar downpayment... kita ni memang sedaralah waktu tu."
Lama mereka menunggu... dengan harapan siabang dan kakak akan masuk menjenguk. Alih-alih mereka keluar dari rumah Makcik, start kereta ... dan belah cam tu jer.
Siadik sedih, tetapi tidak kesal. Malah dia kasihankan Abangnya yang seakan lupa daratan.
Sudah lumrah alam. Semut tidak akan mendatangi meja jika tiada gula tertumpah.
Namun, perangai terpuji bagi semut atau kerengga ialah mereka bersatu hati dalam melakukan kerja. Walaupun tugasan yang seakan mustahil untuk mereka melakukannya.
Tapi boleh.
Di situlah pentingnya jemaah. Kerja bekumpulan.
Itulah kenangan siadik 15 tahun lalu. Miskin mengajarnya banyak perkara tentang kehidupan.
Siadik sedar ketika itu dia sudah tidak punya apa-apa. Zaman kegemilangan sudah berlalu. Segala hartanya kecuali sebuah lori kecil dijual untuk membayar hutang.
Kegawatan ekonomi tahun 1997 menenggelamkan segala kejayaan perniagaannya.
Kegawatan ekonomi tahun 1997 menenggelamkan segala kejayaan perniagaannya.
Ramai businessman lain mengalami keadaan yang lebih teruk. Dia tahu dia boleh bangkit semula. Dia pernah bermula dari kosong dan tanpa pengalaman semasa mula-mula melibatkan diri dalam perniagaan di luar negara dahulu.
Sekarang dia hanya kehilangan wang – dan wang bukan satu-satunya modal terpenting dalam membangunkan perniagaan.
Kegawatan ekonomi 1997 mengajarnya sesuatu yang tidak ada dalam mana-mana buku Business Management.
Dia masih mempunyai modal dalam bentuk pengetahuan, pengalaman, kepakaran, kemahuan dan harta tangible sebuah lori kecil.
Dia hanya kesal apabila teringatkan perubahan sikap abangnya apabila dia sangat kesempitan.
Siabang lebih suka siadik bekerja makan gaji atas alasan siadik mempunyai kelulusan tinggi dari luar negara.
“Makan gaji ni selamat. Ada pangkat. Ada kuasa.”
Masih terngiang hujah abangnya ketika menyuruhnya memohon satu jawatan agak glamor dengan sebuah bank.
Masih terngiang hujah abangnya ketika menyuruhnya memohon satu jawatan agak glamor dengan sebuah bank.
Kemarau tidak sepanjang masa
Masa berlalu… hubungan kekeluargaan menjadi renggang. Siabang selalu memperkecil-kecilkan adiknya bila ada peluang bergosip dengan ahli keluarga yang lain atau kawan-kawan dikampung.
“Bungkus tikar. Itulah… aku dah pesan dulu. Dah suruh dia minta kerja dengan bank. Jadi pegawai lagi."
"Bantah. Keras kepala. Sekarang apa jadi?"
"Masin mulut aku.” Itulah antara ungkapan yang sampai ketelinganya melalui orang ketiga.
"Bantah. Keras kepala. Sekarang apa jadi?"
"Masin mulut aku.” Itulah antara ungkapan yang sampai ketelinganya melalui orang ketiga.
Siadik kemudian berpindah keluar dari kampung kerana tidak tahan dengan sikap negatif jiran sekeliling – hasil buah mulut saudara sendiri.
Lari ke utara menjauhkan diri dari aura negatif.
Lari ke utara menjauhkan diri dari aura negatif.
Melalui pengalaman dan beberapa kenalan yang masih tinggal, siadik tabah dengan ujian dan dugaan.
Kalau dulu sebelum kejatuhan dia seorang CEO, tetapi kini dia hanya seorang pemandu lori bila membangunkan semula perniagaannya.
Kalau dulu sebelum kejatuhan dia seorang CEO, tetapi kini dia hanya seorang pemandu lori bila membangunkan semula perniagaannya.
Masa pantas berlalu dan perniagaannya berkembang dari sebuah lori yang dipandu sendiri kini dia mempunyai rangkaian ratusan lori yang dipandu oleh pemilik lori.
Pemandu dan pemilik lori ini adalah rakan perniagaannya yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Pemandu dan pemilik lori ini adalah rakan perniagaannya yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Membekalkan khidmat pengangkutan kepada pelanggannya, siadik juga membekalkan khidmat pengurusan perniagaan dan kewangan kepada pemilik lori.
Risiko kerosakan lori atau perbelanjaan berlebihan dipindahkan kepada pemilik lori.
Risiko kerosakan lori atau perbelanjaan berlebihan dipindahkan kepada pemilik lori.
Risiko penipuan juga sudah tiada. Penipuan menyumbang kepada kos operasi yang tinggi. Berbagai bentuk penipuan dalam syarikat berlaku tetapi selalunya susah untuk ditunjuk bukti.
Telan sajalah.
Memanglah untungnya dari setiap lori itu sedikit berbanding dengan pemilik lori, tetapi dia mempunyai ratusan lori dibawah pengurusan syarikatnya. Siadik kembali menjadi kaya-raya kerana mempunyai pelbagai perniagaan selain dari khidmat pengangkutan.
