Percayakah Pedang dan Keris Boleh Berdiri Tegak? - CrazyDuck -->

Header Ads

Percayakah Pedang dan Keris Boleh Berdiri Tegak?

Pedang dan keris berdiri tegak? Apa yang korang fikirkan? Muhong? Tipu? Ada tali? Tak masuk akal? Menakjubkan? Pernah buat sendiri? Atau apa? Lihatlah sendiri.
Pedang-yang-cantik-ini-diberitahu-datang-dari-alam-ghaib

Berkomunikasi Dengan Makhluk Alam Ghaib - Sambungan

Sekiranya anda sampai ke sini dari artikel yang menceritakan tentang "Kain Cindai Hadiah Dari Alam Ghaib" anda memang peminat hal-hal mistik. Mungkin juga seorang pengamalnya.

OK meh sambung lagi.

Selain kain cindai dan keris, cincin, dan batu cincin... pedang juga kawan aku dapat melalui komunikasinya dengan makhluk alam ghaib. Tapi pedang ini kelihatannya agak luar biasa.

Luar biasa bagi aku lah… orang lain yang sudah berpengalaman dan tahu selok belok asal usul pedang ini mungkin sudah tak hairan lagi. Perkara biasa pula bagi mereka.

Anda juga sudah biasa? Kalau sudah biasa dan berpengalaman boleh lah kongsikan sikit. Ruang komen tu sedia untuk diisi.

Kalau tak pernah tahu dan ini kali pertama dan berminat dengan benda-benda pelik macam ini… baca lah.

Pedang-dari-alam-ghaib-bertulisan-arab
Kemas...

Kalau dari gambar sudah nampak sarung pedang tu cantik… bila dah dipegang, memang sangat cantik.

Selain pedang dalam gambar atas tu ada lagi 2 set pedang dan tongkat yang mengandungi senjata tersembunyi.

Lihat gambar bawah ni, kemudian bandingkan dengan gambar seterusnya.

The-lethal-beauty-hidden-weapon
The lethal beauty

Ya… gambar di bawah menunjukkan pedang yang dikeluarkan dari sarungnya. Juga tongkat tadi.

Nampakkan senjata yang tersembunyi tu?

Uncovered-deadly-truth-Swords-and-cane
The  Deadly Truth Uncovered

Gambar di bawah ini pula pedang yang mula-mula tadi dan keris yang didatangkan sekali dengan kain cindai.

Juga senjata-senjata kecil yang didatangkan secara berasingan. Jangan tanya aku macamana dia datang… yang aku tahu ianya ada dan gambar ni dihantar pada aku melalui WhatsApp.

Lihat Tulisan Pada Pedang dan Keris Ini

Pada gambar atas dan bawah, cuba zoom dan lihat pada pedang-pedang dan keris tu. Nampak tulisannya? Boleh dibaca tak?

Beauty-in-the-Danger-the-Sword-and-Keris
Beauty in a Danger or Safety in a Beauty?

Is-this-real-and-normal?-Keris-with-verses-from-Quran
Is this real and normal?

Gambar di bawah pula ialah view dari sudut lain. Pedang yang sama juga.

Swords-and-Keris-along-with-tasbih-and-cindai

Tetapi keris dan barangan lain pada gambar berikut merupakan tambahan pada barangan yang disebut di atas tadi. Yang hitam bulat bujur itu ialah batu bersurat.

Huh… macam-macam ek. Cuba teka apa benda yang macam kelongsong tu. Yang berbenang merah. Kalau tahu... anda memang kaki barang alam ghaib punya orang. Ambo tak nak kabo tak nak ghoyak.

A-Hidden-Treasure?
A Hidden Treasure?

Gambar pedang dan keris berdiri seperti di bawah sudah di siarkan dalam “Kain Cindai Hadiah Dari Alam Ghaib. Tambahan supaya anda tak perlu ke sana lagi untuk pemerhatian sampai puas hati.

Apa yang korang fikirkan? Muhong? Tipu? Ada tali? Tak masuk akal? Menakjubkan? Pernah buat sendiri? Atau apa? Jangan malu nak kongsi pendapat.

Standing-Keris-with-no-support

Standing-sword
Boleh buat macam ini? Cuba lah dengan pisau dapur.

Pedang-yang-cantik-bertulis-ini-diberitahu-datang-dari-alam-ghaib
Gambar ini dan gambar-gambar lain di atas adalah ehsan dari WhatsApp Tuan Hasri & Hafiz

OK... dah sampai ke penghujung dan episod alam ghaib ini dihentikan buat sementara di sini. Ada bahan dan idea aku tulis lagi.

Jangan segan, silu dan malu untuk kongsikan pengalaman dan pandangan kat ruangan komen. Komen anda mungkin boleh membantu ramai orang lain juga. Terima kasih... juper lagi dilain siaran.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.