Pelajaran dari tahun 1997 menghindarkannya dari risiko yang sama pada kegawatan ekonomi tahun 2008. Ketabahan, kecekalan, dan belajar dari kesilapan membuahkan hasil. Lebih penting ialah sikap kemanusiaannya.
Musibah Itu Untuk Insan Terpilih
Semenjak kejatuhan perniagaannya, siadik secara diam-diam sehingga sekarang sangat dekat dengan Allah dan Rasulnya. Bersikap ”low profile” dan bersederhana dalam segala hal.
Walaupun banyak mengaji akan hal agama, dia tidak pernah menyebut “baru balik dari mengaji” sekalipun baru pulang dari pengajian apabila bertemu seseorang.
Dia sedar sikap angkuh, sombong, ego, tinggi diri, merasa lebih pandai, lebih agama, lebih beriman, lebih kaya antara punca tersilap langkah dan kejatuhannya pada tahun 1997.
Kerana itulah dia merasa sedih tetapi tidak kesal akan kesombongan abangnya ketika melawat rumah Makcik 15 tahun yang lalu.
Hanya sedikit nikmat yang Allah berikan sudah lupa bahawa semua itu hanya sebagai pinjaman dan ujian.
Dia tidak kesal malah bersyukur kerana itu baginya sebagai petunjuk yang dipertontonkan.
"Jangan perlakukan sesuatu yang kita tidak suka kepada orang lain. Sesungguhnya ujian kemewahan itu lebih berat dari ujian ketiadaan harta (bukan bererti miskin)." Ayat peringatan ini sering diungkapkan pada ahli keluarganya.
“Eh… tu Abang dah sampai.” Siadik memberi tahu isterinya.
Kesudian Abangnya datang bersama keluarga hari ini menandakan tangannya sudah bersih dari kekotoran dan kejijikan dik persepsi kemiskinan oleh kejatuhan dalam perniagaan.
Semenjak berpindah rumah dan disisihkan inilah kali pertama Abangnya sampai. Tanpa prejudis dia menerima kedatangan Abangnya dengan hati terbuka dan dengan rasa kesyukuran.
Siadik juga sangat gembira dan bersyukur melihat kemesraan isterinya melayan keluarga abangnya. Kiambang sudah bertaut. Air dicincang tidak akan putus kata hatinya.
“Amat nak kahwin lah Noh. Belanja mahal. Setakat pencen Abang ni, tak cukup untuk persediaan kenduri dan sebagainya.” Luah siabang pada siadik.
“Betul firasat aku. Tapi ini mungkin ujian Allah untuk aku.” Terdetik difikiran siadik.
“Abang perlukan banyak mana, cakap sajalah.” Ringkas jawapan siadik.
“Terima kasih Noh. Abang tahu kau ambik hati dengan perlakuan Abang selama ni.
Abang minta maaf. Abang dah sedar sekarang. Bermacam penyakit dan masalah yang abang hadapi. Mungkin itu semua balasan dari Allah.”
Abang minta maaf. Abang dah sedar sekarang. Bermacam penyakit dan masalah yang abang hadapi. Mungkin itu semua balasan dari Allah.”
“Tak apa bang. Ni ambik cek ni, saya dah signed, abang isi sajalah berapa abang perlu.”
“Selama ni Abang Noh dengan Kak Mar tak pernah pun sebut ada abang kandung atau keluarga lain.” Tanya Noor Arfah pada Kak Mar isteri abang Noh setelah ‘majlis pertemuan semula’ selesai.
“Panjang ceritanya Pah. Ya… hat tu kisah silam. Abang seronok depa mau datang. Abang nak balik ke Negeri Sembilan jumpa depa abang takut tak diterima. Nak balik kampung pun bukan ada sapa dah kat sana. Makcik pun dah meninggal 5 tahun lepas.”
Sambil mengemaskan pinggan mangkuk jamuan tadi Noor Arfah tersenyum selepas melihat telefon.
“Mesej dari sapa… Zul ka?” Tanya Kak Mar.
“Ya kak…” Noor Arfah menjawab sambil termalu.
“Hmm… patut laa… masak bukan main sedap untuk jamuan hari ni.” Abang Noh mengusik setelah mendengar perbualan mereka berdua.
Artikel ini dipindahkan dari platform Wordpress. |
“Minggu depan Abang ada urusan kat KL dan Abang nak jumpa dia sekali. Nak ikut?”
Noor Arfah diam, wajahnya blushing dan terus meluru ke tingkat atas.
Kejatuhan ketika kegawatan ekonomi tahun 1997 mengajar Abang Noh untuk bangun dan berjaya semula.
Berjemaah dalam perniagaan telah terbukti baginya dapat membesarkan pasaran dan mengurangkan risiko.
Untung banyak sama-sama kongsi.Berjemaah dalam perniagaan telah terbukti baginya dapat membesarkan pasaran dan mengurangkan risiko.
Suka eh baca artikel yang macam ni... susah nok wat wei. Meh kasi semangat kat ambo sket... tekan butang bawoh neh.
Thank you for your comments